Anda di halaman 1dari 21

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

PENDIDIKAN MORAL (WM011)


SESI 2015 / 2016

TAJUK : PEGANGAN AGAMA PENGARUHNYA TERHADAP PEMBENTUKAN


MORAL PELAJAR

NAMA AHLI KUMPULAN :


1.
2.
3.
4.

RAVEENA VAIDHESWARY A/P MURALITHARAN (MS1519533217)


SANTHIYA A/P RAVI INDRAN (MS1519536148)
SHAMINI A/P ANBALAGAN (MS1519535446)
SHARANYA A/P RAMANATHAN (MS1519533203)

NAMA PENSYARAH : PN. ROHIMAH BT ZAKARIA

ISI KANDUNGAN

Bil.
1.
2.
3.

Kandungan
Penghargaan
Pendahuluan
Kepentingan pegangan agama dalam pembentukan

4.
5.

moral pelajar
Halangan / rintangan dalam pembentukan moral pelajar
Agama sebagai pedoman hidup :

6.
7.
8.

a) Etika Islam
b) Etika Kristian
c) Etika Hinduisme
d) Etika Buddhisme
Kesan hidup pelajar patuh pada ajaran agama
Kesimpulan
Bibliografi

Muka Surat (m/s)

1. PENGHARGAAN
Kami dari kumpulan 4, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak menolong dan memberi
kerjasama yang tidak ternilai sepanjang penyiapan kerja kursus Pendidikan Moral.

Terlebih dahulu kami ingin bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan kami
peluang untuk menyiapkan Kerja Kursus Pendidikan Moral ini dengan jayanya pada
masa yang ditetapkan.
Seterusnya, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
Pendidikan Moral kami, Puan Rohimah binti Zakaria yang telah banyak memberi
panduan, bimbingan dan nasihat yang sungguh berfaedah semasa menyiapkan
kerja kursus kami.
Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi
kerjasama dan input yang amat berfaedah bagi menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir kata,kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
telah banyak membantu kami dalam kerja kursus ini.Pertolongan anda semua amat
dihargai.

2. PENDAHULUAN
Sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan bahawa nilai moral pelajar semakin
merundum. Hal ini berlaku disebabkan oleh penglibatan sebahagian pelajar dalam
gejala-gejala sosial seperti vandalisme, gengsterisme dan penyalahgunaan dadah.
Mereka tidak sedar bahawa perbuatan-perbuatan ini akan menyebabkan masa
depan mereka menjadi persoalan kepada diri masing-masing. Jika persoalan ini
diabaikan, tidak mustahil sekiranya perkara tersebut menjadi suatu kenyataan.

Oleh itu, mereka harus insaf dan kembali ke pangkal jalan, sebelum nasi menjadi
bubur.
Perkara ini dapat dilakukan sekiranya akhlak mereka dapat dibentuk semula.
Dengan itu, memberi peluang kepada mereka untuk menjadi pelajar-pelajar yang
bermoral serta tidak dipandang rendah oleh masyarakat. Secara tidak langsung,
mereka dapat menjamin masa depan mereka.
Bagi merealisasikan hasrat ini, langkah-langkah yang efektif harus diambil dalam
membentuk moral pelajar. Salah satu langkah tersebut ialah melalui pegangan
agama masing-masing.

3. KEPENTINGAN PEGANGAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN MORAL PELAJAR


Antara kepentingan pegangan agama dalam pembentukan moral pelajar ialah isuisu gejala sosial dapat dikurangkan dan seterusnya dielakkan. Melalui pegangan
agama, tidak mengira agama mana pun, menyeru penganutnya untuk menjauhkan
diri daripada melakukan perkara-perkara yang dapat menjatuhkan maruah diri.
Misalnya, perbuatan seperti pelacuran dan seks bebas, yang menyebabkan diri
seseorang itu dipandang serong oleh masyarakat. Justeru itu, sekiranya pelajar

mengikuti seruan tersebut, sudah tentunya maruah diri pelajar dapat dipelihara dan
bilangan kes gejala sosial dalam kalangan remaja akan berkurangan.
Di samping itu, masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai
kerana isu-isu gejala sosial akan semakin berkurangan. Setiap agama menyeru
penganutnya untuk mengutamakan keamanan masyarakat dalam pelbagai aspek.
Contohnya, amalan etika Islam seperti Amar Maaruf (suruhan kebaikan) dan Nahi
Mungkar (larangan kejahatan), dapat melahirkan umat Islam yang
bertanggungjawab terhadap masyarakat. Dengan itu, tanggungjawab menjaga
keamanan masyarakat dapat dijalankan sekiranya isu-isu gejala sosial berkurang.
Selanjutnya, hubungan pelajar bersama keluarga dapat dieratkan. Apabila pelajar
memiliki akhlak yang mulia, pelajar akan lebih menghormati, mementingkan,
menyayangi dan menghargai keluarganya. Misalnya, menurut Perjanjian Lama
(The Old Testament) dalam etika Kristian, penganut Kristian diseru untuk
menghormati ibu bapa mereka. Oleh itu, hubungan pelajar bersama keluarga
haruslah dijaga agar kehidupan pelajar mendapat keberkatan Tuhan.
Selain itu, tiada permusuhan yang akan dicetuskan oleh pelajar. Setiap pelajar yang
bermoral tahu bahawa agamanya menyeru untuk sentiasa membuat kebaikan dan
melarang daripada melakukan kejahatan. Contohnya, salah satu amalan etika
Buddhsime, iaitu Jalan Mulia Lapan Berlapis, menyatakan bahawa umatnya harus
memiliki fahaman betul, pemikiran betul, pertuturan betul dan perbuatan betul.
Sekiranya setiap pelajar yang bemoral memiliki dan mempraktikkan aspek-aspek ini,
permusuhan atau apa jua jenis kejahatan, tidak akan dicetuskan oleh pelajar.
Akhir sekali, pelajar dapat berfikir dan bertindak secara waras dalam apa jua situasi.
Keupayaan ini harus dimiliki oleh pelajar, lebih-lebih lagi dalam zaman yang serba
canggih ini, untuk memastikan mereka tidak hanyut atau terpengaruh dengan
perkara-perkara yang tidak berfaedah, seperti gejala sosial. Misalnya, salah satu
etika Hindusime iaitu Dharma, menyeru penganut agama Hindu untuk membuat
tindakan yang betul dalam aspek tanggungjawab, kebenaran, keadilan, moraliti dan

kebaikan. Dengan itu, terbuktilah bahawa keupayaan ini sangat penting kepada
pelajar.
Kesimpulannya,agama sememangnya penting dalam pembentukan moral pelajar.
Tanpa agama sebagai panduan hidup kepada pelajar, sudah tentu pelajar tidak
dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

4. HALANGAN / RINTANGAN DALAM PEMBENTUKAN MORAL PELAJAR

Halangan dan rintangan dalam pembentukan moral pelajar menjadi suatu isu yang
sangat kritikal pada masa kini. Masalah ini perlu ditangani dengan cekap supaya
pegangan agama dapat disemai dalam sanubari remaja.

Antara halangan yang menjadi masalah utama pembentukan moral dalam kalangan
remaja ialah gejala sosial yang sedang berleluasa di Malaysia, bak kata pepatah
cendawan yang tumbuh selepas hujan. Vandalisme, gengsterisme, penyalahgunaan
dadah, pergaulan bebas, seks sebelum nikah, jenayah, lari dari rumah dan
pembuangan bayi adalah antara contoh gejala sosial yang sering dipaparkan pada
dada-dada akhbar.
Remaja pada masa kini, dengan mudahnya terdedah kepada gejala-gejala sosial
sebegini, sebaik sahaja mereka masuk sekolah menengah. Banyak aspek yang
menjadi faktor remaja melibatkan diri dalam gejala sosial. Antaranya ialah pengaruh
rakan sebaya. Remaja yang berada dalam alam dewasa muda, kurang
kemampuannya dalam membezakan antara yang benar dan salah. Jadi, mereka
berkemungkinan memilih rakan sebaya yang tidak baik akhlaknya. Hal ini
menyebabkan remaja itu terjebak dalam kancah gejala sosial.
Faktor yang seterusnya ialah sikap ingin tahu dalam diri remaja menyebabkan
mereka mencuba sesuatu yang baru tanpa menghiraukan kepercayaan dan pantang
larang agamanya. Sebagai contoh, remaja kini lebih meminati budaya barat yang
dikenali sebagai budaya kuning daripada budaya tempatan. Oleh itu, mereka
mencuba semua perkara seperti menagih dadah, meminum arak, menghisap rokok
dan pergaulan bebas sehingga mereka lupa akan pegangan agama masing-masing.
Tambahan pula, ibu bapa pada pasca globalisasi ini hanya mengejar kekayaan
semata-mata hingga mereka mengabaikan anak-anak mereka. Alasan yang diberi
oleh ibu bapa ialah mereka bekerja keras sebegini hanya untuk kebaikan anak
mereka. Mereka perlu sedar bahawa sikap mereka ini tidak akan memberikan apaapa kebaikan kepada anak mereka melainkan mereka meluangkan sedikit daripada
masa mereka bersama anak mereka. Hal ini demikian kerana, remaja memerlukan
kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa mereka supaya mereka berasa
selesa dan tenang dengan berkongsi perkara-perkara yang berlaku dalam
kehidupan seharian mereka.
Lebih-lebih lagi, ibu bapa juga kurang menekankan aspek agama dalam kehidupan
mereka dan juga anak mereka. Mereka tidak mengambil apa-apa tindakan untuk

menerapkan pegangan agama yang menjadi tunjang dalam pembentukan moral


pelajar dalam diri remaja. Hal ini juga menjadi satu isu penting yang menghalang
pembentukan moral pelajar.
Rintangan-rintangan yang disenaraikan di atas perlu diatasi secara bestari dan
inovasi. Hal ini kerana, jika halangan yang menghalang pembentukan moral dalam
kalangan pelajar tidak ditangani dengan bijak, natijahnya akan memberikan impak
yang sangat besar kepada diri pelajar, keluarga, masyarakat dan juga negara.
Kesan timbulnya halangan dalam pembentukan moral pelajar ialah berlakunya
keruntuhan akhlak remaja. Masyarakat Malaysia sangat terkenal dengan slogan
Budi Bahasa, Budaya Kita. Jikalau remaja yang akan menjadi pemimpin negara
tidak ada pegangan agama dan akhlak yang baik, slogan itu akan lenyap ditelan
zaman. Remaja juga akan hilang tumpuan terhadap mata pelajaran kerana asyik
berfikir tentang benda-benda yang tidak sepatutnya. Hal ini akan menyebabkan
masa depan remaja diliputi kegelapan dan hal ini juga boleh membawa nama buruk
kepada keluarga serta menjatuhkan maruah keluarga.
Konklusinya, halangan dan rintangan dalam pembentukan moral pelajar perlu dicari
penyelesaiannya, supaya remaja yang dikatakan sebagai pemimpin negara pada
masa depan dapat diselamatkan daripada gejala sosial yang menakutkan semua
orang.

5. AGAMA SEBAGAI PEDOMAN HIDUP


Agama secara mudahnya adalah kepercayaan kepada Tuhan, iaitu kuasa ghaib
yang amat berkuasa. Ia menentukan segala yang baik serta buruk, yang betul dan
salah dan yang boleh atau tidak boleh dilakukan. Ia memainkan peranan yang amat
penting dalam membentuk peraturan hidup manusia. Setiap agama menentukan
etika pengikutnya. Matlamat yang dicari ialah kebahagiaan dan kesejahteraan
umatnya.
Etika keagamaan berasaskan panduan yang sudah termaktub dalam agama. Ia
diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Panduan
ini terdapat dalam dua bentuk iaitu, suruhan dan larangan. Suruhan mengandungi
segala perkara yang dibenarkan, manakala larangan mengandungi semua hal yang
tidak dibenarkan. Etika agama yang akan dibincangkan dalam folio ini ialah : a) Etika Islam
b) Etika Kristian
c) Etika Hinduisme
d) Etika Buddhisme

a) ETIKA ISLAM
SUMBER AJARAN ISLAM
i. Al-Quran
Al-Quran merupakan wahyu Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ia
mengandungi semua perkara mengenai Islam, khususnya tentang kehidupan seorang
muslim. Ia diturunkan dalam bahasa Arab kerana Nabi Muhammad adalah orang Arab.
Walaupun demikian, wahyu tersebut bukan hanya untuk orang Arab tetapi juga untuk
manusia sejagat.
ii.Sunnah/Hadith
Sunnah adalah perjalanan hidup Nabi Muhamad, iaitu peraturan yang diikuti oleh umat
Islam berdasarkan perbuatan dan perkataannya. Sunnah mengandungi maklumat
terperinci yang disampaikan secara lisan atau ditunjukkan dengan perlakuan.

MATLAMAT HIDUP DALAM ISLAM


Islam mahukan keseimbangan hidup manusia dari segi rohani dan jasmani. Selaras
dengan itu,matlamat yang ingin dicapai ialah kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat,
iaitu kehidupan yang terpelihara daripada segala bencana ketika hidup di dunia dan
selepas mati.

ASAS ISLAM
a) Akidah (sistem kepercayaan)
1. Percaya kepada Allah.
2. Percaya kepada rasul.
3. Percaya kepada malaikat.
4. Percaya kepada kitab-kitab suci.
5. Percaya kepada hari akhirat.
6. Percaya kepada qada dan qadar.

b) Syariah (sistem perjalanan hidup harian)


1. Ibadat (peraturan berkaitan perhubungan manusia dengan Allah).
2. Muamalat (peraturan berhubung urusan hidup harian manusia).
3. Munakahat (peraturan pergaulan dan kekeluargaan).
4. Jenayat (peraturan berhubung kesalahan jenayah).

c) Akhlak / etika (sistem hidup)


1. Amar maaruf (suruhan)
2. Nahi mungkar (tegahan)

CONTOH ETIKA ISLAM

AMAR MAARUF

NAHI MUNGKAR

AQIDAH

AQIDAH

Beriman kepada Allah

Jangan syirik kepada Allah

Taat kepada Allah

Jangan derhaka kepada Allah

SYARIAH

SYARIAH

Amanah

Jangan menipu

Berlaku adil

Jangan berbuat zalim

Berkasih sayang

Jangan berbenci-bencian

Cari rezeki yang halal

Jangan makan riba dan berjudi

Sayangkan nyawa

Jangan membunuh

AKHLAK

AKHLAK

Berbuat baik kepada ibu bapa

Jangan menengking ibu bapa

Jujur dan ikhlas

Jangan hasad dengki

Bercakap benar

Jangan berdusta

Merendah diri

Jangan bongkak

b) ETIKA KRISTIAN

SUMBER PANDUAN KRISTIAN


1. Perjanjian Lama (The Old Testament).
2. Perjanjian Baru (The New Testament).
3. The Gospels (karangan Mark, Matthew, Luke dan John).

SURUHAN DAN LARANGAN DALAM ETIKA KRISTIAN

Perjanjian Lama (The Old Testament)

1. Aku Tuhan kamu.


2. Kamu tidak akan menyembah Tuhan-tuhan lain selain Aku.
3. Jangan salahgunakan nama Tuhan kamu.
4. Ingat hari sabbath dan jadikannya hari mulia.
5. Hormati bapa dan ibu kamu.
6. Kamu tidak boleh membunuh.
7. Kamu tidak boleh berzina.
8. Kamu tidak boleh mencuri.
9. Kamu tidak boleh menjadi saksi palsu.
10. Kamu tidak boleh tamak hak orang lain.

Perjanjian Baru (The New Testament)

1. Jadikan Jesus Christ sebagai teladan.


2. Cari keredaan Tuhan.
3. Bersikap rendah diri dan lemah lembut.
4. Kasihkan jiran.
5. Kasihkan orang lain seperti mengasihi diri sendiri.
6. Bercakap benar.
7. Jangan tamak.
8. Jangan menipu.
9. Jangan menghina.

c) ETIKA HINDUISME

SUMBER PANDUAN HINDUISME


1. Veda (teks hukum-hukum agama).
2. Upanisyad (teks falsafah).
3. Ramayana dan Mahabbhrata (epik atau puisi panjang).

KONSEP-KONSEP PENTING ETIKA HINDUISME

Purusyartha (mencari kebahagiaan dan kesejahteraan).

Dharma (kebenaran).
Artha (kekayaan).
Karma (kepuasan).
Moksya (kebebasan).

Asyrama (putaran hidup).

Alam pelajar.
Alam rumahtangga.
Alam pengunduran diri.
Alam penolakan.

Dharma (tindakan yang betul).

Tanggungjawab.
Kebenaran.
Keadilan.
Moraliti.
Kebaikan.

Karma (tindakan yang boleh memberi kesan kepada kehidupan selepas mati).

d) ETIKA BUDDHISME
Empat kebenaran mulia.

Kebenaran kesengsaraan.
Kebenaran sebab musabab kesengsaraan.
Kebenaran penghapusan kesengsaraan.
Kebenaran cara menghapuskan kesengsaraan.

Jalan mulia lapan berlapis.

Fahaman betul

Pekerjaan betul

Usaha betul

Pemikiran betul

Pertuturan betul

Kesedaran betul

Perbuatan betul

Tumpuan betul

Panca sila.

Jangan membunuh.
Jangan mencuri.
Jangan berzina.
Jangan berdusta.
Jangan minum arak.

Secara keseluruhannya, semua agama dan kepercayaan menyeru penganutnya


beretika. Suruhan serta larangannya sangat jelas.
Dalam konteks kehidupan bermasyarakat misalnya, semuanya menyuruh manusia
berbuat baik seperti menunaikan amanah, berlaku adil dan menghormati ibu bapa.

Begitu pula, semuanya melarang manusia berbuat jahat seperti berlaku zalim,
melakukan zina, minum arak, berjudi dan sebagainya.
Walaupun terdapat perbezaan pendapat dari segi pemahaman dan pendekatan,
fokusnya adalah tetap sama, iaitu semua manusia mesti berkelakuan baik terhadap diri
sendiri, manusia lain dan alam semesta seluruhnya.
Lantaran itu, setiap agama memberi panduan kepada umatnya untuk hidup dengan
aman dan sejahtera. Nilai yang diterapkan bertujuan membawa kebaikan dan
menghindari mereka daripada terjerumus ke dalam kejahatan serta kehinaan.

6. KESAN HIDUP PELAJAR PATUH PADA AJARAN AGAMA

7. KESIMPULAN

8. BIBLIOGRAFI
Amran Kasimin (1995) Agama dan perubahan sosial di kalangan penduduk asli di
Semenanjung Tanah Melayu (terj.) Padilah Haji Ali. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Robiah K. Hamzah, Ph. D. (2006) Menjadi remaja berbudaya positif. Pahang : PTS

Millennia Sdn. Bhd.


Mohd. Radziq Jalaludin (2006) Bagusnya remaja ini. Pahang : PTS Millennia Sdn.

Bhd.
http://myrul1996.blogspot.com
http://masalahsosialremajamasakinidimalaysia.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai