Anda di halaman 1dari 1

BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN

S: Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah tamadun Yunani mengalami pelbagai bentuk pemerintahan dan
pentadbiran?
Menunjukkan orang Yunani sentiasa berusaha meningkatkan aspek pemerintahan dan pentadbiran negara kota.
Rakyat Yunani berhak menentukan sistem kerajaannya.
Untuk mengekalkan keamanan dalam negeri.
Untuk memilih sistem pemerintahan yang sesuai serta adil.
Untuk menentang kezaliman dalam pemerintahan.
Untuk kestabilan politik.

S: Pada pandangan anda, apakah kepentingan sistem perundangan terhadap sesebuah negara?
Untuk mengekalkan kedaulatan negara.
Sebagai garis panduan pemerintahan dan pentadbiran negara.
Untuk mengekalkan keamanan dalam negeri.
Untuk melicinkan pentadbiran negara.
Supaya rakyat patuh kepada peraturan.
Undang-undang dapat mendisiplinkan rakyat.

S: Pada pendapat anda, apakah kepentingan pendidikan kepada negara?


Melahirkan masyarakat yang berilmu.
Melahirkan modal insan yang berkualiti.
Asas kepada kemajuan negara.
Menyediakan masyarakat minda kelas pertama.
Keperluan terhadap pasaran kerja yang berprofil tinggi.
Melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek.

S: Selain mendapatkan ilmu di sekolah, terangkan cara lain untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
Pembelajaran secara talian.
Melalui pembacaan buku ilmiah.
Melalui kelas-kelas tambahan/tuisyen luar.
Melalui pengalaman.
Belajar secara bersendirian/bersama guru di rumah.
Secara gaya pos.

S: Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah rakyat Yunani, Rom, India dan China mampu membina seni bina yang
agung?
Sistem pendidikan yang menekankan bidang kejuruteraan dan seni bina.
Ramai jurutera-jurutera mahir.
Memiliki kepakaran dalam bidang arkitek dan seni bina.
Teknologi pembinaan yang termaju mendahului zamannya.
Penekanan terhadap ilmu matematik dan geometri.
Kreatif,inovatif dan reaktif.

S: Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat perlu kepada kehidupan beragama?


Sebagai panduan kehidupan di muka bumi.
Masyarakat perlu menyesuaikan diri dengan alam sekitar.
Untuk membentuk peribadi yang mulia.
Masyarakat beragama mudah diurus.
Masyarakat beragama mudah mengikut peraturan.
Sebagai pegangan/prinsip hidup.

Anda mungkin juga menyukai