Anda di halaman 1dari 14

Konsep Kerpasan

Kerpasan didefinasikan sebagai lembapan

yang terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan bumi sebagai cecair atau pepejal. Contoh kerpasan: hujan, hujan batu, hujan beku, embun beku dan salji. Perlu diingat bahawa sebelum berlakunya kerpasan maka terlebih dahulu mesti berlakunya proses pemeluwapan dan pemejalwapan atau kedua-duanya sekali. Kedua-dua proses ini akan menghasilkan awan dan apabila awan tersebut sudah tepu barulah kerpasan turun.

Hujan. Iaitu titisan-titisan air (cecair) yang turun

dari awan. Ia terjadi melalui proses pemeluwapan sehingga terbentuknya bintik-bintik air yang kemudiannya bercantum antara satu sama lain menjadi berat dan tepu. Apabila bintik-bintik air ini melebihi daya apungannya dalam atmosfera maka ia akan turun sebagai hujan.

Salji. Iaitu hablur-hablur ais yang terdiri daripada

pelbagai bentuk yang terjadi akibat pemeluwapan dalam jisim udara yang sedang naik dan disejukkan kepada suhu bawah daripada takat beku. Dengan perkataan lain salji terjadi apabila paras beku terlalu hampir dengan permukaan bumi (bawah daripada 300 meter) yang menyebabkan hablur-hablur ais tidak sempat untuk cair sebelum tiba ke bumi.

Hujan beku. Iaitu hujan yang turun bercampur dengan salji. Ia kelihatan seperti partikel-partikel ais yang jernih. Sekiranya titisan-titisan air jatuh dari awan dan melintasi satu lapisan udara yang bersuhu beku maka titisan-titisan air ini juga akan

membeku menjadi bintik-bintik ais yang kecil dan jernih sifatnya.

Hujan batu. Sejenis kerpasan dalam bentuk pepejal yang paling berat dan besar. Ia terjadi dalam keadaan ribut atau angin kencang. Dengan adanya ribut yang kuat, ia akan

bertindak memutar dan mengolakkan titisan-titisan hujan ke atas sehingga ke satu paras di bawah takat beku. Akibatnya titisantitisan hujan ini akan membeku dan menjadi bertambah besar dan berat dan turun sebagai bebola ais.

Embun beku. Embun beku ini sebenarnya merupakan kabut beku, ia terbentuk akibat mendapan kabut tebal apabila objek-objek bersuhu sub-beku bersentuhan dengan kabut. Kesannya bintikbintik kabut yang halus akan membeku dan melekat di permukaan yang sejuk tersebut.

Hujan Perolakan
Pancaran matahari merupakan faktor penting

dalam mempengaruhi kejadian hujan perolakan. Hujan perolakan biasanya terjadi sepanjang tahun di kawasan-kawasan yang mengalami iklim khatulistiwa seperti di Malaysia. Bermula dengan permukaan bumi yang dipanaskan pada waktu pagi, yang menyebabkan sejatan berlaku. Permukaan bumi yang menyerap bahangan matahari juga akan membebaskan haba. Haba yang dikeluarkan itu akan memanaskan jisim udara yang berhampiran dengan permukaan bumi lalu jisim udara itu mengembang, menjadi ringan dan naik ke atas.

Akibat tukaran adiabatik suhu di dalam jisim

udara yang naik tadi akan jatuh hingga ke takat embun . Pada masa itu berlaku proses pemeluwapan. Proses pemeluwapan yang berterusan akan membentuk awan yang tebal seperti awan kumulonimbus. Proses pemeluwapan yang berterusan maka ia menjadi berat dan daya apungannya gagal berfungsi. Jisim udara berkenaan menjadi tidak stabil lalu turunlah titisan-titisan air sebagai hujan yang biasanya disertai dengan kilat dan petir.

Hujan bukit atau orografi

Hujan jenis ini sering berlaku di kawasan

banjaran gunung yang selari dengan pantai/berhampiran laut. Angin dari arah laut yang membawa jisim udara lembap (banyak wap-wap air) akan dipaksa naik mengikuti cerun bukit yang mengadapnya. Jisim Udara ini akan mengalami penyejukan adiabatik sehingga takat suhu embun dan kelembapan bandingannya mencapai 100%. Seterusnya wap-wap air dalam jisim udara tersebut akan mengalami proses pemeluwapan membentuk titisan-titisan air.

Apabila proses pemeluwapan mencapai tahap

tepu maka hujan akan turun. Hujan juga boleh turun akibat perlanggaran awan lembab dengan puncak-puncak bukit. Hujan lebat biasanya turun di kawasan cerun yang mengadap angin manakala kawasan cerun yang membelakanginya dikenali sebagai kawasan lindungan hujan.

Anda mungkin juga menyukai