Anda di halaman 1dari 2

Soalan: a) Apakah yang anda faham tentang hanyutan benua.

(ABK) ( 5 markah ) Cadangan Jawapan: Satu pergerakan kerak bumi secara mendatar disebabkan arus perolakan dalam lapisan mantel berlaku berjuta-juta tahun dahulu sehingga membentuk benua hari ini b) Jelaskan 3 bukti yang menyokong tentang hanyutan benua. ( 6 markah) Cadangan Isi Jawapan:
1. Bukti sepadanan benua benua Amerika dengan Afrika pantai timur benua Amerika Selatan dicantum dengan pantai barat benua Afrika bentuk satu daratan yang luas. 2. Bukti bahan fosil persamaan bahan fosil antara Afrika Selatan dengan Amerika Selatan. 3. Bukti Oseanik. lembangan dan dasar lautan lebih muda dari benua- bahan mendapan berhampiran benua lebih tua berbanding di tengah lembangan. 4. Bukti iklim palaeo taburan zon iklim ada persamaan dari segi ciri pengglasieran.

c) Nyatakan tiga cara berlakunya pergerakan plat tektonik. ( 3 markah ) Cadangan Jawapan : Tiga cara pergerakan plat tektonik ialah pertembungan plat, perselisihan plat dan pencapahan plat. d) Huraikan lima kesan pergerakan plat tektonik terhadap alam sekitar. Cadangan Isi Jawapan :
1. Pertanian penanaman padi sawah dilereng berteres di kawasan gunung berapi- kehadiran lava bes yang subur-menggalakkan aktiviti pertanian- contoh di Indonesia dan Filipina. 2. Perlombongan kaya dengan sumber mineral- ingeus jalar dalam seperti batolit dan lakolit banyak mengandungi batuan granit- menggalakan aktiviti kuari juga kaya dengan sumber. 3. Pelancongan tasik kawah, gizar dan mata air panas di kawasan gunung berapi -tarikan utama pelancongan-contoh Tasik Danau Toba di Indonesia dan Rotorus di New Zealand. 4. Kehilangan nyawa- berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi,gelinciran dan tsunamibanyak nyawa terkorban- Contoh gempa bumi di Acheh pada 26 Disember 2004 mengwujudkan kehadiran tsunami- 200 000 orang telah terkorban kerana gempa bumi dan tsunami. 5. Memusnahkan harta benda- letusan gunung berapi, tsunami dan gempa bumi kemusnahan tempat tinggal, kenderaan dan harta benda yang lain- Contoh kejadian di Acheh 26

Disember 2004 telah memusnahkan lebih 500 000 tempat tinggal penduduk di Acheh dan di kawasan sekitarnya. 6. Kemusnahan infrastruktur- jalan raya, jalan kereta api, bekalan elektrik dan bekalan air terputus- akibat bencana tersebut- bantuan dari luar sukar untuk sampai dan dihantarperhubungan dengan dunia luar terputus. 7. Penurunan suhu secara global- matahari di lindungan debu gunung berapi- Contoh letusan gunung berapi Pinatubo di Filipina pada 1991- suhu global menurun sebanyak 0.5C berlarutan beberapa tahun.

Anda mungkin juga menyukai