Anda di halaman 1dari 5

Malaysia menerima banyak sepanjang tahun. Jumlah hujan yang diterima sepanjang tahun lebih kurang 2600 mm.

Taburan hujan tidak sekata kerana dipengaruhi oleh keadaan bentuk muka bumi dan sistem angin monsun. Hujan maksimum turun pada musim peralihan angin monsun dalam bentuk hujan perolakan.Keadaan ini berlaku selepas kejadian ekuinoks. Bukit Larut,Perak yang menerima hujan tahunan 4216 mm merupakan kawasan paling lembap di Malaysia. Kuala Pilah,Negeri Sembilan pula terima hujan tahunan 1190 mm sahaja dan kawasan ini merupakan kawasan yang paling kering di Malaysia. Taburan hujan di Malaysia dipengaruhi oleh tiupan Angin Monsun Barat Daya, Angin Monsun Timur Laut dan Angin Sumatera.

Permukaan bumi dipanaskan oleh pencaran matahari dari pagi hingga petang. Air tersejat dan bertukar menjadi wap air. Udara yang panas bersama-sama wap air naik ke lengit sehingga sampai ke tahap pemeluwapan. Udara menjadi sejuk dan wap air bertukar menjadi titisan air lalu menbentuk awan kumulonimbus yang tebal. Hujan perolakan yang leba turun pada lewat petang disertai dengan kilat dan petir.

Angin lembap dari laut dipaksa naik ke atas cerun bukit kerana terdapat halangan gunung atau bukit. Udara menjadi sejuk dan terpeluwap lalu membentuk titisan air. Titisan air bercantum untuk menbentuk awan dan turun sebagai hujan bukit. Hujan lebat turun pada bahagian cerun yang menghadap angin lembap.

Hujan Perolakan

Hujan bukit dikaitkan dengan perolakan dan juga pengangkutan udara lembap dari laut ke daratan dan dihalang oleh banjaran tanah tinggi.

Hujan Bukit

Hujan perenggan berlaku apabila pertembungan udara secara berdepan yang mempunyai ciri suhu dan kelembapan yang berlainan.

Anda mungkin juga menyukai