Anda di halaman 1dari 1

Rumusan

Peningkatan tamadun berlaku kerana meningkatnya perkembangan dalam bentuk pemikiran dan kemahiran.Pencapaian dalam ilmu
falsafah, sistem pendidikan, sistem pemerintahan, kesenian, kesusasteraan, keagamaan serta sains dan teknologi dalam kehidupan
merupakan perkembangan dalam bentuk pemikiran. Perkembangan dalm kemahiran pula dapat dilihat dalam warisan seni bina.
Contohnya, colloseum dan aqueduct di Rom, Tembok Besar China di China serta Stupa di Sanchi, India.

Peningkatan dalam tamadun turut menggambarkan sikap masyarakat Yunani, Rom, India dan China yang inovatif dan usaha dalam
meningkatkan kehidupan mereka yang sedia ada. Dengan wujudnya keamanan negara dan pemerintahan yang kuat lagi adil seperti
pemerintahan demokrasi atau republik serta pemerintahan yang berwibawa dan kuat seperti Augustus Caesar, Alexander the Great,
Chandragupta Maurya, Asoka dan Shih Huang Ti, peningkatan dalam tamadun telah tercapai.
Generasi kini bertuah kerana hasil daripada kemajuan yang dicapai oleh masyarakat lampau dan pembangunan baik dari segi
keagamaan, falsafah serta sains dan teknologi telah membolehkan mereka menghayati perubahan kini yang berlaku dari semasa ke
semasa.

Kini, perubahan banyak berlaku berbanding dengan masa lampau biar dari segi politik, mahupun dari segi ekonomi dan sosial.
Sebagai contoh, pemerintahan di Rom berbentuk sistem beraja dari tahun 753 S.M., namun pemerintahan Rom berbentuk republik
pada hari ini.

Sekarang, bukti pencapaian masyarakat lampau dapat dilihat daripada warisan mereka seperti bangunan, monumen dan dokumen
sejarah. Sebagai kesimpulan, masyarakat kini hendaklah mencontohi sikap masyarakat yang inovatif dan usaha gigih dalam
mewujudkan perubahan seperti yang kita lihat pada hari ini. Dalam meningkatkan tamadun, kita patut meningkatkan pemikiran dan
kemahiran kita dengan cara menambahkan ilmu yang ada atau meneroka bidang baru.Hal ini begitu penting agar generasi muda dapat
menikmati pencapaian kita pada hari ini.
Pengenalan
Tamadun awal manusia terus berkembang kerana masyarakat sentiasa berusaha untuk mencapai kemajuan. Peningkatan berlaku
setelah tamadun berkembang. Umumnya peningkatan tamadun merujuk kepada kemampuan manusia menggunakan pemikiran untuk
mengawal dan menggunakan sepenuhnya persekitaran bagi membentuk kehidupan yang lebih kompleks, yang dapat dikaitkan dengan
kemahiran menghasilkan idea-idea baru dalam meningkatkan cara hidup. Kemajuan tamadun dapat diukur melalui pencapaian
manusia dari segi sosial, politik dan ekonomi. Hal ini dapat dilihat dalam tamadun Yunani, Rom, India dan China.

Anda mungkin juga menyukai