Anda di halaman 1dari 3

Ujian Tema Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.

1. Bezakan maksud liberalisasi ekonomi dan deregulasi ekonomi? [4]


Liberalisasi ekonomi ialah dasar pasaran bebas yang memberikan peluang kepada sesiapa sahaja termasuk
pemodal-pemodal asing memasuki seterusnya menguasai pasaran dan ekonomi sesebuah negara tanpa
batas.
Deregulasi eknomi ialah dasar penghapusan segala peraturan dan sekatan ekonomi yang diamalkan oleh
sesebuah negara yang selama ini menghalang aktiviti perdagangan, pengaliran dan pemilikan modal,
teknologi, perniagaan, pasaran barangan serta perkhidmatan dan Iain- lain.

2. Jelaskan tiga komponen utama globalisasi ekonomi. [6]


Komponen modal. Pengaliran modal menerusi pelaburan menjadi komponen terpenting dalam
globalisasi ekonomi. Pelaburan asing menjadi faktor utama dalam mengintegrasi dan memacu
ekonomi sesebuah negara di peringkat antarabangsa.
Komponen perdagangan antarabangsa. Penghapusan dasar perlindungan dan sekatan tarif (GATT)
serta pengenalan kawasan perdagangan bebas (FTA) telah menggalakkan liberalisasi dalam
perdagangan antarabangsa membolehkan setiap negara berdagang dengan bebas antara satu sama
lain dengan cara mengurangkan halangan atau sekatan kepada import dan eksport.
Komponen tenaga manusia. Buruh atau tenaga manusia adalah satu komponen globalisasi lagi yang
penting. Kompenan ini melibatkan pergerakan tenaga manusia merentasi sempadan dari kawasan
yang berlebihan buruh ke kawasan yang menghadapi kekurangan buruh.

3. Mengapakah sesebuah negara perlu saling bergantung antara satu sama lain? [4]
Memperoleh keuntungan dari segi perkongsian teknologi, R&D serta inovasi. Perkongsian teknologi
moden membolehkan sumber manusia, sumber tenaga, perindustrian, sumber marin, pelancongan,
pertanian dan sebagainya dapat dimajukan dengan cepat.
Keuntungan dalam konteks perluasan pasaran dan perdagangan antara negara/ kawasan. Kerjasama
dan saling bergantung membolehkan sesebuah negara itu memperluaskan pasaran barangan dan
perkhidmatan mereka ke negara/ kawasan lain. Kesan-kesan positif daripada perluasan dan
perkongsian pasaran akan dapat dinikmati bersama.
Keuntungan dalam konteks perkongsian modal. Kekurangan modal dalam sesebuah negara/
kawasan boleh ditampung oleh negara lain sama ada daripada pelaburan kerajaan mahupun
pelaburan swasta. Keuntungan pelaburan modal akan diperoleh melalui prinsip perkongsian bijak
seperti kaedah pelaburan bersama atau kaedah pelaburan silang.

4. Takrifkan maksud kerjasama ekonomi serantau. [3]


Kerjasama ekonomi serantau adalah satu pakatan yang dibentuk antara negara-negara berjiran dalam
konteks untuk menjaga kepentingan bersama berdasarkan prinsip saling menguntungkan". Kerjasama
serantau lazimnya melibatkan kerjasama dalam bidang ekonomi yang dianggap sebagai satu integrasi
ekonomi antara negara berjiran.
5. Jelaskan tiga masalah dalaman yang menjejaskan kemajuan ASEAN. [6]
Masalah ketidakstabilan serantau terutama sekali di kawasan sempadan seperti sempadatan Thailand - Malaysia
dan selatan Filipina. Keadaan ini menggugat keyakinan pelabur untuk melabur terutama di kawasan segi tiga
pertumbuhan.
Masalah kekurangan modal dan teknologi untuk melabur dan memajukan sektor ekonomi ASEAN secara
bersama.
Konflik kepentingan nasional dengan serantau seperti yang berlaku dalam konteks pasaran bebas bersama AFTA.
Sesetengah negara masih mengamalkan dasar pelindungan yang bertentangan dengan konsep pasaran bebas.

6. Nyatakan tiga kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN. [3]


IMT-GT (Indonesia, Malaysia dan Thailand
IMS-GT (Indonesia, Malaysia dan Singapura
EAGA-BIMP (Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina

7. Bagaimanakah ketidakstabilan politik sempadan mengganggu usaha untuk memajukan kawasan segi tiga
pertumbuhan ASEAN? [4]
Ancaman gerila dan aktiviti lanun; menyebabkan risiko keselamatan kepada pelabur untuk menanam modal.
Para pelabur tidak berani untuk membuka kilang, ladang dan menyediakan akses pengangkutan.
Tuntutan politik; wilayah autonomi di sempadan menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan kemudahan di
wilayah bergolak.

Jawab Soalan 2 atau 3 sahaja.

Soalan Esei

Soalan 2

a) Malaysia memerlukan negara luar dalam memajukan ekonominya.


Jelaskan pernyataan ini. [12]
b) Bincangkan kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara. [13]
Kesan positif globalisasi ekonomi
Meningkatkan daya saing ekonomi sesebuah negara.
Menambahkan keupayaan modal dalam negara
Perluasan pasaran dan perdagangan antarabangsa
Menggalakkan pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi

Kesan negatif globalisasi Ekonomi


Monopoli pasaran; terlalu bergantung kepada pelaburan asing.
Jurang ekonomi bandar dengan luar bandar semakin melebar
Risiko penarikan keluar modal asing
Persaingan kepada Perusahaan Kecil dan sederhana (PKS); risiko muflis
Menghakis kedaulatan negara
Ancaman kepada budaya tempatan

atau
Soalan 3
a) Mengapakah kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ditubuhkan? [12]
Meningkatkan aliran perdagangan intra ASEAN; melalui penghapusan sekatan/ halangan tarif,
penghapusan dasar perlindungan, peraturan/ birokrasi, dan cukai yang lebih rendah.
Memperbaiki defisit imbangan perdagangan antara negara ASEAN; mengimbangi import dan
eksport antara negara.
Memperluaskan pasaran bersama. Pasaran dalam negara yang mengamalkan pasaran bebas
ASEAN boleh ditembusi apabila sekatan perdagangan dimansuhkan. Kesan positif dari saiz
pasaran yang besar melebihi 530 juta orang.
Mengurangkan tekanan/ ancaman globalisasi ekonomi. AFTA diwujudkan untuk mengurangkan
monopoli pasaran dari negara- negara maju seperti USA, Eropah, Jepun dan Iain-lain di dalam
pasaran ASEAN. Tekanan dan spekulasi pasaran berkurang serta mengurangkan ancaman
lambakan produk dari China.
Untuk mengelakkan persaingan produk yang sama di pasaran yang sama. Meningkatkan
kerjasama antara pengilang atau pengeluar dan rangkaian pemasaran dalam konteks
pengkhususan pengeluaran, perkongsian teknologi, dan kepakaran.
Saling keuntungan/ menikmati faedah kos berbanding seperti penjimatan kos buruh, bahan
mentah, pengkhususan dan perkongsian komponen produk. Harga barangan akan menjadi
lebih rendah.
Menjamin bekalan barangan di pasaran sentiasa ada/ berterusan terutama barangan keperluan
harian pengguna seperti produk makanan, pakaian, barangan elektrik dan sebagainya.

b) Jelaskan faedah yang diperoleh oleh Malaysia hasil daripada menyertai AFTA. [13]

Faedah yang diperoleh Malaysia daripada menyertai AFTA.

Harga barangan lebih murah dan menguntungkan pengguna. AFTA mengenakan kadar cukai
yang rendah/ penghapusan cukai bagi sesetengan produk. Keadaan ini menyebabkan harga
barangan pengguna dan perkhidmatan menjadi lebih murah.
Pilihan barangan lebih banyak kepada pengguna. Kepelbagaian produk dari pelbagai negara
dalam pasaran AFTA menyebabkan pengguna mempunyai banyak pilihan untuk membeli
barangan yang murah dan berkualiti.
Keuntungan pengkhususan aktiviti pengeluaran kepada pengilang. AFTA membuka kerjasama
yang lebih erat antara pengusaha intra ASEAN untuk menjimatkan kos.mengelak persaingan
produk sejenis, meningkatkan kecekapan pengeluaran dan Iain-lain
Keuntungan pembangunan teknologi, R&D dan kepakaran. Bagi menjamin daya saing produk
di pasaran bebas AFTA maka syarikat pengeluar sentiasa meningkatkan R&D bagi
mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi kepelbagaian cita rasa pengguna.
Meningkatkan aliran perdagangan. Aliran perdagangan Malaysia dengan rakan dagangan
ASEAN meningkat kerana boleh menikmati faedah daripada penghapusan sekatan
perdagangan, dasar perlindungan dan cukai/ tarif yang lebih rendah.
Perluasan pasaran. Saiz pasaran semakin luas/ jumlah penduduk bertambah. AFTA memiliki
saiz pasaran melebihi 530 juta orang. Pasaran dalam negara ASEAN boleh ditembusi apabila
sekatan perdagangan dimansuhkan.
Mengurangkan tekanan globalisasi ekonomi yang dihadapi Malaysia. AFTA mengurangkan
monopoli pasaran dari negara-negara maju seperti USA, Eropah, Jepun dan Iain-lain di dalam
pasaran ASEAN. Tekanan dan spekulasi pasaran berkurang. Kebergantungan kepada produk
dari negara maju sahaja dapat dikurangkan. Ancaman lambakan produk dari negara China
yang tidak berkualiti boleh dikurangkan. Pengguna boleh pilih produk buatan Malaysia yang
lebih berkualiti pada harga yang lebih murah.

Anda mungkin juga menyukai