Dia seorang gadis yang berusia 19 tahun dan pelajar
sebuah pusat pengajian tinggi dalam bidang sains politik. Dia ialah anak tunggal seorang pemimpin masyarakat , iaitu Haji Syaqir. Dia merupakan seorang yang tegas dan sangat rajin. Dia sangat mudah bersimpati dan penyayang. Dia memiliki pengetahuan yang sangat tinggi dan berfikitan matang. Dia juga seorang yang berani untuk berdepan dengan sesiapa sahaja demi menegakkan kebenaran . Sukma seorang gadis yang sangat kuat berpegang kepada budaya timur . Ayahnya memujinya kerana sifat ketimurannya itu.
RAFIQ
Dia pernah tinggal di luar negara dan kembali ke tanah
air. Dia merupakan seorang pemuda yang berwawasan dan berperibadi mulia . Rafiq menghormati ayah Sukma ketika berada di rumah gadis itu. Dia sangat suka membantu. Rafiq membantu Sukma untuk bertemu dengan abang Aim untuk menyelesaikan misteri yang menyelubungi hidup gadis itu. Dia ialah oemuda yang berani. Dia mematahkan serangan Jerry dan Berjaya membuatkan Jerry berubah. Dian anak keluarga kaya tetapi tidak dimanjakan dengan kemewahan. Dia dididik supaya menghargai diri sendiri. ISKANDAR
Iskandar seorang pemuda yang agresif dan suka
memandang rendah terhadap orang lain. Dia juga sangat memandang tinggi budaya dan pemikiran barat tentang kebebasan. Akibatnya dia telah terjebak dengan aktiviti Kumpulan Ruang Sepi di Kelab WX2. Dia juga suka menyindir dan gemar bertengkar. Dia akan bertengkar dengan Sukma setiap kali mereka berjumpa.
PUAN DELIA
Ibu kepad Sukma. Beliau merupakan seorang wanita
yang berpendidikan tinggi dan mendapat pendidikan di barat. Beliau sangat mengambil berat terhadap anaknya Sukma. Beliau sering meminta Sukma menyiasat latar belakang orang yang datang ke rumah mereka. Beliau telah membantu pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan Kumpulan Ruang Sepi yang memesongkan pemikiran remaja. Beliau seorang wanita yang berani. Semasa serbuan dibuat di Kelab WX2 beliau turut berada di situ sehingga menyebabkan beliau ditembak oleh anggota kumpulan berkenaan. Huraikan watak dan perwatakan watak utama dalam novel Tingkatan 3 yang anda kaji. Watak utama novel 6:20 ialah Nur Sukma. Sukma merupakan anak tunggal kepada pasangan Hj. Shaqir dan Pn.Delia dan berusia 19 tahun. Sukma merupakan penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah IPTA. Dia menjadi guru tarian zapin di kawasan perumahannya. Sukma mudah bersimpati terhadap orang lain. (Sukma berasa simpati terhadap wanita tua (nenek) yang berada di luar pagar rumahnya) Dia juga seorang yang taat kepada perintah Tuhan.(Sukma tetap menunaikan solat walaupun dia sibuk) Sukma seorang yang berani (Sukma berani pergi menyiasat tentang pergerakan kelab WX2) Dia juga seorang yang mempunyai sifat setiakawan ( Sukma berusaha gigih untuk membawa Jerry dan Iskandar ke pangkal jalan walaupun dia diancam bahaya)serta gigih berusaha (Sukma berusaha gigih mencari bukti berkaitan kelab WX2)