Anda di halaman 1dari 24

Kaitan Sistem Atmosfera

dengan Manusia
Oleh
Asmawi bin Abdullah
SMK Purun, Triang, Pahang
www.geografifizikal-purun.blogspot.com
Konsep El-Nino dan La-Nina
El-Nino
Merujuk kepada fenomena peningkatan suhu arus
lautan khususnya arus Lautan Pasifik.
Kesannya ia boleh mengubah pola tiupan angin timuran
yang membawa hujan menjadi angin kering.
Pembentukan pola tiupan angin lazim ini menyebabkan
suhu setempat menjadi panas dan berlaku kemarau
yang panjang.
Mempunyai tiga bentuk iaitu lembut, sederhana dan
kuat yang berlangsung dalam tiga fasa iaitu permulaan
(on set), pematangan (mature) dan kemerosotan
(decay).
La-Nina
Merujuk kepada kawasan yang sepatutnya kering akan
mengalami keadaan udara lembap, hujan lebat, ribut
taufan dan banjir.
Berlaku pergerakan angin dari lautan yang lembap ke
arah daratan yang berkelembapan rendah yang
membawa hujan lebat.
Mekanisme Kejadian El-Nino
dan La-Nina
Keadaan Normal

Kawasan tropika (utara Australia dan Papua New Guinea)


menerima pancaran matahari yang banyak pada bulan
November hingga Disember dan membentuk kawasan
tekanan rendah .

Kesan
Membentuk tiupan angin monsun timur laut dan monsun
barat laut.
Membentuk angin timuran yang kuat apabila pergerakan
angin bertiup dari kawasan tekanan tinggi arah timur
lautan pasifik (kawasan tekanan tinggi) ke arah barat
lautan pasifik (kawasan tekanan rendah).
Angin timuran membawa hujan lebat ke kawasan barat
Lautan Pasifik (Asia Tenggara, Australia dan Papua New
Guinea)
Kawasan timur Lautan Pasifik (Barat Amerika Selatan
Keadaan Normal

Lautan Amerika
Pasifik Utara
Utara
Asia
Tenggara Angin
Kawasan Timuran Kawasan
Tekanan Udara Tekanan Udara
Rendah Lautan Tinggi
Australia Pasifik Amerika
Selatan Selatan

Angin Monsun Timur Laut


Angin Monsun Barat Laut
Mekanisme Kejadian El-Nino
dan La-Nina
Semasa El-Nino

Air Laut panas kerana peningkatan suhu global yang


menyebabkan timur Lautan Pasifik mengalami tekanan
rendah berbanding utara Australia dan Papua New Guinea
yang mengalami tekanan tinggi yang lemah.

Kesan
Angin timuran menjadi lemah, manakala angin baratan
lebih kuat.
Kawasan barat Lautan Pasifik (Asia Tenggara, Australia dan
Papua New Guinea) mengalami kemarau.
Kawasan timur Lautan Pasifik (Amerika Selatan seperti
Equador, Peru dan Chile) menerima hujan yang lebat.
Semasa El-Nino

Amerika
Asia Utara
Tenggara Angin
Timuran
KEMARA

HUJAN
Angin Baratan

LEBAT
Kawasan Kawasan
U

Tekanan Udara Tekanan Udara


Tinggi yang Rendah
Lemah
Australia Amerika
Selatan

Angin Monsun Timur Laut


Bagaimana Kuasa El-Nino Boleh
Meningkat?

Berlaku apabila El-Nino bercantum dengan putaran selatan yang


membentuk El-Nino Southern Oscillation (ENSO).

ENSO berkait rapat dengan perubahan suhu permukaan laut (SST)


dan keadaan atmosfera sehingga mampu mengubah haluan
angin.
Hukum Boyle
Apabila suhu permukaan laut meningkat, tekanan udara
sekitarnya menjadi rendah. Keadaan ini menyebabkan angin akan
bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan
rendah.

Semasa ENSO, pola tiupan angin monsun timur laut berubah dari
laut ke darat kepada darat ke laut.
Bagaimana Kuasa El-Nino Boleh
Meningkat?
Kesan
Kawasan Asia Tenggara akan mengalami cuaca
yang panas dan kering.
Pesisir pantai Borneo, Kepulauan Indonesia dan
timur Semenanjung Malaysia tidak akan mengalami
musim tengkujuh seperti kebiasaannya.
Kawasan timur Lautan Pasifik ( Pasifik Utara seperti
California dan Florida serta Pasifik Selatan seperti
Peru, Equador, Chile dan Brazil) akan menerima
hujan yang lebat, angin kencang dan banjir.
Kesan El-Nino
Alam Sekitar
Fizikal
Kejadian kemarau
Kekurangan air, imbangan air negatif apabila kadar
sejatan melebihi kerpasan

Kemusnahan ekosistem hutan


Kemarau menyebabkan kebakaran hutan mudah berlaku

Fenomena jerebu
Udara kering dan kelembapan udara rendah serta kesan
kebakaran hutan.

Kemusnaham ekosistem akuatik


Air laut panas menjejaskan pertumbuhan plankton yang
boleh menjejaskan rantaian makanan
Kesan El-Nino
Alam Sekitar
Manusia
Kekurangan sumber makanan
Aktiviti pertanian terjejas hasil pertanian merosot

Kesihatan terganggu
Pencemaran dan gas beracun penyakit berkaitan sistem
pernafasan
Pengangkutan
Jerebu menghadkan jarak penglihatan.

Ekonomi terjejas
Pelancongan, perikanan dan pertanian

Krisis bekalan air


Domestik dan perindustrian.
Kesan La-Nina
Alam Sekitar
Fizikal

Hakisan pantai

Pembentukan ombak yang besar

Tanah runtuh

Hujan lebat akan melonggarkan struktur tanah.

Puting beliung

Angin kencang yang bertiup dari lautan


Kesan La-Nina
Alam Sekitar
Manusia
Kehilangan nyawa
Banjir lumpur dan banjir kilat

Kemusnahan harta benda


Rumah, kenderaan, haiwan ternakan

Ekonomi terjejas
Tanaman pertanian ditenggelami banjir

Wabak penyakit
Kekurangan sumber air bersih

Kemusnahan infrastruktur
Jalan perhubungan, bekalan elektrik, telekomunikasi
Konsep Siklon
Merujuk kepada sesuatu kawasan yang mengalami tekanan
udara rendah atau angin kawasan tekanan rendah.

Tiupan angin dari kawasan tekanan tinggi di luar bergerak ke


kawasan tekanan udara rendah di dalam.
Hemisfera utara dibiaskan ke arah kanan dan angin bertiup
arah lawan jam.
Hemisfera selatan dibiaskan ke arah kiri dan angin bertiup
arah jam.
Jenis siklon
- siklon tropika
- tornado
- siklon sederhana
Siklon Tropika
Terbentuk di kawasan tropika.

o
Biasanya berlaku di kawasan lautan (sekitar 8 U dan
35oU)
Cerun tekanan udaranya curam (kelajuan melebihi
300 km/j)

Pusat siklon digelar mata siklon

Zon vorteks mengalami pusaran angin yang


kencang dan hujan lebat.
Proses Pembentukan Siklon
Tropika
Aktiviti perolakan apabila suhu launtan meningkat.
Suhu lautan 26oC atau lebih
Permukaan laut dipanaskan wujud sel tekanan
udara rendah.
Tekanan udara sekeliling masih tinggi dan bergerak
masuk dengan cepat ke kawasan bertekanan rendah.
Boleh meliputi kawasan yang luas antara 80 hingga
400 km.
Daya putaran memusat.
Perkembangan lekukan tropika kepada ribut tropika
Pergerakan angin
kepada siklon yang
tropika melingkari
atau taufan. satu pusat yang
dipanggil mata siklon.
Keadaan udara dalam mata siklon tenang.
Zon vorteks yang mengelilingi mata angin
merupakan kawasan terbentuknya pusaran angin,
hujan lebat dan laut bergelora.
Faktor yang Mempengaruhi
Pembentukan Siklon Tropika
Suhu Yang Tinggi di Permukaan Laut
Suhu yang tinggi menghasilkan tenaga haba yang
menyebabkan aktiviti perolakan di permukaan laut yang
seterusnya menghasilkan daya cerun tekanan yang ketara.
Tekanan Udara yang Rendah di Lapisan Atmosfera
Bawah Khususnya Berhampiran Dengan Permukaan
Laut
Ini menyebabkan angin dari luar yang bertekanan tinggi
akan menyerbu masuk dengan kencang.
Daya Putaran Memusat
Iaitu pergerakan angin secara berpusar melingkari satu
pusat yang dinamakan mata siklon yang terletak di tengah-
tengah pusaran dan dikelilingi oleh zon vorteks.
Kesan Siklon Tropika Terhadap
Alam Sekitar.
Siklon Tropika menghasilkan tiga elemen
penting
Luruan Ombak
Hujan Lebat
Angin Kencang

Ketiga-tiga elemen ini mengakibatkan kesan


terhadap alam sekitar fizikal dan alam
sekitar manusia.
Kesan Terhadap Alam Sekitar
Fizikal
Hujan lebat yang berterusan boleh
mengakibatkan tanah runtuh. Tanah
menjadi tepu dengan air sehingga daya
kejelekitan tanah berkurang.
Pokok tumbang atau tercabut akibat angin

kencang.
Merosakkan ekosistem paya apabila

ditenggelami air akibat luruan ribut.


Kesan Terhadap Alam Sekitar
Manusia
Kemusnahan infrastruktur seperti jalan raya,
jambatan, talian telefon, elektrik dll.
Kerosakan harta benda seperti rumah kediaman
dan kenderaan
Ancaman nyawa kematian
Kemusnahan kawasan tanaman seperti
kawasan sawah padi akibat banjir besar dan
luruan ribut.
Menjejaskan kesihatan wabak penyakit
bawaan air seperti taun
Kesan psikologi trauma
Kesan Siklon Tropika Terhadap Aktiviti
Manusia di Zon Pinggir pantai.
Terhadap Aktiviti Perikanan
Angin kencang dan laut bergelora menyebabkan nelayan tidak
dapat turun ke laut.
Terhadap Aktiviti Pelancongan
Angin kencang merosakkan infrastruktur pelancongan seperti
resort, hotel; dan chalet. Banjir menenggelamkan kawasan
pelancongan
Terhadap Aktiviti Pengangkutan dan telekomunikasi
Angin kencang menumbangkan talian elektrik dan talian
telefon. Banjir memutuskan perhubungan pengangkutan darat.
Terhadap Aktiviti Perniagaan
Gangguan kelancaran trafik akibat terputus hubungan
menganggu aktiviti perniagaan.
Tornado
Dikenali sebagai angin puting beliung.

Siklon berskala kecil tetapi sangat kencang (800


km/j)
Berlaku di kawasan tropika dan sub tropika
(Amerika Utara dan Australia)
Bermula dan terbentuk di daratan pada musim
bunga hingga musim panas.
Terbentuk apabila berlaku kenaikan udara yang
cepat di bawah awan tekanan rendah yang
menyebabkan udara bergerak masuk dengan
cepat.
Ciri-ciri Tornado
Kawasan utama Amerika Syarikat dan Australia
Tempoh masa pembentukan kurang 10 minit.
Jarak 6 hingga 160 km
Tempoh masa Akhir musim bunga dan awal
musim panas.
Kelajuan lebih 402 km/j
Ketinggian -16 km dengan kelajuan 160 km/j
Kesan
Pembentukan awan komulunimbos (21 km
tinggi, 16 km lebar)
Hujan turun dalam masa singkat (10 mini)
Membentuk hujan batu yang bersaiz besar.
Siklon Sederhana Dunia
Dikenali juga sebagai siklon latitud
pertengahan.

Terbantuk di sekitar 50o dan 60oU/S (zon angin baratan


dunia).

Bergerak dari barat ke timur.

Terjadi apabila angin baratan yang panas dan


lembap bertemu dengan angin timuran kutub
yang sejuk dan kering di perenggan kutub.
Antisiklon
Merujuk kepada sistem tekanan udara tinggi yang bergerak
keluar dari tengah atau pusat tekanan.
Bergerak secara perlahan kerana mempunyai kecerunan
tekanan udara landai (isobar jarang).

Pergerakan antisiklon juga dipengaruhi daya kariolis.

Di hemisfera utara bertiup keluar dari pusat mengikut arah


pusingan jam.
Di hemisfera selatan bertiup keluar dari pusat mengikut
arah lawan pusingan jam.
Pada musim panas langit cerah, udara tenang dan suhu
tinggi.
Pada musim sejuk lapisan udara bawah menjadi terlalu sejuk
dan menyebabkan pembentukan kabut tebal.

Anda mungkin juga menyukai