Anda di halaman 1dari 3

Hikayat Melayu disanjung warisan,

Menjadi wahana penglipur nestapa,


Anak berguna tonggak wawasan,
Berkat usaha ibu dan bapa.
Seiring dengan pembangunan pesat yang dijalankan di negara ini sejak
satu dasawarsa dahulu,negara kita telah menghadapi pelbagai masalah dan
halangan dalam usaha menuju ke Wawasan 2020 diidam-idamkan. Lebih
separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan, negara kita yang tercintai
dan berdaulat sudah menempa kejayaan demi kejayaan baik dari segi politik,
ekonomi dan sosial.Sekali imbas,lihatlah prasarana bertaraf dunia seperti
Menara Kuala Lumpur(KLCC),Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang yang dibanggai dan berjaya meletakkan nama
Malaysia di seantero dunia. Pada alaf globalisasi ini, jika kita halusi dan lebih
peka,akan kita dapati bahawa isu-isu yang berkaitan kebanyakan anak
berdepan dengan pelbagai masalah kerap menjadi bahan perbincangan dan
diplomikkan oleh media massa persis media cetak mahupun media
elektronik. Sebagai analoginya, Kemelut yang dihadapi oleh generasi muda
seperti mat rempit , vandalisme , gangsterisme dan sebagainya sudah lama
menghantui dan membayangi kepada masyarakat manusia.Senario ini
semakin berlaku dan tidak hairanlah jika isu ini menjadi topik perbincangan
seperti meniti bibir ke bibir dari Dewan Parlimen hinggalah ke kedai kopi
menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat konvensional tidak kira
orang tua mahupun orang muda.Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat mendapatkan hampir 50 peratus rakyat Malaysia
terlibat dalam gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Pada
pendapat saya,isu ini tidak boleh dipandang sebelah mata oleh semua pihak
terutama ibu bapa dan pihak Kementerian kerana isu ini kian parah dan
semakin berleluasa dari sehari ke sehari seperti ibarat duri dalam daging .
Jika tidak dapat bersenergi daripada semua pihak , pastinya kemelut ini
tiada noktah pengakhirnya dan akan mengundang banyak kesan sampingan
kepada individu,keluarga,masyarakat dan negara.Kesan yang terlalu ketara
ialah sistem politik akan menjadi huru-hara,ekonomi akan merundum,dan
kebajikan sosial akan porak-peranda.Janganlah kita berpegang sikap bagai
enau dalam berlukar,melepaskan puncak masing-masing.Menurut kata
mutiara sarjana ,Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara,lihatlah
remaja pada hari ini.Persoalannya,apakah peranan keluarga dalam
membantu anak-anak dan strategi-strategi perlu diambil untuk membanteras
masalah ini secara berlanjutan.
Intihanya,berdasarkan cambahan minda di atas,jelaslah variasi usaha-usaha yang perlu
diambil oleh ibu bapa.Pada pandangan saya, kita haruslah menggembleng
tenaga dan berganding bahu serta mempunyai semangat tinggi setinggi Gunung Everest,seluas
Banjaran Himalaya,sedalam Jurang Mariana dalam membendung isu ini daripada membarah
sebelum terlewat ataupun sebelum nasi menjadi bubur.Mantan Presiden Indonesia Soekarno
pernah berkata, Jika diberikan aku seratus orang tua,nescaya aku mampu menterbalikkan
perahu yang tertangkup tetapi jika aku diberikan sepuluh orang belia waja, nescaya aku dapat
menggegarkan dunia.Jika semua pihak bekerjasama menghadapi masalah ini dengan
serius,saya pasti barisan pelapis yang akan datang akan lebih berwawasan,bermutu dan
berkualiti dalam memperkasakan nusa dan etnik kerana pemuda harapan bangsa,pemudi tiang
negara.Ingatlah pesan tokoh falsafah,Sesungguhnya tiada jalan yang tidak berpenghujang dan
tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.Keluarga Bahagia Penjana Produktiviti
Negara.Demikianlah selingar kata yang meletakkan sebuah keluarga sebagai nukleus dalam
pembangunan negara.Selagi ada bulan dan matahari,selagi ada siang dan malam,pintu taubat
masih terbuka.Mudah-mudahan kita menjadi manusia yang diredai Tuhan di muka bumi ini.
Ulaskan maksud peribahasa iaitu kasih ibu sepanjang hayat,kasih bapa berkorban nyawa,kasih
saudara semasa berada.Semoga negara kita dapat berdiri dengan gah di pentas antarabangsa
bergandingan dengan negara maju yang lain dan terkenal di seantero dunia.

Tegap melangkah puteri remaja,


Segagah langkah serikandi nusa,
Tampil saya bersulam kata,
Remaja Berwibawa Negara Jaya.
Kemalangan jalan raya tidak harus dipandang enteng,
Mesti dibanteras ke akar umbi,
Kudrat semua pihak mesti digembleng,
Azam janganlah berbelah bagi.
Marcapada ini, isu alam sekitar semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat dalam
media massa di seluruh pelosok negara.Hal ini demikian kerana, sikap masyarakat kita
yang suka mengabaikan aspek penjagaan alam sekiar kurniaan Allah s.w.t terutamanya
dalam kalangan generasi muda.Oleh itu, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan
oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar di
negara ini.
Antara langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-
anak mereka menjaga keindahan alam sekitar ialah mendidik anak-anak cinta akan
alam sekitar sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, ibu
bapa juga perlu menunjukkan suri teladan yang terbaik kepada anak-anak tentang
penjagaan alam sekitar dapat menyemai sikap menjaga keindahan alam sekitar dengan
lebih mudah lagi dalam diri anak-anak mereka, bak kata pepatah ke mana tumpahnya
kuah kalau tidak ke nasi. Di samping itu, langkah lain yang perlu dipraktikkan oleh ibu
bapa untuk memupuk sikap mementingkan keindahan alam sekitar dalam jiwa anak-
anak ialah dengan menggalakkan ahli keluarga mereka mengitar semula barang
barang buangan seperti plastik, tin dan kertas.
Seterusnya, ibu bapa mestilah menetapkan jadual membersihkan rumah secara
bergilir-gilir dalam kalangan anak-anak mereka setiap hari dan mengadakan aktiviti
gotong- royong sebulan sekali secara bersama-sama untuk menggalakkan ahli keluarga
mereka menjaga keindahan alam sekitar. Umum mengetahui bahawa usaha melahirkan
anak-anak menjaga keindahan alam sekitar dapat direlisasiakan apabila Ibu bapa
menggalakkan anak-anak menyahut kempen kerajaan berkaitan dengan alam sekitar di
negara ini contohnya kempen cintailah sungai kita dan kurangkan penggunaan plastik.
Langkah yang terakhir untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekiar
di negara ini ialah ibu bapa boleh membawa ahli keluarga mereka melawat atau
melancong ke tempat-tempat menarik di seluruh negara seperti Pulau Langkawi, Bukit
Freser dan Pantai Cahaya Bulan (PCB).
Tuntasnya, terdapat pelbagai peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa
untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar. Sehubungan dengan
itu, ibu bapa mestilah komited untuk menyemai tabiat mencintai alam sekitar dalam
kehidupan seharian keluarga mereka. Penglibatan ibu bapa secara bersungguh-
sungguh dalam menjayakan usaha murni ini boleh diibaratkan seperti anai-anai makan
kayu. Oleh itu,peranan ibu bapa ini dapat melahirkan sikap cinta akan keindahan
alam sekitar dalam kalangan anak-anak sejak awal lagi.

Anda mungkin juga menyukai