Anda di halaman 1dari 22

Sejauhmanakah unsur-unsur Islam mempengaruhi Hukum Kanun Melaka pada zaman Kesultanan Melayu

Melaka.

Pendahuluan :

Pembukaan Melaka :
o Dibuka oleh Parameswara pada tahun 1402
o Berkembang menjadi Bandar Pelabuhan Antarabangsa pada abad ke15.
o Pada tahun 1414 Parameswara memeluk Islam dan agama Islam mula tersebar .

Latarbelakang Hukum Kanun Melaka (HKM) :


o Disusun dengan lengkap oleh Sidi Ahmad.
o Terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka ( Undang-undang Negeri) dan Undang-undang Laut
Melaka.
o Terdapat pengaruh Islam dan Hindu.
o Isi kandungannya meliputi undang-undang Jenayah, Muamalah, Kekeluargaan, keteranagan dan Acara.

Isi :

Undang-undang Islam dalam Hukum Kanun Melaka


1. Undang-undang Jenayah- terbahagi kpd 3 bahagian.
2. Hukum Qisas Dinyatakan sesispa yg mengambil nyawa (membunuh) orang akan
dibalas bunuh.Orang Islam yg membunuh orng kafir tak dikenekan qisas. Dalam soal mencederakan
anggota juga akan dibalas perbuatan yg sama dan setimpal. Hala ini selari dengan surah al-Maidah ayat
45. Hukum Diat Fasal 17 HKM menyatakan pembunuh dengan sengaja jika diberi maaf oleh waris akan
dikenakan Diat(denda) Hal ini selari dengan mazhab Shafiee.Hukum Hudud berhubung dengan
kesalahan zina,Qazaf,Mencuri, Minum arak dan Murtad. Sbgai cth kesalahan zina akan direjam sampi
mati bagi yg tlh berkahwin dan disebat 100 x bagi yg belum berkahwin. Hal ini selari dengan surah anNur
ayat 2 dan juga Hadith. Bagi kesalahan Qazaf akan disebat 80x sebatan.Bagi kesalahan minum arak akan
disebat 40x sebatan. Hukum Tazir bagi kesalahan yg tidak dikenakan hudud dan qisas sprit mencuri tak
cukup nisab akan dikenakan tazir. Cth akan diminta pulang smula barang yg dicuri atau digantung dileher
dan di arak keliling kampong sebagai pengjaran.

Undang-undang Muamalah,
o Ini berhubung dengan jual beli, riba, sewa, pinjam meminjam ada dinyatakan dalam fasal 30HKM. Cth
disebut dengan nyata haramnya riba, tidak blh berniaga dengan orng gila.

Undang-undang Keluarga
o Ini berhubung dengan perkahwinan,perceraian,wali talah dan sebagainya.Dlm hal ini semuanya selari
dengan hukum Islam.

Undang-undang Keterangan dan Acara


o Hal ini adalah berkaitan dengan syarat-syarat menjadi Sultan seperit mesti Islam, adil,
pengampun,pemurah dan sebagainy. Disini dinyatakan juga hakim/ kadi dilarang menerima hadiah.

Penglibatan Ulamak dlm soal pentadbiran negeri disebut dengan nyata. Ulamak dan Kadi terlibat aktif dalam soal

pertabalan, perkahwianan pemakaman seseorang raja/sultan. Meskipun pengaruh Islam amat ketara dalam

hokum Kanun Melaka, masih terdapat banyak pengaruh Hindu dan adat Melayu yang bertentangan dengan Islam

seperti perkara di bawah.

Undang-undang yg Tidak Selari Dengan Islam :


1. Sultan berada di atas undang-undang ( Konsep Devaraja)
2. Hukuman qisas tidak dikenakan kepada sultan/ kerabat raja contohnya Raja Muhammad telah
membunuh Tun Besar, hukuman dibuang negeri.
3. Hukuman hudud tidak dikenakan kepada sultan contoh Sultan Mahmud telah berzina dengan isteri orang.

Mengamalkan Diskriminasi Dalam Undang-undang :


o Tidak amalkan persamaan taraf, ini kerana ada larangan memakai warna kuning, bina rumah seperti
Konsep Daulat dan Tulah :
o Amalkan konsep pantang derhaka kepada raja/sultan walaupun memerintah dengan zalim.

Pengaruh adat Temenggung :


o Mengikut Yusuf Hashim hanya 41% sahaja Hukum Kanun Melaka yang mempunyai Islam dan selebihnya
pengaruh daripada Adat Temenggung.

Kesimpulan :

Walaupun HKM diamalkan dengan meluas di Melaka dan menjadikan Islam sebagai rujukan namun masih ada

ruang yang bertentyangan dengan syarak.


SEJAUH MANAKAH PENGARUH ISLAM
DALAM UNDANG-UNDANG
MELAYU LAMA
1.1 Pendahuluan

Merujuk kepada konteks soalan ini, sejauh manakah pengaruh Islam dalam undang-undang Melayu
lama kita akan merujuk kepada beberapa undang-undang Melayu lama di beberapa negeri
antaranya ialah Melaka, Kedah, Pahang, Terengganu dan Acheh yang menerima pengaruh Islam
dalam sistem perundangan mereka. Undang-undang atau sistem perundangan adalah suatu cara
(means) untuk menyelesaikan berbagai-bagai bentuk konflik dan kekecohan dalam masyarakat
(antara sesama individu, dalam kalangan sesama kelompok atau antara individu dan kelompok
dengan sistem keadilan yang telah ditentukan oleh masyarakat tersebut). Manakala bagi ahli
sejarah-sosiologi pula, undang-undang sering dilihat sebagai satu daripada hakikat (fenomena)
masyarakat. Undang-undang merupakan sebahagian daripada keseluruhan sistem masyarakat yang
bergerak, mengawal tindak tanduk manusia yang sering membentuk unsur-unsur dinamik selaras
dengan dinamiknya kebudayaan dalam masyarakat tadi. Undang-undang tersebut mempunyai
sejarah permulaanya, kemudian ia berkembang sesuai dengan perkembangan dan perubahan
masyarakatnya. Kemudian undang-undang itu diwarisi dari semasa ke semasa dan zaman ke zaman
untuk melindungi masyarakat, negeri dan menjaga keamanan.

1.2 Pemerintahan dan Pentadbiran

Bermulanya pengaruh Islam dalam undang-undang Melayu lama ialah daripada institusi
pemerintahan beraja yang memang terdapat di Asia Tenggara. Sebelum ini di Asia Tenggara institusi
pemerintahan dan pentadbiran serta perihal undang-undang adalah berlandaskan peraturan
daripada prinsip dan budaya Hindu. Dengan kedatangan Islam beberapa pengubahsuaian telah
dilakukan pada sistem ini. Pengubahsuaian yang besar ialah sistem pemerintahan berasaskan Islam
secara tidak langsung turut mengubahkan sistem undang-undang berlandaskan hukum Islam.
Institusi kesultanan telah diperkenalkan dan ini diwarisi daripada amalan pemerintah kerajaan
Abbasiyah di Baghdad dan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Sistem pentadbiran Islam ini meletakkan sultan sebagai ketua negara. Mufti dilantik sebagai
penasihat sultan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadbiran negara. Selain mufti, wujud pegawai
dan petugas seperti kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitulmal, dan penjaga harta
wakaf. Penggunaan gelaran sultan telah mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan Islam dan undang-
undang Islam di Alam Melayu dan menjamin kewibawaan raja. Penyelarasan gelaran ini meletakkan
mereka setaraf dengan pemerintahan kerajaan Islam lain di seluruh dunia dan memupuk semangat
persaudaraan di kalangan umat Islam.

Dalam Hukum Kanun Melaka, raja-raja Melaka yang lain diberi gelaran Khalifatul Mukminin yang
bererti pemimpin orang mukmin. Perkataan Khalifatul Mukmin juga tercatat pada mata wang syiling
dalam kerajaan Melayu Melaka, Johor, Pahang, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Selain itu,
gelaran Zillulah fil Alam yang bermaksud bayangan Allah di dalam alam ini juga digunakan oleh
raja-raja Melaka.

Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam di Asia Tenggara, seperti kerajaan Melayu Melaka,
kerajaan Acheh dan kerajaan Brunei. Dalam sesebuah kerajaan Islam, sultan merupakan khalifah
Allah atau wakil Allah di bumi dan mereka haruslah menunaikan amanah yang dikurniakan oleh
Allah, iaitu memerintah dengan adil. Beberapa orang sultan yang alim berpegang teguh kepada
ajaran Islam seperti Sultan Malik al-Zahir dari Samudera-Pasai, Sultan Ali Mughayat Syah, dan
Sultan Iskandar Thani dari Acheh. Sultan-sultan ini telah menerapkan unsur-unsur Islam dalam
pemerintahan mereka bagi menggantikan sistem pemerintahan beraja Hindu yang berasaskan
konsep dewa-raja.
Bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri, pemimpin kerajaan Islam Asia Tenggara telah
memperkenalkan undang-undang syariah.[1] Walaupun undang-undang ini tidak dapat
dijalankan sepenuhnya kerana masih terikat dengan undang-undang adat, namun, beberapa
perubahan dapat dilihat. Misalnya, dalam mengendalikan kes jenayah seperti kecurian dan
pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka. Kerajaan Melayu
Melaka, misalnya, mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-
undang syariah dan undang-undang adat. Undang-undang syariah ini termaktub dalam Hukum
Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah, undang-undang Islam ini dipraktikkan
dengan tegas di Melaka. Di Acheh, terdapat kanun yang mempunyai ciri-ciri sebuah perlembagaan
Islam yang dikenali sebagai Kanun Mahkota Alam.[2] Selain itu, kedudukan wanita pada zaman
pemerintahan Sultanah Safiatudin telah diangkat martabatnya sejajar dengan ajaran Islam.
Misalnya, seramai 22 orang wanita menganggotai Majlis Rakyat Acheh yang mempunyai 73 orang
ahli. Selain itu, sembilan orang wanita menjadi ahli jawatankuasa kerja Mahkamah Rakyat dan
terdapat undang-undang yang melindungi hak wanita sebagai anak, isteri, dan ibu tunggal.

1.3 Pengaruh Islam dalam Perundangan di Melaka, Kedah, Pahang, Terengganu dan Acheh.

Sebelum kedatangan Islam orang Melayu berpegang pada perundangan yang dibentuk dalam tradisi
Hindu-Buddha yang disesuaikan dengan adat resam tempatan. Aspek perundangan dalam tradisi
Hindu berpegang pada Hukum Kanun Manu yang secara jelas membezakan jenis hukuman
berdasarkan kelas seseorang itu. Kedatangan Islam telah mengubah keadaan ini. Hukum-hukum
Islam mula dijadikan asas undang-undang yang dikuatkuasakan. Seorang sarjana tempatan, iaitu
Profesor Ahmad Ibrahim, pernah mengatakan bahawa di negeri-negeri Melayu sebelum wujud
pengaruh kerajaan British, undang-undang asas atau undang-undang negeri ialah undang-undang
Islam dan adat Melayu. Kehadiran Islam telah memperkembangkan undang-undang bertulis seperti
yang dipaparkan melalui Undang-Undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang
Pahang,[3] Undang-Undang Kedah,[4] Undang-Undang Perak,[5] Undang-Undang
Johor.[6] Kesemua kitab perundangan ini menjadi pencorak kepada perjalanan pemerintahan dan
pentadbiran kerajaan. Hukum Kanun Melaka, misalnya, menjelaskan tanggungjawab raja dan
pembesar, pantang larang di kalangan anggota masyarakat, hukuman terhadap kesalahan jenayah,
undang-undang keluarga, permasalahan ibadah, serta jenis-jenis hukuman terhadap kesalahan
tertentu. Oleh sebab kerajaan-kerajaan Melayu juga sangat aktif terbabit dalam aktiviti maritim dan
perdagangan, maka, terdapat peraturan khas tentang hal berkaitan seperti yang dipaparkan dalam
Undang-Undang Laut Melaka dan Undang-Undang Pelabuhan di negeri Kedah. Malahan kesan
daripada kekuatan agama Islam itu sendiri dapat dipaparkan melalui fasal-fasal yang terdapat dalam
undang-undang tersebut. Undang-Undang Laut Melaka, misalnya, menerangkan bahawa seseorang
nakhoda (kapten) dalam sesebuah kapal diertikan sebagai imam dan anak buah kapal sebagai
makmum. Undang-undang bertulis ini menjadikan perjalanan masyarakat menjadi tersusun kerana
segala perlakuan, tanggungjawab, serta hukuman tentang kesalahan yang dilakukan telah
ditentukan. Meskipun demikian, secara praktisnya, undang-undang ini mengecualikan diri raja atau
sultan daripada sebarang tindakan. Hal ini melambangkan kedudukan raja atau sultan sebagai kuasa
tertinggi dalam kerajaan.

1.3.1. Melaka

Undang-undang bertulis merupakan peraturan atau hukum dalam sesebuah masyarakat


seperti Hukum Kanun Melaka,[7] Undang-Undang Laut Melaka, dan sebagainya. Ajaran Islam
diserapkan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Melaka. Walaupun tidak mengikut 100%
undang-undang Islam tetapi terdapat pengaruh Islam di dalamnya. Hukum Kanun Melaka hanya
40.95% hukum Islam manakala Undang-undang Laut Melaka hanya satu dari 25 fasal mengikut
hukum Islam sebenar. Undang-undang Melaka ini berasaskan 2 peraturan iaitu peraturan adat dan
peraturan agama. Peraturan adat berlandaskan Adat Temenggung manakala agama berlandaskan
mazhab Syafie.

Undang-undang yang terdapat di Melaka seperti Hukum Kanun Melaka dikenali juga dengan Undang-
undang Darat Melaka atau Risalah Hukum Kanun. Hukum Kanun Melaka ini mempunyai 44 fasal dan
berkuatkuasa di seluruh Melaka serta kawasan takluk jajahannya. Antara kandungannya yang
terpenting ialah merangkumi tanggungjawab raja dan pembesar, pantang larang di kalangan
anggota masyarakat, perlaksanaan hukuman kesalahan jenayah dan awam, undang-undang
keluarga, permasalahan ibadat dan muamalat serta hukum perhumaan. Undang-undang Islam yang
terdapat di dalamnya secara jelas ialah undang-undang keluarga. Dalam hal ini terdapat
pencampuran antara hukum adat dan hukum syara. Contohnya, kesalahan jenayah membunuh
sering ada pilihan antara hukum adat dengan hukum syara. Dalam fasal 14.2 sesiapa yang bersabit
dengan pembunuhan, hakim mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada hukum adat atau
syara yang harus digunakan ke atas pesalah. Dalam hukum kanun Melaka ini juga terdapat
perbezaan antara kelas bangsawan (raja), orang merdeka dan hamba ini bertentangan dengan
hukum Islam. Walaupun terdapat kepincangan, terdapat juga perundangan yang mengikut hukum
syara antaranya ialah perwalian seseorang perempuan (Fasal 25.1), syarat sah ijab kabul dalam
perkahwinan (Fasal 25.2), hukum dan syarat saksi dalam pernikahan (Fasal 26), hukum-hukum
tentang penceraian dan perpisahan antara suami dan isteri (Fasal 27-28), hukum riba (Fasal 30)
dan hukum jual beli (Fasal 31.1 31.3). Selain itu, terdapat juga beberapa fasal yang lain yang
jelas menampakkan hukum syariah di dalamnya.

Manakala bagi Undang-undang Laut Melaka, hanya 1 fasal sahaja yang mengandungi hukum syara
iaitu tentang zina dan yang lain adalah hukum adat. Walaupun hukuman kesalahan zina dalam
Undang-undang Laut Melaka lebih kurang sama dengan Hukum Kanun Melaka tetapi ia tiada
alternatif dengan hukuman adat. Di samping itu, hukuman sebatnya juga berbeza. Dalam Hukum
Kanun Melaka hukuman sebatnya ialah 80 kali manakala Undang-undang Laut Melaka ialah 100 kali.
Walaupun hukum Islam sepenuhnya tidak dijalankan di Melaka tetapi hukum tersebut memang
disedari oleh rakyat Melaka ketika itu. Para kadi dan undang-undang Islam telah memainkan
peranan penting dalam pentadbiran negeri Melaka.

1.3.2 Kedah

Seterusnya, Undang-undang Kedah terdiri daripada beberapa bahagian. Bahagian pertama


memperkatakan tentang undang-undang pelabuhan yang berkaitan dengan perdagangan sama ada
dalam atau luar negeri. Bahagian kedua dikenali sebagai Tembera Dato Seri Paduka Tuan atau
Undang-undang Seri Paduka Tuan. Ia mengandungi 16 fasal yang menumpukan perhatian kepada
hukum-hukum bagi kesalahan mencuri, berjudi, berlaga ayam, menghisap candu, minum arak dan
lain-lain. Bahagian ketiga pula menerangkan tentang undang-undang dan peraturan dalam istana
termasuk adat-istiadat, larangan-larangan yang mesti dipatuhi oleh rakyat, hak-hak istimewa
golongan raja serta bidang kuasa seseorang pegawai yang dilantik. Bahagian keempat agak
bercampur-aduk kerana berbagai-bagai perkara dimasukkan ke dalam bahagian ini. Ia termasuklah
tentang bunga mas, alat kebesaran masa pertabalan, adat meminang diraja, perihal tugas dan
tanggungjawab pembesar negeri dan lain-lain.

Bahagian yang lain terdiri dari satu perenggan undang-undang yang diberi nama Undang-undang
1199 Hijrah. Sebenarnya, undang-undang ini berkaitan dengan harta benda. Terdapat peruntukan-
peruntukan berkaitan hamba sahaya, orang merdeheka, tanah bendang, tanah kampung, tanah
dusun, gajah dan kerbau. Undang-undang ini hanya dilaksanakan setelah 30 tahun diperkenalkan.
Secara keseluruhannya wujud persamaan antara Undang-undang Kedah ini dengan Hukum Kanun
Melaka iaitu pengaruh Islam dalam Undang-undang Kedah. Antaranya ialah penentuan tarikh,
undang-undang yang disuruh buat oleh raja adalah untuk negeri Islam, terdapat peruntukan
memberi kuasa kepada syahbandar dan mata-mata menangkap pesalah dan dihukum dengan takzir
raja, orang yang makan di khalayak pada bulan puasa ditangkap dan diberi makan rumput di
hadapan balai atau dipukul atas kadarnya, hukum berkaitan jual beli, timbang-menimbang dan
sukat-menyukat hendaklah sama berdasarkan nas aufu mikyala wal mizana, menjelaskan peranan
masjid, segala hukum bersesuaian dengan Islam dan diberitahu kepada rakyat setahun sekali,
sebutan tentang tanah mati yang menjadi hal Allah taala dan seterusnya menjadi hak raja, disebut
empat syarat raja-raja iaitu; manis mukanya sentiasa bertitah pada segala hamba yang di
bawahnya, titah tiada boleh berubah-ubah, kerja kebajikan disuruh segera kerjakan tiadalah
kejahatan, kerja kejahatan disuruh beri jadikan kebajikan. Selain itu, terdapat juga hukum-hukum
bagi kesalahan membunuh, qazaf, mencuri, pinjam-meminjam matrimoni, khiar, talak, berniaga
yang haram, ikrar, murtad, syarat menjadi saksi dan hukum bersumpah yang selaras dengan hukum
Islam.
1.3.3. Pahang, Terengganu dan Acheh

Undang-undang Pahang pula merupakan perlembagaan negeri itu sejak tahun 1592, Pahang
diisytiharkan sebagai Dar al-Islam dengan Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah (1592-1614)
sebagai Khalifah. Undang-undang Pahang menggunakan hampir sepenuhnya peraturan berdasarkan
hukum Islam. Daripada 68 fasal semuanya, 42 fasal merupakan terjemahan daripada undang-
undang fiqh mazhab Shafie. Menurur pendapat W.Linehan, selepas tahun 1450-an Masihi, agama
Islam dijadikan agama rasmi di negeri itu. Berpandukan kepada fakta sejarah bahawa penerimaan
agama Islam di Pahang, dikatakan berlaku abad ke-15 Masihi atau lebih tepat selepas negeri itu
ditakluki oleh Melaka.

Islam juga memainkan peranan yang besar dalam sistem pemerintahan Melayu di Terengganu. Dari
beberapa fakta sejarah yang ditemui, dapatlah ditegaskan bahawa Terengganu juga merupakan
antara negeri-negeri di Tanah Melayu yang telah pun menerima Islam selewat-lewatnya pada abad
ke-13 Masihi. Di atas Batu Bersurat Terengganu, terdapat bukti bahawa hukum Islam mengenai
kesalahan berzina dilaksanakan di negeri itu sejak tahun 1303 Masihi lagi. Oleh itu, ternyatalah
bahawa undang-undang Islam telah terlaksana di negeri tersebut, malah terbukti betapa pentingnya
peranan Terengganu sebagai kawasan pengaruh Islam ketika itu. Hal tersebut dapat dibuktikan
melalui catatan Batu Bersurat mengenai hukum jenayah dan muamalah Islam, seperti
menerangkan kesalahan orang-orang yang mencuri, berzina dan perkara-perkara yang berhubung
dengan hutang piutang.

Dalam sistem pemerintahan Acheh pula, terdapat keterangan mengenai kedudukan Islam dalam
pentadbiran negeri itu. Snouck Hurgrounge dalam tulisannya The Achinese mendakwa bahawa
undang-undang Islam amat kuat dilaksanakan di Acheh berbanding dengan negeri-negeri lain di
Alam Melayu. Jawatan pentadbir undang-undang tertinggi di bawah Kesultanan Acheh ialah Qadhi
Malik al-Adil, manakala di setiap kampung terdapat ketuanya sendiri yang merupakan pemimpin
masyarakatnya, sekaligus merupakan seorang imam yang bertanggungjawab bagi pentadbiran
dalam urusan-urusan agama.

1.4 Kesimpulan

Kesimpulan dari paparan di atas, jelaslah bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memberi
kesan yang besar dan meluas dalam kehidupan masyarakatnya. Sehingga dengan itu telah berjaya
merealisasikan ajaran dan tuntutan Islam di kalangan mereka secara berkesan, sekali gus dapat
mengangkat martabat mereka ke tahap yang lebih baik dan bermaruah. Keadaan tersebut berlaku
dalam pelbagai aspek kehidupan mereka baik di kalangan individu,

keluarga, masyarakat atau negara. Kedatangan Islam telah membawa perubahan menyeluruh

kepada sistem kehidupan masyarakat Alam Melayu seperti akidah atau agama, sosial, politik,
pemikiran, perundangan, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Melihat keadaan ini, maka, sangatlah
bertepatan ungkapan yang telah diperkatakan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya
Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Beliau mengatakan bahawa kedatangan Islam ke
rantau Alam Melayu ini haruslah ditanggapi sebagai zaman baru dalam pensenjarahan rantau ini.
Namun, masih terdapat sebahagian bentuk budaya atau adat dari pengaruh Hindu sebelumnya
diamalkan seperti adat bersanding dalam majlis perkahwinan dan lain-lain.

RUJUKAN

i) Buku
Liaw Yock Fang, Hassan Ahmad, 2003. Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut, Kuala
Lumpur, Yayasan Karyawan.

Noresah Baharom, Rusli Abdul Ghani. 1996. Kamus Dewan, Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.

Tanpa Pengarang. 2007. Pelan Integriti Nasional. Institut Integriti Malaysia: Persiaran Duta.

T anpa Pengarang. 2008. Malaysia Kita. International Law Book Services: Petaling Jaya.

Tun Seri Lanang, Muhammad Haji Salleh(Pengkaji), 1997. Sulalat al-Salatin Yani Perteturun Segala
Raja-Raja (Sejarah Melayu), Kuala Lumpur, Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

ii) Internet

Bincangkan Pengaruh Agama Islam Dalam Masyarakat Melayu Tradisional dlm.

http://www.scribd.com/doc/13417116/Bincangkan-Pengaruh-Agama-Islam-Dalam-Masyarakat-
Melayu-Tradisional

Pengaruh Nilai Budaya Zaman Kesultanan Melayu Melaka Terhadap Perkembangan Politik
Kontemporaridlm.
http://lensahati.wordpress.com/2008/11/16/pengaruh-nilai-budaya-zaman-kesultanan-melayu-
melaka-terhadap-perkembangan-politik-kontemporari/

[1] Undang-undang syariah ialah Undang-undang berdasarkan al-Quran dan sunah Nabi
Muhammad s.a.w.

[2] Kanun Mahkota Melaka merupakan keterangan tentang tanggungjawab raja sebagai
pemerintah. Selain itu, turut mencatatkan adat istiadat dan peraturan tradisi Acheh, misalnya,
Balairung Seri dipimpin oleh Sultan manakala Balai Majlis Mahkamah Rakyat diketuai oleh Kadi malik
al-Adi.

[3] Undang-undang Pahang telah digubal sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Ghaffur Muhyuddin
yang memerintah antara tahun 1592-1614.

[4] Undang-undang Kedah pula mempunyai empat bahagian, iaitu undang-undang pelabuhan,
undang-undang tentera yang bertarikh 1667, Hukum Kanun DatoStar, dan Undang-undang 1784.

[5] Undang-undang Perak turut dikenali sebagai Undang-undang 99 yang dibawa oleh seorang
Arab bernama Sayyid Hussain al-Furadz pada abad ke-17.

[6] Undang_undang Johor bertarikh 1789 dan didasarkan pada Undang-undang Laut dan Hukum
Kanun Melaka.

[7] Terdapat 44 fasal dalam Hukum Kanun Melaka dan hukum ini mempunyai 46 naskah salinan
yang disebut dengan pelabagai nama. Undang-undang Laut pula mengandungi 24 fasal.
PEMIKIRAN ISLAM DAN PELAKSANAAN
UNDANG-UNDANG DALAM HUKUM KANUN
MELAKA DAN UNDANG-UNDANG LAUT
MELAKA.
PEMIKIRAN ISLAM DAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG DALAM HUKUM KANUN MELAKA DAN
UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA.

Oleh: MUHAMAD IZWAN BIN TARMIN @ RASIMIN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

muhamadizwan7170@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini merupakan kajian ke atas Karya Agung Hukum Kanun Melaka Dan Undang-undang Laut
Melaka bagi mengupas undang-undang yang dilaksanakan di Melaka pada masa itu sama ada
seiring dengan syariat Islam atau masih banyak lagi terpengaruh dengan undang-undang adat yang
disampaikan secara turun-temurun oleh orang-orang terdahulu. Kajian ini dilakukan melalui
pembacaan terhadap karya agung iaitu Hukum Kanun Dan Undang-undang Laut Melaka. Melalui
pembacaan yang dilakukan, pengkaji akan mengeluarkan undang-undang yang digunakan pada
zaman kegemilangan Melaka itu di mana keutamaannya diberikan terhadap undang-undang yang
menggunakan hukum Islam sebagai sebahagian daripada undang-undangnya. Kajian ini juga akan
melihat kepada pelaksanaan undang-undang Islam sama ada diambil terus daripada al-Quran atau
menggunakan juga pendapat daripada ulama yang mempunyai ilmu yang tinggi berkaitan hal
keagamaan serta mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam hukum-hakam berkaitan agama
Islam. Unsur-unsur Islam yang wujud dalam Hukum Kanun Melaka menunjukkan pengaruh Islam
sangat kuat di Melaka pada ketika itu dan masyarakatnya menjalani kehidupan seharian mereka
dengan berlandaskan syariat Islam

1.0 PENGENALAN

Undang-undang di Melaka dapat dirujuk melalui teks undang-undangnya selain dapat juga
dilihat sebagai teks sejarah. Setakat yang diketahui, teks undang-undang di Melaka terbahagi
kepada dua. Pertama adalah tentang undang-undang negeri atau undang-udang kerajaan yang
dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka. Bidang kuasa undang-undang
ini merangkumi negeri Melaka pusat sendiri termasuk anak sungai dan dusun yang menjadi takluk
negeri itu. Kandungannya antara lain meliputi tanggungjawab raja serta pembesar, pantang larang
di kalangan anggota masyarakat, perhukuman sebab kesalahan jenayah dan awam, undang-undang
keluarga, permasalahan ibadah dan muamalat yang amat jelas, dan hukum penghumaan.

Kedua ialah Undang-undang Laut Melaka. Peruntukannya adalah bersabit dengan hal-hal di
laut seperti tanggungjawab pegawai-pegawai kapal, tatacara pelayaran dan perniagaan, hukuman
terhadap kesalahan jenayah atau syariah Islam, dan juga bidang kuasa nakhoda kapal. Oleh sebab
terlalu banyak hal-hal yang tidak selaras dengan perkara-perkara yang diperuntukkan dalam kedua-
dua undang-undang tersebut, maka isu hukuman yang dijatuhkan itu selalu bercampur-aduk.
Hukuman pada kesalahan syariah berzina umpamanya, dicampuradukkan dengan tatacara berjual
beli menurut muamalat Islam. Oleh yang demikian, jika tidak diteliti setiap fasal dalam kedua-dua
undang-undang tersebut dengan terperinci, memanglah sukar untuk dibuat pembahagian yang
umum antara hukum adat dengan undang-undang Islam. Dasar hukum adat yang nampaknya
digunakan adalah adat Temennggung dan hukum Islam pula jelas menampakkan unsur undang-
undang Syafie

Asal-usul undang-undang yang wujud dalam kedua-dua teks tersebut masih belum dapat
dipastikan. Pembentukannya mungkin berlaku di sepanjang zaman pemerintahan Iskandar Syah,
Sultan Muhammad Syah dan Sultan Muzaffar Syah. Walau bagaimanapun, adalah jelas bahawa
hukum-hakam Islam telah dijadikan sebahagian besar daripada Undang-undang Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka selepas pemerintahan Megat Iskandar apabila proses rasionalisasi
berlaku dengan undang-undang temurun yang terhimpun pada segala menteri, yang ditulis
semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Dari semasa ke semasa, Undang-undang Melaka telah
ditokok tambah. Daripada Sembilan belas fasal yang asal, undang-undang ini menjadi dua puluh
fasal dan berkembang lagi sehingga menjadi empat puluh empat fasal seperti yang terdapat pada
hari ini. Undang-undang Laut Melaka pula terdiri daripada dua puluh lima fasal. Secara am, fasal-
fasal yang bersabit dengan hukum dan undang-undang Islam dapat dilihat daripada kenyataan teks-
teks itu sendiri yang di antara lain menyebut mengikut hukum Allah atau mengikut dalil
Allah dan pada hukum Tuhan. Walau bagaimanapun pada banyak tempat perkara yang disebut
sebagai hukum atau dalil Tuhan itu sebenarnya bukanlah undang-undang Allah atau undang-
undang Islam.

Undang-undang keluarga dalam Hukum Kanun Melaka kerap dikatakan sebenarnya adalah
terjemahan terus daripada undang-undang Islam. Tetapi untuk hukuman kesalahan jenayah yang
berat seperti membunuh, memotong tangan atau kaki, pelaksaannya sering disesuaikan atau
dialternatifkan antara hukum Islam dengan hukum adat. Hal ini terkecuali pada bahagian tentang
ibadah, muamalat dan undang-undang keluarga yang terangkum dalam aspek munakahat Islam
sebagaimana yang terhadap pada bahagian pertengahan dan penghujung Hukum Kanun Melaka.
Hukum terhadap kesalahan jenayah yang mengikut undang-undang Islam sering dialtenatifkan
dengan hukum adat. Umpamanya pada Fasal 14.2 yang bersabit dengan tuduhan dan pembunuhan
kepada seseorang pesalah. Hukum Kanun Melaka menentukan bahawa;
adapun jikalau menuduh orang mengambil isteri orang, maka menang yang dituduh itu,
dibunuh orang yang menuduh itu, sebab hukum mengambil isteri orang itu mati hukumnya. Jikalau
tiada dibunuh, didenda sepuluh tahil sepaha. Di dalam pada itu melainkan syafaat segala hakim
juga; sebab mati hukumnya mati. Adapun kepada hukum Allah tiada demikian, hanya disuruhkan
hakim bersumpah atau bertaubat daripada perbuatan itu. Demikinlah hukum Allah.

Hakim mempunyai kuasa penentuan sama ada memlilih hukum adat atau menjatuhkan hukuman
kepada sesiapa yang bersalah itu menurut hukum Islam. Walau bagaimanapun, kesalahan yang
disabitkan oleh hakim hanyalah lebih kepada orang kebanyakan sahaja.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh Islam yang terkandung di dalam Hukum Kanun dan
Undang-undang Laut Melaka. Justeru, kajian ini menjurus secara spesifik perkara-perkara seperti
berikut:

2.1.Mengenal pasti bahagian-bahagian atau fasal-fasal dalam Hukum Kanun dan Undang-undang Laut
Melaka yang banyak dipengaruhi oleh hukum-hakam Islam.

2.2 Mengetahui jenis-jenis hukuman yang diperuntukan di bawah undang-undang Islam ke atas setiap
kesalahan yang telah dilakukan.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan kajian bagi menentukan objektif
yang akan dicapai, iaitu:

3.1 Pada bahagian atau fasal manakah dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
yang banyak dipengaruhi oleh undang-undang Islam?

3.2 Apakah jenis-jenis hukuman yang diperuntukan dalam undang-undang Islam yang termaktub dalam
Undang-undang Melaka ke atas pelaku jenayah?
4.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Undang-undang merupakan satu bentuk peraturan yang telah ditetapkan dalam sesebuah
masyarakat dan tamadun untuk dipatuhi. Tujuan undang-undang ini dibuat bagi memudahkan
pemerintah mengawal segala tingkah laku orang-orang di bawah pemerintahannya. Dengan adanya
undang-undang ini, pentadbiran sesebuah negara akan berjalan lancar dan pemerintah juga
berupaya mengekalkan keamanan di kawasan jajahannya. Hukuman juga telah termaktub di dalam
undang-undang terhadap pelaku-pelaku jenayah dan hakim secara selaras boleh menjatuhkan
hukuman ke atas kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan.

Dalam dunia hari ini, boleh dilihat bahawa undang-undang terbahagi kepada dua jenis iaitu
undang-undang yang dibuat oleh manusia dan undang-undang Islam iaitu undang-undang yang
ditetapkan oleh Allah S.W.T. sendiri melalui wahyuNya kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Sebenarnya bukan pada masa sekarang sahaja berlakunya pembahagian antara undang-undang
manusia dengan undang-undang Islam ini. Jika dikaji dengan lebih mendalam lagi, dalam Hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang ditulis bermula tahun 1446M lagi, sudah
terdapat pembahagian kedua-dua undang-undang ini. Kita sebagai orang Melayu dan sebagai orang
Islam seharusnya lebih menitikberatkan soal berkaitan dengan Islam. Hal ini disebabkan tidak akan
ada orang selain Islam yang akan mengangkat dan memartabatkan sistem perundangan Islam.

Oleh itu, kajian ini dibuat dengan alasan agar dapatan kajian ini akan mendatangkan kebaikan
kepada semua pihak sama ada masyarakat di negara ini mahupun pihak atasan kerajaan yang
mungkin berkesempatan terserempak dengan kajian ini supaya sedar betapa pentingnya
memartabatkan semula perundangan Islam di Malaysia. Kita harus sedar bahawa undang-undang
Islam yang diangkat pada masa dahulu sebenarnya masih relevan digunakan pada masa ini dan pada
masa-masa akan datang kerana undang-undang ini datangnya daripada Allah S.W.T. sendiri.
Seterusnya, pengkaji mengharapkan pendedahan yang dibuat ini dapat memberi gambaran bahawa
Islam merupakan agama yang hebat kerana Islamlah yang menjadi wadah berpaksinya keagungan
Empayar Melaka pada suatu masa dahulu.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah melibatkan kaedah kepustakaan dan
juga kaedah analisis kandungan. Melalui kaedah kepustakaan, bahan-bahan ilmiah yang berkaitan
dengan kajian ini dijadikan rujukan oleh pengkaji. Bahan yang paling utama ialah Karya Agung
Undang-undang Melaka di samping buku-buku, kertas kerja dan dapat melalui capaian internet
berkaitan tajuk yang dikaji.

Seterusnya melalui kaedah analisis kandungan pula, pengkaji merujuk kepada undang-
undang yang ada kaitan dengan hukum-hukum Syariat Islam dan juga perkara-perkara lain yang ada
dalam kehidupan masyarakat Islam seperti hal muamalat dan perkahwinan selain undang-undang
kesalahan jenayah dalam Islam. Semua undang-undang yang terdapat dalam Undang-undang
Melaka yang ada berkaitan dengan perundangan Islam akan dikupas oleh pengkaji untuk
kefahaman yang lebih jelas.
6.0 DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan pembacaan dan kajian yang dibuat, pengkaji mengelompokkan undang-undang Islam
kepada beberapa bahagian. Pengelompokan undang-undang adalah seperti berikut:

6.1 Undang-undang jenayah Islam terbahagi kepada 3 bahagian

1. Hukum Hudud

Berhubung dengan kesalahan zina, Qazaf, mencuri, minum arak dan murtad. Sebagai contoh
hukuman zina akan direjam sampai mati bagi orang yang telah berkahwin dan akan disebat seratus
kali bagi yang belum berkahwin. Hal ini selari dengan surah an-Nur ayat kedua dan juga daripada
penjelasan hadis oleh Rasulullah. Bagi kesalahan Qazaf pula pesalah akan disebat sebanyak 80 kali
sebatan. Bagi kesalahan meminum arak, pasalah akan disebat sebanyak 40 kali.

2. Hukum Qisas

Dinyatakan sesiapa yang mengambil nyawa atau membunuh orang akan dibalas bunuh. Orang Islam
yang membunuh orang kafir tidak dikenakan Qisas. Dalam soal mencederakan anggota juga akan
dibalas perbuatan yang sama dan setimpal. Hal ini selari dengan surah al-Maidah ayat ke-45. Hukum
Diat Fasal 17 pula menyatakan pembunuh dengan sengaja diberi maaf oleh waris akan dikenakan
Diat ataupun denda. Hal ini selari dengan mazhab Shafiee.

3. Hukum Tazir

Hukuman ini dikenakan bagi kesalahan yang tidak dikenakan hudud dan qisas seperti mencuri tak
cukup nisab akan dikenakan tazir. Sebagai contoh pesalah akan diminta memulangkan semula
barang yang dicuri atau digantung lileher kemudiannya diarak ke keliling kampung sebagai
pengajaran kepada pesalah dan juga sebagai peringatan kepada orang lain.

Di atas merupakan ringkasan yang dibuat berdasarkan hukum-hukum jenayah Islam yang
terkandung di dalam Undang-undang Melaka. Jika disoroti dengan lebih dalam lagi berkaitan
perundangan Islam yang terdapat di dalam Undang-undang Melaka, Dalam Undang-undang Laut
Melaka, hukum yang menurut undang-undang Islam hanya jelas pada satu fasal sahaja, iaitu
berhubung dengan kesalahan zina. Pesalah sama ada dihukum bunuh ataupun didera sebat,
mengikut perkelaminan seseorang. Hukuman dan tatacara undang-undang yang ain lebih banyak
bertradisikan adat, resam dan undang-undang setempat. Tetapi dalam Hukum Kanun Melaka
daripada jumlah empat puluh empat fasal yang diperuntukkan, lapan belas atau hampir 40.95%
daripada perhukumannya adalah menurut undang-undang Islam.

Undang-undang Islam dalam beberapa fasal terawal Hukum Kanun Melaka kelihatan jelas,
terutama yang berhubung dengan kesalahan jenayah, contohnya membunuh orang. Antara lain
hukuman yang diperuntukkan kerana membunuh orang adalah seperti berikut;
Fasal yang kelima menyatakan orang yang membunuh dengan tiada setahu raja-raja atau orang
besar-besar. Jikalau dibunuhnya dengan tiada dosanya sekalipun, dibunuh pula ia pada hukum
Allah, maka adil namanya.

Peruntukan ini amat nyata disusun berdasarkan hukum jenayah Islam berabit dengan soal
Qisas atau nyawa atau darah dibalas nyawa atau darah. Dalam al-Quran ada menyebutkan
bahawa;
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu (hukum qisas) buat membela orang-orang
yang mati dibunuh (iaitu) orang merdeka dengan orang yang mendeheka dan hamba dengan hamba
dan perempuan dengan perempuan. Tetapi barang siapa dapat sebahagian keampunan daripada
saudaranya (yang membela si mati) maka (hendaklah) ia dibalas kebaikan serta serahkan (diyat)
kepadanya dengan cara baik.

(Terjemahan al-Quran surah al-Baqarah 2:178)

Walau bagaimanapun, dapat dilihat peruntukan dalam Hukum Kanun Melaka di sini
mempunyai cirri yang agak ketat. Pelaksanaan hukum Islam dilakukan dengan sewenang-
wenangnya dan tidak terdapat sifat tolak ansur sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran surah
al-Baqarah ayat 178 yang bermaksud, Tetapi barang siapa dapat sebahagian keampunan
daripada saudaranya (yang membalas si mati) maka (hendaklah) ia balas kebaikan serta serahkan
(diyat) kepadanya dengan (cara) baik. Al-Quran juga menegaskan konsep balas hak individu di
sisi undang-undang Islam dalam masyarakat tetapi nampaknya hal ini digugurkan sama sekali oleh
Hukum Kanun Melaka.

Perkara yang menarik di sini ialah tentang masalah membunuh sebab hukum adat
nampaknya masih diberikan perhatian. Berkenaan fasal yang lain dalam Hukum Kanun Melaka,
hukum adat melarang dikenakan hukuman bunuh sekiranya si pembunuh tadi didapati membunuh
sebab empat keadaan, iaitu membunuh madu, membunuh pancuri yang lari dengan syarat-syarat
tertentu, membunuh orang yang member aib atau malu dan membunuh orang yang membuat
angkara. Berkenaan hal ini Hukum Kanun Melaka menyebut bahawa;
Adapun yang membunuh tiada setahu raja dan menteri itu di atas empat perkara. Pertama,
membunuh madu, kedua membunuh orang yang angkara, tetapi ia ditangkap dahulu maka dibawa
kepada hakim, akan adatnya setahil sepaha. Jikalau tiada tertangkap, sebab ia dengan makarnya,
maka patutlah ia mati. Ketiga membunuh orang yang mencuri yang tiada dapat ditangkap.
Keempat, membunuh orang yang member aib seperti menampar orang atau barang yang member
aib: itu pun jikalau belum sampai kepada menteri. Jikalau sudah sampai kepada menteri, maka
diperbuat juga, maka ia didenda sepuluh tahil sepaha. Inilah hukumnya.

Jelaslah bahawa hukum adat menentukan orang membunuh dalam kategori ini didenda sahaja.
Contoh seterusnya dapat dibuktikan daripada kesalahan mencuri. Hukum Kanun Melaka telah
menetapkan bahawa;
Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya, maka kenalah denda akan dia
setengah harganya, dan setengah akan menteri, dan setengah akan tuannya, sebab taksirnya tiada
setahu menteri. Adapun pada hukum Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuhnya,
melainkan dipotong tangannya.
Fasal ini juga memberikan alternatif terhadap kesalahan mencuri. Si pencuri akan didenda
sama ada mengikut lunas hukum adat atau dikuhum mengikut undang-undang syariah, iaitu
dipotong tangannya. Hukuman memotong tangan yang menurut perintah Allah ini amat jelas
diterangkan dalam al-Quran:
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri itu, hendaklah kamu potong tangan-tangan
mereka, sebagai balasan bagi apa yang mereka telah lakukan (dan) sebagai contoh yang
menakutkan daripada Allah; dan adalah Allah itu Mahakuasa (lagi bijaksana).
(Terjemahan al-Quran surah al-Maidah 5:38)

Terdapat ciri alternatif yang menunjukkan bahawa pihak hakim tidak semestinya wajib
menjatuhkan hukuman memotong tangan si pencuri, walaupun bukti-bukti jelas dalam teks Sejarah
Melayu menunjukkan ketika Melaka diperintah oleh Sultan Alauddin, sesuatu undang-undang
dikeluarkan supaya memotong tangan pencuri yang dapat ditangkap dan sabit kesalahannya.

Pihak penyusun Hukum Kanun Melaka sedar tentang manfaatnya menjatuhkan hukuman
mengikut hukum adat dan sebaliknya, dengan meneliti kesan sosial yang mungkin timbul sekiranya
mematuhi seratus peratus hukum Islam. Mereka mengambil sikap berkecuali dengan harapan
supaya pihak hakim yang bijaksana dapat memberikan pertimbangan dengan seadil-adilnya. Oleh
yang demikian, sewajarnyalah sikap adil ini didasarkan pada konsep hak (haq) dan adil saksama
(adl) antara individu dalam mesyarakat dengan pihak hakim menurut pandangan Islam. Jelas
sebagaimana Allah berfirman dalam al-Quran;
Sesungguhnya Allah memerintah kamu menunaikan amanat-amanat kepada yang berhak dan (Ia
memerintah) apabila kamu menghukum di antara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil.
Sesungguhnya Allah menasihati kamu dengan sebaik-baik perkara, sebab sesungguhnya Allah itu
adalah Mendengar (dan) Melihat.
(Terjemahan al-Quran surah An-Nisa 4:58)

Suatu hal yang agak menghairankan ialah tentang peruntukan hukum adat yang bersabit
dengan kesalahan yang melibatkan jantina. Pada asasnya, undang-undang Islam memanglah
dipatuhi, lalu disalurkan mengikut hukum hadd dalam Islam. Hukuman terhadap orang yang berzina
umpamanya, Hukum Kanun Melaka jelas mengambil terus daripada undang-undang Islam. Jika si
pelaku itu seorang yang telah berkahwin (muhsan) hukumannya ialah direjam sampai mati, jika
yang belum berkahwin (ghair-muhsan) disebat sebanyak lapan puluh kali. Hukuman ini sebenarnya
diambil terus daripada al-Quran;
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka
seratus kali dera, dan janganlah kamu dikalahkan dengan (menjalankan) agama Allah oleh kasihan
kamu kepada mereka berdua, jika (benar) kamu beriman kepada Allah dan hari kamudian; dan azab
mereka itu hendaklah disaksikan oleh segolongan daripada mukmin.
(Terjemahan al-Quran surah An-Nur 24:2)

Hukuman mengikut hukum adat masih tetap diperuntukkan sebagai pilihannya. Walau
bagaimanapun, hukuman berdasarkan tradisi adat setempat ini nampaknya amat ringan. Seorang
lelaki (yang sabit) melakukan rogol (wati) terhadap seorang dara, dia cuma dikehendaki untuk
membayar sedikit denda kemudian diminta berkahwin dengan mangsanya tadi. Yang anehnya,
Hukum Kanun Melaka bukan meletakkan pada kesalahan kerana perbuatan merogol itu, tetapi
kesalahan sebab memaksa orang.

Begitu juga pada kesalahan menawar (menceroboh) kehormatan wanita, jika isteri orang
yang diceroboh, si penceroboh Cuma dikehendaki sujud menyembah suami wanita berkenaan di
khalayak ramai. Sekiranya enggan, dia dikehendaki membayar denda sepuluh tahil sepaha sahaja.
Jika yang diceroboh itu seorang gadis, dendanya ialah dua tahil sepaha; dendanya kurang sedikit
jika yang diceroboh itu seorang hamba, iaitu lima emas sahaja; tetapi meningkat menjadi sepuluh
emas sekiranya dara si abdi itu hilang.

Selain kesalahan jenayah yang tersebut, Hukum Kanun Malaka juga menekankan
kesalahan-kesalahan hadd yang jelas terpengaruh dengan hukum Islam. Antara bentuk
kesalahan hadd yang dimaksudkan termasuklah kesalahan minum arak, mencuri, membunuh,
menyamun, qisas pada nyawa dan murtad.bagi semua kesalahan itu, Fasal 37:2 Hukum Kanun
Melaka menentukan supaya mestilah ada dua orang saksi yang baligh dan tidak gila bagi
membuktikan sahih atau tidaknya perbuatan itu. Selain itu, penyelarasan pelaksanaan hukum Islam
dan hukum adat diperuntukkan juga pada fasal tentang kesalahan menuduh orang berzina tanpa
saksi. Orang itu mestilah dirotan sebanyak lapan puluh kali. Hukuman tanpa saksi ini jelas diambil
daripada hukum Islam sebagaimana yang ditentukan oleh Allah dalam al-Quran;
Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik-baik (berzina), kemudian
mereka tiada dapat hadirkan empat saksi, maka deralah mereka delapan puluh kali deraan; dan
jangnlah kamu terima persaksian mereka (yang didera) itu selama-lamanya, sebab mereka itu
orang-orang yang fasiq.

(Terjemahan al-Quran surah An-Nur 24:4)

Walau bagaimanapun hukum adat masih tetap diberi pertimbangan. Jika sabit kesalahan
pihak yang menuduh, ia akan didenda mengikut taraf sosial si pesalah.

6.2 Undang-undang Muamalat

Undang-undang ini lebih berhubung dengan peraturan jual beli, riba, sewa, kaedah pinjaman ada
dinyatakan dalam fasal 30 Hukum Kanun Melaka. Contoh juga disebut dengan jelas iaitu berkaitan
haramnya riba dan larangan untuk berniaga dengan orang gila. Contoh yang menarik tentang
muamalat Islam berhubung dengan soal bunga atau faedah atau riba dalam urusan perniagaan
terdapat dalam Fasal 30. Telah ditegaskan bahawa;
pada menyatakan hukum orang yang berniaga itu dan haram atas segala yang mengambil
ribahukum berniaga itu tiada sah berniaga melainkan daripada akil, tiada sah berniaga itu bagi
orang yang gila, kanak-kanak yang belum baligh.

Hukum haram melakukan riba adalah diasaskan terus daripada hukum dalam al-Quran yang
menerangkan bahawa;
Orang yang memakan riba itu tidak akan berdiri melainkan sebagaimana pendirian orang yang
diharu syaitan dengan tamparannya. Yang demikian, lantaran mereka berkata, Perdagangan itu
tidak lain melainkan seperti riba. Dan Allah halalkan perdagangan dan haramkan riba. Lantaran itu,
barang siapa kedatangan nasihat dari Tuhannya, lalu ia berhenti, maka baginyalah apa yang telah
lalu dan urusannya (terserah) kepada Allah, tetapi barag siapa kembali lagi, maka mereka itu (jadi)
ahli neraka yang mereka (akan) kekal di dalamnya.

(Terjemahan al-Quran surah al-Baqarah 2:275)

Pada fasal-fasal yang lain dalam Hukum Kanun Melaka, diperuntukkan juga undang-undang
menurut Muamalat Islam seperti dalam Fasal 32:2 Hukum Kanun Melaka menentukan hukuman sah
tuntutan atas harta (sulh) yang dikanunkan dalam ayat, Sah sulh kemudian daripada ikrar di dalam
segala harta, tiada sah sulh di dalam mungkir dan pada orang yang tiada bertentu hinggalah ke
ayat, Tiada sulh melainkan pertama hendak bertentu. Undang-undang berjual beli yang dibentuk
juga adalah berlandaskan undang-undang Islam. Fasal 30 Hukum Kanun Melaka juga menentukan
barang-barang yang boleh diperniagakan serta dilarang oleh Islam seperti arak, babi, anjing dan
tuak.

Dalam undang-undang muamalat ini, terdapat juga sedikit kelainan kerana ada sedikit
percanggahan dengan undang-undang Islam namun telah dinyatakan sebagai undang-undang
muamalat di dalam Undang-undang Melaka. Perkara tersebut bersabit dengan muamalat berniaga
antara barangan, Fasal 30 Hukum Kanun Melaka memperuntukkan;
Dan tiada sah berniaga emas dan perak dengan perak melainkan (dengan) suatu jenis lain iaitu
emas dengan suatu jenis lain yakni perak tunai dan berniaga makanan janji tunai, maka sah.

Di sini pun, Hukum Kanun Melaka menyalurkan kedua-dua perniagaan antara emas dengan
perak, sedangkan dalam hukum Islam yang sewajarnya memperuntukkan dua syarat yang terpisah
itu, iaitu bahawa:

1. Tidaklah sah berniaga antara emas untuk emas dan perak untuk perak, melainkan berat kedua-dua
adalah sama dan transaksi tersebut berjalan dengan serta-merta.

2. Adalah berniaga emas ditukarkan dengan perak dengan timbangan yang berlainan dan dilakukan
transaksi ini dengan serta-merta juga.

Penyusunan dalam syarat dan peruntukan perniagaan tersebut dalam Hukum Kanun Melaka
nampaknya dilakukan dengan sewenangnya.

Bukti yang kedua dapat dikesan daripada Fasal 32:2 Hukum Kanun Melaka berhubung dengan
hukum sah Sulh iaitu hukum sah atau tidaknya peraturan berniaga, dicampuradukkan syarat-syarat
pengesahan tersebut tanpa mengikut lunas hukum Islam yang sewajarnya. Begitu juga pada Fasal
49:1 yang memperuntukkan tentang konsep atau pengertian muhsan dalam Islam. Hukum Kanun
Melaka memberikan empat kriteria muhsan, iaitu Islam, baligh, berakal dan tidak gila. Kriteria yang
ketiga dan keempat itu sebenarnya serupa sahaja. Tetapi menurut pendapat ahli fiqah Islam,
undang-undang tidak semestinya memasukkan kriteria Islam itu, bahkan sewajarya adalah
merdeka.

Adalah sukar untuk mencari sebab berlakunya kelainan dan penyimpangan ini. Tidak mungkin
hendak dibebankan kesalahan kepada penyusun atau penggubal undang-undang negeri ini kerana
penyusun itu adalah tokoh dalam bidang perundangan Islam yang menggunakan dan berpeluang
merujuk pada kitab-kitab yang berkaitan. Zaman yang patut disalahkan dalam hal ini kerana
undang-undang ini digubal ketika masyarakat Melaka masih melalui zaman awal terhadap agama
Islam. Atau sebagaimana nasib yang menimpa naskhah-naskhah Melayu lama, kerana hampir
kesemuanya disalin dengan kesalahan sama ada disengajakan atau tidak yang dilakukan oleh
penyalin-penyalin naskhah undang-undang ini.

6.3 Undang-undang Keluarga

Undang-undang ini berhubung dengan tatacara perkahwinan, penceraian, wali talah dan
sebagainya. Dalam hal ini, semua perkara yang berkaitan dengan keluarga selari dengan hukum
Islam. Hukum syarak dalam undang-undang nampaknya lebih banyak mempengaruhi bahkan
diambil sepenuhnya dalam bahagian akhir Undang-Undang Melaka, terutama yang berhubung
dengan undang-undang keluarga dan peribadi seperti muamalat dan munakahat. Umpamanya,
telah dijadikan undang-undang tentang orang berwali. Wali seorang perempuan itu mengikut
Hukum Kanun Melaka, mengikut tertib adalah bapanya, datuk sebelah bapanya dan saudara
lelakinya. Wali-wali yang sedemikian jika merujuk pada hukum Islam, dikenali sebagai
wali aqrab dan wali mujbir. Diterangkan juga bahawa tidak seorang wali pun dibenar untuk
mengahwinkan si perempuan yang belum baligh. Pengertian baligh dihuraikan sebagai genap umur
lima belas tahun, telah datang haid dan telah tumbuh bulu ari-ari (ikhtilam).

Fasal 25:2 Hukum Kanun Melaka juga memperuntukkan syarat dan tatacara ijab dan kabul
dalam nikah dan kahwin serta hukum dan syarat menjadi saksi dalam tatacara tersebut yang
dijelaskan pada Fasal 26. Hukum tentang hak pembatalan (khiyyar), hukum bertalak sama ada
talak rajii atau bain serta syarat-syarat yang berhubungan dengannya, termasuklah masalah
melakukan cina buta, terangkum ke dalam Fasal 27 dan Fasal 28:1 teks Hukum Kanun Melaka.

Peruntukan yang berteraskan hukum-hakam dan aqaid Islam jelas terdapat dalam Fasal 25:1
hingga Fasal 30 yang menyentuh tentang masalah lafaz ijab dan qabul dalam acara nikah, saksi-
saksi dacara nikah, hukum iddah dalam penceraian juga pada Fasal 34:1 tentang hukum
amanah. Undang-undang pada hukum ikrar pula ditentukan;
pada menyatakan hukum ikrar itu dua perkara; suatu pada hak Allah S.W.T. seperti minum arak
dan tuak dan zina; kedua pada hak manusia. Adapun hak Allah S.W.T. itu dikabulkan, jikalau ia
kembali daripada ikrarnya. Bermula pada hak manusia tiada harus dikabulkan, jikalau ia kembali
daripada ikrarnya.

Begitulah juga undang-undang Islam sebagai syarat sah seorang menjadi saksi;
harus di atas empat martabat. Pertama, tahu ia akan halal dan haram, kedua tahu ia akan sunat
dan fardu, ketiga tahi ia akan baik dan jahat.

Dan syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi saksi adalah;


lima perkara. Pertama Islam, kedua baligh, ketiga akil, keempat adal (adl), kelima hendaklah
menjauhi daripada dosa yang bear dan dosa yang kecil.

6.4 Peraturan Beribadah


Perkara yang paling menarik ialah struktur dan sebahagian daripada kandungan Hukum
Kanun Melaka itu sendiri. Ada hukum dan undang-undang fiqah Islam yang diserap dan
diperundangkan terus dalam undang-undang negerinya, seolah-olah teks tersebut menjadi sumber
rujukan hukum-hakam Islam pula. Umpamanya tentang hukum ibadat sembahyang dituliskan pada
Fasal 36:2;
Bermula orang yang sembahyang itu atas dua perkara, meninggalkan dan tiada iktikadnya pada
fardu sembahyang. Dalam iktikadnya bahawa sembahyang fardu itu disuruh ia sembahyang. Jika
tiada ia sembahyang oleh kesakitan, tiada ia mungkar, disuruh taubat murtad tiga kali. Jikalau
sembahyang, baik jalan itu.

Begitu berkesan dan berpengaruh sekali hukum Islam terhadap Hukum Kanun Melaka sehingga
terdapat bentuk ekspresinya dipetik terus daripada ayat al-Quran, contohnya pada Fasal 43:2 yang
berbunyi;
Bismil Lahi al-Rahman al-Rahim. Qala ILahu Taala: Atiu Allaha wa atiu ur-rasula wa ulil amri
minkum

Dan di sana sini diambil terus hadis Nabi S.A.W yang antara lain pada fasal yang sama menyebut;
sebab sabda Nabi sallaI Lahu alai wa sallam: kulluhum rain wa kulluhum masulun an
raiyatihi

Begitulah juga suatu ekspresi dalam bahasa Melayu pada ayat yang berbunyi Bermula sama
dihukumnya ikrar pada hal sihat dan sakit. Setelah dikaji ayat ini, nyatalah ia merupakan
terjemahan terus daripada sepotong ayat Arrab yang mengatakan bahawa, wa huwa fi hali al-sihati
wa al-marad suwan. Beberapa ayat bersabiit dengan beberapa peruntukan hukum juga digunakan
terus dalam bahasa Arab, umpamanya pada Fasal 14:1,
WaILahu khalaqakum wa ma tamalun. ILahi bi barakati Jibra.il wa Mika il Israfil wa Izrail.

Fasal 25:2 pula menyatakan;

Qabiltu tazwijaha.

Serta pada Fasal 38:1 yang menyatakan;

Albayyinatu alaI-mudda I wa alyaminu ala man ankar.

Sewajarnya sumber daripada al-Quran dan Hadis ini diserap serta digunakan sebagai paduan
dan untuk kekuatan rohaniah. Sumber ini boleh dijadikan sebagai tunjang pada peraturan, adat dan
undang-undang tempatan supaya selaras dengan aspirasi dang tanggunjawab raja, pembesar dan
rakyat Melayu yang telah pun beragama Islam. Hukum Kanun Melaka sendiri telah menentukan hal
ini.

6.5. Penglibatan Ulama

Ulama memainkan peranan yang penting dalam soal pentadbiran negeri dan hal ini disebut
dengan nyata. Ulama dan kadi terlibat aktif dalam soal pertabalan, perkahwinan dan soal
pemakaman seseorang raja atau sultan. Peranan ulama dan kadi dalam sejarah perundangan
Melaka amatlah penting. Hampir seluruh daripada fasal-fasal yang diperuntukkan dalam Hukum
Kanun Melaka adalah bercorak dan berasaskan perhukuman Islam. Ini membuktikan bahawa
semasa kecemerlangan Kesultanan Melayu Melaka dahulu, undang-undang Islam telah diamalkan
dengan luasnya dalam kalangan masyarakat tempatan dan jajahan takluk, dusun serta anak Sungai
Melaka. Walaupun begitu tidak ada bukti yang jelas bahawa di Melaka pada masa itu telah wujud
institusi syariah untuk mengendalikan hal ehwal agama Islam dan penganutnya seperti yang
terdapat pada hari ini. Namun, jelas raja atau sultan ialah penaung undang-undang tersebut. Tokoh
yang memelihara undang-undang ini adalah kadi ataupun hakim. Pendapat mereka akan dirujuk
apabila timbul sebarang pembicaraan dan masalah pengadilan, terutama terhadap undang-undang
Islam dalam kalangan masyarakat tempatan itu.

Begitu bermakna dan berkesan sekali Hukum Kanun Melaka serta ciri-ciri dan perundangan
Melayu-Islam yang termaktub di dalamnya sehinggakan banyak undang-undang negeri Melayu
sebelum penghujung abad ke-19 terpengaruh dengannya. Undang-undang Johor, Undang-undang
Pahang, Undang-undang Kedah dan Hukum Kanun Datuk Setar serta Undang-undang Kanun 99
Perak adalah secara langsung ataupun tidak langsung dimodelkan daripada Hukum Kanun Melaka,
sama ada yang bercorak adat mahupun yang berbentuk Islam.

Walaupun pengaruh Islam amat ketara dalam Undang-undang Melaka, masih banyak lagi
pengaruh Hindu dan adat Melayu lama yang bertentangan dengan Islam seperti perkara-perkara
berikut.

i. Undang-undang yang tidak selari dengan Islam:

Sultan berada di atas undang-undang sama seperti Konsep Devaraja

Hukuman qisas tidak dikenakan kepada sultan atau kerabat diraja yang lain. Contohnya peristiwa
di mana Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar, hukumannya hanyalah dibuang negeri.

Hukuman hudud juga tidak dijatuhkan kepada sultan. Contohnya dalam kisah Sultan Mahmud yang
telah berzina dengan isteri orang namun Sultan Mahmud tidak dikenakan hukuman sebab seperti
yang sepatutnya dikenakan.

ii. Mengamalkan diskriminasi dalam undang-undang

Dalam Islam setiap orang adalah sama taraf. Cuma ketinggian pangkat memerlukan konsep hormat
sahaja dan bukanlah sampai ke tahap menyembah. Namun begitu, dalam Undang-undang Melaka,
sultan tidak mengamalkan nilai kesamaan taraf sesama manusia di mana ada larangan yang dibuat
kepada rakyat iaitu larangan memakai warna kuning dan membina rumah dengan reka bentuk yang
buruk.

Konsep tulah dan daulat juga memperlihatkan raja memandang rakyat sebagai hamba kepada
mereka. Rakyat dipaksa taat setia kepada raja walaupun raja itu memerintah dengan zalim kerana
rakyat terikat dengan konsep daulat dan tulah.
7.0 KESIMPULAN

Jika dilihat dari zaman kegemilangan Melaka dahulu sehingga ke hari ini, undang-undang Islam
kurang diterapkan di dalam perundangan dunia Melayu. Walaupun banyak undang-undang Islam
yang digunakan dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut, hanya lebih kurang 41
peratus sahaja perundangan Islam yang termaktud di dalam undang-undang tersebut. Hal ini
menunjukkan penerimaan Islam masih lagi kurang menyeleluruh disebabkan terdapatnya pengaruh
hukum adat yang masih lagi diangkat dalam pelaksanaan undang-undang pada masa itu. Apabila
bermulanya zaman penjajahan Barat ke Tanah Melayu khususnya di Melaka, Barat cuba mengubah
corak undang-undang Islam yang sudah diguna pakai sebelum ini kepada sistem undang-undang
Barat kerana mereka mahu semua pemerintahan di bawah takluk mereka menggunakan sistem
yang sama.

Andaian yang boleh dibuat jika tiada berlakunya penjajahan Barat ke Tanah Melayu,
pengkaji merasakan perundangan Islam akan terus berkembang dan pada suatu masa hukum adat
akan diketepikan bagi memartabatkan undang-undang Islam yang semakin kuat mempengaruhi
kehidupan pada masa itu. Namun malang apabila perkara tersebut belum sempat berlaku kerana
Melaka telah dijajah oleh Barat. Kesannya dapat kita lihat pada hari ini apabila perundangan Islam
tidak diiktiraf dan hanya dilaksanakan dalam hal-hal keluarga sahaja. Bersangkutan dengan itu,
dengan menggunakan undang-undang dari Barat ini memperlihatkan negara kita pada hari ini tidak
lagi segemilang pada zaman Melaka dahulu yang mana pada masa itu, perundangan Islam masih
lagi diguna pakai dalam banyak aspek perundangan. Di samping itu, kita dapat melihat masyarakat
kita yang semakin banyak bergelumang dengan masalah sosial disebabkan tidak tertegaknya
undang-undang Islam ini.

Jika benarlah tujuan mengenakan hukuman sebagai salah satu cara untuk memerangi
jenayah, maka undang-undang Islam telah berjaya mencapai matlamat ini begitu jauh dibandingkan
dengan system undang-undang yang lain. Hal ini disebabkan jenayah dicegah sebelum perkara
tersebut dilakukan, dan jika jenayah sudah dilakukan, penjenayah akan dihakimi sehingga ke
peringkat terhapus segala kesan dan dapat memberi peringatan kepada orang lain supaya tidak
melakukannya.
Bibliografi
Abd. Jalil Borham. (2002). Pengantar perundangan Islam. Johor Bahru, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Halim El-Muhammady. (1993). Perkembangan undang-undang Islam dari zaman Rasulullah S.A.W
hingga zaman penjajahan barat. Petaling Jaya: Budaya Ilmu.

Abu Hassan Sham. (1995). Hukum kanun Melaka. Melaka: Penerbitan Perbadanan Muzium Melaka.

Khoo Kay Kim (Eda.). (1982). Melaka dan sejarahnya. Melaka: Persatuan Sejarah Melaka.

Liaw York Fang (Eds.). (2003). Undang-undang Melaka dan undang-undang laut / dikaji dan diperkenalkan
oleh Liaw York Fang. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Muhammad Yusof Hashim. (1989). Kesultanan Melayu Melaka: kajian beberapa aspek tentang Melaka
pada abad ke-15 dan abad ke-16 dalam sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: dewan bahasa dan
pustaka dan kementerian pendidikan Malaysia.

Othman Ishak. (1997). Hubungan antara undang-undang Islam dengan undang-undang adat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pentadbiran dan undang-undang Islam sebelum penjajahan Inggeris diperoleh pada 19 April 2014
daripada http://books.google.com.my/books?id=kCapxwBQVU0C&pg=PA4&lpg=PA4&dq=unsur+i
slam+dalam+hukum+kanun+melaka&source=bl&ots=I1EyW0a-
JD&sig=YyPAlAJxpT3lLrF4s_168w8TELQ&hl=en&sa=X&ei=0H5SU_SXI4TBrAeVpIGQDQ&redir_esc=
y#v=onepage&q=unsur%20islam%20dalam%20hukum%20kanun%20melaka&f=false

Sejarah Melaka diperoleh pada 22 Aprl 2014 daripadahttp://rujuknota.blogspot.com/2009/09/sejarah-


melaka.html

Sejauhmanakah unsur-unsur Islam mempengaruhi Hukum Kanun Melaka pada zaman Melayu
Melaka diperoleh pada 22 April 2014 daripadahttp://fastnote.wordpress.com/pengaruh-islam-
dalam-hukum-kanun-melaka

Anda mungkin juga menyukai