Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Saya ingin berterima kasih kepada Tuhan kerana dengan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya ingin menjulang
sepenuh penghargaan kepada Encik Ravendran a/l Chelliah, Pensyarah Mata
Pelajaran Pendidikan Moral (GPM 1083) , di atas kesudian beliau memberi tugasan
ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berlaku.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan
sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang tugasan ini disiapkan. Terima kasih
yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi
kewangan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya
secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan
dibentangkan.
Pengenalan
Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya
segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang
dikehendaki dalam masyarakat. Menurut beberapa ahli sejarawan yang terkemuka
di muka bumi ini, sesuatu tamadun dianggap sebagai tamadun yang maju sekiranya
rakyat mempunyai sahsiah diri yang mulia. Kita boleh melihat betapa pentingnya
moral dalam sesuatu masyarakat daripada pandangan yang diberi oleh para
sejarawan. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah
diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.
Walaupun pihak sekolah dan juga kerajaan mencuba sedaya upaya untuk
menghasilkan generasi muda yang bermoral, berdisiplin dan juga
berperikemanusiaan tetapi kebelakangan ini permasalahan isu moral di sekolah
semakin berleluasa. Fenomena melanggar disiplin sekolah merupakan satu masalah
yang perlu diselesaikan secepat mungkin. Jika tidak generasi pelajar dan golongan
remaja akan membesar menjadi manusia yang bakal menimbulkan pelbagai
masalah sosial di dalam masyarakat. Kemajuan sesuatu Negara tergantung pada
generasi muda yang akan datang.
Pada masa yang sama pengaruh media massa juga memainkan peranan
yang penting dalam hal ini. Sebagaimana semua diketahui, golongan remaja
memang suka menonton filem- filem baru. Kebanyakan filem baru- baru ini berunsur
negatif tidak kiralah filem barat ataupun filem tempatan. Kebanyakan remaja
berpandang tinggi dengan selebriti filem yang mereka suka. Remaja suka mengikut
apa sahaja aksi yang dibuat oleh selebriti kegemaran mereka tanpa mengenali
akibat daripada perbuatan – perbuatan tersebut. Arena perfileman ini bukan sahaja
berperanan terhadap golongan masyarakat yang menggemari filem itu sahaja malah
filem juga memberikan kepentingan terhadap masyarakat. Ada filem yang
memaparkan kejahilan seseorang itu tentang sesuatu perkara yang menyarankan
masyarakat untuk mengelakkan diri daripada menjadi sedemikian. Tetapi pelajar
sering kali menyalah anggap apa yang ingin disampaikan dalam filem-filem tersebut
dan mula mengikut unsur-unsur negatifnya.
Ada satu pepatah Bahasa Tamil yang menyatakan ibu, bapa, guru dan
Tuhan. Ya, selepas ibu bapsu a guru merupakan insan yang paling penting dalam
kehidupan seseorang remaja. Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing
akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh
remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan
masalahnya. Guru tidak harus sentiasa menjadi seorang yang tegas. Perkara ini
akan menyebabkan pelajar menjadi seorang individu yang suka berontak. Ini pula
akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran.
Mengambil keputusan
mengikut perasan
Dipresi dan
gangguan bipolar
Gagal menggunakan
akal
Konsumsi alkohol
Menderita
penyakit parah
Tokoh moral keluarga.
Veswanahan a/l Varathayah. Itulah nama penuh ayah saya. Hero pertama saya dari
dulu sehingga kini. Dilahirkan pada 2.3.1956, beliau merupakan anak kepada
pasangan suami isteri Varathayah a/l Pakirisamy dan juga Saysoo a/p Arukiasamy.
Beliau telah dilahirkan di Melaka. Ayah saya telah dilahirkan dalam satu keluarga
yang amat besar dan dibesarkan di sebuah estet di Melaka iaitu Kemuning, Kuala
Sungga. Hidup pada masa tersebut bukanlah senang. Beliau telah menempuhi
banyak cabaran dan kegagalan untuk berjaya dalam kehidupan. Segala ujian yang
ditempuhi oleh ayah saya semasa dia seorang remajalah memberikan beliau jati diri
yang tinggi.
Walaupun kehidupan pada masa tersebut amatlah susah sebab ada masalah
ekonomi ibubapa beliau tetap menghantar beliau ke sekolah untuk berpelajaran.
Kepentingan pendidikan telah diketahui oleh ibubapa beliau dari dulu lagi. Menurut
ayah saya mereka tidak pernah menggunakan kemiskinan sebagai satu alasan
untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Beliau telah mulakan
pendidikan sekolah rendahnya di Sekolah Rendah Tunku Besar, Tampin. Setelah
selesai pendidikan awalnya beliau telah menyambungkan pelajarannya di Sekolah
Menengah Tunku Besar, Tampin. Beliau telah mempelajari banyak benda semasa
zaman persekolahan beliau.
Pada 7.9.1986 beliau telah berkahwin dengan Ramayee a/p Kutta, ibu saya
dan menjadi ayah kepada tiga orang anak. Tanggungjawab yang dihadapi oleh
beliau amatlah besar. Walaupun kerja beliau amatlahsusah, beliau tetap
meluangkan masa dengan keluarganya. Beliau bukan sahaja seorang pegawai polis
yang bertanggungjawab, beliau juga merupakan seorang ayah dan suami yang
bertanggungjawab. Beliau merupakan seorang yang amat tegas dalam hal-hal
disiplin. Beliau mengutamakan ketepatan masa. Pada masa yang sama, beliau juga
merupakan seorang indivu yang bersifat sosial dan keterbukaan. Beliau suka
menggunakan pendekatan sebagai seorang kawan dengan kita.
Salah satu sifat beliau yang saya teladani sampai sekarang ialah sifat
kesabaran mereka dalam apa jua keadaan. Beliau merupakan seorang yang amat
sabar semasa mengadapi masalah tidak kiralah ia merupakan masalah kecil
ataupun masalah yang amat besar. Beliau tidak pernah berburu- buru mengambil
keputusan. Beliau akan bertindak dengan rasional. Sifat ini amatlah penting untuk
beliau oleh kerana pekerjaan beliau merupakan satu kerja yang penuh dengan
cabaran. Beliau juga merupakan seorang yang bersifat berkepimpinan. Beliau
berjawatan pengerusi Biro Agama Hindu dan Kebudayaan penghuni polis. Beliau
amat berprihatin atas masyarakat.
Pada masa yang sama, beliau juga merupakan seorang yang amat berani.
Beliau pantang undur dalam sebarang cabaran. Jikalau seseorang membuat salah
atau jenayah yang serius, tidak kiralah indivu tersebut merupakan orang yang
berpengaruh di Negara kita atau tidak beliau tetap akan mengambil tindakan.
Kejujuran menjadi mantera dalam kehidupan beliau. Beliau sanggup membuat apa
sahaja untuk keluarha tersayangnya. Tetapi jikalau kita membuat sebarang
kesilapan beliau lah oran pertama yang memberi amaran dan ajaran kepada kita.
Untuk beliau peraturan tetap peraturan. Ia tidak boleh ditukar mengikut orang dan
jawatan seseorang.
Tanpa sebarang keraguan, beliau lah tokoh yang terunggul bagi saya pada
bila- bila masa.
Tokoh moral tempatan
YAB Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai 1953) adalah
Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri
Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung
kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato’
Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-
7. Selain itu, ia masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu susur galur
daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi
selatan.
Dato’ Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak
sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.
Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar
dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan
Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin
dengan Datin SeriRosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman
Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin
Tun Hussein.
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut
bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau
menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat
kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda
yang pernah dipilih ketika itu. Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila
dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika
usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri
Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar
Pahang ketika berumur 29 tahun.