Anda di halaman 1dari 2

Punca Dan Langkah Menangani Gejala Ponteng Dalam Kalangan Pelajar

Ponteng merupakan kekangan disiplin yang paling banyak berlaku dan sukar
diatasi di sekolah. Antara lain, ponteng bagaikan satu indikator yang menanda ar
as kelemahan sistem pendidikan Malaysia yang diimplementasikan melalui Dasar Pen
didikan Negara (DPN). Perang media menerusi akhbar, majalah, blog dan sebagainya
telah pun meletus bagi membincangkan pro serta kontra kegiatan tidak bermoral i
ni. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan sedang bergiat cergas dengan mengobservas
i punca dan ikhtiar bagi menekan kemajuan polemik ini.
Punca bercambahnya masalah ini termasuklah kurangnya didikan duniawi serta
ukhrawi daripada ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu ghairah mengej
ar kemewahan hinggakan sanggup mempedulikan asas kehidupan serta dasar keagamaan
anak-anak mereka. Bahkan mereka tidak arif bahawa pengabaian inilah yang bakal
merosakkan anak bangsa kita. Persis slogan 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara', ibu bapa hendaklah mengawasi pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka
supaya terhindar daripada maksiat seterusnya mengatur strategi kehidupan anak-an
ak mereka supaya dapat menjadi tonggak negara pada masa akan datang.
Pemuda watan kita sering tersilap memilih jalan seperti peribahasa menyebu
t 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya'. Hal ini dise
babkan, remaja marcapada lebih cenderung memilih rakan yang mengikut trend walh
al budaya yang disalurkan adalah negatif. Sudah terlalu menggunung budaya barat
yang diisi dalam kotak pemikiran kita sehinggakan kita terlupa kepada budaya asa
l. Dasar remaja pula, mereka mahukan sesuatu yang lebih menarik dan mengikut per
edaran zaman. Jadi apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya, mudahlah baginya untu
k turut serta dan mencuba perkara baru. Pemilihan kawan yang baik dapat mencorak
kan kehidupan kita ke aras yang lebih sempurna.
Di samping itu, peranan media juga menjadi tulang belakang kepada kegawata
n ini. Media kini lebih gemar memaparkan program-program yang bertentangan denga
n norma masyarakat lokal. Eksploitasi seks terhadap wanita dalam iklan-iklan seb
agai intiha, memesongkan iman para remaja seterusnya menyebabkan mereka berpoten
si untuk terjerumus ke lembah kehinaan. Selain itu, penapisan filem serta drama
dianggap masih longgar kerana wujud adegan-adegan separa lucah yang dapat meracu
n minda remaja kita. Oleh yang demikian, remaja seringkali terikut-ikut dengan p
aparan negatif yang jelas berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Bagi menangani punca-punca ini, pelbagai inisiatif telah diambil oleh var
iasi pihak. Antara cara demi menangani polemik sosial ini ialah mengadakan sesi
kaunseling yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan remaja itu sendiri. Mener
usi pendekatan ini, masalah yang menyebabkan seseorang pelajar ponteng dapat dik
esan. Pihak kaunselor harus menerangkan impak negatif aktiviti ponteng supaya pe
lajar tersebut sedar dan berhati-hati menongkah arus kehidupannya. Hal ini dilih
at berkesan demi mengurangkan kadar pertambahan bilangan pelajar yang ponteng se
kolah, kerana peribahasa ghalib menyebut "sediakan payung sebelum hujan". Makany
a, apabila pihak yang berkenaan sudah mengetahui punca-punca gejala ponteng, usa
ha membanteras juga lebih efektif.
Seterusnya, para pelajar haruslah faham bahawa gejala ponteng bukanlah aktiv
iti yang menjamin masa depan. Sepatutnya, masa yang terluang diisi dengan ilmu d
an pengajaran sebagai bekalan untuk masa hadapan. Pihak kerajaan pula perlulah m
enitikberatkan peraturan dan undang-undang kerana para pelajar dilihat memandang
sebelah mata akan peraturan sekolah seolah-olah tiada mata yang melihat pergera
kan mereka. Apabila peraturan dan hukuman dilaksanakan, pelajar-pelajar akan ter
gerak daripada mimpi dan sedar bahawa kebebasan yang dikecapi adalah terhad.
Tuntasnya, semua pihak terutamanya pelajar sendiri haruslah bertanggungj
awab membaik pulih sistem pendidikan negara agar dapat memacu kejayaan negara se
terusnya bersaing dengan kuasa besar antarabangsa yang lain. Janganlah kita menj
atuhkan air muka negara sendiri tatkala rumpun lain asyik memperlekehkan kemampu
an kita. Sesungguhnya pentarbiahan yang sempurna menjamin keterjelmaan negara se
iring dengan Gagasan 1Malaysia.
(551 patah perkataan)
KOSA KATA:
1. Kekangan = masalah / halangan
2. Indikator = penunjuk aras
3. Menanda aras = penunjuk tahap
4. Diimplementasikan = dilaksanakan
5. Pro serta kontra = kebaikan dan keburukan
6. Mengobservasi = memantau
7. Polemik = perdebatan
8. Tonggak = asas
9. Watan = tanah air
10. Marcapada = kini
11. Kotak pemikiran = minda / pemikiran
12. Norma = adat / kebiasaan
13. Lokal = setempat
14. Ekploitasi C mengambil kesempatan
15. Intiha = pengakhiran
16. Inisiatif = daya usaha
17. Variasi = pelbagai
18. Impak = kesan
19. Menongkah arus kehidupan = menyonsong cabaran hidup
20. Ghalib = biasa
21. Efektif = berkesan
22. Keterjelmaan = penjelmaan

Anda mungkin juga menyukai