Anda di halaman 1dari 6

DRAFT TEKS UCAPAN

TUAN YANG DIPERTUA SEMPENA MAJLIS PECAH TANAH


SJK ( C ) HILLSIDDE SEREMBAN
20HB MAC 2019 – RABU

*********************************************************
Yang Amat Berhormat _____________________

Yang Berhormat Tuan Cha Kee Chin,


Ahli Parlimen Rasah

YB Puan Nicole Tan Lee Koon


EXCO Negeri Sembilan Merangkap ADUN Rasah Kepayang

Yang Berusaha Dato Pkharuddin Bin Ghazali


Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Yang Berusaha Puan Rodiah Binti Mohd Jan,


Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah

Yang Berusaha Encik Ng Siau Men,


Pengerusi Pertubuhan Lembaga Pengurus Sekolah-sekolah Cina
Negeri Sembilan
Yang Berusaha Encik Tan Eng Beng,
Pengerusi Dewan Perhimpunan China Negeri Sembilan

Yang Berusha Dato Looi Hei Tyng JP


Pengerusi Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Negeri
Sembilan

Yang Berusaha Dato’ Hoo Kim Seng


IJM Senior General Manager, Central Region II

Yang Berusaha Encik Leong Fook Yew


Seremban 2 IJM General Manager

Yang Berusaha Encik Yeoh Oon Tat


Seremban 2 IJM Senior Manager

Yang Berusaha Dato Alex Chai Boon Chin

Yang Berusaha Dato Lim Woon Liang,


Naib Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Hillside
Seremban
Yang Berusha Encik Chua Chin Chau
Naib Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Hillside
Seremban

Yang Berusaha En. Chong Chee Yen


Pengerusi Jawantankuasa Pembinaan Bangunan Tambahan
Baharu SJKC Hillside Seremban

Yang Berusaha Encik Lee Chee Keang


Guru Besar SJKC Hillside Seremban

Yang Berusaha Lee Soon Fatt,


YDP PIBG SJKC Hillside Seremban

Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan


Pejabat Pendidikan Daerah Seremban

Guru Besar-Guru Besar, pemimpin-pemimpin masyarakat, para


petugas media, guru-guru, ibu bapa, murid-murid dan para
hadirin sekalian.
YANG BAHAGIA DATO’, TUAN-TUAN, PUAN-PUAN yang
dihormati Sekalian

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB


_____________________ kerana sudi datang bersama kita pada
pagi ini bagi merasmikan Majlis Pecah Tanah untuk pembinaan
bangunan tambahan baharu di SJKC Hillside Seremban.

Ucapan terima kasih juga kepada semua hadirin yang terlibat


dalam menjayakan Majlis Pecah Tanah pada pagi yang mulia ini.

Yang Bahagia Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan,

SJKC Hillside Seremban ditubuhkan pada tahun 1950. Pada tahun


2009, pelajar SJKC Hillside Seremban terpaksa pindah masuk ke
dalam kontainer kerana bangunan sekolah diancam oleh anai-anai.
Pada tahun 2012, SJKC Hillside Seremban mendapat bantuan KPM
dan kerajaan negeri sebanyak 1.45 juta pada masa itu. Pelajar
pindah masuk ke bangunan baharu pada tahun 2014.
Tuan-tuan dan puan-puan, pelajar yang belajar di SJKC
Hillside Seremban telah meningkat daripada 88 orang pada tahun
2014 kepada 290 orang pada tahun 2019. Setakat ini, pendaftaran
tahun satu bagi tahun 2020 di SJKC Hillside Seremban telah
mencecah 89 orang pelajar. Bilangan bilik darjah yang ada di
SJKC Hillside Seremban hanya 9 unit. Tetapi, kelas yang dibuka
pada tahun ini telah sebanyak 11 dan dijangka memerlukan 13
bilik darjah pada tahun 2020. Namun, bangunan sekolah yang ada
tidak mencukupi untuk menampung kemasukan murid yang
baharu.

Pelan pembinaan bangunan tambahan baharu ini berbentuk


“U” dan akan disambung dengan bangunan sedia ada. Bangunan
tambahan baharu ini mengandungi 18 buah bilik darjah. Selain
itu, blok ini juga mempunyai bangunan pentadbiran,
perpustakaan, bilik muzik dan tarian, bilik multimedia, bilik seni
dan sebagainya. Pelan tersebut juga telah diluluskan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2018. Anggaran
kos pelan pembinaan tambahan baharu ini kira-kira RM4 juta.
Bangunan tambahan baharu dijangka akan dibina pada bulan
Jun tahun ini dan dijangka siap pada bulan Jun tahun 2020.

Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Hillside Seremban amat


berharap kerajaan baru dan KPM menyokong pembinaan
bangunan tambahan baharu ini dan boleh memberi sumbangan
peruntukan kepada SJKC Hillside Seremban supaya pelan
pembinaan bangunan tambahan baharu ini boleh dijalankan
lancar. Selain itu, pihak LPS juga berharap pemimpin-pemimpin
masyarakat juga memberi sokongan dan bantuan kepada SJKC
Hillside Seremban.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai