Anda di halaman 1dari 3

Menangani gejala sosial generasi muda

Berita pembuangan bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di depan tempat
tumpuan awam bukanlah isu baru. Isu ini kembali mendapat tempat di beberapa media
massa setelah lama tidak kedengaran kes-kes sedemikian rupa.

Apa yang membimbangkan ialah bilangan kes pembuangan bayi di kalangan wanita
remaja semakin meningkat, malah ia sangat meruncing sejak akhir-akhir ini.

Perbuatan membuang bayi yang baru lahir dalam apa keadaan sekalipun dan ia
mengakibatkan kematian bayi tersebut sebenarnya adalah pembunuhan.

Sesiapa sahaja yang membuang bayi itu atau terlibat dengan perbuatan tersebut
adalah melakukan pembunuhan dan salah dari segi agama dan tindakan undang-
undang akan diambil.

Kejadian yang semakin bercelaru dan menjajah pemikiran golongan generasi muda ini
dibimbangi akan terbawa-bawa kepada peningkatan jenayah di peringkat yang lebih
serius seiring dengan usia mereka.

Mengikut undang-undang, Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman


mati ke atas pesalah jika disabitkan kesalahan membunuh. Selain itu, pasangan lelaki
juga harus disabitkan kesalahan.

Dengan dunia serba moden, kemungkinan untuk mengenal pasti lelaki yang berzina
dengan seorang wanita sehingga hamil kini boleh ditentukan melalui ujian DNA.

Ujian DNA adalah satu kaedah menentukan siapakah bapa biologi seseorang bayi
melalui kajian terhadap contoh tisu dan darah individu yang terbabit.

Melihat kepada senario pada hari ini, jenayah yang merupakan implikasi dari
keruntuhan jiwa dan akhlak akan menyebabkan terlahirnya masyarakat yang melanggar
norma-norma agama dan masyarakat itu sendiri. Masalah jenayah pembuangan bayi
harus ditangani segera sebelum ia merebak menjadi masalah sosial dalam masyarakat.

Menurut Hall (1904), remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan, kesedihan
dan konflik. Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa, pendidik
dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja.

Mereka wajar membantu remaja agar mengelakkan diri daripada terjebak dengan
kegiatan yang negatif.

Masyarakat harus sedar bahawa masalah sosial adalah masalah kita bersama dan
memerlukan penyelesaian yang bersepadu dan terancang. Ia memerlukan strategi
menanganinya melalui pelbagai pendekatan secara proaktif termasuk pendekatan
keagamaan yang merupakan tunjang kerohanian bagi setiap individu
Apa yang pasti, pentingnya pegangan agama dan nilai kerohanian dalam kehidupan
manusia tidak dapat disangkal lagi. Agama memainkan peranan penting untuk
memandu ahli masyarakat agar bertingkah laku sesuai dengan nilai, norma dan
pertimbangan rasional kebanyakan ahli masyarakat.

Menurut Prof. Dr. Sidek Baba, pendidikan iman dan akhlak pada prinsipnya berasaskan
kepada dua faktor yang saling berhubung iaitu faktor qudwah atau teladan dan
pengaruh persekitaran. Ini kerana antara naluri dan kecenderungan utama anak dalam
proses pembelajaran ialah keinginan untuk meniru, mencontohi dan meneladani.

Inilah sebabnya maka setiap anak memerlukan contoh teladan, 'role-model', 'mentor'
dan qudwah supaya kebaikan dan kehebatan contoh berkaitan dapat diikuti dan
dihayati dalam kehidupannya pula.

Dan ibu bapa adalah model awal dan utama dalam pembentukan iman dan akhlak
anak. Bagi membolehkan ibu bapa mendidik dengan sempurna, mereka perlu berupaya
serta menjadi qudwah yang terbaik.

Selain itu, ibu bapa harus bijak menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik
keibubapaan yang sihat dan cemerlang dan mempraktikkan nilai nilai keagamaan
dalam kehidupan seharian dalam membentuk keluarga harmoni.

Sekiranya mengabaikan dan tidak peduli pada perilaku dan akhlak remaja, maka
dengan sendirinya akan lahirlah remaja bermasalah.

Sebagai contoh, Rasulullah SAW telah menunjukkan bahawa golongan yang menjadi
fokus dan sasaran utama sejarah pembinaan akhlak dan budi pekerti adalah golongan
remaja atau muda-mudi.

Kita harus sedar dan yakin bahawa cara tindakan menyelesaikan masalah mengikut
pendekatan agama lebih berkesan dan berterusan memberikan ketenangan kepada
golongan remaja berbanding dengan cara tindakan umum atau tidak menggunakan
pendekatan agama. Pada masa yang sama, pendekatan kaunseling dan nasihat perlu
juga bergerak seiring supaya nilai-nilai keagamaan sentiasa subur di sanubari anak-
anak remaja.

Hakikatnya, segenap lapisan masyarakat harus bersatu padu dan mengaplikasikan


pelbagai pendekatan dalam menyelesai masalah gejala sosial ini. Setiap individu
termasuk ibu bapa perlu peka dan memainkan peranan khususnya dalam memastikan
anak-anak tidak terjebak dengan gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka.

Cabaran menangani gejala sosial terutama yang melibatkan pembuangan bayi


semestinya diberi perhatian yang lebih besar dan memandang serius masalah ini.
Justeru, sesuatu perlu dilakukan sebelum ia menjadi penyakit sosial yang sukar diubati.

[Utusan Online, 30/04/2008]


Punca-punca dan cara-cara mengatasi masalah disiplin  pelajar
Posted on 14 Mac, 2008 by admin

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan
pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan
apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

            Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era
globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka
mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar
dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka.
Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

            Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik.
Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam
hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka
tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus
merosot itu.

            Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering
menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup
berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka.
Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan
drastiknya.

            Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi
faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin
sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang
beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh
tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan
kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan
peningkatan masalah disiplin pelajar.

            Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca
masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa
mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka
habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

            Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa
mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi
mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang
berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

            Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita
disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu
bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Anda mungkin juga menyukai