Anda di halaman 1dari 6

KEKERINGAN DAN CARA MENGATASINYA

Kemarau panjang yang berbuntut pada kekeringan merupakan kejadian yang telah menjadi langganan kita semua setiap tahun. Kejadian itu berulang, berulang, dan terus berulang. Fenomena ini menyebabkan kita semua, khususnya para petani, merasa was-was dan kalang kabut. Karena kekeringan, tanaman padi milik para petani terancam puso atau gagal panen sehingga merugi. Karena kekeringan, air bersih telah menjadi barang yang langka dan mahal sehingga harus ada biaya tambahan untuk membeli air. Karena itu, perlu ada penanganan khusus agar kita semua bisa terbebas dari ancaman kekeringan, khususnya bagi para petani.

KEMARAU MELALUI SAINTIFIK


Beratus ribu ahli sains pertanian turun ke kawasan tanah pertanian yang dilanda kemarau untuk membantu para petani mengatasi kemarau melalui cara saintifik. Menurut pegawai Kementerian Pertanian China, keadaan bencana kemarau dapat diredakan. Setakat 17 Februari lalu, keluasan kawasan bencana kemarau di 8 buah provinsi termasuk Henan telah berkurang 53% berbanding keadaan pada 7 Febuari lalu. Selain itu, jumlah penggunaan air dapat dijimat lebih daripada 70% melalui cara pengairan baru berbanding cara pengairan lama. Cara mengatasi kemarau secara saintifik, pengairan sambil membaja serta mencegah serangga perosak akan dijadikan cara teknikal penting bagi mengatasi kemarau pertanian.

Mutakhir ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia telah banyak membawa perubahan kepada kehidupan seharian manusia di tanah air kita. Dalam keghairahan mengejar arus modenisasi ini, kita sering dikejutkan dengan situasi negara kita yang sering mengalami masalah jerebu. Berita buruk ini yang semakin menjadi-jadi ini dipaparkan pada dada akhbar saban hari. Hal ini telah menjadi polemik orang ramai dari kedai kopi sehinggalah ke parlimen. Persoalan yang sering terlintas di fikiran kita ialah mengapakah Malaysia selalu dilanda dengan krisis jerebu? Banyak jawapan yang berlegar-legar di gawang minda kita kita. Namun begitu, masalah yang semakin serius ini perlu diatasi dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kerajaan merupakan penawar mujarab dalam mengatasi masalah jerebu. Pihak kerajaan memikul kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang termaktub dalam Akta Alam Sekitar. Individu-individu yang telah mengingkari undang-undang dengan membakar sampah sarap secara terbuka manakala pemaju kilang yang membiarkan pelepasan asap daripada kilang tanpa ditapis perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Biarlah mereka menerima pengajaran supaya lebih peka terhadap isu jerebu yang semakin kronik ini, kerana sudah terhantuk baru tengadah. Pemaju-pemaju kilang yang mengamalkan sikap sebegitu bukan sahaja harus dikenakan saman yang lebih tinggi, malah premis kilang mereka harus disita. Bagi memastikan masalah jerebu terkawal, kerajaan turut perlu mewajibkan setiap kilang perindustrian supaya memasang sistem penapisan asap dalam kilang mereka untuk mengurangkan penyaluran habuk dan gas-gas toksik ke dalam udara. Pada masa yang sama, Jabatan Alam Sekitar haruslah menggemblengkan tenaga dengan organisasi bukan kerajaan untuk menjalankan kempen kesedaran yang lebih efektif secara giat.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU

Kempen kesedaran ini bukan sahaja dapat menyedarkan orang ramai tentang perbuatan mereka yang menyumbang kepada masalah jerebu, malah kempen tersebut mampu membekalkan mereka dengan informasi tentang langkah-langkah yang patut diambil oleh setiap individu untuk membantu dalam mengatasi fenomena jerebu. Tuntasnya, kerajaan menjadi pemangkin perdana bagi memastikan masalah jerebu dapat ditangani dengan cara yang efektif. Selain itu, tindakan kerajaan yang lain dalam menangani masalah jerebu ialahpembenihan awan perlu dilaksanakan demi menyekat keadaan jerebu daripada menular. Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda Malaysia. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan jerebu. Dengan demikian, kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, Titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh itu, iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, air kristal akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh memainkan peranan penting apabila keadaan jerebu menjadi sangat serius. Hujan dapat membawa bersama jerebu jatuh ke bumi, justeru masalah jerebu dapat diatasi dengan pembenihan awan. Tidak dapat dinafikan juga ialah peranan ibu bapa dalam menangani fenomena jerebu. Ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak mereka tentang langkah-langkah mencegah masalah jerebu, menerusi pendidikan tidak formal. Ketika mereka masih di bangku sekolah, anak-anak diibaratkan sebagai kain putih dan memerlukan bimbingan ibu bapa untuk membentuk jati diri mereka yang sempurna. Sebagai memberi teladan kepada anak-anak mereka, mereka perlu memikul tugas untuk memaparkan sikap mesra alam supaya sikap sebegitu tersemai dalam sanubari anakanak mereka sehingga menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan, bak kata pepatah, alah bias tegal biasa. Berpegang pada prinsip bagaimana acuan begitulah kuihnya, anak-anak akan mengikut sikap ibu bapa sebagai rakyat negara yang mengutamakan kebersihan udara. Dalam membentuk keperibadian mereka supaya menjadi individu yang mengamalkan sikap mesra alam, ibu bapa juga diamanahkan dengan tugas menyuburkan nilai-nilai murni, seperti nilai bertanggungjawab dan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar dalam jiwa anak-anak untuk menyedarkan anak-anak tentang tanggungjawab mereka dalam memelihara kebersihan udara. Ibu bapa turut diberikan tanggungjawab untuk membuka mata anak-anak mereka terhadap isu jerebu melalui penyertaan dalam kempen-kempen kesedaran kerajaan. Melalui langkah tersebut, anakanak akan didedahkan kepada perkara serius ini sejak umur yang kecil lagi, malah hal ini membantu mereka memahami impak jerebu terhadap negara supaya mereka dapat menghulurkan bantuan dalam usaha menangani masalah jerebu. Maka, peranan ibu bapa dalam usaha mengatasi fenomena jerebu turut mendatangkan impak positif kerana mereka menjadi penentu sahsiah generasi muda. Selain kerajaan dan ibu bapa, pemimpin-pemimpin negara perlu bertemu dengan pemimpin dari negara jiran dan berbincang tentang kesan-kesan yang disebabkan oleh pembakaran hutan serta mencari cara penyelesaian masalah bersama-sama. Pemimpin negara Indonesia boleh memainkan peranan dengan merancang pembakaran hutan dengan teliti dan memikirkan cara mengurangkan implikasi negatif yang dibawa oleh pembakaran hutan. Mereka juga patut melarang pembakaran hutan dan mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut. Dengan melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang tersebut, maka masalah jerebu dapat diringankan. Sebagai rakyat Malaysia kita boleh memainkan peranan kita dengan tidak membakar sampah sarap secara terbuka. Hal ini kerana asap yang dihasilkan melalui pembakaran sampah sarap merupakan antara penyumbang kepada jerebu dan sebagai akibatnya kesihatan manusia akan terjejas dan membawa kepada pelbagai penyakit seperti sakit kerongkong, penyakit asma, pneumonia, barah paru-paru dan sebagainya. Di samping itu, kita boleh melibatkan diri dalam aktiviti menyelamatkan alam sekitar dengan menanamkan tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan rumah. Dengan adanya kerjasama daripada masayarakat, masalah jerebu pasti dapat ditangani sebelum nasi menjadi bubur.

Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang maju dalam semua bidang terutamanya bidang pelancongan yang sememangnya berpandukan cuaca dan iklim Malaysia. Marilah kita berusaha mengurangkan masalah jerebu dan mewujudkan negara yang bebas jerebu untuk kepentingan bersama.

TANAH RUNTUH
Ekosistem sensitif mudah terjejas, ancam penduduk jika pembangunan dibiarkan tanpa kawalan DI sebalik timbunan tanah dan runtuhan bangunan di sekitar kawasan Bukit Antarabangsa, banyak isu yang masih belum terjawab. Dalam kekalutan bencana baru menimpa, mangsa dan penduduk masih tertanya-tanya mengenai masa depan mereka dari segi penempatan dan keselamatan harta benda. Pihak berkuasa juga nampaknya masih belum pasti dari segi tindakan konkrit selanjutnya sama ada penempatan itu perlu dikosongkan sepenuhnya atau hanya buat seketika sehingga keadaan ekosistem menjadi lebih stabil dan kepastian dicapai dari segi tindakan susulan. Soal ganti rugi juga menjadi isu yang dibahaskan dengan hangat dalam media massa.

KEJADIAN tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dikaitkan dengan projek pembangunan yang menjejaskan struktur kawasan tinggi.

Dalam memahami dan menangani tragedi ini, kita perlu kembali kepada asas pengurusan ekosistem secara bersepadu. Ekosistem terbahagi kepada empat komponen utama iaitu geosfera (tanah, batuan, kontor), hydrosfera (laut, sungai, tasik, alur air, air bawah tanah), atmosfera (udara) dan biosfera (hidupan dan tumbuhan). Ramai pakar alam sekitar membuat perumpamaan bahawa sesebuah ekosistem adalah satu jasad hidup. Komponen ekosistem adalah panca indera jasad berkenaan. Jika komponen ekosistem dicemari atau dimusnahkan samalah seperti mencedera atau menghapuskan salah satu panca indera pada jasad alam itu. Namun demikian, pembangunan sesebuah ekosistem boleh juga diumpamakan seperti menghias atau memperelok jasad seperti kita menggunting rambut atau merampingkan badan. Pada hemat saya, pembangunan sesebuah ekosistem boleh dibahagikan kepada lima kelas. Kelas pertama ialah ekosistem seimbang yang mudah dibangunkan kerana impak pembangunan terhadap komponen alam sekitar pada tahap minimum. Ini mungkin kerana ekosistem itu tidak mempunyai komponen unik dan ciri istimewa yang perlu dilestarikan. Kelas kedua ialah ekosistem yang boleh terjejas dengan sesuatu projek pembangunan tetapi dapat dikawal jika tindakan pemulihan dilakukan dengan segera. Biasanya kelas kedua ini menjadi isu hangat dalam konteks kajian impak alam sekitar (EIA) terutama dari segi makna dan tahap 'terjejas'. Hal ini biasa berlaku kepada cadangan penempatan baru di kawasan hutan pinggir bandar, pembinaan insinerator atau tapak pelupusan sampah. Kelas ketiga ialah ekosistem sensitif yang mudah terjejas tetapi tidak berbahaya kepada penduduk dan pengunjung seperti pembangunan kawasan peranginan dan aktiviti ekopelancongan di kawasan hutan simpan. Contohnya ialah pembangunan pinggir pantai dan jeti di Pulau Tioman dan Pulau Langkawi. Kelas keempat ialah ekosistem sensitif yang mudah terjejas dan berbahaya kepada penduduk atau pengunjung apabila sesuatu pembangunan dilaksanakan. Tahap bahaya ini dikaji menerusi analisis risiko terhadap komponen alam sekitar. Antara risiko yang selalu dikaitkan dengan projek pembangunan tanah ialah banjir kilat, tanah runtuh dan pencemaran sungai. Pada hemat saya, ekosistem kawasan sekitar Bukit Antarabangsa termasuk dalam kelas empat. Kelas kelima ialah ekosistem sensitif yang sangat terkesan dengan apa juga bentuk aktiviti pembangunan. Ekosistem itu unik, kaya dengan flora dan fauna, santuari menampung kepelbagaian biologi dan mempunyai peranan penting dari segi keselamatan serta kesejahteraan penduduk dan ekosistem sekeliling. Contohnya ialah hutan bakau di pinggir pantai sepanjang Selat Melaka dan hutan simpan di Banjaran Titiwangsa. Seandainya hutan terbabit dimusnahkan untuk apa juga bentuk pembangunan, maka kesannya sangat ketara kepada perubahan iklim setempat, hakisan tanah, pencemaran sungai dan tadahan hujan. Persoalannya apakah tindakan yang wajar dilakukan apabila sesuatu ekosistem mengalami kemusnahan seperti tanah runtuh sekitar Bukit Antarabangsa? Dari segi teknikal, kita mempunyai lima pilihan. Pertama memulihkan ekosistem secara kecil-kecilan menerusi pelbagai kaedah dan teknologi. Secara peribadi saya berpengalaman memulihkan kawasan

bekas tapak pelupusan sampah dan tapak buangan sisa terjadual. Saya yakin ramai jurutera tempatan mempunyai pengalaman untuk memulihkan kawasan tanah runtuh menerusi kaedah penstabilan tanah dan penyuburan ekosistem. Kaedah ini mengambil masa dan memerlukan biaya besar. Kedua, memulihkan ekosistem menggunakan kaedah komprehensif tetapi bukan kepada seluruh kawasan. Ia hanya membabitkan kawasan berisiko tinggi seperti tanah runtuh, aliran air bawah tanah dan kawasan lembangan. Ketiga, memulihkan sesebuah ekosistem secara menyeluruh dengan mengubah lanskap, kontor dan fungsi kawasan terbabit. Bagi kawasan tanah tinggi misalnya perlu ditukar menjadi kawasan landai untuk mengurangkan risiko tanah runtuh dan tompokan air di sesuatu alur atau sistem pengairan bawah tanah. Proses pemulihan ini memerlukan kos tinggi dalam jangka masa antara lima hingga 10 tahun. Keempat, membiarkan ekosistem kawasan berkenaan stabil menerusi proses alamiah tanpa perlu mengeluarkan biaya besar untuk melakukan sebarang kerja penstabilan tanah dan pemantapan ekosistem. Hal ini memakan masa puluhan tahun. Dalam konteks tapak pelupusan sampah, antara 30 hingga 50 tahun. Kelima, mengosongkan kawasan terbabit untuk meminimumkan risiko bencana seperti tanah runtuh sehinggalah prosedur perundangan dan pampasan diselesaikan untuk membolehkan pihak berkuasa mengenalpasti langkah seterusnya. Dalam konteks ekosistem sekitar Bukit Antarabangsa, pilihan pertama tidak lagi relevan. Saya berpendapat tragedi tanah runtuh yang berulangan sehingga mengorbankan tidak sedikit nyawa menunjukkan tindakan drastik tetapi praktikal perlu dilaksanakan segera. Pilihan ketiga paling relevan tetapi mekanisme pembiayaan perlu dikenal pasti. Selain itu, kita juga perlu merancang supaya tragedi Bukit Antarabangsa itu tidak berulang di tempat lain. Dari segi garis panduan dan prosedur pembangunan tanah tinggi memang sudah diterima pakai pelbagai agensi penguatkuasaan. Persoalannya ialah mengenai keberkesanan pelaksanaan dan tahap penguatkuasaan. Selain itu kita juga perlu lebih proaktif dalam mengenalpasti risiko bukan saja kepada penduduk bahkan kepada keselamatan harta benda. Kembali kepada perumpamaan sesebuah ekosistem sebagai satu jasad, maka kawasan sekitar Bukit Antarabangsa itu seperti seorang manusia yang sudah tidak mempunyai tulang belakang atau kehilangan kedua-dua kaki.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula, kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti bukan sahaja oleh penduduk Sabah tetapi kepada semua warganegara Malaysia. Larangan Pembakaran Terbuka

Kerajaan melarang pembakaran terbuka, asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal. Pembenihan Awan Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda negara. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi. Kempen HijauKerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakan penanaman pokok di rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membelih-belah. Pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon dioksida di udara.

TSUNAMI

Pada masa kini tidak terdapat banyak yang dapat dibuat oleh mereka yang berhadapan dengan gelombang tsunami. Di kepulauan Jepun, kerajaan telah membina benteng dipersisiran pantai untuk menahan bandar dari bahaya gelombang tsunami, tetapi bagi orang perseorangan, tidak banyak yang dapat dibuat oleh mereke kecuali mengosongkan kawasan yang dijangka akan dilanda tsunami. Penduduk dipersisiran pantai dikawasan yang sering menghadapi tsunami juga perlu pergi ke arah tanah tinggi apabila berlaku gempa bumi atau letusan gunung berapi bagi yang tinggal berhampiran gunung berapi. Mereka juga perlu mengelakkan dari pergi ke arah pantai sekiranya berlaku tanda-tanda awal tsunami seperti air yang surut secara tiba-tiba. Tsunami juga mampu melanda beberapa kali, oleh itu adalah tidak digalakkan untuk pergi ke kawasan pantai untuk melihat kerosakan selepas ombak tsunami pertama melanda. Ini adalah untuk mengelakkan dilanda ombak tsunami yang berikutnya.