Anda di halaman 1dari 1

Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan

diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan
petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di
atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya
berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu
yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-
tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.

Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming, di mana wap air lewat dingin tertarik
ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah
air batu dengan ukuran yang besar.

[sunting] Hujan batu di Sungai Buloh


Pada 24 Februari 2007 hujan batu berlaku di Sungai Buloh dan Damansara, Selangor. Saiznya
sebesar duit syiling 20 sen selama 15 minit. Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan hujan
batu itu berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan.Ia berlaku akibat ais
yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi.Ia bukan berpunca daripada
perubahan mendadak cuaca persekitaran.[1]

[sunting] Hujan batu di Jerantut


Pada hari Isnin, 28 September 2009, hujan batu sebesar sebiji cawan berlaku di
Jerantut,Pahang,Malaysia. Hujan pada jam 7.00 malam itu menyebabkan bahyak bumbung zink
berlubang-lubang, pokok dan tiang elektrik tumbang. Biasanya hujan batu tida lebih sebesar duit
syiling 50 sen. Hujan batu biasa terjadi di kawasan salji.

Jabatan Meteorologi Pahang mengaitkan hujan batu dengan Taufan Katrena di Filipina dan
Vietnam.Ekor taufan Katrena bertembung dengan aktiviti awan Kumulonimbus yang membawa
hujan dan ribut petir pada ketinggian 6,000 dan 9,000 meter dari paras bumi . Kemudian ia
menyebabkan air bertukar menjadi ais dengan saiz ketulan yang besar di atmosfera dan tidak
sempat mencair apabila memasuki ruang udara. Ribut pertir berlaku di Jerantut, Bera, Maran dan
Rompin. Tetapi hanya Jerantut menerima hujan air batu.[2]

Anda mungkin juga menyukai