Anda di halaman 1dari 1

Menurut sumber Wikpedia, pengangkutan adalah merujuk kepada sebuah kenderaan yang

akan mengangkut atau membawa seseorang atau sesuatu dari satu destinasi ke destinasi
yang lain, yang biasanya jarak perjalanan adalah lebih jauh berbanding dari berjalan kaki.

Sistem Pengangkutan kebiasaannya boleh terbahagi kepada beberapa pembahagian iaitu


bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa kenderaan itu dan lain-lain lagi.

Antara pembahagian pengangkutan yang kebiasaannya kita dengar adalah pengangkutan


laut, pengangkutan udara dan pengangkutan darat.

Menurut sumber dari Wikipedia, pengangkutan awam meliputi segala sistem pengangkutan
yang ada di mana kenderaan sendiri tidak akan digunakan oleh penumpang untuk bergerak.

Menurut sumber dari Kamus Dewan dan Pustaka (Edisi Keempat), pengangkutan awam
dapat dimaksudkan atau didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti bas,
teksi ataupun kereta api yang digunakan oleh orang awam dan ramai di kawasan tertentu
dengan tetapan kadar tambang yang selaras.

Pengangkutan awam juga adalah merupakan pengangkutan yang dikenakan bayaran dan
digunakan oleh orang ramai yang telah disediakan oleh pihak awam. Kebiasaannya
pengangkutan awam dikawal sebagai pengangkutan umum dan telah dikonfigurasi dan
ditetapkan untuk menawarkan perkhidmatan yang berjadual tetap dalam setiap laluannya
tanpa sebarang tempahan. Penumpang kebanyakannya akan bergerak dalam lingkungan
kawasan tempatan iaitu di antara rumah mereka dan pusat membeli belah, kawasan
pendidikan dan tempat kerja mereka.

Anda mungkin juga menyukai