Anda di halaman 1dari 1

1. a) Nyatakan tiga proses mendatar dalam kitaran hidrologi.

[3]
i. Larian air permukaan – lebihan air yang mengalir tanpa alur di atas permukaan
bumi semasa atau selepas hujan.
ii. Aliran air bawah tanah – pergerakan air bawah tanah yang terhasil melalui proses
susupan dan seterusnya terkumpul di dalam lapisan batuan tidak telap air/akuifer.
iii. Alir lintang atmosfera – angin yang bertiup untuk mengerak/menolak awan dari
satu tempat ke tempat yang lain.

b) Jelaskan proses menegak kitaran hidrologi berikut:


i) Pintasan
Halangan dari kanopi (silara) tumbuh tumbuhan terhadap air hujan yang turun sebelum ia
jatuh ke permukaan bumi. Halangan ini datangnya dari daun dan ranting.
ii) Aliran batang
air hujan yang turun meleleh mengikut dahan dan batang pokok. Air hujan meleleh setelah ia
mengalami pintasan oleh daun dan ranting.
iii) Resapan
susupan air hujan secara menegak ke dalam tanah. Air hujan akan menyusup menerusi liang-
liang pori tanah.

c) Jelaskan tiga peranan tumbuhan terhadap air larian permukaan. [6]


i) mengurangkan air larian permukaan – peranan silara pokok menahan titisan air hujan
daripada terus menimpa tanah. Silara pokok yang tebal menyebabkan halaju titisan air hujan
jatuh ke tanah dengan kadar yg perlahan. Kesannya air hujan lebih banyak meresap masuk ke
dalam tanah daripada membentuk air larian permukaan.

ii) mengurangkan halaju air larian permukaan – halangan daripada akar pokok khususnya
akar banir yang timbul di permukaan menyebabkan halaju larian air permukaan. Akar
melambatkan masa pergerakan larian air permukaan.

iii) melambatkan masa pergerakan larian air permukaan – di kawasan hutan tebal tempoh
pergerakan air larian permukaan menjadi lebih lama kerana ia dihalang oleh kanopi pokok,
batang pokok dan akar banir.

Anda mungkin juga menyukai