Anda di halaman 1dari 8

KAJIAN TENTANG ISU KERUNTUHAN AKHLAK DARI ASPEK BULI DALM

KALANGAN SISWA DAN SISWI DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA SRI


GADING.
PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi


kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan penghayatan
akidah ini dengan jayanya.Dengan kesempatan yang ada ini,kami amat berbesar hati
untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Encik Norazri Bin Saidin, selaku
pensyarah penghayatan akidah kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau
kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Kami juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam
usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada rakan-rakan kelas
yang sama sama berusaha menjayakan tugsasan yang telah diamanahkan . Selain itu ,
tidak lupa juga kepada rakan-rakan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri
Gading kami yang sama sama membantu dalam memberi respon . Ucapan ini juga
ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama
ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan
amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini
mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
ABSTRAK

Artikel ini memfokuskan konsep keruntuhan akhlak dari aspek buli dalam kalangan
pelajar-pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading . Buli merupakan
satu tingkah laku dominasi yang dilakukan berulang kali secara psikologi atau fizikal
daripada seorang atau kumpulan yang lebih berkuasa kepada seseorang yang kurang
kuasa. Sebagai seorang pelajar , mereka ialah generasi pelapis pada masa akan datang
dan bakal diamanahkan untuk memimpin dan menerajui negara. Bagi merealisasikan
dan mencapai hasrat aspirasi ini, institusi pendidikan disandarkan menjadi pusat
pembentukan jati diri dan pengisian modal insan. Kerajaan, masyarakat, ibu bapa,
dan para pendidik mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam
menentukan hala tuju generasi ini. Namun, beberapa insiden pelanggaran disiplin
terutamanya bersifat buli yang berlaku dalam dunia persekolahan dewasa ini sedikit
sebanyak telah mencemarkan harapan dan aspirasi ini.
ISI KANDUNGAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN
1.2 LATAR BELAKANG MASALAH
1.3 PERNYATAAN MASALAH
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
1.6 DEFINISI TAJUK

BAB 2 KAJIAN LEPAS

2.1 PENGENALAN
2.2 KONSEP KAJIAN
2.3 KAITAN DENGAN KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN

BAB 3 METODOLOGI

3.1 PENGENALAN
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
3.3 LOKASI KEJADIAN
3.4 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN
3.5 INSTRUMEN KAJIAN
3.6 KAEDAH ANALISIS KAJIAN

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 PENGENALAN
4.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN
4.3 ANALISIS DARI SOAL SELIDIK

BAB 5 KESIMPULAN & CADANGAN

5.1 PENDAHULUAN
5.2 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN
5.3 CADANGAN RUJUKAN

BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN

Dalam era modenisasi ini, arus kemajuan dunia semakin memesat dengan pantas
dalam mengejar alir permodenan . Selari dengan perubahan arus ini ianya secara
langsung memberi kesan kepada kelangsungan hidup manusia dari pelbagai aspek
seperti gaya hidup , akhlak, pemakanan, pemakaian, teknologi, pendidikan dan
pelbagai lagi. Revolusi ini banyak meninggalkan kesan baik mahupun buruk kepada
kita khususnya golongan remaja. Hal ini kerana, remaja adalah penentu masa
hadapan dunia maka bagi menjamin masa hadapan yang cerah kita perlu
membentuk remaja pada hari ini dari aspek akhlak khususnya. Namun, persoalannya
adakah remaja kini memandang serius soal pemantapan akhlak. Ini kerana, jika
diteliti kebelakangan ini isu keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja semakin tular
diperdebatkan di media sosial. Kes-kes indeks jenayah melibatkan masalah sosial
seperti rogol , anak luar nikah dan banyak lagi masih dimonopoli oleh anak remaja
kini.

Hasil penilitian didapati aspek utama masalah keruntuhan akhlak yang berlaku
kebelakangan ini adalah dari aspek ikhtilat atau pergaulan. Maka dalam kajian kami
ini akan memfokuskan perbincangan tentang punca kesan dan langkah mengatasi
masalah keruntuhan akhlak dari aspek ikhtilat dalam kalangan para pelajar Kolej
Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading.

1.2

1.3 Penyataan masalah

Remaja merupakan pemangkin kemajuan negara kita. Merekalah yang akan


menggantikan generasi terdahulu untuk menerajui dan membangunkan negara. Bak
kata pepatah, “di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Jika elok remaja,
maka eloklah masa depan sesebuah negara itu, tetapi jika rosak remaja, maka rosaklah
masa depan sesebuah negara itu. Oleh itu, golongan remaja yang cemerlang sangat
diperlukan untuk membentuk sesebuah negara yang berjaya. Malangnya, keruntuhan
akhlak dalam kalangan remaja semakin bertambah. Pelbagai masalah yang berkaitan
dengan keruntuhan akhlak seperti kes buli, gangsterisme, dan vandalisme sentiasa
diberitakan. Persoalannya, apakah punca yang menyebabkan keruntuhan akhlak
dalam kalangan remaja?

Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada runtuhnya akhlak remaja.


Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya kerana mereka lebih rapat dengan rakan
sebaya berbanding keluarga. Rakan sebaya sangat mudah mempegaruhi seseorang
remaja itu samaada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang. Para remaja ini
akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun
mereka tahu perkara itu salah. Mereka akan terburu-buru menurut ajakan dan suruhan
kawan sebaya, apatah lagi jika remaja berkenaan bergaul dalam kumpulan remaja
yang bersikap negatif dan bermasalah dalam kehidupan sehari-hari.

Seterusnya, remaja juga agak mudah terpangaruh oleh paparan negatif dalam
media massa dan internet. Pada zaman yang serba moden ini, media massa dan
internet merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Media massa dan
media sosial banyak memberikan manfaat, tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang
“seperti api dalam sekam“. Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks
sentiasa ditayangkan oleh media massa. Pada masa yang sama juga, Kemudahan
Internet, yakni dunia tanpa sempadan turut menawarkan cukup banyak laman negatif
yang mudah dilayari oleh remaja. Pengaruhan ini telah merangsang remaja untuk
meniru aksi-aksi negatif, dan hasilnya, keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-
jadi.

Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala
ini. Keluarga yang porak-peranda turut menyumbang kepada keruntuhan akhlak
dalam kalangan remaja kini. Sebenarnya, lumrah ibu bapa ialah mendidik dan
mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna. Sesetengah ibu bapa yang
kurang mengambil tahu masalah anak-anak mereka akan menyebabkan remaja sesat
dan memilih jalan yang songsang. Akhirnya, anak remaja yang terbiar tanpa
bimbingan dan kasih sayang yang sepatutnya mula mencari jalan keluar dan bergaul
dengan anasir-anasir negatif di luar rumah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika
anak mereka sudah teruk. Bak kata pepetah, “sudah terhantuk, baru tergadah”.

Salah satu punca keruntuhan akhlak ialah sifat semulajadi remaja yang ingin
mencuba sesuatu yang baru. Kegagalan remaja itu sendiri mengawal diri dalam
mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran. Mereka ingin mencuba perkara
baharu tanpa memikirkan kesannya. Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah
untuk mencuba, tetapi lama-kelamaan mereka akan ketagih dan terus terjebak ke
dalam aktiviti haram itu. Remaja terlalu ghairah untuk menunjukkan kehebatan diri
sehingga mendorong diri sendiri terlibat dalam aktiviti haram seperti gejala merokok,
penyalahgunaan dadah dan vandalisme.

Kesimpulannya, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini haruslah


ditangani dengan bijak dan segera. Para remaja merupakan peneraju masa depan
sesebuah negara. Semua pihak, termasuklah ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah,
jiran tetangga, serta segenap lapisan masyarakat haruslah berganding bahu dan
bersama-sama mengatasi masalah yang kian runcing di negara kita pada hari ini.
Remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan diberi pimpinan agar mereka tidak sesat
ke arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa cerah.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya objektif kajian ini adalah seperti berikut :


i. Mengenal pasti punca-punca masalah pergaulan yang berlaku dalam kalangan
pelajar di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading.
ii. Mengenal pasti kesan berlakunya masalah pergaulan dalam kalangan pelajar
di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading.
iii. Mengenal pasti langkah untuk mengatasi masalah pergaulan dalam kalangan
pelajar di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading.

Anda mungkin juga menyukai