Anda di halaman 1dari 9

(BMMB3073- PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

M1a2j Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Tajuk 1  Konsep
 Objektif
 Proses dan Bentuk

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran


Mendengar dan Bertutur:
 konsep
 objektif
 proses dan bentuk

Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan


Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar
dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran
berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai
kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar
yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat
dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur
yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya
dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik
lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik
kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya
dalam proses membaca dan menulis.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:


1.menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;

1
(BMMB3073- PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

2.mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran


mendengar dan bertutur;
3.menerangkan beberapa kaedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur;
4.menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan
yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur; dan
5.mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur.

Kerangka Konsep

Menganalisis
Ciri-Ciri Pelajar

Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan


Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran
pengajaran

Meneliti
Semula Teks

Menyemak Pengajaran

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

2
(BMMB3073- PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky


(Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)

KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR

Definisi Konsep

Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau


beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea,
pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-
apapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat
akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas @ respon
tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar
dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran
mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau
maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan
menghasilkan penghasilan maklumat.

Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat
penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik
dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu
interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan
perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran

Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3)


menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu
bertujuan:

(a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam
kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah;

(b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa


yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan

3
(BMMB3073- PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis
bahas, syarahan dan lain-lain.

Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran


Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa
cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang
perlu dikuasai oleh murid, antara lain menguasai kemahiran:

(a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan
bahasa melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi
yang diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah
datangnya bunyi berkenaan.

(b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa,


antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan
pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan
permintaan yang mudah – untuk diri sendiri dan orang lain;

(c) menyampaikan ucapan bertatasusila – meliputi kemahiran melafazkan


ucapan bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan;

(d) bersoal jawab – kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi


tujuan memperoleh maklumat tertentu;

(e) bercerita – kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya


kreativiti – ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau
tidak;

(f) menyampaikan berita dan laporan – kebolehan menyampai dan


melaporkan sama ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri
dengan ringkas dan padat;

(g) menyampaikan ucapan dan syarahan – kebolehan menyampaikan


ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin
menggunakan gaya tersendiri, nada dan intonasi, dan suara secara
berkesan;

4
(BMMB3073- PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

(h) berlakon dan melafazkan puisi – memperlihatkan murid


mempersembahkan keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi
(pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi, sebutan, rima dan nada
yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan
penuh perasaan; dan

(i) berbincang dan berbahas – menegaskan kebolehan menyampaikan idea


dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan,
menggunakan nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.

Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks.
Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan
menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan
para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau
bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi
bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental:
memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas
tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan
mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi
dan melaksanakan proses mental – mendengar dan membaca secara berkesan.

Konsep Pertuturan

(a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang


dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan
menghasilkan bunyi [batu];

(b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat


mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;

5
(BMMB3073- PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

(c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman


kecerdasan otaknya;

(d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap
sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan

(e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian
kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi
yang lain.

(a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan


membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat.
Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata
dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan
dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan
yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna
yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan
/sǝmak/ dan seumpamanya;

(b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur


menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan
atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau
lembutnya sesuatu pengucapan;

(c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar


(dalam bahasa Arab disebut ‘harakat’), tidak begitu membezakan makna
dalam bahasa Melayu;

(d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian –


memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau
ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh
membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, ‘jangan
tembak,’ jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan
tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, ‘jangan/tembak,’ bermaksud
menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan!

6
(BMMB3073- PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

(e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara
menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik,
menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat
tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata
mempunyai intonasi menurun di hujung ayat.

(f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau
menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya
terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do – setiap nada
mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak
bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih
jelas.

(g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah


dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang
fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan
kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau
bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang
mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai
sebaik-baiknya;

(h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid


bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini
banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan
kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid.

(i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh


bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh
membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas,
betul dan betul;

(j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan
kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang
situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan
mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.

7
(BMMB3073- PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

Objektif Kemahiran Bertutur


Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid:
(a) menyebut dengan jelas;
(b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;
(c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat;
(d) memberi penerangan dan alasan;
(e) menunjuk arah;
(f) membina soalan untuk mencari maklumat;
(g) bertemu ramah;
(h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;
(i) bertutur secara bertatasusila; dan
(j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar
dan situasi.

Proses dan Bentukya:


Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur: 
(a) Mengaitkan aksi dengan pertuturan;
(b) Menjawab soalan-soalan rakan dan guru;
(c) Membina soalan berdasarkan bahan;
(d) Memberi arahan kepada rakan;
(e) Menerangkan gambar dan bahan grafik;
(f) Berbual melalui telefon;
(g) Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri;
(h) Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan
menjawab soalan yang diajukan;
(i) Permainan komunikatif;
(j) Mengadakan perbahasan;
(k) Perbincangan forum;
(l) Memberi taklimat dan ceramah;

8
(BMMB3073- PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

(m) Main peranan;


(n) Simulasi;
(o) Teater bercerita; dan
(p) Drama
 

Anda mungkin juga menyukai