Anda di halaman 1dari 6

SULIT*

Nama : ……………………………………………….. Tingkatan : …………

PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSA
942/3 STPM 2019
PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSA
GEOGRAFI
PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSA
KERTAS 3
PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSA
( Satu Jam)
PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSAANPERCUBAAN2019PEPERIKSA

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK


GEOGRAFI STPM 2019

SKEMA PEMARKAHAN

STPM 2018 942/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*]
Bahagian A : Alam Sekitar Fizikal
1
[20 markah]
Jawab semua soalan.
1 (a) Apakah perbezaan di antara persaingan intraspesies dengan interspesies? [2]
Intraspesies merujuk kepada persaingan yang berlaku dalam kalangan spesies yang
Sama(1m) manakala interspesies ialah persaingan yang berlaku antara spesies
yang berlainan.(1m)
(b) Jelaskan dua cara persaingan antara spesies tumbuhan dalam ekosistem Hutan
Hujan Tropika. [4]
B1 Komensalisme – persaingan antara spesies dimana tumbuhan yang menumpang
mendapat keuntungan atau faedah tanpa merugi atau menjejaskan perumahnya.
B2 Parasitisme - Interaksi antara dua organisma dimana organisma yang
menumpang mendapat manfaat atau faedah hingga menjejaskan perumahnya.
B3 Saprofitisme – persaingan berlaku apabila spesies berkenaan merembes enzim
untuk mencernakan bahan organik mati sebelum menyerap makanan untuk
pertumbuhan sendiri.
B4 Simbiosis - Persaingan dan interaksi antara dua organisma yang saling hidup bersama
dan keduanya saling mendapat faedah.
Mana-mana 2 isi X2m = 4m
(c) Mengapakah berlakunya persaingan antara spesies haiwan dalam sesebuah ekosistem.
[4]
C1 Persaingan untuk mendapatkan makanan dan sumber air. Berlaku apabila
haiwan pelbagai spesies merebut untuk mendapatkan sumber makanan dan air dalam
habitat yang sama.
C2 Persaingan habitat iaitu persaingan atau perebutan bagi merebut tempat tinggal
dalam satu ruang samada wilayah atau kawasan.
C3 Persaingan untuk merebut pasangan bagi tujuan pembiakan. Persaingan ini biasanya
dikalangan spesies yang sama.
Mana-mana 2 isi x 2m = 4m

2 (a) Jelaskan faktor semulajadi yang menyebabkan berlakunya hujan asid. [2]

2
A1 Letusan gunung berapi jenis piroklastik akan membebaskan gas sulfur oksida dan
Nitrogen oksida . Apabila gas-gas ini bercampur dengan air hujan di atmosfera ia
akan menghasilkan hujan asid dalam bentuk asid sulfurik dan asid nitrik .
A2 Kebakaran hutan semulajadi akibat fenomena el-nino akan membebaskan gas
pencemar seperti sulfur oksida dan nitrogen oksida . Apabila kedua-dua gas ini
bercampur dengan air hujan di atmosfera ia akan menghasilkan hujan asid iaitu
asid sulfurik dan asid nitrik.
Mana-mana 1 x 2m = 2m
(b) Jelaskan dua kesan hujan asid terhadap sistem biosfera. [4]
B1 Hujan asid akan menyebabkan tumbuhan (pengeluar) menjadi layu kekuningan
dan lama-kelamaan daun-daun akan gugur dan tumbuhan akan mati. Ini akan
menyebabkan rantaian makanan terjejas.
B2 Hujan asid akan menyebabkan kandungan asid dan alkali dalam tanih menjadi
tidak seimbang .Ini menyebabkan tanih hilang kesuburan dan seterusnya
tumbuhan(pengeluar) mengalami kekurangan nutrien yang mengakibatkan
tumbuhan terbantut tumbesaran.
B3 Hujan asid akan menyebabkan mikro organisma dalam tanih mati dan ini
menyebabkan proses pereputan dan penguraian bahan organik terjejas dan
seterusnya menganggu kitar nutrien/kesuburan tanih terjejas.
B4 Hujan asid yang terdiri dari asid sulfurik/nitrik , jika mengalir memasuki sistem
sungai/tasik akan menyebabkan hidupan akuatik mati atau terjejas.
Mana-mana 2 isi x 2m = 4m
( c) Cadangkan dua langkah pemuliharaan bagi mengurangkan kesan hujan asid terhadap tanih.
[4]
C1 Meningkatkan pelaksanaan kaedah pengapuran/liming menggunakan batu kapur
atau Ground Magnesium Limestone (GML) bagi meneutralkan tanih berasid
dengan meningkatkan skala pH tanih daripada rendah kepada lingkungan pH 6.5.
C2 Memperbanyakan pembenihan awan/hujan tiruan dengan menyembur natrium
klorida kepada awan kumulus/kumulusnimbus bagi bertindak sebagai nukleus
higroskopik yang membantu untuk menarik,menyerap wap air di atmosfera bagi
membantu menurunkan hujan.

3. (a) Terangkan kesan pencemaran udara terhadap persekitaran manusia. [6]


a1 gangguan kesihatan /penyakit – batuk, lelah dan sakit kerongkong
3
a2 risiko kemalangan – jarak penglihatan yang terhad
a3 aktiviti sosial terjejas - sukan, riadah
a4 mengotorkan bangunan dan persekitaran
a5 menghasilkan hujan asid – melunturkan warna bangunan, pengaratan kenderaan, dll
a6 aktiviti ekonomi – aktiviti pengangkutan udara – mengganggu waktu pelepasan
dan pendaratan.
Mana-mana 3 x 2=6m

(b) Huraikan dua langkah pemeliharaan untuk mengurangkan kesan pencemaran udara
terhadap alam sekitar. [4]
a1 perundangan – menguatkuasakan akta di bawah AKAS 1974
a2 hukuman – menguatkuasa undang-undang seperti mengenakan denda, tarik lesen, kompaun
kepada syarikat / kilang yang melepaskan asap berlebihan ke udara sehingga menyebabkan
pencemaran.
a3 pemantauan dan rondaan – JAS / PBT
a4 EIA – Laporan perlu disediakan bagi industri yang mengeluarkan hasil keluaran melebihi 50
tan metrik/hari.
a5 Kempen
a6 Pendidikan
Mana-mana 2 x 2m = 4m

4. (a) Huraikan tiga aktiviti manusia yang mengancam kemusnahan [6]


kepelbagaian biologi marin.

4
a1 Aktiviti perkapalan (pengangkutan air) – mengakibatkan
tumpahan minyak akibat pelanggaran antara kapal tangki dan
pembuangan enap cemar ke laut – ketulan minyak menutupi
permukaan air laut – menghalang penembusan cahaya matahari –
kesan fitoplankton, zooplankton dan terumbu karang mati –
mengganggu rantaian makanan hidupan marin

a2 Aktiviti perindustrian (pembuangan sisa kimia) – menyebabkan


kualiti air laut merosot, nilai BOD meningkat, dan kemerosotan
pH air laut – kesan mengakibatkan kemusnahan habitat dan
kepelbagaian spesies hidupan marin

a3 Aktiviti pelancongan (penyaliran sisa kumbahan – dari hotel,


resort dan chalet di pesisir pantai ke kawasan laut –
mengakibatkan peningkatan kandungan bakteria E.Coli dalam laut
– akan mematikan pelbagai sumber alga dan zooplankton

a4 Aktiviti domestik – laut dijadikan tempat pembuangan sisa


domestik spt sisa makanan dan sampah sarap – kesan laut akan
tercemar dengan kandungan pepejal terampai

a5 Aktiviti perikanan (merosakkan terumbu karang) – penggunaan


pukat tunda/ pukat harimau menyebabkan kerosakan terumbu
karang secara besar-besaran – memusnahkan habitat hidupan
marin

a6 Aktiviti perlombongan – spt cari gali petroleum dan gas asli


merosakkan ekosistem laut/marin – tumpahan minyak
menyebabkan pencemaran air laut

(b) Cadangkan dua langkah pengurusan untuk mengatasi kemerosotan kepelbagaian biologi
marin. [4]

5
b1 Meningkatkan peraturan yang lebih ketat untuk melindungi sumber marin - mewartakan
taman-taman maritim.
b2 Menjalankan lebih banyak kawalan dan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di laut.
b3 Membina lebih banyak tukun-tukun tiruan di laut sebagai kawasan pembiakan dan habitat
pelbagai jenis hidupan laut.
b4 Menyediakan lebih banyak tapak pelupusan sisa atau loji rawatan sisa yang khusus sebelum
disalirkan ke laut. Hanya sisa yang telah dirawat sahaja dibenarkan untuk disalirkan ke laut.
b5 Menjalankan lebih banyak kajian berkaitan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sumber
marin yang meliputi kajian pembiakan pelbagai spesis hidupan marin, tahap pencemaran
dan langkah-langkah pengawalannya.
b6 Mempergiatkan penanaman pokok bakau sebagai tempat pembiakan ikan.

Mana-mana 2 isi x 2 = 4m
(Mesti ada kata kerja yang menunjukkan peningkatan)

SKEMA PERMARKAHAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai