Anda di halaman 1dari 1

PENGARUH CUACA DAN IKLIM TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

PERTANIAN

1. Iklim khatilistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun telah menggalakkan penanaman
pelbagai jenis tanaman seperti padi, getah, kelapa sawit dan koko
2. Di kawasan tanah tinggi yang mengalami suhu 18⁰ - 22⁰ c sesuai untuk penanaman the,
sayuran, bunga hawa sederhana
3. Terdapat juga, aktiviti pertanian yang bergantung pada cuaca. Penoreh getah hanya
menorah pada musim panas. Ini kerana pada musim hujan, susu getah tidak dapat mengalir
dengan baik. Mereka akan melakukan kerja – kerja sampingan untuk mendapatkan
pendapatan.
4. Pesawah padi akan menanam padi pada musim hujan. Padi akan dituai pada musim panas.

PEMBALAKAN

1. Suhu yang tinggi dan jumlah hujan yang banyak di Malaysia menggalakkan pertumbuhan
hutan hujan tropika terutamanya di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia serta
pedalaman Sabah dan Sarawak
2. Pelbagai pokok kayu keras seperti cengal, meranti, nyatuh dan keruing yang terdapat di
hutan hujan tropika telah menggalakkan kegiatan pembalakan

PERIKANAN

 Pada musim tengkujuh, iaitu semasa tiupan angin monsoon Timur Laut, nelayan di pantai
timur Semenanjung Malaysia tidak turun ke laut kerana keadaan laut yang bergelora
 Oleh sebab itu, mereka akan melakukan pelbagai aktiviti lain di darat seperti membaiki jala
dan pukat yang rosak.
 Nelayan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dapat menangkap ikan sepanjang tahun
 Aktiviti menjemur ikan di kawasan pinggir pantai dilakukan semasa keadaan cuaca panas

PELANCONGAN

 Keadaan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepenjang tahun menarik minat ramai
pelancong antarabangsa berkunjung di Malaysia
 Kawasan tanah tinggi yang bersuhu sederhana dan udara nyaman menarik kedatangan
pelancong
 Suhu air laut di antara 20⁰c hingga 30⁰c menggalakkan pertumbuhan batu karang dan aktiviti
menyelam skuba

Anda mungkin juga menyukai