Anda di halaman 1dari 7

Alam Sekitar Fizikal Penggal 2 : Atmosfera : KELEMBAPAN UDARA

KELEMBAPAN UDARA
Konsep kelembapan udara
Kelembapan udara merujuk jumlah wap air yang terdapat dalam
udara pada suhu tertentu dan waktu tertentu.
i.

ii.

Jenis kelembapan:
Kelembapan Mutlak (KM) merujuk jumlah wap air
sebenar yang terdapat dalam jisim udara pada sesuatu suhu
tertentu dalam gram meter padu (g/m3) udara pada masa yang
tertentu.
Kelembapan Bandingan merujuk jumlah wap air
sebenar yang terkandung di dalam udara dengan jumlah wap air
yang mampu ditampung oleh udara pada suhu tertentu.
Ukurannya dalam unit peratus (%). Kelembapan bandigan
dianggap tepu apabila mencapai 100%. Alat Higrometer diguna
mengukur kelembapan bandingan.
SEJATAN
Konsep sejatan
Sejatan ialah proses pertukaran daripada bentuk cecair dari
badan air (laut, tasik, kolam, paya dan sebagainya) kepada
bentuk wap ke atmosfera.
Proses sejatan
a.
Sejatan berlaku dari badan air seperti laut, tasik, kolam, paya
dan sebagainya apabila tekanan wap pada permukaan adalah
lebih tinggi berbanding dengan tekanan wap di dalam atmosfera
yang belum sampai ke takat tepu.Sejatan mula apabila tenaga
elektromagnet ditukar kepada tenaga haba yang memanaskan
permukaan air. Air yang mengandungi molekul-molekul H2O akan
menjadi panas.
b.
Molekul-molekul air yang panas akan bergerak dan tenaga
haba tadi bertukar menjadi tenaga kinetik. Molekul-molekul air
yang bergerak ini akan berlanggar antara satu sama lain dan
apabila halaju menjadi tinggi akibat peningkatan suhu maka
peluang bagi molekul air untuk terbebas ke atmosfera dalam
bentuk wap air adalah cepat.

c.

a.

b.

c.
d.

e.

Molekul-molekul yang dapat membebaskan diri dan naik ke


atas atmosfera akan wujud di dalam bentuk wap air yang
mengandungi tenaga haba pendam. Ekoran daripada itu, proses
sejatan akan merendahkan suhu sesuatu permukaan air.
Faktor-faktor yang mempengaruhi sejatan
Kadar sejatan secara langsung dipengaruhi oleh suhu air.
Apabila suhu air meningkat maka tekanan wap air atau
keupayaan air untuk terbebas ke atmosfera akan meningkat
dengan cepat. Oleh sebab itu air yang bersuhu tinggi (panas)
lebih cepat tersejat berbanding dengan air sejuk.
Tekanan wap pada permukaan air juga mempengaruhi
sejatan. Proses sejatan meningkat apabila tekanan wap tepu di
permukaan air tinggi berbanding dengan tekanan wap air sebenar
di udara sekelilingnya. Oleh sebab itu sejatan berlaku dengan
cepat ke udara kering berbanding dengan udara lembap.
Angin/turbulens berupaya menukarkan udara lembap di
permukaan air dengan udara yang lebih kering. Persekitaran
udara kering akan menggalakkan proses sejatan permukaan air.
Kadar kemasinan air boleh mempengaruhi proses sejatan.
Proses sejatan berkadar songsang dengan kemasinan air. Bagi air
laut yang masin, kadar sejatan adalah lebih lambat berbanding
dengan air tawar yang bersih dan jernih.
Nilai kelembapan bandingan turut mempengaruhi kadar
sejatan. Semakin tinggi nilai kelembapan bandingan maka kadar
sejatan menjadi semakin rendah kerana tekanan wap dalam
udara adalah lebih berbanding dengan tekanan wap di
permukaan.
PEMELUWAPAN
Konsep pemeluwapan
Pemeluwapan ialah proses pertukaran wap air kepada cecair/
titisan-titisan air apabila suhu dalam jisim udara mencapai takat
embun.
Proses pemeluwapan
Proses pemeluwapan boleh berlaku apabila suhu dalam jisim
udara menurun kepada takat embun (0C) pada ketinggian
melebihi 1000 meter. Penurunan suhu berlaku disebabkan kadar

pertukaran adiabatik. Semakin tinggi sesuatu tempat maka


suhunya semakin menurun.
Apabila jisim udara tersebut sejuk, tenaga kinetik zarah-zarah
(wap air) berkurangan. Zarah-zarah (wap air) bergerak dengan
lebih perlahan dan ditarik antara satu sama lain dengan lebih
kuat. Jadi zarah-zarah tersusun lebih rapat menyebabkannya
bertukar kepada cecair. Pemeluwapan merupakan satu proses
eksoterma, iaitu membebaskan tenaga haba pendam ke
persekitaran.
Proses pemeluwapan melalui proses penyejukan
1.
Penyejukan air lintang
Proses ini berlaku apabila udara yang bersempadan dengan
permukaan bumi mengalir dari kawasan panas ke kawasan yang
sejuk. Hasilnya terbentuk kabus air lintang dan awan jenis stratus
yang rendah.
2.
Penyejukan sinaran
Proses ini berlaku pada waktu malam dalam keadaan langit yang
terang dan udara tenang. Bahangan bumi terus hilang ke angkasa
lepas tanpa
halangan.Kesannya jisim udara
disejukkan
menghasilkan embun dan kabus sinaran.
3.
Penyejukan adiabatic
Semakin tinggi jisim udara naik ke atmosfera maka suhu di
dalamnya akan jatuh dan proses penyejukan boleh berlaku ke
takat embun. Apabila jisim udara naik, maka isipadunya semakin
mengembang dan suhu udara akan menurun akibat pembebasan
tenaga semasa pengembangan tersebut kesannya udara
mencapai takat embun (0^C ) seterusnya menghasilkan awan
kumulunimbus.
a.

b.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemeluwapan


a. Kandungan wap air yang mencukupi dalam atmosfera
Kandungan wap air yang mencukupi dalam atmosfera amat
penting untuk mewujudkan keadaan ketepuan.Kelembapan
bandingannya mencapai 100%. Akan menggalakkan proses
pemeluwapan berlaku iaitu penukaran wap air kepada cecair.
b. Takat embun
Proses pemeluwapan amat dipengaruhi apabila jisim udara terus
menurun sehingga mencapai takat embun. Takat embun

berkaitan dengan suhu 0^C di mana keadaan ini menggalakkan


penukaran wap air kepada cecair.
c.

c. Nukleus higroskopik/ nukleus pemeluwapan


Nukleus
higroskopik/
nukleus
pemeluwapan
dapat
mempercepatkan proses pencantuman wap-wap air dalam udara
untuk berupa cecair. Semakin besar nukleus pemeluwapan
seperti natrium klorida semakin cepat proses pemeluwapan
berlaku.
PEMBENTUKAN AWAN
Konsep awan
Awan ialah bintik air yang halus atau hablur-hablur ais yang amat
halus yang terapung di dalam atmosfera pada ketinggian yang
berlainan dari permukaan bumi.Ia terhasil daripada penyejukan
udara lembap ke takat suhu yang lebih rendah daripada takat
embun.

a.
b.
c.
d.
1.

2.

3.

Jenis-jenis awan:
Awan tinggi (6100 m hingga 12000 m)
Awan pertengahan (1200 m hingga 6100 m)
Awan rendah (0 hingga 1200 m)
Awan tegak (had dasar 180 m)
Awan tinggi (6100 m hingga 12000 m)
Sirus
Awan
ini
berbentuk
nipis,
lembut
berumbai-umbai.Ia
menunjukkan cuaca agak cerah dan suasana senja waktu senja
yang indah.

Sirostatus
Awan ini membentuk kepingan awan nipis yang menyelubungi
langit.Ia kelihatan seperti tirai.
Sirokumulus

Awan ini seperti sisik ikan dan tersusun dalam kumpulan atau
berderet-deret.
Awan pertengahan (1200 m hingga 6100 m)
Altostratus
Awan ini berwarna kelabu atau kebiruan dan berbentuk seperti
sirosratus tebal.Ia padat berjurai-jurai atau calar-calar.
2.

Altocumulus
Awan ini berupa lapisan kumpulan awan yang bertompok-tompok
tidak rata dan berlapis-lapis tetapi tersusun rapat.
Awan rendah
Staratokumulus
Awan ini merupakan beberapa kelompok awan kelabu yang
tersusun.

1.

2.

3.

1.

2.

Stratus
Awan ini sangat rendah tetapi tidak mencecah permukaan
bumi.Keadaannya
tebal
dan
berwarna
kelabu.Awan
ini
menyebabkan cuaca menjadi kelam dan disertai dengan
gerimis.Ia menghablurkan penglihatan dan merbahaya kepada
kapal terbang.
Nimbostratus
Awan ini tidak mempunyai bentuk yang tertentu tetapi tebal.
Awan ini
gelap, mempunyai lapisan-lapisan yang jelas. Awan ini membawa
hujan,
salji atau hujan beku.
Awan tegak
Kumulus
Awan ini tinggi menegak.Awan cumulus mempunyai dasar yang
rata dan bentuknya seperti kubis bunga serta tebal.Awan ini
menunjukkan cuaca yang baik.
Kumulonimbus
Mempunyai dasar yang rata berkembang secara menegak dan
kelihatan seperti gunung. Awan ini dikenali sebagai awan ribut
yang membawa hujan perolakan yang disertai oleh kilat dan petir.

KERPASAN
Konsep kerpasan
Kerpasan merupakan semua jenis lembapan yang turun ke bumi
dari atmosfera sama ada dalam bentuk hujan, salji, embun atau
hujan batu.
i.
ii.
iii.

Jenis-jenis kerpasan
Hujan perolakan
Hujan bukit
Hujan perenggan
Hujan perolakan
Hujan perolakan terjadi apabila permukaan bumi dipanaskan oleh
pancaran matahari pada waktu pagi.Permukaan bumi yang
menyerap pancaran matahari juga mengeluarkan haba. Haba
yang dikeluarkan akan memanaskan udara yang berhampiran
dengan permukaan bumi. Udara yang dipanaskan ini
akanmengembang dan naik secara perolakan kerana udara ini
lebih ringan daripada udara di sekelilingnya. Udara ini akan terus
naik dan disejukkan secara adiabatic (makin tinggi udara naik
makin sejuk). Sehingga sampai takat embun, udara akan
terpeluwap membentuk titisan air dan berkumpul membentuk
awan kumulunimbus yang membawa hujan lebat pada waktu
petang disertai kilat dan petir.
Hujan bukit
Hujan ini terjadi di kawasan bukit yang menghadap laut atau
lautan.Kumpulan udara lembap dari bertiup ke darat terpaksa
naik ke atas kerana terdapat halangan gunung atau
bukit.Semakin tinggi udara itu naik, udara itu menjadi semakin
sejuk. Apabila sampai takat embun iaitu takat dimana udara tidak
boleh disejukkan lagi, udara akan terpeluwap menjadi titisan air.
Titisan air ini akhirnya akan turun sebagai hujan. Hujan bukit
turun dengan lebat di kawasan cerun yang menghadap angin dan
kawasan cerun yang membelakangi angin dikenali sebagai
kawasan lindungan hujan.
Hujan perenggan

Ia terjadi apabila terdapat pertembungan dua kumpulan udara


iaitu udara sejuk dan udara panas. Pertembungan dua udara ini
biasanya terjadi di kawasan yang beriklim sederhana dan tropika.
Udara sejuk adalah lebih tumpat maka udara ini akan sentiasa
berada hampir dengan permukaan bumi.
Udara yang lebih panas ia ringan dan akan bergerak naik di
lapisan atas udara yang lebih sejuk. Semasa udara panas ini naik,
tekanan udaranya berkurangan dan udara tersebut mengembang
dan menyejuk sehingga mencapai takat embun. Akhirnya proses
pemeluwapan berlaku dan diikuti dengan hujan. Hujan ini juga
dikenali sebagai Hujan Siklon.

Anda mungkin juga menyukai