Anda di halaman 1dari 12

JABATAN HEP,

INSTITUT PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS IPOH


1

Pengenalan

Kemahiran bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa.
2

Kemahiran bertutur berlaku di peringkat penglahiran (productive level). Ia tidak boleh dicipta pelajar, tetapi mesti ditiru dan diajuk. Model pertuturan yang lemah akan menghasilkan ajukan yang lemah. Sementara model yang baik belum tentu dapat menjamin ajukan yang baik. Namun begitu, model yang baik itu sangat diperlukan kerana ia mungkin akan menghasilkan tindak balas yang baik juga.

Bertutur dalam Ilmu Linguistik


Bahasa diungkapkan dengan sempurna melalui pertuturan. Ini kerana dalam bahasa tulisan, aspek sebutan seperti intonasi, rentak, tekanan, jeda dan persendian tidak dapat digambarkan dengan jelas. Namun demikian, ini tidak bermakna guru bahasa mengajarkan penguasaan audiolingual sahaja. Pernyataan di atas tadi memberi implikasi bahawa menghuraikan bahan bertulis dengan tidak mengetahui pola-pola bahasa seperti yang terdapat dalam pertuturan itu, sebenarnya tidak lengkap dan sempurna sifatnya.

Konsep-konsep Pertuturan
Pertuturan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan Pertuturan berlaku pada peringkat penglahiran (productive level) setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang diperdengarkan Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya.

Sambungan
Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran bertutur Pertuturan yang dapat dikuasai dengan baik akan menghasilkan tabiat berbahasa yang baik. Tabiat berbahasa yang baik itu pula akan membolehkan si penutur berinteraksi atau berkomunikasi secara berkesan
6

Sambungan

Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.

Tujuan Mengajar Kemahiran Bertutur

Pengajaran kemahiran bertutur bertujuan untuk membimbing pelajar supaya boleh berinteraksi dalam suasana berbahasa. Hal ini melibatkan aktiviti berucap, berbincang, bermesyuarat, berbahas, bertemu ramah, berbual, berlakon dan sebagainya.

Antara tujuan bertutur


a. membolehkan pelajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul, terutama dari segi sebutan, intonasi, tekanan, jeda, persendirian, gaya dan sebagainya. b. membolehkan pelajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan menggunakan kata, frasa, dan ayat-ayat yang sesuai dengan tepat.

c. membolehkan pelajar bertutur dalam bahasa Melayu baku dengan sempurna. d. menggalakkan pelajar memperluas penggunaan perbendaharaan kata dan struktur ayat dalam pertuturan.
e. membolehkan pelajar melahirkan buah fikiran, pandangan dan pendapat, dan perasaan secara lisan dengan logik, tepat, tersusun dan berkesan

f. membolehkan pelajar menggunakan olahan atau stail dan gaya bahasa yang sesuai dalam pertuturan g. memupuk semangat berani, yakin diri, dan sifat-sifat lain yang unggul melalui pertuturan

h. membolehkan pelajar menggunakan bahasa pertuturan dalam pelbagai konteks, suasana, dan situasi.

Anda mungkin juga menyukai