Anda di halaman 1dari 4

CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA

Kedudukan Malaysia di peta dunia yang terletak pada garisan Khatulistiwa Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa.

Malaysia menerima pancaran matahari sepanjang tahun di mana suhu adalah tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun. Purata suhu tahunan di Malaysia ialah 27 C. Negara kita menerima tiupan angin Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut . Angin Monsun Barat Daya bertiup dari bulan Mei hingga bulan September. Angin Monsun Timur Laut pula bertiup dari bulan November hingga bulan Mac. Malaysia menerima hujan sepanjang tahun iaitu sebanyak 2600mm setahun

Peta menunjukkan purata hujan tahunan di Malaysia dan Asia Tenggara

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA Kedudukan Malaysia terletak di garisan lintang 1U hingga 7U. Oleh itu Malaysia beriklim Khatulistiwa. Ini menyebabkan Malaysia beriklim Khatulistiwa. Angin dan Hujan Tiupan angin menyebabkan taburan hujan di negara kita tidak sekata.

Ketinggian dari aras laut

Suhu di sesuatu kawasan dipengaruhi oleh ketinggian bentuk muka bumi. Semakin tinggi sesuatu kawasan, maka suhunya semakin rendah kerana kurang mendapat haba pembalikan dari bumi. Sebagai contohnya suhu di Cameron Higlands berbeza dengan suhu di bandaraya Kuala Lumpur.

Suhu di Cameron Highlands yang lebih sejuk

Suhu di Kuala Lumpur yang lebih panas

Kepulauan Pulau-pulau adalah daratan yang dikelilingi oleh laut. Justeru itu, suhu di pulau lebih rendah kerana disederhanakan oleh air. Kawasan daratan yang jauh daripada laut juga mempunyai suhu yang lebih tinggi.

Keadaan suhu di kawasan pulau lebih sejuk kerana disederhanakan oleh air laut

Anda mungkin juga menyukai