Anda di halaman 1dari 11

HGF 3043 KAJI IKLIM

NAMA : ENDYERRA NAZIELLA BINTI MOHAMMAD HISHAM


NO. MATRK : D20141067776
NO. KAD PENGENALAN :940912136032
NAMA PENSYARAH :DR. MOHD HAIRY BIN IBRAHIM

PENGENALAN
Siklon tropika aau lebih dikenali sebagai taufan merujuk kepada ribut tropika yang mempunyai
angin kencang melebihi 120 km/jam. Silon tropika ini terjadi hasil daripada haba yang dilepaskan
apabila udara panas naik dan wap udara di dalam akan meluwap kemudiannya ia membentuk mata
taufan. Nama siklon tropika ini dihasilkan berdasarkan tempat terjadinya siklon iaitu di kawasan
tropika dan juga kerana bentukknya serupa dengan siklon. Oleh itu, ia dinamakan sebagai siklon
tropika. Di bahagian hemisfera utara bumi siklon tropika ini berputar mengikut arah lawan jam.
Manakala di bahagian selatan hemisfera bumi siklon tropika ini berputar mengikut arah jam.

Rajah 1: kewujudan mata angin taufan yang dikesan oleh satelit bumi.
Berdasarkan sejarah ribut taufan nargris merupakan siklon paling dasyat di lembangan lautan hindi
utara. Siklon kedua paling besar sepanjang sejarah adalah taufan nina. Siklon nagris ke-8 paling
teruk sepanjang sejarah di mana ia merupakan siklon tropika pertama yang telah melanda myanmar.
Peringkat ribut taufan boleh dibahagikan kepada 5 kategori berdasarkan skala taufan saffir-simpson.
Kategori ini dibezakan berdasarkan keamatan angin yang berterusan. Oleh itu untuk
mengklasifikasikan sebagai taufan, siklon tropika hendaklah mempunyai kelajuan angin maksimum
yang berterusan sekurang-kurangnya 119 km/jam bagi kategori 1. Pengelasan yang tinggi
merupakan kategori 5 di mana keamatan angin melebihi 155 mph.

Jadual 1: Skala Taufan Saffir-Simpson (SSHS)


Skala

Tekanan pusat

Kelajuan angin
1

Surge

Kerosakan

(m)

(damage)

(mb)

>980

33-42

1.2-1.6

Minimal

965-979

43-49

1.7-2.5

Moderate

945-964

50-58

2.6-3.8

Extensive

920-944

59-69

3.9-5.5

Extreme

<920

>69

>5.5

Catastrophic

DEFINISI SIKLON TROPIKA


Siklon tropika merujuk kepada ribut siklon yang berlaku di atas permukaan laut tropika iaitu sekitar
5-15 U/S di mana ia mengha ilkan angin kencang yang berpu ar akibat daripada pembentukkan
sistem tekanan udara rendah yang melampau di sesebuah kawasan perairan tersebut. Kelajuan angin
maksimum yang dicapai adalah sekitar 34 knot atau lebih berhampiran dengan pusat dan ia
kebiasaanya berterusan sekurang-kurangnya untuk enam jam. Kekuatan ribut yang berpusar boleh
mencapai sehingga ratusan kilometer dari pusat puting beliung. Jika angin yang bertiup mencapai
kelajuan 118 km/jam atau lebih daripada 165 km/jam ia kebiasaanya dikenali sebagai siklon tropika
teruk. Di negara-negara lain seperti Carribean, Gulf Mexico dan Lautan Atlantik siklon tropika
dikenali sebagai hurikan (Hurricane). Manakala di North-West Pasific berdekatan dengan Filipina
dan Jepun ia dikenali sebagai taufan (Typhoone).
Siklon tropika mendapatkan tenaga mereka daripada laut tropika yang panas dan ia akan
terbentuk jika uhu permukaan laut di ata 26.5C . Siklon tropika boleh berlaku secara berterusan
untuk beberapa hari. Walau bagaimanapun, siklon tropika tidak akan terjadi di sekitar kawasan 015 U/S. Hal edemikian berlaku adalah di ebabkan kawa an ter ebut tidak terdapatnya daya
koriolis yang dapat membantu pergerakan angin di kawasan tersebut.
Kawasan tropika yang kebiasaanya terdedah kepada kejadian siklon tropika ialah kawasan
berhampiran Kepulauan Filipina iaitu sekitar Laut China Selatan, Laut Banggala, Selatan Lautan
Hindi, berhampiran Pulau Madagascar, Laut Arab, Teluk Mexico, Laut Karibea dan sekitar pantai
timur Benua Australia.

Rajah 2 : Kawasan Tropika Sering Dilanda Siklon Tropika


PROSES

BAGAIMANA

SIKLON

TROPIKA

TERJADI

DAN

PENGARUHNYA

TERHADAP CUACA DAN IKLIM


Siklon tropika berlaku bergantung dengan tahap haba dan kelembapan yang ada iaitu ia bermula
dengan pemanasan lautan yang melampau dengan

uhu

ekurang kurangnya 26C di atas

permukaan lautan. Pemanasan yang melampau di atas lautan tropika menyebabkan udara di
kawasan berkenaan berada dalam keadaan yang tidak stabil. Keadaan sedemikian akan mewujudkan
sel-sel tekanan udara rendah yang melampau di kawasan tersebut. Tekanan udara rendah tersebut
kemudiannya berkembang dengan pesat sambil menyerap wap air di sekitarnya. Dalam masa yang
sama wujud sel tekanan udara tinggi di kawasan daratan berhampiran lalu ia mewujudkan cerun di
antara kedua-dua kawasan tersebut. Berlakunya pergerakan angin permukaan dari daratan ke laut
dan pergerakan angin di bahagian atas dari laut ke darat. Angin panas dan lembap berputar dengan
kencang di sekitar sel-sel tekanan rendah tersebut dan membawa banyak wap air naik ke bahagian
atas. Pembebasan haba pendam akan memanaskan udara persekitarannya menyebabkan udara yang
panas dan lembap ini akan naik ke lapisan yang lebih tinggi. Maka terjadilah siklon tropika di
sesuau kawasan tersebut. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan terjadinya siklon
tropika. Keadaan-keadaan tersebut adalah seperti berikut :
1. Pertama, ia berlaku di kawasan laut tropika ekitar 5 hingga 15 U/S disebabkan tiada daya
koriolis yang dapat membantu menolak pergerakan angin di kawasan tersebut.
2. Kedua, ia berlaku apabila suhu sekitarnya pada 26 darjah Celcius.

3. Ketiga, ia juga biasanya berlaku selepas musim monsun timur laut iaitu pada akhir musim
panas dan awal musim sejuk.
4. Keempat, ia berlaku apabila terdapat tekanan udara tinggi yang sekaligus mewujudkan ribut.
Pada kebiasaanya, siklon tropika terjadi di perairan di sekitar kawasan tropika terutamanya
di bahagian kawasan tropika yang mempunyai suhu permukaan lautan yang panas. Berdasarkan
data pada tahun 1968 hingga 1989, didapati bahawa jumlah siklon tropika yang terjadi di bahagian
utara bumi rata-rata 57.3 kejadian dalam satu tahun dan di bahagian selatan bumi pula rata-rata 26.3
siklon tropika berlaku dalam setahun. Siklon tropika boleh terbentuk jika suhu permukaan laut
mencapai suhu sekurang-kurangnya 26.5 C hingga ke kedalaman 60 meter. Siklon tropika boleh
terjadi apabila keadaan atmosfera tidak stabil yang membolehkan terbentuknya awan
Cumulonimbus. Awan-awan ini yang juga dikenali sebagai awan-awan guruh merupakan penanda
wilayah konvektif kuat. Awan Cumulonimbus juga penting dalam perkembangan siklon tropika.
Selain itu, siklon tropika juga boleh terbentuk di atmosfera yang agak lembab pada ketinggian kirakira 5 km. Ketinggian ini merupakan atmosfera paras menengah di mana keadaan kering tidak
boleh menyokong bagi perkembangan aktiviti ribut petir di dalam taufan. Bukan itu sahaja, siklon
tropika juga berada pada jarak sekurang-kurangnya kira-kira 500 km dari khatulistiwa. Oleh hal
yang demikian, siklon tropika jarang terbentuk di kawasan khatulistiwa. Ribut tropika ini juga
merupakan gangguan atmosfera di permukaan bumi berupa angin yang berpusar yang disertai
dengan ribut yang kuat. Perubahan keadaan angin terhadap ketinggian tidak terlalu besar.
Perubahan keadaan angin yang besar akan mengganggu proses perkembangan ribut petir.
Fenomena ini terjadi sebenarnya disebabkan oleh kesan rumah hijau. Menurut Pengarah
Jabatan Meteorologi, Saw Bun Ling dalam Kosmo Online ada menyatakan bahawa taufan sering
berlaku di kawasan tertentu yang terdedah pada suhu lautan Pasifik melebihi 26 darjah Celcius.
Beliau juga menyatakan bahawa terdapat beberapa peringkat perkembangan dalam pembentukan
taufan. Peringkat pertama gangguan ribut tropika itu adalah sistem ribut petir yang tertumpu di
kawasan bertekanan rendah dengan kelajuan angin kencang kurang daripada 60 km/j. Peringkat
kedua, ribut tropika adalah sistem ribut petir kuat dengan kitaran permukaan tertentu serta kelajuan
angina maksimum antara 60-120 km/j. Walaupun siklon tropika sudah mula terbentuk, namun mata
taufan biasanya masih belum terbentuk. Peringkat ketiga pula ialah ribut tropika dengan angina
kencang melebihi 120 km/j. Pada waktu ini, mata taufan mula terbentuk seterusnya memudahkan
taufan dikesan oleh satelit. Apabila kelajuan angin maksimum meningkat melebihi 120 km/j
disebabkan oleh pengurangan dalam tekanan permukaan, ribut tropika pula dikategorikan sebagai
ribut taufan. Selain itu, saintis mendapati dua pertiga daripada peningkatan suhu lautan, yang boleh
menyebabkan taufan, disebabkan oleh tindakan manusia. Catatan tahun lalu menunjukkan telah
4

berlaku peningkatan yang serius dalam kejadian ribut kategori empat dan lima di seluruh dunia.
Kejadian ribut kategori empat dan lima adalah kejadian yang membawa kemusnahan teruk yang
terkuat dan paling kerap berlaku sepanjang sedekad lalu. Hal ini dapat dibuktikan dengan laporan
penyelidikan oleh Kerry Emanuel dari Institut Teknologi Massachusetts, Amerika Syarikat (AS)
menunjukkan bahawa tempoh masa, kelajuan angin maksimum dan pelepasan tenaga yang
disebabkan oleh ribut tropika telah meningkat di Atlantik Utara dan lautan Pasifik Utara sejak
pertengahan tahun 1970-an. Selain itu, Peter Webster dari Institut Teknologi Georgia, Amerika
Syarikat juga ada mencatatkan bahawa kejadian ribut kategori empat dan lima berlaku sebanyak
171 kali sepanjang tempoh 15 tahun dari 1975 hingga 1989, tetapi kejadian bencana itu meningkat
kepada 269 kes dalam tempoh 15 tahun berikutnya. Menurut Webster lagi, peningkatan intensiti
tersebut berkait rapat dengan kenaikan suhu laut yang akibatkan oleh pemanasan global. Bukan itu
sahaja, saintis Kevin Trenberth dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat
juga telah mengenal pasti kemunculan musim ribut yang ketara di kawasan Atlantik Utara.
Menurutnya lagi, lebih 50 peratus daripada punca peningkatan itu disebabkan aktiviti manusia.
Sejak itu, Amerika Syarikat terus berwaspada dengan ancaman ribut selepas taufan Katrina
membawa kemusnahan teruk di sekitar New Orleans pada Ogos 2005.
BERDASARKAN

SATU

JENIS

KEJADIAN

SIKLON

TROPIKA,

NILAIKAN

PENGARUHNYA TERHADAP CUACA DAN IKLIM DI SESUATU TEMPAT.


Taufan dapat mengakibatkan banjir yang teruk. Ribut yang membadai menolak air laut ke pantai
sehingga membanjiri bandar di sekitar pantai tersebut. Contohnya, hujan lebat yang berlaku di
kawasan pedalaman New Orleans, Lousiana Amerika Syarikat akibat Taufan Katrina yang melanda
pada Ogos 2005 telah mengakibatkan berlakunya fenomena banjir di kawasan tersebut.

Rajah 3: Banjir Yang Berlaku Di Amreika Akibat Taufan Katrina


5

KESAN SIKLON TROPIKA TERHADAP MANUSIA DAN BAGAIMANA MANUSIA


MENGHADAPINYA.
Kesan siklon tropika terhadap manusia
1. Kehilangan nyawa dan menyebabkan berlakunya kecederaan.
Siklon tropika menghasilkan angin ribut dan putaran yang kencang melebihi 200km/jam
telah mengorbankan banyak nyawa. Contohnya, bangladesh merupakan salah sebuah negara
yang paling mudah terdedah kepada bahayanya puting beliung terutamanya bagi masyarakat
yang tinggal di luar bandar di sepanjang delta yang subur di bahagian atas teluk bengal.
Lebih kurang 10 peratus siklon tropika merbahaya yang terbentuk di teluk bengal seperti
yang telah dicatatkan pada jadual 1. kawasan tersebut kebiasaanya dilanda lebih daripada
lima kali ribut setiap tahun.
Misalnya pada 25 mei 1985, kawasan delta sungai meghna, bangladesh telah dilanda
oleh siklon dengan kejauan angin melebihi 100 mph di mana ia menghasilkan ketinggian
gelombanng (surge) 15 hingga 20 m. Angin yang kncang ini telah memberi memusnahkan
400 meter persegi terutamanya pulau yang terletak di bahagian muara sungai. Dalam
kejadian tersebut telah dicatatkan seramai 10 000 orang dan 500 000 lembu ternakan telah
mati. Manakala seramai 100 000 orang penduduk yang masih hidup kehilangan tempat
tinggal mereka.
Jadual 2: lokasi terjadinya siklon tropika yang paling bahaya di dunia
pada abad ke-20
Tahun

Lokasi

Bilangan Terbunuh

1970

Bangaladesh

300,000

1991

Bangladesh

139,000

1922

China, P R

100,000

1935

India

60,000

1998

Central america

14,600

1937

Hong kong (china)

11,000

1965

Pakistan

10,000

1900

United states

8,000

1964

Vietnam

7,000

1991

Filipina

6,000

Sumber: diperoleh menerusi CRED dan NOAA

2. Kegiatan ekonomi terganggu dan terjejas.


Kejadian tropika bukan sahaja meragut nyawa manusia malah ia juga telah memberi impak
yang negatif terhadap kegiatan ekonmi yang telah dijalankan oleh manusia. Hal ini
disebabkan kelajuan angin yang kencang mampu memusnahkan tanaman serta premispremis peniagaan. Misalnya, komuniti kumpulan kecil lauan pasifik seperti jepun, filipina
dan kepulauan karibean merupakan salah satu kepulauan yang berisiko tinggi menghadapi
siklon tropika. Sektor pertanian di kepulauan ini terdedah kepada angin kencang dan hujan
lebat sehingga menyebabkan kerosakan dan kemusnahan yang teruk terhadap tanaman.
Tanaman komersial yang sangat penting yang digunakan dalam pertukaran asing turut
mengalami kemusnahan akibat angin yang kencang.
Pada tahun 1997 hurikan allen (allen hurricane) telah berjaya memusnahkan ladang
pisang. Berikut adalah peratusan ladang yang telah musnah akibat hurikan allen.
Jadual 3: Lokasi Ladang Pisang Yang Musnah Akibat Allen Hurikan
(Hurricane Allen)
Lokasi

Peratusan

St lucia

97

St vincent

95

Dominica

75

Grenada

40

3. Wabak penyakit terhadap manusia.


Siklon tropika yang disertai hujan yang lebat menyebabkan berlakunya banjir.
Contohnya, gelombang pasang surut yang berlaku disebabkan oleh siklon telah
menyebabkan delta sungai dinaiki air setinggi 40 kaki keadaan sedemikian
menyebabkan seramai 100 000 orang tenggelam dan 100 000 orang lagi telah dilaporkan
mati akibat penyakit disebabkan oleh air yang tercermar. Penyakit bawaan air seperti
taun akan berlaku semasa dan selepas banjir. Penyakit ini mampu membawa maut
kepada manusia.

Kaedah Manusia Menghadapi Siklon Tropika


1. Sistem amaran awal
Disebabkan oleh kejadian siklon tropika ini banyak nyawa yang hilang. Oleh itu, terdapat
langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Langkah yang boleh diambil adalah seperti
mengambil tindakan sistem amaran awal. Oleh kerana kejadian siklon ini tidak dapat
dijangka bila waktu akan terjadi maka pihak berkuasa akan menjalankan pemantauan
terhadap bencana alam yang mungkin akan berlaku pada masa hadapan. Oleh itu, jika
terdapat tanda-tanda akan berlakunya bencana seperti siklon atau taufan maka pihak
berkuasa akan memberi amaran awal kepada masyarakat di dunia. Tujuannya adalah untuk
memastikan setiap pihak membuat persiapan rapi dan mengambil langkah menyelamat
seandainya bencana tersebut berlaku. Misalnya, menurut Pegawai Kemanusiaan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Jan Egeland, pihak berkuasa tempatan telah melakukan
beberapa langkah persiapan rapi dan mengambil tindakan menyelamat dengan segera.
Keadaan sedemikian hanya menyebabkan sedikit sahaja yang terkorban di sepanjang teluk
pantai Amerika Syarikat berbanding 180 000 yang meninggal dalam kejadian tsunami
semasa Taufan Katrina di New Orleans, Amerika Syarikat.
2. Mencari tempat perlindungan yang selamat dalam kadar yang segera
Pegawai Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah mengarahan
seluruh penduduk untuk berpindah dari kawasan yang bandar yang telah ditenggelami air ke
kawasan yang selamat. President Amerika Syarikat iaitu George W Bush turut menyatakan
lebih daripada 78 000 penduduk telah berteduh di pusat-pusat perlindungan berdekatan iaitu
superdome yang telah disediakan oleh pihak berkuasa.
3. Mendedahkan pengetahuan bencana alam yang berlaku kepada masyrakat dunia.
Dalam usaha mengelakkan lebih ramai yang terkorban dalam kejadian taufan pihak yang
berkuasa boleh mendedahkan ilmu pengetahuan berkaitan bencana alam kepada masyarakat
dunia. Contohnya, pihak Jabatan Meteorologi boleh menyampaikan maklumat berkaitan
bencana alam kepada masyarakat dengan mengadakan seminar bencana alam kepada
masyarakat disekeliling mereka. Hal ini membolehkan masyarakat mendapatkan sedikit
sebanyak maklumat dalam manghadapi bencana alam yang terjadi pada masa hadapan.

RUJUKAN
Abbott, P. L. 2004. Natural Disaster. Fourth Edition. New York : McGraw-Hill.
Sundar & T. Sezhiyan. 2007. Disaster Management. New Delhi : Sarup & Sons.
Keith Smith. 2001. Environmental Hazards : Assessing Risk and Reducing Disaster. Third
Edition. New York : Routledge
Keith Smith. 2004. Environmental Hazards : Assessing Risk and Reducing Disaster. Fourth
Edition. New York : Routledge.
Australian Government, Bureau of Meteorology, 2015. 19 November 2015.
http://www.bom.gov.au/cyclone/about/
Badan Meteorologi Klimatologi Dan Geofizik. Proses Terbentuknya Siklon Tropis. 18
November 2015.
http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:http://meteo.bmkg.go.id/siklon/learn/02/id
Harricane Andrew : 20 Years.
http://aldiazphoto.blogspot.my/2012/08/hurricane-andrew-20-years.html
KOSMO ONLINE. Taufan adalah ribut tropika.18 November 2015. Di akses pada 18
November 2015.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Rencana_Uta
ma&pg=ru_02.htm#ixzz3rnXKXNuH
UTUSAN ONLINE. Beribu Nyawa Terkorban Katrina lebih Dahsyat daripada Tsunami. 2
September 2005. Di akses pada 19 November 2015.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_
Negara&pg=lu_01.htm

10

Anda mungkin juga menyukai