Anda di halaman 1dari 42

 

BMM3103 Penilaian Kemahiran Bahasa

7.2.1 Penilaian Kemahiran Bahasa


Keempat-empat kemahiran asas bahasa (iaitu mendengar, bertutur, membaca dan
menulis) boleh dibahagikan kepada dua jenis komunikasi. Kemahiran mendengar dan
membaca sebenarnya kemahiran menerima komunikasi, dan kemahiran menyampaikan
komunikasi. Kemahiran mendengar dan bertutur menggunakan media lisan dan
kemahiran menulis dan membaca menggunakan media tulisan. Konsep ini boleh
ditunjukkan dalam jadual seperti berikut:

Kemahiran Kemahiran Menerima


Media Bahasa Menyampaikan Komunikasi
Komunikasi

Lisan (aural-oral) Bertutur Mendengar

Tulisan (visual-graphic) Menulis Membaca

Sebagai guru bahasa yang mengajar dan menilai kemajuan murid, kita tentu ingin
menanyakan soalan seperti yang berikut:
(a) Bagaimanakah kebolehan pelajar dalam bidang bahasa yang
menggunaka media lisan (mendengar dan bertutur)?
(b) Bagaimanakah kebolehan pelajar dalam bidang bahasa yang
menggunakan media tulisan (membaca dan menulis)?
Sama ada kemahiran bahasa itu dilihat dari sudut media bahasa (lisan dan tulisan), atau
dari sudut kemahiran komunikasi (menyampaikan dan menerima), keempat-empat
kemahiran asas bahasa (iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis) terlibat dan
dianggap sama penting dalam pengajaran bahasa. Keempat-empat kemahiran asas
tersebut sama penting, dan seharusnya diberikan penekanan yang sama dalam
pengajaran dan penilaian.

  1
 

7.2.2. Penilaian Kemahiran Lisan


Kemahiran lisan mengandungi dua komponen iaitu kemahiran mendengar dan
bertutur. Kedua-dua komponen ini sama pentingnya dan seharusnya diberi penekanan
yang sama juga dalam pengajaran dan penilaian. Akan tetapi, secara praktis di bilik
darjah, aspek kemahiran mendengar tidak diberikan tumpuan yang sepatutnya
berbanding dengan kemahiran bertutur. Para guru bahasa nampaknya lebih menekan
kemahiran bertutur sahaja. Malah, istilah lisan itu bagai sinonim atau seerti dengan
pertuturan sahaja. Sepatutnya, kemahiran mendengar diberi tumpuan yang sama
penting kerana dalam komunikasi lisan, di samping menghantar atau menyampaikan
mesej, kita perlu menerima mesej itu dalam bentuk pendengaran. Itulah sebabnya,
Dakin (1980:31) pernah mengatakan bahawa:

Listening is one half of the process of communication.  

Dengan itu, mari kita lihat kepentingan kemahiran mendengar dalam komunikasi lisan.

1. Penilaian Kemahiran Mendengar  

Sama ada dalam dunia persekolahan atau dalam


dunia pekerjaan, kemahiran mendengar amat
penting. Sungguhpun sekolah merupakan institusi
yang mengajar kemahiran tersebut, latihan dan
ujian bagi menilai keberkesanan pengajaran

tersebut memerlukan pelajar mendengar secara berkesan. Oleh itu, kemahiran


mendengar yang baik dan berkesan diperlukan di bangku sekolah kerana:

(a) bagi memahami konsep, idea, isi dan maklumat yang berkaitan dengan
setiap mata pelajaran yang disampaikan oleh guru. Selain buku teks dan
bahan pembelajaran yang lain, penjelasan atau penerangan tentang
sesuatu topik biasanya dilakukan oleh guru secara lisan dan memerlukan
pelajar mendengar dan memahami dengan baik.
(b) dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya mendidik
(mengajar dan melatih) pelajar supaya boleh berfikir dan memberi idea
atau pendapat sendiri tentang sesuatu. Seseorang pelajar itu tidak akan

  2
 

dapat berbuat demikian atau memberi tindak balas yang sewajarnya,


sekiranya ia tidak faham apa-apa yang didengarnya.
(c) kemahiran mendengar penting bagi mendapatkan data atau maklumat
mengenai sesuatu bukan sahaja semasa guru mengajar. Selain itu,
sebahagian besar pengetahuan yang pelajar peroleh datangnya daripada
sumber pendengaran yang lain seperti daripada radio, televisyen,
perbualan,ceramah, forum, dialog dan seumpamanya. Ini adalah sumber
tambahan yang pelajar boleh mendapatkan data atau maklumat dan
menambahkan pengetahuan, boleh berfikir, mentafsir dan menilai tentang
apa yang didengarnya, dan menajamkan pemikirannya.

Penyataan di atas tadi menunjukkan bahawa kemahiran mendengar itu perlu disertai
dengan kemahiran memaham apa yang didengar . Kita harus membezakan proses
mendengar dan memahami pendengaran sebab bukan semua orang yang boleh
mendengar dan memahami apa yang didengarnya. Malahan, antara orang yang faham
apa yang didengarnya, terdapat pula perbezaan tentang tahap kefahamannya. Ini
kerana tahap kemahiran mendengar dan memahami apa yang didengar itu berbeza
daripada individu ke indidividu. Pada keseluruhan, proses tersebut memerlukan
seseorang itu:

(a) mendengar dengan teliti,


(b) memahami, dan
(c) menilai atau mentafsir maklumat, idea, isi bahan yang didengar.

Objektif Menguji Kemahiran Mendengar


Berdasarkan perbincangan kita setakat ini, maka objektif kita menguji kemahiran
mendengar seharusnya menepati gagasan (konstrak) atau konsep kita tentang
kemahiran tersebut. Konsep kita mengenai kemahiran mendengar seharusnya
mengandungi beberapa subkemahiran penting seperti:

i. Kebolehan mendengar   bunyi bahasa yang diperdengarkan dan


mengenalinya dari segi struktur linguistik bahasa tersebut, seperti
perbendaharaan kata, tatabahasa, fonologi, semantik, idiom, sintaksis
dan seumpamanya.

  3
 

ii. Pengetahuan tentang struktur linguistik sesuatu bahasa yang


didengarnya (aspek yang tersebut di atas), dalam usaha mencari makna
dan memahami apa yang didengar. Jadi aspek kefahaman adalah teras
dalam menguji kefahaman mendengar. Aspek kefahaman mendengar
(listening comprehension) akan diuji secara langsung, sungguhpun aspek
bahasa (struktur linguistik) yang tersebut dalam (a) akan teruji secara
tidak langsung dalam pengujian kemahiran tersebut.
iii. Aspek kefahaman mendengar yang dimaksudkan dalam (b) itu
merupakan kefahaman yang literal. Ia seharusnya merupakan teras ujian
untuk menjadi asas bagi kefahaman pada peringkat yang lebih tinggi  – 
iaitu mentafsir dan menilai maklumat, isi, idea atau cerita yang didengar.
Oleh yang demikian, selain menilai kefahaman pelajar mendengar yang
perlu dan sesuai, para guru patut juga menguji kebolehan pelajar
menganalisis dan menilai apa yang didengarnya. Kemahiran mendengar
secara kritis adalah matlamat akhir dalam mengajar kemahiran tersebut,
terutama sekali di peringkat persekolahan menengah atau yang lebih
tinggi lagi.

Teknik Menguji Kemahiran Mendengar


Sebaik-baiknya kemahiran mendengar ini diuji berdasarkan konteks yang
sebenar. Oleh sebab situasi di sekolah menghadapi kekangan untuk mendapatkan
konteks tersebut, jadi guru perlu menyediakan konteks yang berupa simulasi dan
sampel daripada situasi mendengar tersebut. Antara teknik bagi menguji kemahiran
mendengar itu ialah:

i. Ujian Mendengar Petikan


ii. Ujian Mendengar Pragraf
iii. Ujian Imlak

  4
 

i. Ujian Mendengar Petikan


Cara menjalankan ujian ini:

I. 
Bahan
 
 Petikan diambil atau dipetik daripada majalah, buku,
ucapan atau pidato, cerita, akhbar, syarahan dsb.
 
 Sesuatu petikan boleh terdiri daripada beberapa
perenggan.
 
 Jumlah perkataan bagi sesuatu petikan yang paling
sesuai ialah 300 perkataan .
 
 Sebanyak 10 soalan objektif aneka pilihan boleh dibina
daripada petikan
 
 Tema, isi cerita, perbendaharaan kata dan kompleksiti
ayat perlu seuai dengan tahap pencapaian pelajar.

II. Pelaksanaan
 
 Pelajar diberi soalan mengenai petikan yang akan
dibaca.
 
 Guru membaca petikan pada kali pertama dan pelajar
mendengar dengan teliti.
 
 Selepas membaca, pelajar diberi 8 minit untuk menjawab
soalan.
 
 Kemudian, guru membaca petikan untuk kali kedua.
Pelajar terus mendengar dan memahami teks.
 
 Pelajar diberi 8 minit lagi untuk menjawab soalan yang
belum dijawab.

Peringatan: Petikan tidak diedarkan kepada pelajar kerana ini bukan


kemahiran membaca. Pelajar hanya dikehendaki
mendengar petikan yang dibaca oleh guru dan
kemudiaannya menjawab soalan yang ditanyakan.

  5
 

Contoh:
Papa memberitahuku aku, dia datang untuk mengambil aku pulang ke Kuala Lumpur.
Kata Mama, kawan-kawan di sekolah muzik selalu bertanya tentang diriku. Kata mama
 juga, papa sudah membeli organ baru untukku.
“Baliklah, Rid boleh main organ sendiri!” Pujuk mama. 
 Aku tidak memberi sebarang jawapan. Mama risau dengan sikapku. Papa pun
demikian juga. Mungkin mama dan papa menyangka, aku sudah merajuk kerana sudah
lama berjanji untuk membeli organ tidak ditunaikan.
Papa memberitahu Pak Cik Sani tentang rancangannya untuk membawa aku
pulang ke Kuala Lumpur. Pak Cik Sani tidak melarang, tetapi katanya, aku sedang
belajar agama dengan Hamzah di sekolah. Muka papa dan mama berubah corak. Aku
tidak mengerti kenapa wajah papa dan mama begitu.
( Dipetik daripada cerpen Buku Catatan Farid Badrul,
karya Mohd. Tajudin Abdul Rahman,
antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa, Tingkatan 2, DBP) 

1.  Apakah tujuan papa dan mama „aku‟ datang ke  rumah Pak Cik Sani?
(A) untuk bercuti panjang di kampung
(B) untuk mengajak “aku” balik ke bandar  
(C) untuk memberitahu “aku” tentang piano yang baru dibeli oleh Papa  
(D) untuk memujuk “aku” supaya jangan merajuk lagi. 

2.  Apakah perwatakan “aku” yang patut dicontoh oleh pelajar-pelajar?


(A) enggan menerima pemberian orang
(B) malu untuk bertanya
(C) sukar membuat keputusan
(D) gigih belajar agama

  6
 

ii. Ujian Mendengar Paragraf


Paragraf yang dimaksudkan dalam teknik ini ialah perenggan kecil. Dalam
teknik ini paragraf pendek yang diperdengarkan (dibacakan dengan nyaring) oleh guru
berasingan dari segi cerita, tema atau isinya, dan tidak berkaitan antara satu dengan
yang lain. Yang demikian misalnya, setiap paragraf merupakan satu petikan yang
dikutip daripada sumber yang berlainan. Sesuatu ujian itu mungkin terdiri daripada
beberapa petikan (paragraf) A, B, C, D, E, F dan seterusnya. Setiap petikan mempunyai
2 atau 3 soalan yang berkaitan dengannya.

Cara menyediakan soalan kefahaman mendengar bagi setiap petikan atau paragraf
tersebut sama dengan teknik aneka pilihan. Cara mentadbirkan ujian adalah hampir
sama. Perbezaannya ialah cuma dari segi murid menjawab soalan, iaitu menurut giliran
selepas guru selesai memperdengarkan sesuatu petikan seperti Petikan A, B, C, D dan
seterusnya. Kertas soalan bagi setiap petikan itu perlu diedarkan oleh guru sebelum
ujian dimulakan. Petikan paragraf yang digunakan itu diperdengarkannya sekali, dan
pelajar-pelajar dikehendaki menjawab 2 atau 3 soalan yang berkaitan dengan sesuatu
petikan paragraf itu selepas guru selesai membacanya. Misalnya, selepas guru selesai
membaca petikan (A), pelajar akan menjawab soalan petikan (A); dan kemudian baru
guru membacakan petikan (B). Apabila selesai, pelajar dikehendaki menjawab soalan
yang disediakan bagi petikan (B). Demikianlah seterusnya menurut giliran.

Ujian kefahaman mendengar paragraf ini dianggap lebih sesuai bagi pelajar menengah
rendah, seperti tingkatan satu dan dua. Perlu diingatkan kepada para guru bahawa ini
ialah ujian kefahaman mendengar dan bukan ujian kefahaman membaca. . Oleh sebab
ini ialah ujian kefahaman mendengar, maka paragraf tersebut hanya diperdengarkan
kepada pelajar-pelajar melalui bacaan nyaring oleh guru yang menjalankan ujian.  

  7
 

iii. Ujian Imlak


Imlak sebagai satu ujian kemahiran mendengar telah diutarakan oleh Oller
(1979). Menurut beliau, ujian imlak bukanlah semata-mata ujian tentang ejaan malahan
lebih daripada itu. Bagi beliau, imlak menguji konstrak kemahiran „mendengar‟ dal am
sesuatu bahasa dan „kefahaman‟ mengenainya dalam bahasa yang didengar.
Seseorang itu tidak mungkin faham bunyi bahasa yang diperdengarkan dalam imlak
sekiranya dia tidak faham struktur linguistik bahasa tersebut, sama ada dari segi
fonologi (sistem bunyi), tatabahasa, perbendaharaan kata dan semantik (sistem
maknanya). Dengan itu, imlak tepat menguji kefahaman pendengaran dalam sesuatu
bahasa, dan bukan ejaan semata-mata. Kemahiran mengeja menjadi penting kerana
pendengar dikehendaki menulis semula apa-apa yan didengarnya dalam ujian imlak.
Ujian imlak yang dimaksudkan oleh Oller ialah menulis semula sesuatu keratan (petikan
paragraf) yang diperdengarkan.
Berbanding dengan teknik lain, ujian imlak lebih praktis kerana lebih mudah dari segi
menyediakan bahan ujian, mentadbirnya dan memeriksanya. Dari segi persediaan,
guru hanya memilih keratan yang hendak diperdengarkan. Ia tidak memerlukan
peralatan seperti mesin taip, stensil, mesin pendua, dakwat cetakan, radio atau kaset.
Ia dianggap sangat praktis kerana tidak memakan masa yang banyak dari segi
persediaan. Dari segi mentadbirkan ujian, guru tidak perlu mengedarkan kertas soalan
dalam bentuk aneka pilihan, seperti mana yang diperlukan apabila menggunakan teknik
lain. Guru hanya membacakan bahan yang sesuai yang telah dipetik daripada buku
atau majalah. Dari segi tindak balas pelajar, mereka dikehendaki mendengar dengan
teliti, memahami apa yang didengar dan menulis semula apa yang didengar. Teknik ini
dianggap sesuai bagi peringkat rendah dan menengah. Pemeriksaan dan
pemarkahannya adalah secara objektif; dan ketekalan pengukuran antara pemeriksa
adalah sangat tinggi.

  8
 

Arahan Bagi Ujian Imlak


 Adalah amat penting bagi pelajar-pelajar diberikan arahan yang jelas tentang ujian ini
pada peringkat awal, sebaik sahaja ujian tersebut hendak dijalankan. Arahan seperti
yang berikut boleh diberikan secara lisan:

Saya ingin menguji


kemahiran anda mendengar
dan memahami keratan
cerita yang akan saya
bacakan. Oleh kerana ujian
ini dalam bentuk imlak,
anda dikehendaki menulis
semula keratan yang akan
saya bacakan secara
nyaring. Anda akan
mendengar  saya
membacakan keratan cerita
ini tiga kali.

Pada kali yang pertama, saya akan membacanya mengikut kadar


kelajuan orang bercakap. Anda hanya mendengar dan cuba fahamkan
sebanyak yang boleh. Pada kali kedua, saya akan membacanya
dengan hentian sementara dan mengikut kadar   kelajuan yang sesuai
bagi anda mendengarnya. Anda tuliskan semula setiap perkataan
yang anda dengar. Berhubung dengan bacaan seperti koma
bernoktah (;) dan noktah (.) akan saya beritahu apabila ada.   Pada kali
yang ketiga, saya akan membaca keseluruhan keratan cerita ini
semula menurut kadar kelajuan orang bercakap. Sambil itu anda
semaklah apa yang telah anda tulis. Anda tuliskan hanya apa yang
anda den ar.

  9
 

Cara Membacakan Keratan Imlak


Mula-mula bacakan keratan satu kali kepada pelajar sebelum Ujian Imlak itu dijalankan.
Selepas imlak dijalankan , bacakan teks itu keseluruhannya sekali lagi untuk semakan
pelajar. Jadi guru membacakan teks itu tiga kali, iaitu sebelum pengujian, sewaktu
pengujian dan selepas pengujian. Kadar kelajuan bacaan hendaklah sesuai dengan
kesempatan pelajar mendengar, memahami dan menulis; dan keratan dibacakan
dengan gaya yang natural (biasa). Bacaan hendaklah mengikut tanda bacaan, jeda
(pauses) dan intonasi yang betul. Yang berikut ialah satu contoh keratan imlak dan
tanda jeda yang sesuai dalam penyampaiannya:

Contoh:
Keratan Ujian Imlak
Pada petang itu, / cuaca sungguh nyaman./ Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa./ Matahari
hampir terbenam./ Cahayanya yang merah itu/ menyinari permukaan air laut/
menjadikannya berkilau-kilauan./ Ombak berkejar-kejaran/ ke tepi pantai./ Apabila
sampai ke tepi pantai/ ombak itu pun pecah, / buihnya menjamah pasir pantai/ yang
halus dan putih itu./ (Abdul Aziz Abdul Talib,1996).

Cara Memberi Markah


Markah penuh bagi sesuatu Ujian Imlak adalah mengikut jumlah bilangan perkataan
yang terdapat dalam keratan imlak yang dibacakan itu. Misalnya, 100 markah penuh
bagi keratan yang mengandungi 100 patah perkataan. Pengagihan markah adalah
seperti berikut:

Bil. Markah Keterangan


1. 1 markah Bagi setiap perkataan yang betul tepat dengan bacaan daripada
teks asalnya.

2. 1 markah Bagi setiap perkatan yang tersilap ejaannya, tetapi mempunyai


kaitan fonologi dengan perkataan asalnya; dan tidak membawa
maksud lain kepada ayat/ keseluruhan teks asalnya. Contoh:
bilik ditulis sebagai bilek.  Kelainan fonem yang tidak mengubah
maksud dalam Bahasa Melayu adalah dimaafkan.
atau
½ markah Bagi kesilapan seperti di atas jika guru perlu menggunakan
sistem pemarkahan yang lebih ketat .

  10
 

3. 0 markah Bagi setiap perkataan yang salah ejaannya dan tiada kaitan
fonologi dengan perkataan asalnya; dan yang tidak membawa
maksud dan maksud yang berlainan daripada konteks
ayat/keseluruhan teks asalnya.

Ini termasuklah jenis kesalahan :


   tinggalan bunyi huruf/ perkataan/ imbuhan yang
ditinggalkan
   tambahan bunyi huruf/ imbuhan/perkataan yang
ditambah
   pembalikan - huruf/ perkataan frasa yang dituliskan
secara terbalik atau songsang
   gantian bunyi huruf yang membawa maksud yang
berlainan dalam Bahasa Melayu seperti „jadi- jati‟, „telur -
telor‟. 

Jadual 4: Cara Pemarkahan Imlak

Sumber: Abdul Aziz Abu Talib (1996: 45-57 )

Berdasarkan contoh di atas dapat disimpulkan bahawa isi kandungan ujian bagi menguji
keseluruhan prestasi kefahaman mendengar, bolehlah dibahagikan menurut aspek-
aspek yang berikut:
  kebolehan untuk menerima berita dan memahami apa yang disampaikan

( seperti telefon, berita radio/ televisyen).


  Kebolehan untuk membuat kesimpulan yang mudah dan tepat daripada bahan-

bahan yang tidak dinyatakan secara eksplisit ( seperti wacana tersirat).


  Kebolehan untuk memahami masalah congak kira-kira yang mudah ( seperti

dalam situasi mencampur barang-barang yang dibeli  – jual beli).


  Kebolehan untuk menangkap perbendaharaan kata dan konsep secara tersendiri

dalam situasi konteks ( seperti makna perkataan dalam konteks).


  Kebolehan untuk membezakan konsep-konsep tatabahasa ( seperti pefrbezaan

morfologi – imbuhan).
  Kebolehan untuk meneliti perbezaan dalam rima ( seperti intonasi dan tekanan

dalam struktur).
Kesemua kandungan ini haruslah diletakkan dalam konteks yang bermakna, dan tidak
wajar diuji berasingan atau bersendirian.
Contoh yang diperkatakan terdahulu lebih cenderung untuk menguji kemahiran
mendengar. Misalnya, kemahiran mendiskrimasi fonem, bentuk atau pola-pola intonasi,
tekanan dan nada tertentu dalam ayat.

  11
 

Teknik Menguji Kefahaman Mendengar  


Ujian kefahaman mendengar pula memerlukan pelajar memahami apa yang
didengar. Pelajar akan mendengar petikan yang telah dirakamkan, dan hanya
berhadapan dengan satu keping kertas jawapan untuk menanda pilihannya daripada
soalan-soalan yang didengarnya melalui pita rakaman itu.

Contoh:
“Saya hairan mengapa Perhentian Bas Jitra berlainan daripada perhentian bas di
tempat lain. Penumpang-penumpang terpaksa berdiri di tengah-tengah panas untuk
menanti bas.” 

Soalan:
1. Perhentian bas Jitra....
(A) tidak cantik.
(B) tidak berlindung.
(C) tidak ada tempat yang khas.

2. Kata-kata di atas bersifat....


(A) sindiran.
(B) membina.
(C) merosakkan.

3. Apakah yang menjadi pokok perbualan dalam rakaman di atas?


(A) Perhentian Bas Jitra.
(B) Penumpang-penumpang bas.
(C) Keadaan cuaca.

Sumber: Azman Wan Cik (1994: 63-64)

Rumusan
Daripada contoh di atas dapat dirumuskan bahawa aspek pengujian kemahiran
mendengar bukan sahja melibatkan kemahiran dan kecekapan mendiskriminasikan
bunyi-bunyi tetapi juga melibatkan kemahiran memahami sesuatu yang didengar.
Selain itu, pengujian kemahiran ini seharusnya melibatkan kemahiran bahasa yang

  12
 

lain khususnya kemahiran lisan dan tulisan. Begitu juga, pengujian ini boleh
melibatkan penerapan kemahiran dan isi kandungan daripada mata pelajaran lain,
selain menyepadukan penggunaan beberapa unsur bahasa iaitu seperti tatabahasa,
perbendaharaan kata dan sistem ejaan.
Tegasnya, penilaian terhadap kemahiran mendengar ini seharusnya diberi perhatian
penting kerana sekiranya pengamatan pelajar itu lemah, maka dia akan mengalami
kesukaran untuk mengikuti apa yang diajarkan oleh gurunya dan ini tentunya akan
menjejaskan pencapaiannya.

2. Penilaian Kemahiran Bertutur

Mohd Hilmy Hj Ismail (1982:69) pernah


menekankan bahawa:

Pertuturan adalah menjadi asas kepada hampir semua


 pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului bacaan dan
latihan bertulis. Murid-murid sepatutnya boleh menyusun
fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia
membuat latihan bertulis… 

Subkemahiran Kemahiran Bertutur  


 Apakah subkemahiran penting yang berkaitan dengan kemahiran bertutur yang
perlu diajar dan dilatih oleh para guru di sekolah? Subkemahiran tersebut bolehlah
disenaraikan seperti yang berikut:

i. bercakap dengan berani dan yakin dan dengan suara yang jelas supaya
dapat didengar dan difahami oleh orang yang mendengarnya.
ii. bercakap dengan menggunakan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang
sesuai dan baik dalam pertuturan.
i. bercakap dengan sebutan yang jelas dan betul menurut sebutan bahasa Melayu
standard.
ii. bercakap menurut intonasi yang betul dan kualiti suara yang baik dan menarik,
dan tidak membosankan.
iii. Bercakap dan melahirkan idea atau fikiran dengan pertuturan yang berkesan
iaitu logik, teratur, natural, spontan, lancar, jelas, penuh tenaga dan minat.

  13
 

Teknik Menilai Kemahiran Bertutur


i. Bacaan Nyaring/ Bacaan Lisan/ Bacaan Kuat
Bacaan lisan ( oral reading) sebenarnya satu jenis ucapan. Dalam bacaan
secara  lisan atau secara nyaring proses „membaca‟ sememangnya berlaku. Akan
tetapi fungsinya dari komunikasi bahasa ialah untuk menghantar atau meyampaikan
mesej atau maklumat kepada sekumpulan pendengar atau penonton. Ini sering berlaku
dalam situasi formal seperti :
a. Seseoranmg itu berucap dengan membaca teks ucapan yang telah
disediakan secara bertulis dalam majlis rasmi.
a. Pemberita di radio atau televisyen membacakan berita daripada teks
berita yang telah disediakan secara bertulis.
b. Seseorang setiausaha melaporkan minit mesyuarat yang lalu.
c. Seorang peserta telah menyampaikan kertas kerjanya dalam satu
seminar.
d. Seseorang yang melafazkan puisi seperti sajak atau syair.

Dalam situasi di atas, seseorang itu membacakan teks yang bertulis secara lisan
dengan tujuan hendak menyampaikan idea, maklumat, fikiran atau pendapat kepada
sekumpulan pendengar atau penonton. Dengan itu ucapan yang dibacanya itu
dianggap sebagai satu pertuturan. Jadi, tugas bacaan nyaring adalah menyampaikan
komunikasi secara lisan, sungguhpun menggunakan teks yang telah disediakan teks
secara bertulis terlebih dahulu.  
Keratan bacaan yang hendak digunakan bagi menguji bacaan lisan hendaklah sesuai
dengan peringkat pelajar yang akan diuji. Guru perlu menentukan kesesuaiannya dari
segi isi keratan, perbendaharaan kata dan kompleksiti ayat. Biasanya keratan yang
panjangnya dalam lingkungan 200  –  500 patah perkataan sesuai dengan pelajar
sekolah menengah.
Yang berikut ialah satu senarai semak yang boleh digunakan oleh guru sebagai garis
panduan memberi markah apabila mendengar seseorang pelajar membaca secara
nyaring.

  14
 

Suara dan i. Pada keseluruhannya adakah bacaan pelajar didengar dengan jelas?
Penyebutan ii. Adakah sebutan perkataan betul menurut Bahasa Melayu standard?
iii. Adakah pelajar membaca mengikut nada yang sesuai dan intonasi yang
betul?
iv. Adakah kualiti suaranya menarik?
v. Adakah pelajar membaca dengan berani tanpa takut atau gentar?

Kelancaran i. Adakah pelajar membaca dengan lancar tanpa tersekat-sekat?


ii. Adakah pelajar membaca mengikut jeda atau frasa yang sesuai dan
mengikut unit makna/pemikiran yang betul?
iii. Adakah murid membaca mengikut tanda bacaan dengan betul: (Misalnya; ,/
;/ ?/ !/ “/, dan seumpamanya) 
iv. Adakah pelajar membaca dengan kadar kelajuan yang sesuai dan cara yang
selesa.

Kefahaman i. Adakah pelajar membaca dengan yakin dan bermakna (menunjukkan yang
dia faham apa yang dibacanya)
ii. Adakah pelajar membaca mengikut maksud teks atau menyampaikan
maksud penulis? Misalnya menyampaikan maklumat (kenyataan, berita,
fakta dan seumpamanya) dengan jelas; dan/ atau menyampaikan perasaan
penulis (marah, hairan, sedih, suka , simpati, takut dan seumpamanya)
dengan betul.
iii. Adakah pelajar membaca dengan intonasi, tekanan, jeda dan unit-unit
makna yang betul dan sesuai menurut isi/ tema teks yang dibaca?
iv. Adakah pelajar menggunakan tanda bacaan yang betul dan berkesan?

Selepas seseorang pelajar membaca, guru perlu pula merumuskan keseluruhan


tanggapannya terhadap bacaan pelajar secara keseluruhannya. Pada tahap ini,
pemarkahan boleh dilakukan dengan menggunakan skala ukuran global 5  – mata
seperti yang berikut:

Markah/
Gred  Penilaian

5 (A) Cemerlang
Bacaan yang tepat, jelas, lancar dan berkesan. Tidak ada kesalahan sebutan dan intonasi.
Penuh keyakinan dan selesa.

4 (B) Baik
Bacaan yang hampir tepat dari segi segala aspek penting.

3 (C) Sederhana
Bacaan yang masih jelas, tetapi dengan suara yang mendatar dan agak membosankan.
Sedikit kesilapan.

2 (D) Lemah
Bacaan yang kurang jelas, terdapat beberapa kesalahan sebutan, intonasi dan jeda.
Menunjukkan kurang kefahaman terhadap apa-apa yang dibaca.

Sangat Lemah
1 (E) Bacaan yang tidak jelas, terhenti-henti atau tergagap-gagap. Banyak kesalahan sebutan,
intonasi dan jeda. Tidak menunjukkan kefahaman terhadap apa-apa yang dibaca. Susah
hendak difahami oleh penguji. Sangat mengecewakan kedua-dua pihak (pelajar dan
penguji).

  15
 

Latihan 6
1. Kenapakah kemahiran bacaan lisan ini seharusnya diberikan
penekanan yang cukup oleh guru sama ada dari segi pengajaran,
latihan dan pengujiannya?  
2. Dalam bacaan lisan, bolehkah soalan kefahaman diajukan kepada
pembaca dan diberi markah?  

ii. Kemahiran Bercakap


Beberapa teknik yang biasa digunakan oleh para penguji bagi mengukur
kemahiran pelajar-pelajar bercakap adalah seperti berikut:
(a) Berbual menurut tajuk.
(b) Berucap menurut topik/tema.

a. Berbual Menurut Tajuk 


Seperti ujian bacaan lisan, ujian perbualan hendaklah dijalankan dalam sebuah
bilik berasingan yang bebas daripada sebarang gangguan bunyi bising. Perbualan
hendaklah berdasarkan sesuatu tajuk yang dirasai sesuai bagi peringkat pelajar. Bagi
peringkat sekolah menengah rendah, tajuk perbualan yang berkaitan dengan rumah dan
keluarga, sekolah, hobi, makanan, permainan dan sukan, hari jadi, lawatan, binatang
belaan, kawan, buku cerita, majalah, program radio, televisyen, filem dan
seumpamanya, biasanya menarik minat dan membolehkan pelajar bercakap dan
berbual. Tujuan kita memberi sesuatu tajuk itu ialah sebagai rangsangan atau stimulus
bagi pelajar mula bercakap dan berbual dalam Bahasa Melayu. Tujuan utama kita ialah
hendak mendengar bahasa pertuturannya, dan bukan menguji pengetahuan atau
kepakarannya mengenai sesuatu tajuk.
Bagi peringkat sekolah menengah atas pula, tajuk yang berkaitan dengan peristiwa
semasa, perkara yang menarik minat pada peringkat negara, aktiviti di sekolah dan di
luar sekolah yang berhubung dengan kehidupan remaja dianggap lebih sesuai bagi
pelajar yang agak dewasa. Yang berikut adalah beberapa contoh tajuk untuk ujian
perbualan pada peringkat sekolah menengah atas:

  16
 

1. Gejala „gangsterism‟ di kalangan remaja pada masa ini.  


2. Nasib Bahasa Melayu kita pada tahun 2020.
3. Faedah melayari internet.
4. Negara di seberang laut yang saya suka lawati.

Bagi temu ramah atau perbualan, sebaik-baiknya seorang penguji atau penemuramah
itu dibantu oleh seorang yang lain. Sambil seseorang penemuramah berbual dengan
pelajar yang diuji, penguji seorang lagi itu akan mendengar, memerhati, memberi
markah dan menilai pertuturan pelajar. Penguji yang berbual, tugasnya semata-mata
membawa pelajar berbual; dan yang seorang lagi, tugasnya semata-mata sebagai
pengukur dan penilai. Terdapat dua jenis skim pengagihan markah yang boleh dipilih
oleh para guru apabila mendengar seseorang pelajar itu berbual dalam ujian bertutur
iaitu:
(a) secara tanggapan yang menyeluruh, atau
(b) secara terperinci yang meneliti subkemahiran penting yang berkaitan
dengan bahasa pertuturan.

Skim Pemarkahan Secara Tanggapan Menyeluruh


Selepas mendengar seseorang pelajar itu bercakap melalui perbualan, seseorang
penguji itu akan cuba mendapatkan satu ukuran tentang kemahiran seseorang pelajar
itu bertutur. Dengan menggunakan skala 6 mata, penguji akan meletakkan taraf
kemahiran pelajar bertutur pada skala yang difikirkannya paling sesuai berdasarkan
tanggapannya pada keseluruhan pertuturan pelajar dalam perbualan tersebut.

  17
 

6 (A) Cemerlang 
Pertuturan setaraf dengan penutur jati yang terdidik. Cukup senang dan fasih menggunakan
Bahasa Melayu bagi tajuk yang diperbualkan.

5 (B) Baik
Sungguhpun tidak sebaik penutur jati, dia bertutur dengan jelas. Dia tidak mengalami
sebarang masalah memahami Bahasa Melayu dan boleh berbuat dengan senang tanpa
masalah.

4(C Memuaskan
Perbualan yang memuaskan dan tidak merupakan banyak masalah bagi penutur jati
memahaminya. Terdapat sedikit kesilapan tatabahasa, perbendaharaan kata dan
penyebutan, tetapi masih boleh berbual dengan senang tentang tajuk. Sekali-sekala dia
terpaksa membetulkan kesilapannya, tetapi tidak memberikan banyak masalah untuk
memahaminya.

Kurang Memuaskan
3 (D)) Sungguhpun kadangkala bahasa lisannya agak memuaskan, tetapi kadang-kadang penutur
 jati mengalami beberapa masalah berhubung dengannya. Dia terpaksa mengulang-ulang
frasa dan ayat sebelum difahami.

Lemah
2 (E) Susah hendak difahami oleh penutur jati; dan pelajar juga susah hendak memahami
percakapan penutur jati. Perbualan sangat terhad. Terdapat banyak kesilapan fonologi,
tatabahasa dan perbendaharaan kata.

Sangat Lemah 
1 (F) Terlalu sukar hendak difahami atau memahami pertuturan tentang apa -apa tajuk sekalipun.

Skim Pemarkahan Secara Terperinci.  


Bagi ujian yang bercorak formatif dan yang dijalankan oleh guru bagi tujuan diagnostik,
iaitu untuk melihat kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar dalam subkemahiran
penting, skim pemarkahan secara terperinci adalah lebih berguna. Menurut skim ini,
setiap subkemahiran penting yang berhubungan dengan pertuturan dalam perbualan
akan diteliti dan diukur menurut skala 6 mata yang telah ditentukan bagi tatabahasa,
perbendaharan kata, pemahaman, kelancaran dan keteloran.

  18
 

Tatabahasa (i) Hampir semua tatabahasa tidak tepat, melainkan frasa biasa.
(ii) Sentiasa membuat kesilapan, menunjukkan penguasaan yang sangat terbatastentang
pola utama tatabahasa dan kerapkali menjejaskan komunikasi.
(iii) Kerapkali membuat kesilapan kerana belum dapat menguasai pola utama tatabahasa.
Ini mengganggu komunikasi dan pemahaman.
(iv) Kadangkala membuat kesilapan yang menunjukkan kurang tepat penguasaan tentang
pola-pola tertentu, tetapi bukan kelemahan yang boleh menjejaskan pemahaman.
(v) Sedikit kesilapan, tanpa pola yang boleh menjejaskan pemahaman.
(vi) Tidak lebih daripada dua kesilapan dalam keseluruhan perbualan.

Perbendaharaan (i) Tidak cukup perbendaharaan kata walaupun untuk perbualan yang senang.
Kata (ii) Perbendaharaan kata terhad kepada bidang asas tentang diri dan kehidupan
sehari-harian (keluarga, rumah, makanan dan lain-lain).
(iii) Penggunaan perkataan kadangkala tidak tepat. Perbendaharaan kata yang
terhad menghalang perbualan tentang tajuk.
(iv) Perbendaharaan kata berkaitan dengan tajuk perbualan memuaskan. Ini
membolehakan pelajar berbual dan berbincang.
(v) Perbendaharaan kata berkaitan dengan tajuk perbualan adalah luas dan tepat.
(vi) Perbendaharaan kata pelajar adalah setepat dan seluas perbendaharaan kata
seorang penutur jati yang terdidik.

Pemahaman (i) Sangat sedikit walaupun perbualan yang paling senang.


(ii) Hanya boleh memahami percakapan yang disampaikan secara perlahan.
Sentiasa meminta kata-kata diulang semula.
(iii) Boleh memahami percakapan yang disampaikan dalam bentuk yang agak senang
atau ringkas dan kerapkali memerlukan ulangan di sana sini.
(iv) Boleh memahami percakapandlam perbualan dengan baik. Tetapi sekali-sekala
meminta kata-kata diulang semula.
(v) oleh memahami keseluruhan perbualan, melainkan jika terdapat bahasa idiomatik;
atau kata-kata yang disebutkan dengan laju, atau yang tidak disebutkan dengan jelas.
(vi) Boleh memahami keseluruhan perbualan dengan baik, sama ada dalam Bahasa
Melayu standard atau bahasa kolokial/idiomatic yang biasa dituturkan oleh seorang
penutur jati yang terdidik.

Kelancaran i) Pertuturan terhenti-henti dan tersekat-sekat. Tidak memungkinkan berlaku perbulan.


ii) Pertuturan sangat lambat dan tidak licin, melainkan bagi ayat-ayat yang pendek dan
biasa.
iii) Pertuturan tersangkut-sangkut dan terdapat ayat yang tidak lengkap.
iv) Kadangkala pertuturan tersangkut-sangkut dan mengulang-ulang kata atau frasa.
v) Pertuturan yang biasa (natural) dan licin, tetapi tidak semahir penutur jati.
vi) Pertuturan dalam keseluruhan perbualan semahir seorang penutur jati

  19
 

b. Berucap Mengikut Topik / Tema 


Teknik ini mungkin boleh digunakan bagi peringkat sekolah menengah sahaja.
Menurut teknik ini, pelajar diberi pilihan beberapa topik yang sesuai dan menarik.
Seseorang pelajar akan memilih satu topik daripada pilihan yang diberikan, dan diberi
masa satu atau dua hari bagi menyediakan ucapan pendeknya berkaitan dengan topik
yang dipilih. Teknik ini mempunyai risiko atau bahaya kerana seseorang pelajar itu
mungkin akan menghafalkan keseluruhan ucapannya.
Bagi memberi markah dan mengukur kemahiran pelajar bertutur menggunakan teknik
berucap menurut topik ini, skim pemarkahan secara tanggapan menyeluruh atau skim
pemarkahan secara terperinci bolehlah digunakan dengan sedikit perubahan.

iii. Kemahiran Bertutur/ Berinteraksi


a. Temubual/ Temuduga
Teknik temubual atau temuramah dalam menilai kemahiran bertutur ini
memberi peluang yang lebih bebas kepada pelajar untuk bertutur dengan menggunakan
kecekapan berbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang
sebenar, iaitu wujud interaksi di antara si penemuramah atau penemuduga (guru)
dengan pelajar. Guru dapat melihat kebolehan sebenar pelajar dalam menggunakan
bahasa yang mereka pelajari itu secra lisan dalam konteks yang hampir-hampir natural

Cara pelaksanaannya:
Situasi

  Wujudkan situasi yang tenang supaya


pelajar boleh berinteraksi secara berterusan
dalam keadaan selesa.
  Pada peringkat awal guru perlu mewujudkan
„rapport‟ yang baik dengan pelajar.  
  Soalan-soalan yang sesuai adalah seperti:

“Apa khabar?”, “Di manakah kamu tinggal”, “Berapa orang adik beradik kamu?”, Kamu
anak yang keberapa?”, dan sebagainya.  
  Temubual ini hendaklah berjalan dengan lancar, iaitu sebaiknya tidak
berlaku suasana terdiam seketika seolah-olah telah kehilangan idea,
yang akan menyebabkan pelajar berasa sereba salah dan panik.

  20
 

Soalan

  Guru hendaklah menyediakan pelbagai


soalan dan menggunakan teknik penyoalan
yang berbeza supaya interaksi boleh
berterusan dan pelajar boleh menghasilkan

   Soalan-soalan juga hendaklah seimbang dari segi tahap kesukarannya.


Sebaiknya, kesukaran soalan disesuaikan dengan keadaan pelajar dan
diajukan secara berperingkat iaitu dari soalan mudah diikuti dengan
soalan yang susah. Soalan mudah dan sukar itu boleh juga diselang-
selikan supaya pelajar tidak bosan dan yakin diri.

   Guru sebaiknya bersikap luwes (flekxible)semasa menjalankan sesi


temubual atau temuduga ini.

Penyertaan
   Dua orang pelajar boleh berinteraksi dalam satu sesi. Ini lebih realistik
kerana dalam kehidupan seharian orang berkomunikasi bukan sahaja
dalam suasana “seorang lawan seorang” tetapi juga di dalam kumpulan .  
   Guru juga boleh melihat bagaimana kebolehan pelajar-pelajar itu
bertukar-tukar pendapat , berhujah, bertolak ansur dan bersedia
menerima buah fikiran orang lain, serta mengesan nilai ketasusilaan
bahasa yang digunakan.

Kesimpulannya, melalui temubual atau temuduga, kemahiran seseorang dalam


menggunakan bahasa pertuturan dapat dilihat dengan jelas. Dengan itu subkemahiran
bertutur itu dapat dinilai dengan mudah.

  21
 

b. Main Peranan
Teknik juga boleh dijalankan untuk menguji kemahiran bertutur. Guru perlu
memikirkan situasi-situasi tertentu yang memerlukan pelajar memainkan peranan-
peranan tertentu dan menerangkannya dengan jelas sebelum menyuruh melakonkan
apa yang diarahkan. Penilaian ini boleh dijalankan secara individu atau secara
berpasangan. Contoh:

   Guru berperanan sebagai seorang kaki tangan pejabat pos dan pelajarnya yang
hendak diuji berperanan sebagai seorang pelanggan yang hendak mengeposkan
surat berdaftar. Guru menyuruh pelajar berlakon sebagai pelanggan dan
berkomunikasi dengannya, seolah-olah seperti situasi di pejabat pos yang
sebenarnya. Dalam interaksi itu guru mestilah juga memainkan peranannya
secara „natural‟ supaya pelajar tidak berasa gentar.  
   Pilih dua orang pelajar, tentukan peranan masing-masing, misalnya pelajar A
sebagai doktor dan pelajar B sebagai seorang bapa yang hendak mengetahui
keadaan anaknya yang berada di Unit Rawatan Rapi. Minta kedua-dua pelajar
itu melakonkan peranan masing-masing secara spontan.

Teknik ini dapat melihat pelajar menggunakan bentuk dan ragam bahasa yang sesuai
mengikut situasi, lantas dapat menilai subkemahiran bertutur sebagaimana yang telah
dinyatakan sebelum tadi.
Sumber: Raminah Hj Sabran (1991: 103-104)

IV. Kemahiran Penggunaan Bahasa Secara Lisan


Menguji kemahiran penggunaan bahasa secara lisan ini boleh merangkumi
bidang-bidang kognitif seperti:
a. Memberi definisi kepada sesuatu perkataan.
Bahan / Soalan
  Senaraikan beberapa jenis objek yang ada kaitan dengan minat pelajar.

  22
 

  Soalan-soalan yang boleh digunakan ialah:


i. Apakah benda ini?
ii. Ceritakan apa yang kamu tahu mengenai benda ini?
iii. Bolehkah kamu terangkan lagi?
Langkah-langkah yang diambil
  Guru mencatat jawapan yang diberi oleh pelajar.  
  Semasa mencatat jawapan, guru harus memberi perhatian terhadap
sambutan yang boleh dimasukkan di dalam kategori:  
i. label atau pengelasan objek itu.
ii. warna
iii. bentuk atau ciri-ciri fizikal
iv. fungsi
v. perbandingan yang dibuat, sama ada persamaan atau perbezaan dengan
benda-benda lain.

Cara Pemarkahan

Markah Sambutan
5 Jawapan yang mengandungi kesemua pembahagian yang
disebut tadi.
4 Mengandungi 4 kategori sahaja.
3 Mengandungi 3 kategori sahaja.
2 Mengandungi 2 kategori sahaja.
1 Mengandungi 1 kategori sahaja.
0 Tidak sesuai.

Jadual 5: Pemarkahan Ujian Memberi Definisi/ Konsep

b. Mengukur Kualiti Pemikiran 


Bahan / Soalan
  Sediakan beberapa keping gambar atau lukisan yang menunjukkan

aktiviti atau pergerakan.


  Tunjukkan gambar atau lukisan itu kepada pelajar.

  Soalan-soalan yang mungkin ditanya ialah:


i. apakah yang berlaku di dalam gambar ini?

  23
 

ii. Bolehkah kamu ceritakan apakah yang kamu lihat di dalam


gambar ini?

Langkah-langkah yang diambil


  Tanyakan soalan pertama kepada pelajar. Jikalau jawapannya terlalu
kabur, beri soalan kedua ( atau soalan-soalan lain yang agak lebih
sesuai lagi). 
  Catat semua soalan. 

Cara Pemarkahan

Markah Sambutan
3 Markah untuk jawapan yang sangat terang dan bersesuaian
dengan rangsangan yang diberi.
2 Markah untuk jawapan yang kurang jelas atau kurang tepat.
1 Markah untuk pelajar yang mencuba tetapi tidak betul.
0 Untuk pelajar yang tidak mencuba langsung.

Jadual 6 : Pemarkahan Mengukur Kualiti Pemikiran

c. Kebolehan Mengeluarkan Pendapat, Membuat Inferensi dan Penilaian.


Bahan/ Soalan
  Bahan yang sama yang digunakan untuk mengukur kuali pemikiran.  
  Soalan-soalan yang diberi seelok-eloknya yang dapat menolong pelajar-
pelajar untuk bercerita, seperti: 
i. Pada fikiran kamu, apakah yang berlaku sebelum atau selepas
kejadian dalam gambar ini.
ii. Apakah agaknya pendapat kawan kamu tentang apa yang telah
terjadi itu?
iii. Apakah akan terjadi jikalau kamu berkelakuan seperti itu?

  24
 

Cara Membuat Penilaian


Guru boleh menggunakan cara penilaian yang digunakan bagi mengukur
kualiti pemikiran. Dalam masa yang sama guru boleh melihat kebolehan
pelajar membrntuk ayat berdasarkan penggunaan sintaksis yang betul.
Sumber: Azman Wan Cik (1987 : 28-31)

d. Menceritakan semula sesuatu cerita/ petikan


   Guru membacakan petikan cerita pendek.  
   Pelajar diminta mendengarnya dengan teliti.  
   Pelajar menceritakan semula cerita tersebut dengan menggunakan
perkataan dan ayat sendiri. 

Atau
   Guru memberi petikan yang telah disediakan kepada pelajar.  
   Pelajar membaca secara senyap.  
   Pelajar menceritakan semula cerita yang telah dibaca dengan
menggunakan perkataan dan ayat sendiri.  
   Teknik ini boleh dilakukan untuk mengukur kecekapan mendengar dan
memaham sekiranya petikan itu dibacakan. Begitu juga, teknik ini
boleh mengukur kecekapan membaca dan memaham jika petikan itu
diberikan kepada pelajar untuk dibaca.
   Teknik ini secara keseluruhannya dapat menguji kecekapan
menggunakan perkataan dan membentuk ayat-ayat serta
mengucapkannya dengan sebutan, nada, tekanan, hentian, intonasi
dan gaya bercerita yang sesuai.  

e. Membuat penjelasan atau pemerian tentang sesuatu


   Teknik ini boleh dijalankan dengan menggunakan alat-alat rangsangan
seperti gambar, peta, graf,
Objek, model, petikan, filem, resepi dan
sebagainya .

    Pelajar diberi masa beberapa25minit untuk


meneliti alat-alat tersebut kemudian
menjelaskan sesuatu yang berkaitan
 

mengenainya dengan menggunakan bahasa mereka sendiri.


  Pelajar
 diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan
menjelaskan sesuatu tentangnya.
Contoh: Beri gambaran tentang sebuah pulau peranginan yang cantik di
Malaysia yang kamu ingin pergi bercuti.
  Teknik ini boleh menilai kecekapan bertutur secara spontan, tanpa

dibimbing dengan rapi oleh guru. 


Sumber: Raminah Hj Sabran (1991:101-103)

3. Pemarkatan Ujian Bertutur


Terdapat dua cara pemarkatan ujian bertutur iaitu secara objektif dan secara
holistik.
i. Objektif
Bentuk-bentuk soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar memberi gerak
balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek
seperti bertutur berdasarkan gambar, atau menjawab soalan-soalan pendek
yang mudah, ataupun menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka
dengan sebutan dan intonasi yang betul. Untuk menentukan markat yang sesuai
dengan pelajar, senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakan
markat pelajar bagi setiap gerak balas yang mereka berikan itu, pada ruang-
ruang yang disediakan .

Contoh: Senarai Semak untuk Pemarkatan


Nama :
Bahagian No. Gambar No. Soalan Markat
2 1 0
1
 A 2

  26
 

3 J=
1
B 2
3 J=

Catatan: Nilai markat


2- bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan
tatabahasa.
1- jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan, intonasi atau
tatabahasa.
0 - jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa juga
menunjukkan kesalahan yang ketara.
ii.` Pemarkatan Secara Holistik
Pemarkatan secara holistik ini dilakukan dengan memberi markat secara
keseluruhan kepada kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh pelajar. Kemahiran
pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi
setiap pecahan itu. Semasa pelajar bertutur atau menjawab soalan guru mendengar
dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan. Kemahiran yang dipecahkan tadi
boleh dibahagikan kepada lima komponen yang besar iaitu sebutan, kefahaman,
ketatabahasaan, keluasan perbendaharaan kata dan kelancaran pertuturan. Setiap
komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan perlu
ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan.  

Markat Sebutan Kefahaman Ketatabahasaan Perbendaharaan Kelancaran


Kata

Menepati Menunjukkan Menggunakan Perbendaharaan Bertutur dengan


5
sebutan BM daya kefahaman ayat-ayat yang kata yang lancar dan
baku; tidak yang tepat dan tepat dari segi digunakan adalah dengan gaya
menunjukkan cepat. Dapat tatabahasa. Ayat luas dan menepati yang sesuai dan
sebarang memberi gerak mendukung konteks. menarik.
pengaruh dialek balas dengan pengertian yang
daerah atau tepat dan pantas.  jelas/ bermakna.
bahasa ibunda.

Terdapat Menunjukkan Terdapat Perbendaharaan Bertutur dengan


4
kesalahan- daya kefahaman kesalahan tetapi katanya agak lancar tetapi
kesalahan yang baik tetapi tidak begitu luas. Terdapat terdapat
sebutan tetapi kurang sedikit serius. Ayat-ayat kesalahan tetapi kelemahan yang
tidaklah begitu daripada di atas. masih jelas kesalahan itu tidak ketara.
serius dan mendukung tidak begitu
banyak. pengertian. ketara.

  27
 

3 Terdapat Menunjukkan Terdapat Perbendaharaan Sederhana


kesalahan daya kefahaman kesalahan- kata tidak begitu kelancarannya.
sebutan yang yang sederhana. kesalahan meluas tetapi ia Terdapat
agak ketara atau Boleh memberi tatabahsa yang boleh sedikit -sedikit
menunjukkan gerak balas agak jelas tetapi menggunakannya gangguan tetapi
pengaruh dialek tetapi agak secara dengan betul. tidak menonjol.
daerah dan lambat dan keseluruhan,
bahasa ibunda. kurang tepat. ayat-ayat masih
dapat difahami.

2 Terdapat banyak Menunjukkan Terdapat Perbendaharaan Pertuturan tidak


kesalahan atau daya kefahaman kesalahan yang kata terbatas; lancar, terdapat
memperlihatkan yang amat banyak dan terdapat banyak
pengaruh dialek rendah. Lambat menunjukkan kesalahan- gangguan dan
yang nyata. memberi gerak penguasaan kesalahan dari gaya yang
balas dan kurang yang agak segi penggunaan kurang menarik.
tepat. minimum. dalam ayat.

Menunjukkan Menunjukkan Terdapat banyak Perbendaharaan  Amat sukar


penguasaan daya kefahaman sekali kesalahan katanya amat untuk bertutur,
sebutan yang yang amat sehingga terbatas dan lambat dan
1 amat minimum, rendah. Lambat pertuturannya terdapat pula tergagap-gagap.
iaitu hanya boleh memberi gerak amat sukar kesalahan-
menyebut balas dan tidak difahami. kesalahan
sahaja. tepat. penggunaan.

0 Langsung tidak Langsung tidak Langsung tidak Hanya Hanya bertutur


boleh menyebut menunjukkan menunjukkan mengetahui dengan
dengan betul. daya kefahaman. penguasaan sepatah dua menggunakan
bahasa. perkataan sahaja. sepatah dua
perkataan.

Jadual 7: Skala Pemarkatan Kemahiran Bertutur

Sumber: Raminah Hj Sabran ( 1991: 110 


Rumusan
Jelas sekali perbincangan di atas memberi kesimpulan bahawa kemahiran bertutur
merupakan suatu kemahiran mendengar, memaham, membaca dan menulis. Kenapa
dikatakan demikian? Ini adalah kerana kemahiran lisan itu sendiri melibatkan banyak
subkemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang penutur, di samping memerlukan juga
penguasaan aspek-aspek bahasa yang lain seperti perbendaharaan kata, tatabahasa,
ciri-ciri paralinguistik dan ketatasusilaan bahasa . Oleh yang demikian untuk menilai
kemahiran bertutur, guru perlu menimbangkan banyak aspek. Antara lainnya ialah
sebutan, intonasi, kefahaman, keluasan perbendaharaan kata, ketepatan tatabahasa,
kelancaran, kepantasan dan kesesuaian dengan konteks pertuturan.

  28
 

Latihan 7
1. Pilih salah satu teknik menilai kemahiran bertutur. Tunjukkan
perkara-perkara berikut semasa menyedia dan menjalankan ujian
tersebut. 
a. cara menyediakan ujian  
b. aplikasi ujian tersebut kepada pelajar anda  
c. buat refleksi tentang kelebihan dan kelemahan ujian tersebut.  

7.2.3  Penilaian Kemahiran Membaca

i. Bacaan Senyap

i. Bacaan Senyap

Bacaan senyap berbeza dengan bacaan lisan/nyaring dari segi fungsinya dalam
komunikasi. Bacaan lisan atau nyaring bertujuan bagi menyampai atau menyalur
komunikasi, sementara tujuan bacaan senyap ialah bagi menerima komunikasi. Sama
ada bacaan senyap itu dilakukan oleh seseorang bagi tujuan khusus seperti membaca
buku teks atau bagi keseronokan seperti membaca buku cerita, kefahaman adalah
aspek yang paling penting dalam bacaan dan menjadi teras bacaan senyap. Aspek
kefahaman bacaan pernah dimaksudkan sebagai „memahami pemikiran penulis‟,
„memahami bahan bertulis‟, „menerima komunikasi‟ atau „menyedut maklumat daripada
teks‟. Jadi, tujuan utama kita menguji kemahiran membaca secara senyap ialah menguji
aspek kemahiran memaham dalam bacaan tersebut.

  29
 

Teknik Menguji Kefahaman Bacaan Senyap  

Teknik yang boleh digunakan bagi menguji kefahaman bacaan senyap adalah seperti
yang berikut.

(a) Penyoalan Secara Terbuka


(b) Aneka Pilihan
(c) Pilihan Benar – Tak Benar
(d) Teknik Kloz.

Penyoalan Secara Terbuka

Teknik menggunakan penyoalan secara terbuka, memerlukan pelajar


menjawab soalan kefahaman bacaan dengan menggunakan bahasa sendiri. Ini
bermaksud, selain menjawab keperluan sesuatu soalan, pelajar terpaksa menggubal
ayat dan menggunakan bahasa menurut tatabahasa yang betul dan perbendaharaan
kata yang tepat. Pendek kata, teknik ini mencabar daya luahan pelajar dan jelas boleh
menunjukkan kefahaman pelajar tentang kehendak soalan berhubung dengan bahan
yang dibaca. Oleh sebab itu, teknik ini biasanya digunakan oleh guru bahasa dalam
latihan menjawab kefahaman bacaan, dan dalam ujian formal yang bercorak formatif
dan diagnostik.
Yang berikut adalah contoh cara menggubal soalan-soalan kefahaman secara terbuka:

Peringkat literal
Misalnya;
(i) Apakah
……………………………………………………? 
(ii) Siapakah
…………………………………………………?  
(iii) Bilakah ………………………………………… ? 
(iv) Di manakah
……………………………………………………?  

Peringkat kritis / kreatif   Peringkat tafsiran/interpretasi


Misalnya: Misalnya:
(i) Bincangkan secara kritis Soalan kefahaman (i) Mengapakah
……………………………………?  secara terbuka …………………………………? 
(ii) ……………………………Bahaskan.   (ii) Bagaimanakah
…………………………………? 
(iii) Bahaska (iii) Jelaskan
……………………………………? 
  …………………………………?  
30
(iv) Apakah kesimpulan (iv) Terangkan
……………………………………?  …………………………………? 
(v) Buat kesimpulan tentang (v) Bandingkan
…………………………………..? 
 

Aneka Pilihan

 Ada pendapat di kalangan para guru bahasa yang mengatakan bahawa teknik
penyoalan dalam bentuk aneka pilihan tidak mempunyai sebarang nilai dari segi
pendidikan bahasa. Ini adalah disebabkan, teknik ini tidak menggalakkan daya luahan
dan penggubalan bahasa dari pihak pelajar. Selain itu, teknik tersebut juga
menggalakkan pelajar meneka dalam usaha mencari jawapan yang betul. Apakah
pendapat anda pula? Jenis soalan aneka pilihan ini telahpun dibincangkan dalam tajuk
penaksiran dan penilaian. Anda boleh merujuk tajuk tersebut.

Teknik Kloz
 Anda telahpun membaca teknik kloz dalam tajuk penaksiran dan penilaian
tentang jenis- jenis pembinaan item . Secara rumusannya, ujian kloz meminta pelajar
mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oeh guru/penguji dalam
sesuatu keratan bacaan. Pelajar diminta melihat dan membaca kerataan itu secara
keseluruhannya terlebih dahulu. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas
teks itu keseluruhannya, baharulah mereka akan mencuba mengisi tempat yang
dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks
tersebut.

Latihan 8
1.  Anda hendak menggunakan teknik kloz untuk menguji kefahaman
bacaan pelajar anda. Tunjukkan perkara-perkara berikut dalam
penyediaan kloz tersebut.  
d. cara memilih keratan bacaan.
e. Cara membina item kloz  
f. Contoh soalan kefahaman bacaan menggunakan ujiankloz  
g. Cara mentadbir ujian kloz  
h. Cara memberi markah 
i. Cara mentafsir markat  

  31
 

Meringkaskan karangan
Sebenarnya pendapat penguji bahasa tentang ringkasan karangan sebagai
latihan dan ujian kefahaman membaca adalah agak berbeza. Julian Dakin (1973)
misalnya pernah mengutarakan ringkasan karangan adalah sebagai satu latihan atau
ujian yang boleh mengukur kefahaman bacaan pelajar. Namun demikian, J. B. Heaton
(1979) kurang menyokong kerana menurut beliau meringkaskan karangan melibatkan
kedua-dua kemahiran, iaitu kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Biasanya,
pelajar dikehendaki membaca sesuatu keratan bacaan secara senyap, memahaminya,
dan menuliskannya semula dalam satu bentuk ringkasan yang panjangnya lebih kurang
satu pertiga daripada keratan asalnya. Dengan demikian, meringkaskan keratan
bacaan, fokus dan objektif pengujian ialah ke atas idea utama dan isi penting dalam
pembacaan. Pelajar perlu menjawab atau menulis kerana dalam teknik tersebut, itu
sahajalah tindak balas yang sesuai yang menjadi saluran komunikasi dan asas bagi
guru menilai kefahaman pelajar mengenai sesuatu bahan yang mereka telah baca.
Maksudnya, dalam usaha meringkaskan karangan, seorang pelajar tidak mungkin dapat
menghasilkan sesuatu ringkasan yang baik dan bernas, sekiranya dia tidak faham apa
yang dibacanya, menangkap idea dan isi penting dan menuliskannya semula dalam
satu bentuk ringkasan yang masih tepat tentang keratan bacaan yang asalnya.
Tegasnya, meringkaskan karangan adlah sesuai untuk menguji kefahaman bacaan.

7.2.3 Penilaian Kemahiran Menulis

Kedua-dua kemahiran asas bahasa, iaitu


pertuturan dan penulisan dianggap sebagai
kemahiran menghasil dan menyampaikan
komunikasi.

 Antara kedua-dua kemahiran ini, menulis lebih sukar dari segi pengajaran dan
penguasaannya. Pelajar biasanya mendapatkan lebih pendedahan, latihan dan
penggunaan kemahiran bercakap (dalam situasi tak formal atau formal) jika
dibandingkan dengan bidang penulisan.

  32
 

Mengapakah Penulisan Perlu Diuji?


Kemahiran menulis amat penting dalam dunia moden. Ini jelas kelihatan dalam
dunia persekolahan, pekerjaan dan sosial. Misalnya, dalam dunia persekolahan,
kemahiran menulis diperlukan dan diuji secara formal atau tak formal bukan sahaja
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi dalam hampir kesemua subjek dalam
kurikulum sekolah bagi hampir kesemua mata pelajaran sekolah, para pelajar
memerlukan kemahiran menulis bagi menjawab soalan jenis esei, selain menjawab
soalan yang jenis objektif.

.
Pada peringkat pengajian tinggi kemahiran tersebut menjadi amat penting
kerana para pelajar menyediakan tugasan dalam bentuk esei, laporan atau tesis. Dalam
dunia pekerjaan, kemahiran menulis juga tidak kurang pentingnya. Selain keperluan
mengisi boang rasmi, kemahiran ini diperlukan juga dalam surat-menyurat atau laporan
tahunan jabatan dan seumpamanya. Bagi kebanyakan orang, dalam dunia sosialnya
 juga mereka memerlukan kemahiran menulis surat (rasmi atau tak rasmi) apabila
memohon sesuatu, mengisi berbagai-bagai jenis borang dan lain-lain lagi.

Keperluan kemahiran menulis ini memang disedari oleh para pendidik bahasa. Melalui
sukatan pelajaran bahasa (dari sekolah rendah hingga ke menengah), kita cuba
mengajar dan melatih pelajar dengan berbagai-bagai jenis penulisan seperti menulis
karangan, surat kiriman (rasmi dan tak rasmi), menulis ucapan, laporan, minit
mesyuarat, pengumuman, kenyataan, notis, dialog, cerpen, pantun dan sajak.

Oleh kerana kemahiran menulis itu dianggap amat penting dalam dunia persekolahan,
pekerjaan dan sosial, aspek pengajaran dan penilaiannya seharusnya diberikan
penekanan yang secukup-cukupnya. Pendekatan dan kaedah pengajaran kemahiran

  33
 

menulis hendaklah sistematik dan membina asas yang kukuh untuk berbagai-bagai
subkemahiran penting yang berkaitan dengan kemahiran tersebut.
Ujian Karangan Bahasa Melayu
Dalam proses ujian karangan, pelajar dapat menunjukkan kebolehannya secara
keseluruhan. Biasanya, di dalam proses ujian ini pelajar-pelajar berfikir tentang apa
yang akan diperkatakan, lantas melahirkan buah fikiran sebaik-baiknya.
Bentuk soalan karangan sebagai alat ujian yang biasa dikemukakan kepada pelajar-
pelajar dalam peperiksaan kebangsaan adalah seperti berikut:

i. Bebas dan terbuka


Bentuk ini memberi kebebasan yang luas kepada pelajar. Mereka hanya diberi
tajuk-tajuk untuk dipilih. Contohnya seperti di dalam kertas-kertas ujian Bahasa Melayu
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kertas I dan Kertas II (PMR). Dalam soalan jenis ini,
pelajar dikehendaki mengutip dan memilih isi dan idea daripada pengetahuan sendiri,
lalu menyusun idea dan isi itu dan seterusnya menuliskannya dengan cara yang logis
dan dapat difahami.

Contohnya: Kegiatan Lumba Haram di kalangan Remaja Kota Hari Ini.

ii. Sambutan diperluaskan


Bentuk soalan ini memerlukan pelajar memperluaskan atau memperkembangkan
satu-satu idea. Misalnya, satu tajuk karangan yang bahagian permulaan atau akhir
cerita diperturunkan dan pelajar dikehendaki menulis karangan berdasarkan permulaan
atau akhir cerita itu.

Contohnya:

a) Semalam orang kerajaan tu datang. Hari ini datang lagi beberapa


orang melihat-lihat tanah Tok Penghulu itu. Kata orang tanah itu nak
diambil untuk dijadikan tapak industri kecil. Sedang aku asyik
melayan fikiranku Pak Husin menepuk tanganku…..  

  34
 

iii. Sambutan Terhad 


Soalan jenis ini agak terhad daripada segi bentuk dan juga bidang dan
menentukan bagaimana pelajar harus menjawab soalan.

Contohnya: Keburukan dan Kebaikan Membeli Barang-barang Dengan


Bayaran Ansuran.

iv. Berstruktur
Soalan jenis ini mengemukakan satu persatu berkenaan sesuatu perkara atau
proses sehingga menjadi satu keseluruhan perkara atau proses tersebut.

Contohnya: Televisyen adalah

-  menjadi alat hiburan;


-  menambah pengetahuan;
-  menjadi sahabat orang kesunyian;
-  menggalakkan keganasan;
-  dan mengubah sikap manusia.

Tulis sebuah karangan mengenai kebaikan dan keburukan televisyen seperti


yang dinyatakan di atas.

v. Berpandu 
Soalan jenis ini lazimnya menggunakan bahan rangsangan seperti gambar, peta,
carta dan lain-lain. Pelajar-pelajar dikehendaki menjawab soalan atau menulis
karangan berdasarkan bahan-bahan rangsangan yang disediakan. Selain itu,
ada juga digunakan rangka karangan sebagai rangsangan.
Contohnya:
“Kepentingan Pusat Sumber Kepada Pelajar”.  
Tulis sebuah karangan mengenai tajuk ini dari segi:

  35
 

a) tujuan dibina
b) aktiviti-aktiviti yang dijalankan
c) faedah-faedah

Ujian Penulisan Bahasa Melayu dalam Bilik Darjah

Ujian penulisan Bahasa Melayu dalam proses


pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di
bilik darjah tidak semestinya seratus peratus
berorientasikan bentuk soalan peperiksaan,
kecuali dalam proses pengujian semester , dan
pada peringkat tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa
Melayu.
 Akan tetapi dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu, pelajar
perlu diberi penguasaan dan kecekapan menulis daripada peringkat penggunaan
perbendaharaan kata (makna, struktur, imbuhan) dalam penulisan ayat (daripada yang
mudah hingga yang kompelks), penulisan perenggan, hinggalah ke peringkat penulisan
karangan.
Jadi, jika pelajar belum dapat mengguna dan menyusun kata untuk menghasilkan
penulisan ayat dan seterusnya penulisan perenggan dan karangan dalam Bahasa
Melayu, maka penguasaan kemahiran-kemahiran ini perlu diberikan dan diuji dengan
pelbagai bentuk soalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Dengan cara ini, guru Bahasa Melayu dapat mengesan sama ada pelajarnya sudah
menguasai kemahiran-kemahiran itu atau belum. Beberapa contoh ujian dan tekniknya
seperti berikut mungkin dapat dijalankan dalam bilik darjah.

i. Ujian Menyambung Ayat


Kebanyakan penyelidik dalam pendidikan bahasa berpendapat bahawa latihan
membuat kombinasi ayat dalam pengajaran bahasa kedua adalah satu teknik yang
dapat mempertingkatkan bukan sahaja kefasihan dan kelicinan sintaksis tetapi juga
keseluruhan mutu karangan (Vivian Zamel, 1980).
Dalam proses ujian penulisan Bahasa Melayu yang tidak formal, seperti latihan menulis
ayat-ayat dan perenggan dalam bilik darjah, latihan menggabungkan ayat ini mungkin

  36
 

boleh digunakan bagi menguji kecekapan penulisan Bahasa Melayu, terutama bagi
pelajar yang kurang cekap dalam pembinaan ayat kompeks.

Vivian Zamel juga mengemukakan teknik membuat kombinasi ayat seperti yang
dicadangkan oleh Shaughnessy (1977), iaitu dengan melatih pelajar membuat
kombinasi dan perluasan ayat dengan isyarat dan tanpa isyarat seperti berikut.

a. Kombinasi dan perluasan dengan isyarat.

Contoh: Gabungkan ayat-ayat berikut dengan penghubung yang betul.

1. Loceng jam berbunyi (selepas) (,)


2. Dia tidur semula.
b. Kombinasi dan peluasan tanpa isyarat.
1. Loceng jam berbunyi.
2. Dia tidur semula.

Latihan menulis kombinasi ayat boleh membantu pelajar memahami bahawa ayat
adalah satu dasar struktur yang boleh diberi penerangan dan bentuk konseptual yang
tersirat di dalam bentuk retorik.

ii. Ujian Menulis Ayat dan Perenggan


Sebelum pelajar menulis karangan, mereka perlu menguasai pola ayat Bahasa
Melayu dari yang mudah hingga yang kompleks. Kemahiran ini dikuasai dari peringkat
sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Pada peringkat sekolah
menengah rendah pelajar harus boleh membina dan menulis ayat seperti berikut:

1.a) Ayat Dasar dengan Frasa Minima 


Contohnya:
i. Ali guru
ii. Adik tidur

  37
 

b) Ayat Dasar (subjek/predikat/objek yang terdiri dari frasa lebih


daripada satu kata). 
i. Orang itu guru saya.
ii. Mereka suka minum kopi susu.
iii. Helang itu sedang terbang tinggi.

c) Ayat Dasar dengan Keterangan


contohnya:
i. Pada hari minggu saya bermain tenis.
ii. Saya membaca buku di perpustakaan.
iii. Mereka memotong kayu dengan gergaji. 

d. Ayat Majmuk dengan keterangan 


Contohnya:
i. Ali dan Murad memotong kayu dengan gergaji
ii. Mereka menari sambil menyanyi di dewan.
iii. Saya menulis laporan dan datatan itu dengan teliti.
iv. Kereta yang cantik itu kereta pengarah.
v. Dia berkata bahawa permohonannya berhasil.
vi. Pada waktu itu Aminah cuba meleraikan pergaduhan
anytara Mak Esah dan Mak Eton yang selalu bercakaran
kerana kenakalan anak-anak yang boleh dianggap perkara
kecil sahaja.

e. Ujian Menulis Karangan 


Sebuah karangan harus ditulis dengan bahasa yang gramatis
dalam bentuk komunikasi, sama ada pemerian, pengisahan,
pemaparan ataupun pujukan. Di samping itu, isi yang hendak
diperkatakan hendaklah disusun dan diolah dalam ayat,
perenggan, sehingga menjdi sebuah karangan yang tepat pada
tajuknya.

  38
 

Oleh yang demikian bahan-bahan rangsangan seperti gambar


bersiri, gambar tunggal, carta, senarai perbendaharaan kata,
ungkapan dan sebagainya, boleh diberi kepada pelajar untuk
memudahkan pelajar mengarang.

iii. Latihan Meringkaskan Karangan.


 Aktiviti meringkaskan karangan dapat dimulakan apabila pelajar sudah
mahir menulis karangan kerana ketika itu pelajar telahpun menguasai
penulisan ayat-ayat kompleks. Perlu diingat bahawa meringkaskan
karangan memerlukan penguasaan membina ayat-ayat kompleks untuk
mmenggabungkan ayat-ayat mudah atau ayat tunggal yang pendek-
pendek dalam sesuatu karangan itu.  
Oleh itu, meringkaskan karangan boleh dimulakan dengan aktiviti
mencari isi-isi penting dengan mencatat hal-hal pokok dalam karangan
atau petikan. Kemudian isi-isi penting itu diolah dengan ayat-ayat yang
boleh memberi maksud keseluruhan karangan tersebut dengan ringkas
dan tepat dengan maksud asalnya. Tujuan latihan ini ialah membimbing
pelajar memetik nota-nota dan siaran bagi keperluan seharian.

iv. Ujian Menulis Surat Kiriman dan bentuk-bentuk Penulisan Yang Lain
Surat kiriman, laporan, pengumuman, notis dan sebagainya adalah
penulisan yang mempunyai bentuk atau teknik tersendiri. Oleh itu,
penulisan ini boleh diuji dengan:
a. soalan yang menghasilkan jawapan mengenai hal-hal yang berkaitan
dengan teknik penulisannya.
b. soalan yang menghasilkan penulisan bentuk itu sendiri seperti soalan
yang meminta pelajar menulis surat kiriman kepada sahabat, ibu bapa
dan sebagainya.

  39
 

v. Teknik Kloz
Teknik kloz digunakan untuk menguji perbendaharan kata pada
aspek makna, struktur, dan imbuhan. Ini boleh dilakukan dengan mengisi
tempat kosong dengan kata-kata yang betul. Walaupun teknik ini
sekadar menghasilkan penulisan kata-kata pada tempat kosong tetapi
guru dapat mengesan kecekapan pelajar menggunakan perbendaharaan
kata dalam penulisan ayat.

Cara Pemarkahan Penulisan Bahasa Melayu

 Ada dua cara pemarkahan terhadap hasil penulisan karangan yang biasa
dijalankan iaitu:
i. Pemarkahan Analitik
ii. Pemarkahan global

Pemarkahan analitik menggunakan sistem poin yang telah ditentukan bagi setiap
satu soalan. Markah akan diberi dan ditolak mengikut untuk susunan, gaya dan jalan
bahasa. Kemudian, jumlah daripada markah ini akan menentukan kedudukan pelajar
sama ada cemerlang, baik, sederhana, lulus atau gagal. Pemarkahan analitik adalah
untuk mengesan dan merekodkan kemahiran tertentu yang dicapai oleh pelajar seperti
 jalan bahasa atau ayat. Dengan ini kelemahan pelajar boleh diperbaiki dalam
pembelajaran selanjutnya.
Pemarkahan secara global pula menggunakan skala 5 mata iaitu, cemerlang,
baik, sederhana, memuaskan dan lemah. Pemarkahan global ini lebih sesuai
digunakan untuk memeriksa jenis karangan terbuka dan sambutan yang diperluaskan.

Rumusan
Kemahiran bahasa mempunyai subkemahiran tertentu untuk dikuasai oleh
pelajar. Setiap kemahiran bahasa ini pula mempunyai kepentingan tersendiri untuk
membantu seseorang itu menguasai dan bertutur dalam sesuatu bahasa itu . Akan
tetapi kemampuan menggunakan bahasa itu secara gramatis sahaja belum cukup untuk

  40
 

melayakkan seseorang pelajar itu bertutur dengan baik. Seseorang pelajar itu perlu
tahu menggunakan bahasa itu dengan betul , tepat dan sesuai mengikut konteks dan
situasi. Dengan yang demikian, para guru perlu memberi perhatian bukan sahaja
kepada strategi pengajaran tetapi juga penggunaan bahasa yang diajar. Lantas untuk
mendapatkan keberkesanan pengajaran dan penggunaan, maka pelajar perlu diuji dan
dinilai kemampuannya menggunakan bahasa yang diajar itu. Dengan kata lainnya,
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sama pentingnya dengan pengujian dan
penilaiannya juga supaya pelajar bukan sahaja tahu bahasa tetapi juga pandai
berbahasa, khususnya bahasa Melayu.

Latihan 9
Keputusan Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Pusat seperti PMR dan
SPM kurang menunjukkan prestasi yang cemerlang.  

1. .Adakah anda bersetuju dengan penyataan di atas?  


2. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan keputusan
mata pelajaran Bahasa Melayu kurang cemerlang itu?  
3. Adakah sistem penilaian untuk Bahasa Melayu yang digunakan di
sekolah dan dalam peperiksaan pusat melemahkan penguasaan
pelajar dalam bahasa Melayu?  

  41
 

  42

Anda mungkin juga menyukai