Anda di halaman 1dari 12

DEFINISI MONSUN

Perkataan monsun berasal daripada perkataan arab iaitu mausim di mana ia membawa
maksud musim. Para pedagang kuno yang berulang alik melalui Lautan India dan Lautan
Arab menggunakan perkataan ini bagi menjelaskan sistem peralihan angin yang bertiup dari
arah timur laut semasa musim sejuk di hemisfera utara dan bertiup dari arah barat daya
semasa musim panas di hemisfera utara. Angin monsun boleh didefinisikan sebagai satu pola
angin musiman yang bertiup tanpa perubahan arah untuk beberapa bulan dan kemudian angin
ini hilang untuk satu tempoh masa yang singkat, iaitu kebiasaanya satu bulan. Walau
bagaimanapun, angin ini bertiup kembali dari arah yang bertentangan untuk beberapa bulan
lagi yang tinggal dalam satu tahun tersebut. Oleh itu, angin monsun ini boleh didefinisikan
sebagai tiupan angin lazim yang berlaku dua kali dalam setahun dan ia mengalami perubahan
yang jelas dari segi musim serta ia berlaku di kawasan benua dan lautan yang berhampiran
dengan kawasan tropika lembap. Kebiasaanya angin monsun akan mula bertiup dari awal
bulan November hingga bulan Mac dan dari awal bulan Mei hingga bulan September. Angin
monsun yang bertiup dari awal bulan November hingga bulan Mac dikenali sebagai angin
monsun timur laut. Pada masa ini, angin lazimnya adalah dari arah timur laut dengan kelajuan
di antara 10 knot dan 20 knot. Manakala angin monsun yang memulakan tiupannya dari awal
bulan Mei hingga bulan September dikenali sebagai angin monsun barat daya. Angin lazim
secara amnya dari arah barat daya mempunyai tahap kelajuan yang lemah iaitu di bawah 15
knot.

PROSES BERLAKUNYA MONSUN DAN PENGARUHNYA TERHADAP CUACA


DAN IKLIM.
Monsun berlaku adalah disebabkan oleh perbezaan suhu antara daratan dan juga lautan hasil
daripada pemanasan sinaran matahari. Semasa musim sejuk, daratan benua akan sejuk
dengan cepat di mana ia menghasilkan suhu yang amat rendah di kawasan tengah Asia.
Keadaan yang sedemikian menyebabkan tekanan atmosfera meningkat lalu membentuk
sistem tekanan yang tinggi iaitu antisiklon di Siberia. Udara sejuk tersebut bergerak keluar
dari Siberia sebagai angin barat laut. Namun, apabila tiba di perairan pantai china sebelum
menuju ke Asia Tenggara angin barat laut tersebut akan bertukar menjadi angin timur laut.
Dari semasa ke semasa, ledakan keluar udara sejuk kuat (luruan monsun) saling
bertindak dengan sistem tekanan rendah (siklon) yang terbentuk berhampiran dengan
khatulistiwa lalu menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta
membawa sejumlah hujan yang lebat di pantai semenanjung dan pantai barat Sabah dan
Sarawak. Secara amnya, purata jumlah hujan di semenanjung Malaysia adalah berjulat
daripada 1500 mm hingga 4500 mm. Kawasan yang paling lembap mencatatkan purata
jumlah hujan melebihi 3500 mm setahun adalah dicatatkan di sekitar kawasan Bukit
Larut,Perak dan kawasan padalaman Terengganu. Sebaliknya, kawasan paling kering yang
mencatatkan purata jumlah hujan kurang daripada 2000 mm setahun adalah dicatatkan di
negeri-negeri utara semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Utara Kedah, Pantai Selatan Perak,
Negeri Sembilan, Melaka dan juga Utara Johor. Corak taburan hujan yang diterima di
semenanjung Malaysia adalah berkait rapat dengan monsun yang dialaminya. Negeri-negeri
di pantai timur semenanjung Malaysia menerima purata jumlah hujan yang banyak pada awal
sehingga pada pertengahan monsun timur laut iaitu pada bulan November, Disember, dan
juga Januari. Namun pada penghujung monsun timur laut iaitu semasa bulan Februari hingga
Mac negeri-negeri pantai timur terutamanya Kelantan dan Terengganu serta negeri-negeri
utara semenanjung seperti Perlis dan Kedah akan berganjak ke arah cuaca yang kering.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia pada bulan November 2014 yang lalu di
semenanjung Malaysia terutamanya di negeri Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka dan Barat Johor telah menerima jumlah hujan yang banyak iaitu 20 peratus hingga
melebihi 60 peratus daripada paras purata iaitu dengan mencatatkan jumlah hujan di antara
400mm hingga 900mm. Walau bagaimanapun, pada waktu yang sama terdapat satu dua
kawasan di tengah Pahang menerima jumlah hujan kurang daripada paras purata iaitu dengan

mencatatkan jumlah hujan kurang daripada 200mm. Namun kawasan-kawasan lain menerima
jumlah hujan pada paras purata.
Manakala di Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan pula secara
umumnya, purata jumlah hujan tahunan adalah berjulat daripada 1000 mm hingga 4500 mm.
Di Sabah kebanyakkan kawasan menerima purata jumlah hujan melebihi 2500 mm dalam
setahun. Kawasan paling lembap adalah sekitar pantai barat utara Sabah di mana ia
mencatatkan purata jumlah hujan melebihi 4000 mm setahun. Sebaliknya, sekitar Keningau
dan selatan Tawau merupakan kawasan paling kering iaitu hanya mencatatkan jumlah hujan
kurang daripada 2000 mm setahun. Kawasan Keningau menerima jumlah hujan yang sedikit
dan sekata adalah disebabkan kawasannya yang dilindungi oleh banjaran gunung. Semasa
berlakunya monsun timur laut 2014 kebanyakkan kawasan di negeri Sabah menerima jumlah
purata hujan antara 200 mm dan 300mm. Walau bagaimanapun, Kudat dan Sandakan
menerima jumlah hujan di bawah paras purata iaitu dengan pengurangan anomali sebanyak
20 peratus sehingga 40 peratus.
Sarawak pula menerima purata jumlah hujan yang paling banyak dalam satu tahun
berbanding negeri lain di Malaysia iaitu melebihi 3000 mm kecuali bahagian barat Miri iaitu
hanya mencatatkan jumlah purata hujan sebanyak 2000 mm. Menurut Jabatan Meteorologi
Malaysia semasa monsun timur laut 2014 lalu berlaku, seluruh kawasan Sarawak menerima
taburan hujan pada paras purata 300 mm hingga 800 mm. Walau bagaimanapun, bahagian
Sibu dan Bintulu mencatatkan jumlah penerimaan hujan antara 500 mm dan 600 mm.
Manakala di bahagian Sri Aman jumlah hujan yang dicatatkan adalah rendah iaitu kurang
daripada 300 mm.

Rajah 1: Monsun Timur Laut


Pada musim panas di hemisfera utara khususnya di kawasan pedalaman Asia wujud
sel-sel tekanan udara rendah akibat daripada keadaan suhu yang tinggi. Sebaliknya pada masa
yang sama, di kawasan sederhana dunia di hemisfera selatan khususnya benua Australia dan
laut sekitarnya pula wujud sel-sel tekanan udara tinggi akibat daripada keadaan suhu yang
rendah. Perbezaan tekanan udara antara kedua-dua tempat tersebut meneybabkan berlakunya
pergerakan udara dari utara benua Australia menuju ke arah kawasan pedalaman Asia.
Kumpulan udara sejuk dari benua Australia bergerak keluar menuju ke kawasan sel tekanan
udara rendah iaitu di pedalaman Asia. Kumpulan angin ini pada asalnya adalah sIstem angin
monsun Tenggara kerana dibiaskan oleh daya koriolis. Namun sebaik sahaja angin ini
merentasi kawasan khatulistiwa angin ini terbias ke arah kanan oleh daya koriolis yang sama
di hemisfera utara. Oleh itu, angin ini akhirnya dikenali sebagai monsun barat daya. Monsun
barat daya kurang membawa hujan ke pantai barat semenanjung Malaysia kerana tiupan
anginnya dihalang oleh sistem banjaran gunung yang terdapat di Kepulauan Sumatera.

Rajah 2: Monsun Barat Daya


Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia semasa berlakunya monsun barat daya pada
Mac 2015 lalu, negeri-negeri di pantai timur seperti barat Kelantan, Terengganu dan
sebahagian besar pedalaman Pahang menerima jumlah hujan di bawah paras purata iaitu
kurang daripada 200 mm. Begitu juga dengan negeri Selangor dan barat Kedah di mana
berlakunya pengurangan peratusan anomali adalah sebanyak 20 peratus sehingga melebihi 60
peratus daripada paras purata. Walau bagaimanapun, terdapat juga kawasan yang menerima
jumlah hujan dengan jumlah yang banyak seperti padalaman negeri Kelantan, Perak dan
Melaka. Ketiga-tiga kawasan tersebut telah merekodkan hujan di atas paras purata dengan
pertambahan sebanyak 20 peratus sehingga melebihi 60 peratus.
Di Sarawak pula semasa monsun barat daya kawasan pedalaman Sarawak juga turut
mencatatkan penurunan jumlah penerimaan hujan iaitu di bawah paras purata dengan jumlah
taburan hujan terkumpul kurang daripada 200 mm. Sementara Kuching mencatatkan hujan di
atas paras purata dengan pertambahan anomali sebanyak 20 peratus sehinnga 40 peratus
daripada paras purata.
Secara umumnya, di negeri Sabah ketika berlakunya monsun barat daya kebanyakkan
kawasan menerima taburan hujan di bawah paras purata kurang 200 mm. Walau
bagaimanapun, Tawau dan selatan Sabah menerima jumlah hujan pada paras purata.

Kesimpulannya, monsun yang berlaku sama ada monsun timur laut atau monsun barat
daya mempengaruhi keadaan cuaca dan iklim. Hal ini kerana apabila berlakunya monsun
timur laut ia membawa sejumlah hujan yang lebat ke arah pantai timur semenanjung
Malaysia dan pantai barat Sabah, Sarawak dan Labuan. Kuantiti hujan yang banyak ini boleh
meningkatkan kelembanpan kawasan tersebut. Ini menyebabkan keadaan cuaca kawasan
tersebut lembap dan iklimnya sederhana. Kesannya, boleh menyebabkan berlakunya
fenomena La-Nina. Sebaliknya, monsun barat daya kurang membawa hujan ke arah pantai
barat semenanjung Malaysia menyebabkan kelembapan di kawasan tersebut kurang. Ini boleh
mengakibatkan keadaan cuaca menjadi kering. Kesannya ia boleh menyebabkan berlakunya
kejadian El-Nino di kawasan berkenaan.

Rajah3: La-Nina

NILAIKAN RAMALAN MONSUN YANG BOLEH MEMPENGARUHI CORAK


HUJAN, SUHU, KELAJUAN ANGIN DAN KELEMBAPAN BANDINGAN.
Monsun timur laut berlaku pada awal bulan November hingga bulan Mac iaitu semasa
hemisfera utara mengalami musim sejuk. Suhu persekitaran kawasan tersebut melampau iaitu
di bawah 0 darjah celcius. Suhu persekitaran yang rendah ini mewujudkan sel-sel tekanan
udara yang tinggi di kawasan tersebut khususnya di sekitar pedalaman Asia seperti Dataran
Tinggi Tibet, Siberia dan Mongolia. Namun pada masa yang sama, di hemisfera selatan
berlaku musim panas di mana nilai suhunya kadang kala melebihi 30 darjah celcius. Suhu
yang tinggi di kawasan hemisfera utara mewujudkan sel-sel tekanan udara rendah di sekitar
utara benua Australia dan laut di sekitarnya. Perbezaan tekanan udara antara kedua-dua
kawasan tersebut mewujudkan satu cerun tekanan yang bermula dari arah pedalaman Asia
(tekanan udara tinggi) menuju ke arah kawasan yang mempunyai set tekanan udara yang
rendah iaitu benua Australia. Ini menyebabkan wujudnya satu pola pengaliran udara dari
pedalaman Asia menuju ke arah benua Australia. Udara yang bergerak keluar dari sel tekanan
udara tinggi di padalaman akan dibiaskan ke kanan olah daya koriolis. Ini menyebabkan
berlakunya angin monsun timur laut yang membawa sejumlah hujan yang lebat ke arah
pantai timur semenanjung Malaysia dan pantai barat sabah, Sarawak dan Labuan.
Berdasarkan forum kaji iklim kebangsaan berkaitan iklim, negeri yang mencatatkan
jangkaan hujan bulanan yang paling tinggi adalah negeri Terengganu. Jangkaan jumlah hujan
bulanan bagi negeri tersebut adalah 560 sehingga 860 mm pada bulan November. Nilai
jangkaan tersebut adalah pada paras purata. Negeri ini dijangka menerima sejumlah hujan
yang lebat adalah disebabkan pada waktu tersebut sedang berlakunya monsun timur laut.
Monsun timur laut kebiasaanya membawa sejumlah hujan yang lebat ke negeri-negeri yang
berada di pantai timur semenanjung Malaysia. Hujan lebat yang turun di negeri Terengganu
menyebabkan suhu di negeri tersebut menurun. Jika suhu negeri tersebut menurun maka
kelembapan bandingan di negeri berkenaan akan bertambah. Pada masa yang sama kelajuan
anginnya juga turut meningkat disebabkan oleh tahap kecerunan udara yang tinggi.
Berdasarkan forum kaji iklim kebangsaan berkaitan iklim tersebut juga, terdapat
kawasan yang mencatatkan jangkaan hujan bulanannya yang paling rendah iaitu Langkawi.
Jangkaan jumlah hujan bulanan bagi Langkawi adalah 10 mm sehingga 20 mm pada bulan
Januari. Nilai jangkaan tersebut adalah di bawah paras purata. Langkawi dijangka menerima
sedikit hujan adalah disebabkan kedudukannya yang berada di pantai barat semenanjung

Malaysia. Kebiasaanya monsun timur laut tidak membawa hujan yang lebat ke arah pantai
barat tetapi ia hanya membawa sejumlah hujan yang lebat ke pantai timur semenanjung
Malaysia. Kekurangan hujan yang turun di Langkawi menyebabkan suhu di kawasan tersebut
meningkat. Apabila suhu di kawasan tersebut meningkat maka kelembapan bandingan di
kawasan tersebut akan berkurangan. Pada masa yang sama kelajuan anginnya juga akan
berkurangan disebabkan oleh tahap kecerunan udara yang tinggi.
Jadual 1: Jangkaan Hujan Bulanan (mm) Nov 2015 Mac 2016
Negeri/Wilayah
Persekutuan

Jangkaan Jumlah
Hujan Bulanan
(mm)

Tempoh

Tinjauan Cuaca (Berkaitan


dengan Hujan)

Perlis

150 230
80 120
20 30
30 50
80 100

November
Disember
Januari
Februari
Mac

Paras Purata
Paras Purata
Bawah Purata
Bawah Purata
Bawah Purata

170 260
70 110
20 30
30 50
80 110

November
Disember
Januari
Februari
Mac

Paras Purata
Paras Purata
Bawah Purata
Bawah Purata
Bawah Purata

250
90
20
30
90

November
Disember
Januari
Februari
Mac

Paras Purata
Paras Purata
Bawah Purata
Bawah Purata
Bawah Purata

Pulau Pinang

190 290
80 130
40 60
50 80
80 110

November
Disember
Januari
Februari
Mac

Paras Purata
Paras Purata
Bawah Purata
Bawah Purata
Bawah Purata

Perak

180 360
130 290
100 200
90 180
110 240

November
Disember
Januari
Februari
Mac

Paras
Paras
Paras
Paras
Paras

Purata
Purata
Purata
Purata
Purata

Selangor

200 430
150 330
150 260
140 280
200 - 350

November
Disember
Januari
Februari
Mac

Paras
Paras
Paras
Paras
Paras

Purata
Purata
Purata
Purata
Purata

Oktober
November
Disember
Januari
Februari
Mac

Paras
Paras
Paras
Paras
Paras
Paras

Purata
Purata
Purata
Purata
Purata
Purata

Tanah Besar

Kedah

Langkawi

Kuala Lumpur

170
60
10
20
70

220
240
200
140
150
210

340
430
330
230
230
230

Negeri/Wilayah
Persekutuan

Jangkaan Jumlah
Hujan Bulanan
(mm)

Tempoh

Tinjauan Cuaca (Berkaitan


dengan Hujan)

Kuala Lumpur

240
200
140
150
210

430
330
230
230
230

November
Disember
Januari
Februari
Mac

Paras
Paras
Paras
Paras
Paras

Purata
Purata
Purata
Purata
Purata

Putrajaya

200
150
130
100
120

430
330
190
160
180

November
Disember
Januari
Februari
Mac

Paras
Paras
Paras
Paras
Paras

Purata
Purata
Purata
Purata
Purata

Negeri Sembilan

190 280
120 230
70 140
70 170
130 250

November
Disember
Januari
Februari
Mac

Paras
Paras
Paras
Paras
Paras

Purata
Purata
Purata
Purata
Purata

Melaka

190 280
120 180
70 110
80 110
110 170

November
Disember
Januari
Februari
Mac

Paras
Paras
Paras
Paras
Paras

Purata
Purata
Purata
Purata
Purata

Pasir Mas,
Tanah
Merah, Jeli,
Gua
Musang,
Kuala Krai

330
410
100
60
70

500
610
130
80
90

November
Disember
Januari
Februari
Mac

Paras Purata
Paras Purata
Sedikit Bawah Purata
Sedikit Bawah Purata
Sedikit Bawah Purata

Tumpat,
Bachok,
Kota Bharu,
Pasir Puteh,
Machang

530 790
450 670
80 110
30 50
70 90

November
Disember
Januari
Februari
Mac

Paras Purata
Paras Purata
Sedikit Bawah Purata
Sedikit Bawah Purata
Sedikit Bawah Purata

560 850
430 650
80 110
40 80
90 160

November
Disember
Januari
Februari
Mac

Paras Purata
Paras Purata
Sedikit Bawah Purata
Sedikit Bawah Purata
Sedikit Bawah Purata

Kelantan

Terengganu

KESAN

MONSUN

TERHADAP

MANUSIA

DAN

CARA

MANUSIA

MENGHADAPINYA
Kesan Negatif
Kejadian kemarau berlaku kesan daripada fenomena semula jadi monsun barat daya.
ketika monsun barat daya ini, permukaan bumi kekurangan air dan imbangan air negatif
berlaku kesan daripada kadar sejatan yang melebihi daripada kerpasan. Keadaan ini
menyumbang kepada kemusnahan ekositem hutan. Kemarau menyebabkan kebakaran hutan
berlaku secara semula jadi mudah berlaku. Perkara ini dapat kita lihat apabila berlakunya
jerebu teruk baru-baru ini sehingga indeks pencemaran udara hamper mencecah bacaan
merbahaya iaitu 400. Hal ini berikutan daripada kebakaran hutan yang berlaku di sumatera,
Indonesia akibat daripada udara kering dan kelembapan udara yang rendah. Seterusnya,
jerebu yang berlaku akan menjejaskan kesihatan dan kehidupan seharian penduduk setempat.
Apabila jerebu, masalah kesihatan seperti sakit mata, sakit tekak dan sesak nafas akan timbul.
Kehidupan dan aktiviti harian penduduk juga terkesan kerana jerebu tersebut menghadkan
penglihatan mereka. Jadi, kesihatan dan kehidupan harian mereka terjejas kerana jerebu yang
melanda akibat daripada fenomena kemarau tersebut.
Kejadian monsun ini memberikan kesan terhadap manusia lebih-lebih lagi dalam
kegiatan pertanian. Pertanian tembakau yang dilakukan di Kelantan, Pahang, Kedah, Negeri
Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu sangat dipengaruhi oleh fenomena monsun.
Kegiatan pertanian tembakau ini lebih elok dilakukan pada monsun barat daya kerana semasa
tempoh monsun barat daya itu, keadaan atmosfera lebih kering dan bebas daripada lebihan
hujan. Pada kebiasaanya, semasa tempoh monsun timur laut, kegiatan pertanian akan terjejas
dan tergendala kerana banyak kawasan pertanian yang ditelenggami air akibat daripada
fenomena lebihan hujan atau lebih dikenali sebagai La-Nina. Secara tidak langsung, hasil
pertanian tembakau ini berkurangan dan terjejas. Sekaligus menyebabkan hasil pendapatan
petani juga terkesan.
Kejadian monsun ini memberi kesan terhadap manusia dalam melakukan kegiatan
pembalakan. Semasa monsun timur laut, hujan yang lebat dan berpanjangan akan berlaku di
Malaysia. Jadi, aktiviti pembalakan ini tidak boleh dilakukan pada waktu hujan. Perkara ini
disebabkan oleh keadaan jalan yang licin boleh mengakibatkan proses pengangkutan kayu
balak intu tergendala akibat terlibat dalam kemalangan atau sebagainya. Bukan itu sahaja,
aktiviti penebangan pokok balak juga agak sukar dilakukan pada watu hujan kerana tanah

runtuh berlaku akibat daripada ketidakstabilan tanah. Oleh hal yang demikian, aktiviti
pembalakan ini sangat sesuai dilakukan pada monsun barat daya, di mana keadaan jalan pada
masa itu baik sekaligus membolehkan proses pengangkutan kayu balak itu berjalan lancar
dan tiada masalah.
Kesan Positif
Fenomena monsun ini bukan sahaja memberikan kesan negatif terhadap manusia,
namun terdapat juga kesan positif fenomena semula jadi ini. Semasa monsun timur laut,
bawaan hujan yang lebat membekalkan air yang sangat mencukupi untuk penanaman padi
swah yang meluas di asia tenggara. Perkara ini memberi kelebihan kepada para petani di asia
tenggara kerana adanya sistem pengairan yang baik yang boleh meningkatkan hasil
pengeluaran padi pada satu-satu masa. Hal ini seterusnya boleh meningkatkan lagi hasiil
pendapatan para petani di Malaysia sendiri. Selain itu, kesan positif monsun yang lain ialah
dari segi aktiviti pelayaran oada masa dahulu. Pada suatu ketika dahulu, aktiviti pelayaran
adalah aktiviti terpenting kerana aktivti ini digunakan dalam aktiviti perdagangan. Pedagang
dari china datang ke Malaya denga berpandukan angina monsun timr laut. Mereka juga
menunggu angina monsun barat daya untuk kembali ke Negara china.

RUJUKAN
Ahrens. C.D. (2008), Essential Of Meteorology An Invitation To The Atmosphere (fifth
edition). Thomps Brooks/Cole, Usa,
Laman

web

rasmi

jabatan

meteorologi

malaysia

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=839&Itemid=1586
Laman

web

rasmi

jabatan

meteorologi

Malaysia

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=75&Itemid=999999
99&limit=1&limitstart=1
Laman

web

rasmi

jabatan

meteorologi

Malaysia

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=841&Itemid=1586
&lang=malay
Siti fadzilatulhusni mohd sani. (2011) Analisis Taburan Hujan Dan Impak Terhadap
Sumber Air Di Pulau Pinang. Malaysian Journal Of Society And Space, 7(1), 53-63.
Smithson. P. Addison, K. and atkison K. Fundamental Of The Physical Environment
(3rd ed.), Routledge. New fetter lane, London, 2002

Anda mungkin juga menyukai