Anda di halaman 1dari 39

(i)

MENJELASKAN KONSEP DAN PRINSIP KEMAHIRAN BAHASA DALAM BAHASA MELAYU

KONSEP KEMAHIRAN BAHASA Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis.

Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky (Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)

Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memproses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran Dalam (a) (b) Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan: mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah; bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakanrakan, guru,ibu bapa dan sebagai nya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain. Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid, antara lain menguasai kemahiran: (a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yang diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi berkenaan. (b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah untuk diri sendiri dan orang lain;
2

(c) (d) (e) (f)

menyampaikan ucapan bertatasusila meliputi kemahiran melafazkan ucapan bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan; bersoal jawab kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan memperoleh maklumat tertentu; bercerita kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak; menyampaikan berita dan laporan kebolehan menyampai dan melaporkan sama ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat;

(g)

menyampaikan ucapan dan syarahan kebolehan menyampaikan ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri, nada dan intonasi, dan suara secara berkesan;

(h)

berlakon dan melafazkan puisi memperlihatkan murid mempersembahkan keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi (pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan penuh perasaan; dan

(i)

berbincang dan berbahas menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunakan nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.

KEMAHIRAN BERTUTUR Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsurunsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental mendengar dan membaca secara berkesan.
3

Konsep Pertuturan (a) (b) (c) (d) (e) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu]; Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya; Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya; Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain. Aspek-Aspek Pertuturan
(a)

Sebutan Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /smak/ dan seumpamanya;

(b)

Tekanan Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan;

(c)

Mora (panjang-pendek)

Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut harakat), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu; (d) Jeda (persendian) Unsur ini merujuk kepada aspek persendian memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, jangan tembak, jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, jangan/tembak, bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan! (e) Intonasi Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat. (f) Nada Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re,Mi, Fa, So, La, Ti dan Do setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas. (g) Tatabahasa Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh
5

kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya; (h) Kelancaran Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid. (i) Kefasihan Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul; (j) Laras bahasa Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan. Objektif Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid: (a) menyebut dengan jelas; (b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi; (c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat ; (d) memberi penerangan dan al asan; (e) menunjuk arah; (f) membina soalan untuk mencari maklumat; (g) bertemu ramah; (h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat; (i) bertutur secara bertatasusila; dan
6

baik

lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut

(j)

bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.

KEMAHIRAN MENDENGAR Kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa memperoleh, mempelajari, mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru, alam persekitaran merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanakkanak ini. Ini bermakna, kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik, cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu. Mengapa kemahiran mendengar perlu? Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat); untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan). Proses Mendengar
7

Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat peringkat proses mendengar: (a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa; (b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut; (c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan (d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. Objektif mengajar kemahiran mendengar Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh: (a) memperoleh idea; (b) mencari isi-isi penting; (c) melakukan arahan/ tindak balas; (d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan; (e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat; (f) mentafsir makna-makna yang te rsirat, (g) mengenal pasti mood penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan (h) mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.

Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar: Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan. Ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang kanak-kanak atau murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami maksud dan boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat. Aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain:
8

(a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat; (b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi; (c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan (d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika. Bentuk Kemahiran Mendengar Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain proses mendengar: (a) secara pasif; (b) secara bertelau-telau; (c) tanpa tindak balas; (d) secara menebuk-nebuk; (e) dengan beremosi; (f) secara berhati-hati dengan pengamatan; dan (g) secara kritikal. Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar (a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan diingati; (b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat; (c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada kecerdasan otaknya; (d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang; (e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan; (f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan; (g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu; (h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik, aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan (i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara
9

kritis terhadap bentuk dan isi. KEMAHIRAN MEMBACA Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walau bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan. Jenis Bacaan Bacaan mekanis Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul . Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.

Bacaan Mentalis Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran. Bacaan Intensif Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan
10

perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid; memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa; memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan. Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar kelas; bahan bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.

PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN Peringkat Kesediaan Membaca Menurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan dan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan11

bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat kesediaan membaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah. Prabacaan Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran . Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.

Bacaan Mekanis Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayatmudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja. Bacaan dan Kefahaman Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan
12

dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca. Bacaan Intensif Bacaan intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea sangat dititikberatkan. Sementara membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, ditegaskan. Bacaan intensif adalah bertujuan memperkembang kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berbeza. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru.

Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif merupakan kegiatan membaca secara meluas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Bacaan ekstensif bertujuan memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Bacaan ekstensif melibatkan tiga perkara berikut iaitu membaca tinjauan, membaca sekilas dan membaca dangkal. Membaca tinjauan ialah meneliti indek, daftar kata, judul, bab, rangka kasar dan kandungan. Membaca sekilas pula melibatkan pergerakan mata yang cepat untuk melihat , memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari isi dan mendapat maklumat serta penerangan. Terdapat tiga tujuan membaca sekilas: (a) Untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan (b) Untuk mendapatkan hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaan
13

(c) Untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan Membaca dangkal pula adalah untuk mendapatkan pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran/ tidak mendalam daripada sesuatu bahan bacaan. Ia tidak memerlukan pemikiran yang mendalam Skimming Skimming merupakan kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Ianya penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja. Pembaca melihat sepintas lalu terhadap sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama. Scanning Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Kecekapan scanning bergantung kepada penumpuan mental. KEMAHIRAN MENULIS Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang menulis menggabungkan melahirkan perasaan dan aspek-aspek visual, motor, idea. dan Kemahiran keupayaan

membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991). tulisan juga adalah s a l u r a n u t a m a b a g i m u r i d - m u r i d u n t u k m e n u n j u k k a n p e n g e t a h u a n d a n m e r e k a dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi. Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan s e l e p a s i t u barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain.

14

Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu; (a) menggunakan pelbagai jenis ayat (b) mencatat dan menyusun maklumat (c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif (d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.

Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.

Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

Matlamat Kemahiran Menulis Supaya sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan. Meluaskan pengetahuan, pengalaman dan perhubungan. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.

Tujuan Menulis
15

Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.

Melatih murid-murid melahirkan idea. Melatih murid menghujah dan mengembangkan idea Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul Melatih murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan jenis karangan tertentu. Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar seharihari Menyiapkan murid menghadapi peperiksaan. Menyuburkan minat Meluaskan kosa kata Memberikan kepuasan jiwa.

Peringkat Kemahiran Menulis (a) Peringkat Pramenulis (b) Peringkat Mekanis (c) Peringkat Pelahiran (a) Peringkat Pramenulis

Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis Latihan otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan

huruf dengan kemas dan betul. kepada murid. Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis: Menulis dari kiri ke kanan Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan. menggunakan alat tulis.
16

Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa

Menyambung titik secara bebas.

Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan Latihan membentuk garisan lurus Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat. Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk Melukis gambar

(b) Peringkat Mekanis Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut: Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis. Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentukbentuk huruf tertentu. Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang. Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putusputus. Latihan menulis huruf dalam suku kata. Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar. Latihan menamakan gambar-gambar. Latihan menyalin frasa atau ayat. Latihan menyalin ayat daripada buku

(b) Peringkat Pelahiran (Mengarang)


17

Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan. Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenisjenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal,dan separa berpandu. Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif. Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentukbentuk grafik yang sudah dipelajari.

(ii) Menghuraikan kaedah, teknik dan aktiviti serta bahan bant mengajar yang akan digunakan untuk mengajarkan kemahiran lisan; dan KAEDAH Kaedah adalah cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Kaedah merujuk kepada cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar sesuatu kemahiran bahasa kepada pelajar di dalam bilik darjah. Kaedah yang digunakan adalah untuk menyokong pendekatan pengajaran yang dipilih oleh guru (Abd. Aziz Abd.Talib, 2000). Terdapat berbagai-bagai kaedah pengajaran bahasa yang dapat diaplikasikan untuk pengajaran lisan. Antara kaedah yang sesuai digunakan dalam mengajar bahasa adalah seperti:
a.

Kaedah Terus, Kaedah Oral-Aural

b. Kaedah semulajadi.

c.

d. Kaedah Linguistik e. .Kaedah askar/ tentera


18

f.
A.

Kaedah Ajuk Hafaz Kaedah Terus : i. Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak- kanak. Ii .menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak.

Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu: 1. Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. 2. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.
3.

Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.

4.

Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks. B. Kaedah Semulajadi : hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataanperkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataanperkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung
19

digunakan. C. Kaedah Oral-Aural : 1. 2. 3. kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur. menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi yang betul. D. Kaedah Linguistik : 1. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. 2. Memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).
3.

Pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

TEKNIK Teknik adalah cara yang lebih khusus yang digunakan untuk mengajar (atau menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Teknik dicipta untuk membantu guru menjayakan,sesuatu kaedah pengajaran. ( Abd. Aziz Abd. Talib, 2000). Antara teknik pengajaran lisan adalah bercerita, berlakon, berbincang, sumbang saran, tunjuk cara, main peranan, soal jawab, dan sebagainya. Teknik pengajaran ini dilaksanakan melalui aktiviti aktiviti yang bersesuaian dengan teknik yang dipilih. Dalam konteks pengajaran dan pempelajaran dalam kelas, , kaedah, dan teknik ini dilaksakanakan secara kuliah, kelas, kumpulan, atau secara individu mengikut
20

kesesuaian.Semasa menyampaikan pengajaran lisan di dalam kelas, guru harus bijak memilih teknik pengajaran lisan yang hendak digunakan dalam pengajaran tersebut. Teknik pengajaran lisan yang dipilih haruslah menepati objektif pengajaran dan juga bersesuaian dengan umur, minat, dan kebolehan murid. Objektif teknik pengajaran lisan adalah untuk membolehkan murid-murid memperoleh kemahiran lisan dengan mudah dan berkesan. Teknik pengajaran lisan bukan sahaja dijalankan dalam melalui aktiviti murid sahaja tetapi boleh dijalankan juga dengan menggunakan bahan bantu mengajar seperti televisyen, radio, tayangan video , dan sebagainya. Antara teknik pengajaran lisan tersebut adalah bercerita, berbual, menyanyi, berlakon, main.peranan,boneka,sumbangsaran,dan.,perbincangan. 1.Teknik bercerita Teknik bercerita sangat digemari oleh kanak-kanak dan memainkan peranan yang penting dalam pengajaran lisan. Dalam pengajaran bahasa secara umumnya, teknik bercerita bermaksud guru menyampaikan pengajarannya melalui aktiviti bercerita, iaitu guru akan bercerita kepada murid-muridnya dan seterusnya disusuli dengan aktivitiaktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti soal jawab, murid menceritakan semula cerita tersebut dan sebagainya. Dalam konteks pengajaran lisan, teknik bercerita lebih tertumpu kepada murid itu sendiri, iaitu mereka akan bercerita secara lisan sama ada tentang pengalaman, harapan, tentang sesuatu cerita yang didengar atau dibaca,dan sebagainya.Semasa murid bercerita, guru hendaklah memberi perhatian tentang sebutan, bahasa, gaya pertuturan, dan kelancaran. ii. Teknik perbualan Aktiviti perbualan kebiasaannya dilakukan berdasarkan sesuatu tajuk. Teknik perbualan bertujuan melatih murid berkomunikasi secara sosial seperti berbual melalui telefon. Perbualan hendaklah berkisar tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka setiap hari. Murid-murid boleh diminta bercakap tentang ibu atau bapa, kawan, hobi, permainan, dan sebagainya. Perbualan boleh berlangsung antara guru dengan murid
21

atau sesama murid. Tajuk yang guru tetapkan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid supaya mereka dapat berbual tentang tajuk itu. iii. Teknik menyanyi Sifat semula jadi kanak-kanak sangat suka mendengar nyanyian dan juga menyanyi. Bagi kanak-kanak, menyanyi dianggap sebagai satu bentuk aktiviti yang merehatkan dan menyeronokkan. Guru menggunakan teknik menyanyi ini untuk menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru perlulah bijak memilih lagu yang hendak dinyanyikan oleh murid-murid iaitu lagu yang betul tatabahasa, dan perbendaharaan katanya. Selain itu guru boleh memilih rentak lagu yang diminati oleh murid-murid dan mencipta lirik baru dengan memasukkan perkataan-perkataan yang perlu murid kuasai sebutannya. iv. Teknik lakonan Teknik lakonan amat baik untuk mengajar dan melatih bahasa lisan kanak-kanak. Melalui lakonan kanak-kanak dilatih melakonkan watak-wataktertentu dengan menggunakan skrip pendek dan ringkas. Teknik ini dapatmelatih sebutan, intonasi, dan kelancaran pertuturan kanak-kanak di samping melatih meng- gunakan pelbagai jenis ayat seperti ayat penyata,ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah. v. Teknik boneka Teknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau puppet. Teknik ini adalah antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana pergerakan boneka dan dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan menghiburkan Guru boleh menyediakan berbagai-bagai jenis boneka seperti boneka kayu, boneka sarung tangan, boneka tali, boneka piring dan sebagainya. Namun, boneka yang dibuat oleh murid sendiri adalah lebih bermakna kepada mereka. Bagi mencapai objektif pengajaran lisan, guru hendaklah memberi peluang muridnya bercakap atau berlakon dengan menggunakan boneka sesama mereka. v. Teknik main peranan
22

Dalam teknik main peranan, murid melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita atau situasi yang ditetapkan. Murid perlu faham akan peranan watak itu dan menghayatinya lalu melakonkan aksi dan percakapan watak itu. Contoh situasi yang diberi boleh seperti berikut: Seorang murid telah terjumpa syiling dua puluh sen. Dia pergi berjumpa gurunya dan menyerahkan syiling itu kepada gurunya sambil memberitahu di mana dia menjumpai syiling itu. Guru memuji sikapnya yang amanah itu. vii. Teknik berbincang Dalam pengajaran bahasa, teknik berbincang sering digunakan untuk mendapatkan isi dan menyusun isi tersebut bagi sesebuah karangan. Guru boleh menjalankan teknik perbincangan ini melalui dua cara, iaitu: (1) perbincangan berlaku antara guru dengan murid-murid, (2) perbincangan berlaku antara murid dengan murid sama ada secara kelas atau dalam kumpulan kecil. Semasa perbincangan, isi-isi penting dicatat di papan tulis dan kemudian disusun berdasarkan kehendak tajuk perbincangan. Bagi mengajar kemahiran lisan, guru menggalakkan murid bercakap untuk memberi pendapat dengan ayat dan tatabahasa yang betul. viii. Teknik perbahasan Teknik ini sering digunakan oleh guru bahasa untuk melatih murid-murid kemahiran bertutur khusus di hadapan penonton yang ramai. Melalui teknik ini murid diminta berbahas tentang satu tajuk atau isu yang diberi. Teknik ini amat berkesan untuk membentuk keyakinan diri yang tinggi di kalangan murid.
23

AKTIVITI Aktiviti bermaksud gerakerja atau tindakan. Di bawah konteks pendidikan, ia melibatkan segala gerakerja yang dijalankan oleh guru dan murid untuk mencapai objektif pelajaran. Dengan perkataan lain, aktiviti mengandungi segala tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti merupakan suatu pendekatan utama dalam pendidikan. Menurut J.Dewey (1910), pelajaran harus berasaskan kepada aktiviti murid.Melalui aktiviti murid, intelek, rohani, social dan jasmani mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang. Murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara praktik. Mereka akan merasa seronok dan gembira dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan oleh mereka. Di bawah pendekatan aktiviti ini, guru banyak melibatkan kerja membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Terdapat tiga peringkat perancangan aktiviti lisan a. Peringkat persediaan b. Peringkat perlaksanaan aktiviti c. Peringkat susulan dan penilaian. A. Peringkat Persediaan. Tiga perkara yang boleh dilakukan oleh guru ialah: 1. Guru menerangkan tugas yang akan dilakukan oleh murid atau membuat tunjuk cara serta member contoh. 2. Guru mengedarkan bahan yang diperlukan untuk membuat aktiviti.contoh: kad kiu, bahan stensilan, dan peralatan lain yang diperlukan. 3. Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami tugasan.
B. Peringkat Perlaksanaan Aktiviti. 24

Dua perkara yang berlaku semasa perlaksanaan aktiviti iaitu: 1. Murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan. 2. Guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan yang mengambil bahagian C. Peringkat Susulan dan Penilaian. Aktiviti susulan dan penilaian perlu dilakukan oleh guru untuk mendapatkan maklum balas bagi aktiviti yang telah dilaksanakan oleh murid. Bukan dalam bentuk penilaian formal tetapi lebih merupakan penilaian berterusan.Contoh aktiviti susulan dan penilaian seperti mengadakan perbincangan , kemudian guru member maklum balas tentang prestasi dan pencapaian murid. Sebagai pengukuhan digalakkan member kerja rumah yang berkaitan dengan aktiviti susulan. Beberapa aktiviti yang boleh digunakan dalam kemahiran lisan ialah : 1. Aktiviti berbual. Guru menyediakan beberapa tajuk yang sesuai dengan tahap kebolehan berbahasa serta persekitaran murid. Boleh melaksanakan aktiviti secara berdua atau kumpulan. 2. Aktiviti bercerita. Guru memberikan garis panduan bagi memudahkan murid bercerita. Misalnya Tema dan masa yang diperuntukkan.Guru juga boleh menyediakan tempat yang Sesuai supaya aktiviti menjadi menarik dan menggalakkan murid bercerita 3. Aktiviti berlakon. Guru perlu menggalakkan murid mengambil bahagian.Boleh dijalankan di dalam
25

Atau diluar kelas. 4. Aktiviti berpuisi . Dijalankan secara individu atau kumpulan. Puisi disediakan oleh guru dan murid Diminta membacanya.Aktiviti akan menjadi lebih menarik jika tajuk puisi dimaklum Kan lebih awal kepada murid. 5. Aktiviti bercakap berdasarkan gambar. Dijalankan mengikut pretasi murid.Berbagai gambar yang menarik boleh disediakan oleh guru. untuk menarik minat murid bercerita atau menerangkan perkara yang terdapat dalam gambar. Boleh menggunakan gambar tunggal atau gambar bersiri. 6. Aktiviti melaporkan berita. Murid diminta melaporkan sesuatu berita tentang sesuatu perkara atau peristiwa yang pernah mereka baca, lihat, alami, dan dengar daripada orang lain.
7. Aktiviti berbahas atau bersyarah.

Tajuk disediakan oleh guru. Syarahan dijalankan secara individu sementara perbahasan secara kumpulan. Syarat syarahan dan perbahasan di terangkan kepada murid. 8. Aktiviti menyanyi. Guru boleh menyanyikan lagu kanak-kanak yang mengandungi perkataan yang mudah untuk disebut dan difahami oleh murid. Aktiviti ini boleh meningkatkan
26

kebolehan murid dalam sebutan dan intonasi. 9. Aktiviti Perbincangan. Boleh diadakan secara kelas atau kumpulan. Dimulakan dengan membincangkan sesuatu tajuk . Hasil perbincangan akan dibentangkan oleh ketua kumpulan kepada kelas untuk disoal jawab. BAHAN BANTU MENGAJAR Pemilihan alat atau bahan berdasarkan kriteria berikut: a. Bahan sedia ada. b. Kesesuaian dengan objektif pengajaran. c. Keberkesananya. Alat atau bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu: 1.Guru, murid dan bilik darjah. Gerak laku guru dan murid boleh dimaanfatkan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran misalnya: a. Guru menaik dan menurunkan tangan atau menggerakkan kepala bagi menunjukkan perbezaan intonasi dalam pertuturan. b. Guru menunjukkan cara-cara membunyikan sesuatu sebutan. c. Guru menggunakan papan tulis untuk mencatatkan perkataan atau frasa yang perlu digunakan oleh murid apabila bertutur. 2 .Objek sebenar. Objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat dan bahan pengajaran yang berkesan, untuk membolehkan murid :
27

a. Mengaitkan konsep dengan bunyi cthnya :bunyi pelbagai kenderaan, mergastua dan air dengan menggunakan alat audio seperti radio dan pita rakaman. b. Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku. Cthnya: Pertuturan sekumpulan manusia di stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar. Contoh ini boleh ditunjukkan atau didengar melalui alat audio dan visual sepert i televisyen , video, filem dan transperansi. 3. Gambar Digalakkan menggunakan fail untuk menyimpan gambar. Sama ada gambar murid bercerita berlakon, berpuisi, berdialog. Gambar yang digunakan hendaklah sesuai dari segi saiz, terang dan jelas.
4.

Grafik. Pelbagai grafik boleh digunakan seperti : a. Carta Carta pai, carta palang, carta lingkaran,dan carta organisasi. B. Jadual bermaklumat. Jadual waktu, jadual perjalanan dan jadual tugas. C. Pelan dan peta yang menunjukkan arah atau kedudukan sesuatu tempat.

5.

Kad. Kad digunakan sebagai bahan rangsangan.


28

a. Kad perkataan untuk memperkenalkan perkataan perkataan baru dan penting bagi digunakan dalam pertuturan.Penggunaan kad sebagai alat dan bahan akan lebih kemas jika guru menggunakannya diatas papan flannel dan carta poket b. Kad arahan atau kad peranan.- mengandungi arahan tentang peranan yang harus dimainkan oleh murid dalam situasi tertentu semasa berlakon atau main peranan. 6. Bahan nyanyian, puisi dan permainan. Bahan ini dapat mewujudkan suasana gembira dalam kalangan murid. Penggunaanya harus diawasi supaya objektif pengajaran dan pembelajaran tidak diabaikan. Permainan bahasa yang dirancang secara teliti akan dapat menggunakan kemahiran bertutur dalam keadaan bersahaja. Permainan bahasa dapat menambah kepelbagaian situasi pembelajaran, memberi motivasi dan peluang kepada murid mempelajari bahasa 7. Alat dan bahan yang dibeli. Terdiri daripada perkakasan dan perisian . Alat dan bahan ini agak mahal dan penggunaanya bergantung pada kemudahan fizikal sekolah. a. Makmal bahasa untuk melatih murid dari segi sebutan, intonasi dan perbualan.
29

b. Filem, rancangan TV dan plastic lutsinar/ transperansi. c. Komputer. (iii) menghasilkan satu rancangan pengajaran harian Bahasa Melayu yang lengkap untuk
mencapai kemahiran lisan seperti yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh Masa Kelas Bilangan murid Umur Murid Mata pelajaran Tema Tajuk Hasil Pembelajaran i.

: 28 Mac 2011 : 11.15 pagi 12.15 pagi ( 60 minit ) : 3 Gemilang : 30 orang : 9 tahun : Bahasa Melayu : Kemahiran Hidup : Bumi Hijau :

Fokus Utama : 4.3 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan Pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain. Aras 1 : ii . Memerihalkan sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian.

ii.

Fokus Sampingan :

9.3 Menyusun maklumat secara kohensi daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca.

Aras 1 : 30

i.

Menyusun maklumat mengikut urutan.

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 2 :

i.

Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan , intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

Objektif Pelajaran

: Pada akhir pelajaran murid dapat :

1. Menerangkan 3 aktiviti Perlaksanaan kempen Bumi Hijau berdasarkan teks secara lisan. 2. Membaca lancar teks Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3. Menulis urutan Matlamat Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau dengan betul berdasarkan teks.

Sistem Bahasa i. Tatabahasa

: : Morfologi perkataan Sintaksis Ayat tunggal dan ayat majmuk.

ii. iii.

Sebutan dan intonasi : Ayat penyata. Kosa Kata : Konsep, komponen, laman dapur, herba, dituai. ; 31

Pengisian Kurikulum

i. ii. iii.

Ilmu Nilai

: Kajian Tempatan, ICT, Pendidikan Moral. : Berkerjasama, keberanian. : : Menghubungkaitkan, mengimbas kembali, menganalisis,meringkaskan. Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistic, Intrapersonal.

Kem. Bernilai Tambah

Kem. Berfikir

Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, teks Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau, borang markah Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui faedah mengenai tumbuh- tumbuhan.

Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Set Induksi ( 5 minit) 11.15 11.20

Pengesanan maklumat yang ditayangkan. Power point tentang tumbuhan hijau. Tayangan berlatarbelakan gkan lagu Peliharalah alam sekitar.

1. Guru menayangkan power point tentang tumbuhan hijau / sayuran. 2. Guru bertanya dan bersoaljawab mengenai tayangan tersebut. 3. Murid diminta menceritakan pengalaman sedia ada mereka tentang tumbuhan hijau. 4. Guru mengaitkan aktiviti set induksi dengan tajuk pelajaran yang hendak diajar.

KB: Menghubungk aitkan.

BCB: Mendengar aktif.

BBB: 32

Power point

Ilmu: Kajian Tempatan

Langkah 1 ( 20 minit ) 11.20 11.40

Teks mengenai aktiviti Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau. ( Lampiran A )

4. Guru mengedarkan teks aktiviti Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau. Guru meminta murid meneliti teks tersebut. 5. Dalam kumpulan berlima, murid berbincang tentang apa yang mereka fahami mengenai Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau berdasarkan teks. .Murid mencatat hasil perbincangan mereka . 6. Guru meminta wakil setiap kumpulan menyatakan apa dapatan hasil perbincangan yang telah dibuat. 7. Murid dapat menerangkan 3 aktiviti Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau berdasarkan teks secara lisan.

KB : Mengimbas kembali.

Nilai : Kesyukuran. Berkerjasama .

1. Tanaman 2. Ternakan 3. Akuakultur.

BBB: Teks kempen bumi Hijau

Ilmu: Kajian Tempatan

KP : Verbal linguistik

Langkah 2

Petikan .

1. Guru memberikan petikan kepada setiap murid. Murid diminta membaca secara mentalis atau 33

BBB :

( 15 minit) 11.40 11.55

( Lampiran B )

bacaan senyap. 2. Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan mengenai gaya pembacaan berita. Murid mencatat gaya bacaan dan intonasi seorang pemberita. 3. Wakil daripada setiap kumpulan diminta untuk membacakan petikan dihadapan kelas. Murid lain diminta mencatat skor pemarkahan bacaan dengan gaya seorang pembaca berita. 4. Guru memperbetulkan gaya bacaan berita bagi murid memahami dengan lebih jelas lagi dan mengumumkan skor markah bagi kumpulan yang mendapat markah tertinggi.

Petikan

BCB: membaca secara luncuran, perbincangan. KP: Intrapersonal. KB: Menganalisis Sistem bahasa: Ayat tunggal.

Borang markah.

Nilai: Kerjasama. Keberanian.

Langkah 3 ( 15 minit ) 11.55 12.10

Teks: Konsep perlaksanaan Kempen Bumi Hijau. (Lampiran A)

1. Guru mengedarkan kepada murid teks kempen Bumi Hijau tentang konsep perlaksanaan kempen tersebut. 2. Guru meminta murid menggariskan isi penting tentang matlamat perlaksanaan kempen bumi hijau. Murid juga diminta untuk mencari makna kata dan berbincang dalam kumpulan mengenai pembinaan ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberi. 3. Murid dapat membina 3 ayat 34

Sistem bahasa: Ayat majmuk.

Nilai: Berkerjasama

Kosa kata: 1. 2. 3. 4. 5. Konsep Komponen Laman dapur Herba Dituai

BBB: Teks konsep Perlaksanaan kempen bumi

majmuk tentang konsep perlaksanaan kempen bumi hijau berdasarkan faedahnya kepada pengguna.

hijau.

BCB : Berbincang.

Penutup ( 5 minit ) 12.10 12.15

Rumusan isi pelajaran kognitif dan sosial.

1. murid dibimbing merumuskan kemahiran yang dipelajari pada hari ini melalui penyoalan semula secara lisan. 2. Guru memberi kata-kata nasihat supaya murid sentiasa mencintai dan menjaga alam sekitar dan mengamalkan kempen bumi hijau.

BBB: Komputer riba. LCD

3. Guru meminta murid menyanyikan lagu Peliharalah Alam Sekitar dengan iringan muzik. 4. Guru mengucapkan syabas kepada murid kerana telah berjaya mengikuti pelajaran pada hari ini .

35

REFLEKSI KENDIRI
36

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana telah selesai melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan oleh pensyarah En. Zainal Ariff. mengumpul maklumat berkaitan tajuk. Saya dan rakan kumpulan telah berbincang tentang tajuk tugasan dan membahagikan tugasan mencari dan Bahan-bahan diperolehi melalui buku-buku rujukan yang didapati dari perpustakaan dan juga rakan-rakan sekolah. Selain dari itu saya telah mendapatkan bahan melalui internet. Setelah bahan-bahan dikumpul, saya membuat analisa dan menaip tugasan tersebut. Bahan-bahan ini banyak membantu saya memahami tugasan dan tajuk yang diberikan. Melalui tajuk ini saya memahami berkaitan Kemahiran Bahasa. Kemahiran bahasa merangkumi kemahiran lisan , kemahiran membaca dan kemahiran menulis. kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis. oleh yang demikian murid dapat menulis karangan dengan baik. Guru yang Berjaya, merupakan seorang guru yang dapat menyampaikan ilmu dengan baik dan boleh dikuasai oleh murid. Sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih kepada En Zainal Ariff kerana, dengan tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan saya dapat memahami dan meningkatkan ilmu pengetahuan saya berkaitan tajuk yang diberi.

37

38

39

Anda mungkin juga menyukai