Anda di halaman 1dari 10

Tugasan 2 Profesionalisme (20%)

Format Webinar
Saban hari kita kerap mendengar isu-isu yang ditimbulkan oleh media khususnya media
cetak seperti akhbar tentang perihal guru, baik di sekolah mahupun di luar waktu
persekolahan. Tidak kurang hangatnya dengan isu yang selalu dicetuskan dalam akhbar
akhir-akhir ini tentang guru yang gemar menjalankan perniagaan di sekolah
sehingga membelakangi tanggungjawab sebenar mendidik anak murid.

membincangkan pelanggaran kod etika keguruan ini dari aspek punca dan implikasinya
terhadap sistem pendidikan negara.

Moderator (yefta) : Salam sejahtera, salam kasih sayang, salam perpaduan dan salam Satu
Malaysia. Sirih berlipat sirih pinang, sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang,
salam sejahtera pembuka bicara. Kita bertemu lagi dalam webinar siri pertama profesionalisme
keguruan institut pendidikan kampus keningau. Saya Yefta Andrius pelajar daripada PDPP
Bahasa Melayu 2021 sebagai moderator anda pada hari yang berbahagia ini. Bersama-sama
saya dalam webinar berdurasi 45 minit. Hari ini kita akan mengupas tentang isu yang hangat
diperkatakan oleh media mengenai guru. Isu yang hangat diperkatakan ini mengetengahkan
sikap golongan guru yang gemar menjalankan perniagaan di sekolah sehingga membelakangi
tanggungjawab sebenar mendidik anak murid. Jadi pada hari yang berbahagia ini, bersama
panel-panel kita akan membincangkan pelangaran kod etika keguruan ini dari aspek punca dan
implikasinya terhadap sistem pendidikan negara. Baiklah, sebelum majlis panel bermula,
sebelum kalam mula berbicara, sebelum ilmu meresap dijiwa, kata orang tak kenal maka tak
cinta. Mari kita berkenalan dengan para jelitawan yang sudah pasti menjadi tumpuan para
jejaka yang hadir pada hari ini. Panel pertama kita Nadia Abdull Salleh, panel kedua
Norhainsyawati dan panel kita yang ketiga iaitu Nursilah binti Kapiten. Bersyukur kita kehadirat
ilahi diberi kesempatan untuk membincangkan topik kod etika keguruan pada hari ini. Bagi
memulakan webinar kita pada hari ini, saya menjemput panel kita yang pertama Nadia Abdul
Salleh untuk mukadimah kita yang pertama menerangkan maksud kod etika. Dipersilakan.
Panel Pertama (Nadia) : Baik, seperti yang kita sedia maklum, semua pekerjaan yang
profesional seperti guru, doktor dan polis mempunyai kod etikanya yang tersendiri ketika
melaksanakan tugas. Definisi etika telah dikemukakan oleh pelbagai ahli falsafah dengan
maksud yang berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing. Istilah etika berasal dari
perkataan Yunani kuno iaitu ethos yang membawa maksud kebiasaan, adat, akhlak,
keperibadian dan watak. H.Hamzah Ya’kub (1991) menyatakan bahawa ethos juga membawa
maksud adat kebiasaan. Manakala, Sharifah Haayati Syed Ismail (2000) pula menyatakan
dalam bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan ataupun tanggapan terhadap sesuatu
perkara sama ada ianya benar, salah, baik atau buruk. Mackinnon (2001) mendefinisikan etika
sebagai daripada kajian moral yang mengkaji perlakuan yang benar. Ilmu etika menerangkan
perlakuan yang benar berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang dikuasai pengiklan. Begitu juga
menurut Frankena (1973), etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang
moral, masalah moral dan pertimbangan moral.

Berdasarkan definisi-definisi etika berikut, dapat dinyatakan bahawa etika merupakan ilmu
pengetahuan yang mempunyai hubungan dengan keupayaan untuk menentukan perbuatan
yang dilakukan manusia untuk dikatakan baik mahupun buruk. Dalam erti kata lain, etika adalah
aturan tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia bagi membezakan antara yang baik dan
buruk dalam masyarakat serta membatasi perlakuan baik dan jahat. Etika merupakan tingkah
laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia. Manakala ilmu etika merupakan
satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta
kelakuan manusia yang betul. Etika berfungsi untuk menggariskan beberapa prinsip atau
ukuran asas untuk menentukan apakah tingkah laku yang betul, apakah yang salah, apakah
tingkah laku yang bertanggungjawab dan apakah yang tidak. Salah satu isu berkait rapat
dengan etika guru yang hangat diperkatakan kini adalah guru yang menjalankan perniagaan.
Jadi saya rasa cukup untuk sampai disini sahaja pendefinisian kod etika yang mungkin boleh
disambung oleh ahli panel yang lain.

Moderator (Yefta) : Terima kasih Nadia untuk perkongsian pendefinisian kod etika sebenar
tadi. Amat jelas sekali. Di sini saya dapat memahami secara ringkasnya kod etika ini
merupakan tingkah laku ataupun kelakuan moral yang perlu ada dalam diri setiap manusia.
Baiklah seterusnya kita lihat pula apa yang dimaksudkan dengan kod etika keguruan. Kita
menjemput panel kita yang ketiga Norhanisyawati Zahari untuk menerangkan definisi ataupun
konsep kod etika keguruan. Dipersilakan.
Panel kedua (Nursilah) : Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian
menjemput saya. Sebelum kita membahas tentang kod etika keguruan, izinkan saya untuk
memberi definisi etika terlebih dahulu. Baiklah, perkataan etika berasal daripada Bahasa
Inggeris ethic. Perkataan ethic itu pula dari bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap
atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika ialah satu sistem dasar
tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi yang meliputi aspek-aspek
tertentu. Masyarakat pula menggunakan etika itu untuk menganalisis, menilai dan menentukan
sama ada tingkah laku manusia telah mengikut peraturan yang ditetapkan. Berdasarkan kamus
dewan etika didefinisikan sebagai satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau
kesusilaan. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran
danketakwaan kepada Allah. Institut Integriti Malaysia (2007) mendefinisikan etika sebagai
himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan
profesion. Etika adalah penting, kerana ia menentukan tindak-tanduk manusia. Tanpa
berpegang kepada suatu kod etika, segala usaha manusia akan gagal. Profesion perguruan
sememangnya mempunyai kod etikanya tersendiri demi memartabatkan profesion. Kod etika
perguruan dijadikan rujukan oleh guru. Kepentingan kod etika tidak dapat dinafikan lagi kerana
adanya kod etika para guru dapat menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan
oleh seorang guru. Pengetahuan tentang etika profesion perguruan adalah amat penting dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai guru kerana terdapat guru-guru yang masih melanggar
tatasusila perguruan yang harus dielakkan. Di halaman depan Buku Persediaan Mengajar
dipaparkan ikrar agar semua guru mamatuhi dan menjaga imej profesion.

Moderator : Terima kasih Nursilah untuk penjelasan tentang konsep kod etika keguruan
sebentar tadi. Tanpa membuang masa kita terus kepada panel kita yang ketiga Saudari
Norhansyawati binti Zahari untuk menjelaskan punca guru menjalankan perniagaan.
Dipersilakan.

Panel Ketiga (Norhanisyawati) : Terima kasih pengerusi majlis. Isu guru menjalankan
perniagaan tidak kira sama ada waktu bekerja mahupun di luar waktu bekerja bukanlah suatu
perkara yang baru. Malahan, situasi pandemik yang melanda negara sejak tahun lepas
memberi ruang dan peluang kepada mereka termasuklah beberapa kelompok guru untuk
melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Melalui pandangan saya, terdapat beberapa punca
mengapa sebilangan guru mula terlibat dengan dunia perniagaan.

Yang pertama ialah pendapatan yang tidak mencukupi dan kos sara hidup yang
tinggi. Punca ini bagi saya sangat subjektif kerana setiap individu mempunyai tanggungan
tersendiri. Terdapat kelompok guru yang perlu menyara kedua-dua ibu bapa di samping adik-
adik kecil yang masih bersekolah. Malahan, terdapat kelompok guru yang perlu membantu
pasangan suami dalam perbelanjaan bulanan. Kita juga sedia maklum, wang bernilai RM50.00
yang pada dahulunya mampu memenuhkan sebuah troli di pasar raya namun keadaan tersebut
amat berbeza pada masa kini. Desakan-desakan tersebut sebenarnya mendorong seseorang
guru untuk menjana pendapat sampingan demi meneruskan kelansungan hidup dalam keadaan
serba selesa.

Punca yang kedua pula adalah bebanan hutang. Hadirin sekalian. Kita sering
mendengar khabar yang ramai dalam kalangan graduan diisytihar muflis di negara ini. Hal ini
berpunca daripada pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, sewa beli kenderaan, perumahan
dan kad kredit. Percaya atau tidak, dalam usia 20-an ada yang memiliki lima kad kredit!

Sudahnya, mereka terpaksa membuat pinjaman peribadi pula untuk membayar


tunggakan kad kredit tersebut. Ini yang dikatakan gali lubang, kambus lubang. Disebabkan
perlu membayar hutang kad kredit dengan pinjaman peribadi, pinjaman lain turut terjejas seperti
kenderaan atau rumah sekiranya ada, dan dengan banyaknya hutang tertunggak ini, mereka
muflis.

Senario ini jelas menunjukkan bahawa segelintir golongan guru sebenarnya memiliki
cita-cita yang amat tinggi dan tidak bersesuaian dengan kadar gaji yang diterima. Mereka
sangat yakin bahawa bekerja di bawah kerajaan mampu memudahkan segala urusan
kewangan mereka terutamanya apabila membuat pinjaman. Kehidupan ibarat roda, kadang-
kadang kita berada di atas dan di bawah. Pandemik pada tahun lepas justeru memberi sedikit
kesan kepada golongan guru. Ya betul, guru akan menerima gaji setiap bulan namun begitu,
bayangkan sekiranya pasangan guru tersebut, dibuang kerja atau sekiranya belum berkahwin,
terpaksa menanggung adik-adik yang diberhentikan kerja.
Moderator : Terima kasih Norhanisyawati untuk penerangan yang begitu jelas sekali. Mungkin
ada panel yang mau menambah ataupun mencurahkan idea mengenai punca guru
menjalankan perniagaan.

Panel pertama (Nadia) : Saudara moderator izinkan saya menambah pandangan saudari
Nursilah sebentar tadi.

Moderator : Silakan Nadia.

Panel Pertama (Nadia) : kekurangan motivasi atau minat dalam diri guru. Menurut Nazariah
(2011), tanpa motivasi diri, seseorang guru itu akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti
hilang fokus, tiada matlamat yang jelas, hilang minat dan luntur komitmen dalaman. Guru pada
hari ini terbeban dengan hal-hal persekitaran yang mungkin menyebabkan guru dibelengu rasa
kecewa kurang motivasi, lemah semangat, dihimpit bebanan sehinggakan guru merasa
tertekan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya. Memetik potongan ayat berikut
“tanpa motivasi diri, seseorang guru akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti hilang
fokus,…” menyatakan bahawa jika guru yang tidak mempunyai motivasi diri maka guru tersebut
akan terus terpesong daripada realiti kerjaya yang sebenar, lantaran menjadikan bidang
perniagaan sebagai keutamaan di sekolah dengan mengenepikan hak-hak yang seharusnya
diperolehi oleh murid. Sebagai contoh, ramai guru kini terlibat dengan perniagaan berbentuk
MLM lalu sibuk meluaskan rangkaian mereka dengan rakan guru yang lain. Dikatakan, semakin
luas rangkaian, semakin tinggi pendapatan yang bakal diterima. Hakikatnya beban kerja
semakin bertambah sehinggakan mereka perlu berjaga hingga larut malam untuk urusan
perniagaan tersebut. Bertitik tolak dengan keadaan tersebut, mereka mula hilang daya tumpuan
untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab di sekolah.

Moderator : Pandangan yang amat baik Nadia. Di sini kita dapat melihat punca-punca guru ini
terlibat dalam perniagaan dan sudah tentunya perkara ini sudah melanggar kod etika keguruan.
Untuk menerangkan implikasi guru menjalankan perniagaan saya menjemput panel kita yang
kedua untuk memberikan pandangan. Dipersilakan.

Panel Kedua (Norhanisyawati) : Ya, saudara pengerusi. Saya amat tertarik dengan
penerangan yang telah diterangkan oleh saudari Nadia sebentar tadi. Implikasi yang paling
ketara apabila guru menjalankan perniagaan adalah kepada diri sendiri. Hal ini saya katakan
demikian kerana, berbalik kepada potongan ayat saudari Nadia “mereka perlu berjaga hingga
larut malam untuk urusan perniagaan”. Justeru pekerjaan sebagai seorang guru bukanlah suatu
pekerjaan yang mudah. Guru tidak hanya mengajar kemudia pulang ke rumah. Terdapat proses
yang perlu dilalui oleh guru sebelum dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jadi,
apabila guru itu terlibat pula dengan dunia perniagaan yang umum kita ketahui walaupun hanya
di hujung jari pada masa kini namun dari segi fizikal dan mental akan memberi rasa penat dan
lesu.

Keadaan ini justeru akan menjadikan guru tersebut tidak bersedia pada keesokan
harinya. Terdapat kemungkinan juga guru tersebut tidak sempat untuk menyediakan pakaian
yang kemas dan digosok. Malahan mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk
membuat rancangan pengajaran harian dan tugas-tugas hakiki yang lain. Hal ini sekiranya
berlarutan akan menjejaskan kualiti sebagai tenaga pengajar yang professional.

Moderator : Terima kasih Norhanisyawati untuk perkongsian. Mungkin ada ahli panel yang lain
ingin menambah.

Panel Pertama (Nadia) : pengurusan masa lebih kepada urusn jual beli

Guru sepatutnya hadir ke sekolah sebagai memenuhi syarat perkhidmatan dan mengajar murid-
murid di sekolah sebagai satu amanah. Namun apabila guru terlibat dengan aktiviti berniaga di
sekolah, ia akan menyebabkan jiwa dan raga tidak komited kerana ada agenda lain yang lagi
menguntungkan menanti mereka di sekolah. Apabila fokus guru mula hilang, ia akan
menyebabkan niat mereka untuk mendidik akan mula pudar dari semasa ke semasa. Implikasi
seterusnya ialah akan terjejasnya kerja-kerja rutin seorang guru. Seperti yang kita sedia
maklum, kerja-kerja rutin bagi seorang guru termasuklah menyediakan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH), memeriksa buku kerja murid, mengambil kehadiran murid, mengajar mengikut
masa yang diperuntukkan, terlibat dengan aktiviti kokurikulum sekolah dan banyak lagi tugas-
tugas sampingan seorang guru di sekolah. Apabila guru tidak dapat fokus kepada tugastugas
ini, ia akan memberi kesan kepada pengurusan di sekolah dan yang paling menyedihkan ia
juga akan menyebabkan prestasi murid akan terjejas dan merudum. Ini berlaku kerana guru
tidak mampu lagi memberi fokus kepada tugas yang sepatutnya dilaksanakan. Hadirin sekalian,
Implikasi yang ketiga ialah ibubapa akan mempunyai tanggapan yang salah kepada pihak
pengurusan sekolah. Ada dikalangan guru yang bukan sahaja menjalankan perniagaan sesama
guru namun ada yang menjual barangan mereka kepada murid. Apabila hal ini sampai kepada
pengetahuan ibu bapa, in akan menimbulkan persoalan dan kecelaruan dalam kalangan
ibubapa bagaimana seseorang guru boleh menjalankan aktiviti berniaga dalam kawasan
sekolah. Ibubapa juga sudah tentu akan menyalahkan pihak pengurusan sekolah kerana
memberi kebenaran dan membiarkan guru-guru ini menjalankan perniagaan mereka di sekolah
sedangkan tugas mereka di sekolah ialah mengajar murid-murid. Selain itu, gejala ini juga akan
menunjukkan teladan yang kurang baik kepada murid-murid.

Panel Ketiga (Nursilah) : Izinkan saya menambah sedikit saudara moderator.

Moderator : Silakan Nursilah.

Panel ketiga (Nursilah) : D. timbunan kerja (guru as multi tasker) (guru kelas, guru subjek,
guru etc)

Moderator : Baiklah, Kita sudah mendengar tentang implikasi guru menjalankan perniagaan
dari aspek guru itu sendiri. Namun bagaimana pula implikasinya terhadap murid? Saya buka
kepada ahli panel yang ingin memberikan pandangan.

Panel Pertama (Nadia) : Mencontohi sifat guru

Dari sudut pandang positifnya, murid mungkin melihat ada unsur keusahawanan yang wujud
dalam situsi ini namun secara tidak sedar juga, guru sudah menunjukkan teladan yang negatif
dimana guru telah memaparkan kepada murid bahawa guru tidak komited dalam tugas-tugas
yang dijalankan sehingga mampu menjalankan aktiviti perniagaan di dalam kawasan sekolah.
Jika perkara ini dibiarkan berterusan, tidak mustahil murid-murid ini akan mencontohi perbuatan
ini pada masa akan datang. Implikasi daripada isu ini juga boleh dilihat dalam jangka masa
yang panjang di mana profesion perguruan tidak akan dipandang tinggi lagi oleh masyarakat.
Isu guru bekerja sambila sudah sampai di muka media. Sebagai contoh ada berita pada 4
Januari 2010 (Berita Harian Online) tentang Guru abai tanggungjawab calar imej profesion
perguruan.‟

Menurut sumber, beberapa persatuan guru mengakui wujud kes terpencil guru lebih
mengutamakan kerja luar berbanding tugas hakiki mereka di sekolah kerana mengejar
pendapatan yang lumayan. Dalam laporan tersebut, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan, Loke Yim Pheng, berkata tindakan segelintir guru yang lebih rajin
mencari pendapatan tambahan itu umpama “nila setitik rosak susu sebelanga‟. Maka, keadaan
ini akan memperlihatkan kesan negatif terhadap bidang profesion perguruan dimana tindakan
guru berkenaan boleh mencalarkan imej golongan pendidik kerana kebanyakan guru adalah
komited menjalankan tanggungjawab mereka masing-masing. Akhir kata dari saya, isu guru
berniaga di sekolah harus dipandang serius oleh semua guru dan bakal guru. Jangan biarkan
kepentingan peribadi kita mengatasi kepentingan profesion. Bersyukurah dengan apa yang kita
ada, namun jika kita masih memerlukan pendapatan tambahan, pastikan usaha kita tidak
mengganggu tugas hakiki kita di sekolah.

Moderator : Mungkin panel kita yang kedua Norhanisyawati ingin menambah sesuatu.

Panel Ketiga (Norhanisyawati) : Ya, saya ingin memberi sedikit penerangan berkenaan
implikasi kepada murid sekiranya guru menjalankan perniagaan. Seperti dalam proses
perbincangan kita sepanjang tadi, ianya bermula dengan ketidakcekapan dan ketidaktelitian
guru dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru maka murid sebagai kelompok
penerima ilmu ini akan ketinggalan pelajaran. Hal ini saya katakan demikian kerana, apabila
guru tersebut sibuk dengan dunia perniagaan, leka dengan urusan jual beli yang dijalankan dan
lebih fokus kepada pengurusan perniagaan, maka kualiti pengajaran dan pembelajaran yang
akan dilakukan oleh guru tersebut tidak mencapai tahap yang seharusnya dicapai. Faktor penat
akhirnya menjadikan mereka sambil lewa mengajar. Tidak menggunakan BBM, pendekatan
atau dan teknik yang bersesuaian akan menyebabkan kelompok murid ini ketinggalan
pelajaran. Justeri situasi ini merugikan kelompok murid itu sendiri. Mereka akan kurang mahir
dalam topik-topik tertentu dalam subjek-subjek tertentu. Pentaksiran yang akan dijalankan pula
terutamahya sumatif akan menjadi sebuah halangan kepada mereka.

Moderator : Terima kasih ahli panel kita yang memberikan pandangan yang begitu bernas
sekali. Sebelum kita berakhir, saya bacakan salah satu soalan daripada penonton kita. Soalan
beliau apakah implikasi perlanggaran kod etika guru ini terhadap sistem pendidikan negara.
Mungkin mana-mana ahli panel boleh memberikan pandangan.
Panel Ketiga (Nursilah) : Baiklah, salah satu implikasi perlanggaran kod etika guru ialah
profesion perguruan akan dipandang rendah oleh masyarakat. Akibat tindakan segelintir guru
masyarakat sudah mula hilang kepercayaan kepada pentadbiran sekolah secara amnya dan
para guru secara khususnya dalam menyediakan pendidikan yang selamat dan berkesan. Jika
dahulu masyarakat menganggap kerjaya guru sebagai kerjaya yang mulia, namun akibat
tindakan segelintir guru yang mencemar nama baik profesion ini, bidang perguruan ini tidak
akan dihormati lagi oleh masyarakat terutama ibu bapa dan murid-murid.

Selain itu, implikasi salah laku guru terhadap profesion perguruan ialah generasi muda
tidak lagi berminat untuk menjadi guru. Hal ini kerana mengikut Lilia dan Norlena (2010) dalam
Noriati et.al (2010), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara profesional
menyebabkan imej profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat. Apabila hal ini
terjadi profesion ini akan kekurangan genarasi muda yang berbakat untuk mendidik anak
bangsa. Kerajaan pula tidak lagi dapat melahirkan guru-guru yang brkemahiran dalam pelbagai
aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang ini.

Moderator: Nampaknya masa begitu mencemburui kita. Kita berhenti setakat ini. Mungkin kita
boleh bertemu dalam webinar yang akan datang. Saya amat berbesar hati atas kesudian para
panel kita untuk berkongsi ilmu mengenai isu yang telah kita bincangkan sebentar tadi. Jadi
saya harapkan para guru, penonton yang menonton webinar ini mendapat manfaat daripada
perkongsian kami. Sehingga kita berjumpa lagi pada webinar akan datang. Saya tutup dengan
serangkap pantun.

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intai kami antara nampak,

Esok Jangan rindu-rinduan.

Salam sejahtera, salam kasih sayang, salam perpaduan dan salam Satu Malaysia. Semoga
berjumpa lagi dilain hari. Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai