Anda di halaman 1dari 11

KONSEP MODEL PERALIHAN

KONSEP MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI


Model peralihan demografi adalah graf garis
yang menggambarkan perubahan
kependudukan yang berlaku di sesebuah
negara dari masa lalu,kini, dan akan
datang.
Komponen penting dalam model peralihan
demografi :
a) Kadar kelahiran

b) Kadar kematian

c) Kadar pertumbuhan semula jadi


PERINGKAT-PERINGKAT
PERALIHAN DEMOGRAFI
PERINGKAT 1 : (Tahap awal-dimiliki oleh negara
mundur)
Peringkat ini menunjukkan kadar kelahiran dan
kadar kematian penduduk adalah tinggi yang
menyebabkan kadar pertumbuhan semula jadi
penduduk adalah rendah.
Berlaku naik dan turun dalam pertumbuhan semula
jadi penduduk sejajar dengan kenaikan dan
penurunan dalam kadar kelahiran serta kematian
penduduk
Kadar kelahiran yang tinggi disebabkan oleh
ketiadaan program perancangan keluarga,keperluan
kepada tenaga buruh manusia yang banyak
terutamanya dalam sektor pertanian.
Manakala,kadar kematian tinggi disebabkan oleh
taraf kesihatan penduduk yang amat rendah,berlaku
ancaman penularan wabak penyakit,masalah
kebuluran serta masalah berlakunya peperangan
dalam negara.
Pada tempoh ini,sesebuah negara itu berada
ditahap yang mundur. Contoh negara seperti
Swaziland yang terdapat di benua Afrika.
PERINGKAT 2 : (TAHAP PERTENGAHAN
AWAL-DIMILIKI OLEH NEGARA SEDANG
MEMBANGUN)
Kadar kelahiran masih lagi tinggi manakala
kadar kematian menurun dengan cepat. Ini
menyebabkan peningkatan dalam kadar pertumbuhan
semula jadi penduduk.
Kadar kelahiran masih lagi tinggi disebabkan oleh
kegagalan perancangan keluarga,amalan kahwin
awal.dan juga keperluan kepada tenaga buruh
manusia masih lagi tinggi khususnya dalam sektor
pertanian dan industri berintensif buruh
Manakala penurunan dalam kadar kematian pula
berpunca daripada taraf kesihatan dan perubatan
yang semakin baik,bekalan makanan yang
mencukupi,keadaan politik yang stabil dan tidak
berlaku peperangan dalam negara.
Contoh negara : Malaysia
PERINGKAT 3 : (TAHAP PERTENGAHAN
AKHIR-DIMILIKI OLEH NEGARA INDUSTRI
BARU ATAU NIC)

Pada peringkat ini,kadar kelahiran dan


kadar kematian menurun dengan ketara.
Kadar kelahiran menurun disebabkan oleh
perkembangan industri dan teknologi yang pesat
maka kebergantungan kepada tenaga buruh
manusia adalah semakin berkurangan.
Masyarakat lebih moden dan berpendidikan tinggi
serta mula mementingkan kerjaya. Kos hidup
meningkat dan amalan perancangan keluarga mulai
berkesan serta perkahwinan penduduknya pada usia
yang lewat.
Manakala kadar kematian merosot dengan banyaknya
disebabkan oleh berlaku peningkatan dalam tahap
kesihatan penduduk dan pengamalan gaya hidup
sihat.
Contoh negara : Singapura , China , Taiwan
PERINGKAT 4 : (FASA AKHIR-
DIMILIKI OLEH NEGARA MAJU)

Pada peringkat ini kadar kelahiran dan


kadar kematian terus menurun hingga ke
paras yang paling rendah dan kekal stabil.
Ini menyebabkan pertumbuhan semula jadi
penduduk juga terus menurun dan menuju ke
angka sifar atau mungkin pertumbuhan
penduduk akan menjadi stabil dan mantap.
Keadaan ini disebabkan oleh taraf kesihatan dan
perubatan moden bertambah maju serta berupaya
meningkatkan jangka hayat penduduk. Pelbagai
penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada
kematian berjaya dikawal dengan berkesan seperti
penemuan ubat dan vaksin baru.
Kadar kematian bayi di peringkat awal juga dapat
dikawal. Di samping itu kejayaan sepenuhnya
program kawalan penduduk atau perancangan
keluarga yang dilaksanakan berikutan daripada
masyarakatnya yang berpendidikan
tinggi,berkerjaya,mementingkan status quo dan
berlaku peningkatan taraf hidup penduduk yang
tinggi.
Contoh negara : britain

Anda mungkin juga menyukai