Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN TIMBALAN PENGARAH, JABATAN PENDIDIKAN

NEGERI MELAKA SEMPENA MAJLIS PERSARAAN TUAN


PENGETUA.

Assalamualaikum w.b.t.

Selamatsejahtera,

Salam 1 Malaysia,

Salam Melaka MajuNegerikuSayang,

Negeri Bandar TeknologiHijau,

Melaka MajuFasa 11.

Mendidik Dari Hati Dengan Penuh Integriti,

Terima kasih saudari pengacara majlis.

Yang Dihormati dan yang diraikan,


Tn Hj Safie Bin Hj Ibrahim,
Pengetua Smk Seri Bemban.

Yang Berbahagia,

Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Jasin

Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah,

Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Alor Gajah,


Yang Dikasihi dan Diraikan
Tn Hj Safie Bin Ibrahim
Pengetua SMK Seri Bemban

Yang Berbahagia,
Tn.Hj Ab Ghani Bin Abd Hamid
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Ketua-ketua Sektor Jabatan Pendidikan Melaka,

Yang Berbahagia,
Tn Hj Mohd Nizam Bin Hj Abdullah
Ketua Unit Sekolah Menengah
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Yang Berusaha,
En Khairatul Anuar Bin Kabil,
Penolong Kanan Pentadbiran, Merangkap Pemangku
Pengetua
SMK Seri Bemban
Yang Berusaha,
Barisan Pengetua & Guru Besar sekolah-sekolah negeri
Melaka,

Yang Dihormati,
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG,

Yang Dihormati,
Dif-dif jemputan,

Yang Dihormati,
Barisan Kepimpinan Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru
Kanan Mata pelajaran, Guru-Guru Cemerlang, Barisan guru-
guru, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Saya memanjatkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dengan


izin-NYA majlis yang saya kira meriah dan penuh bermakna ini telah
Berjaya mempertemukan kita semua pada pagi ini untuk sama-sama
kita meraikan persaraan seorang lagi pengetua yang begitu dedikasi
di negeri ini. Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah
mengundang saya untuk bersama-sama dalammajlis yang
penuhbermakna ini.

Sampan kolek mudik muara


Bawa bersama dagang santeri
Tuan ibarat bintang kejora
Menyinar malam penuh berseri

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Pengetua yang kita raikan pada hari ini telah banyak memberi
sumbang bakti, pembaharuan dan membawa wawasan yang
membanggakan. Bakti beliau bukan sahaja di sekolah ini, tetapi juga
di beberapa buah sekolah lain dan khidmat yang disumbangkan
kepada JPM dan PPD Jasin dengan bidang tugas dan jawatan yang
digalas dengan penuh dedikasi . Kecemerlangan beliau harus
dijadikan inspirasi dan contoh kepada guru-guru lain.

Mulai hari ini,kita akan kehilangan seorang lagi ketua


pentadbiran sekolah yang begitu dedikasi dan komited dalam
melaksanakan tanggungjawab membentuk generasi berilmu.
Sesungguhnya pada era globalisasi ini sesiapa yang berilmu, pasti
mempunyai kuasa dan boleh bersaing di persada global. Generasi
berilmulah yang akan menentukan maju mundurnya, jatuh
bangunnya ketamadunan bangsa. Kini, dibawah kepimpinan Perdana
Menteri Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd NajibTun Razak,
kitatelah dicanangkan dengan slogan “Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM)” selaras dengan ‘Dasar Tranformasi
Negara 2050 (TN 50), juga memfokuskan kemenjadian murid melalui
Pendidikan Abad Abad 21 dan penggunaan Teknologi Digital.

Kita semua khasnya warga pendidik bertanggungjawab penuh


mencorakkan acuan pelajar kita dengan memperkasakan diri melalui
ketinggian jatidiri, kemantapan pegangan agama, keunggulan budaya
ilmu, penguasaan teknologi maklumat dan kemahiran nilai tambah.
Sememangnya “yang bulat takkan datang bergolek,yang pipih takkan
datang melayang”. “Apa yang selalu kita fikirkan ,itulah yang bakal
terjadi”.

Sesungguhnya seiring dengan tema hari guru pada tahun ini


“Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”, kejayaan para pelajar dalam
pelbagai bidang pastinya hasil acuan didikan warga guru. Kini cabaran
“Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)”menjadi
sebahagian daripada proses transformasi dan pembaharuan
pendidikan. Suka saya menyeru kepada warga pendidik agar selalu
mengamalkan koreksi diri, menerobos segala kelebihan dan
kelemahan agar sentiasa dalam zon “istiqomah dan jihad” dalam
memburu kejayaan.

Tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada


warga SMK Seri Bemban di bawah pimpinan Tuan Haji Safie Bin
Ibrahim yang telah menempa beberapa kejayaan dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum terutamanya.

Dalam proses pembinaan insan yang dinamakan murid-murid


ini, pelbagai inisiatif, usaha dan program telah dilakukan oleh pihak
kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini
termasuklah pelbagai transformasi pendidikan seperti program IM1S,
KSSR, PBS, MBM MBI, KSSM dan di samping itu pelbagai bantuan
khas seperti Bantuan Awal Persekolahan mulai 2012 juga
diberikankepada murid-murid termasuk mereka yang berada di
prasekolah dan kelas pendidikan khas. Begitu juga dengan Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT) untuk semua warganegara. Semua ini
sebenarnya menunjukkan komitmen pihak kerajaan khususnya KPM
dalam membina generasi yang dapat bersaing dan mempunyai
pengetahuan dan kemahiran untuk mengharungi dunia yang penuh
dengan cabaran. Adalah diharapkan juga pengetahuan berkaitan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu peningkatan
aspirasi Negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk
menghadapi keperluan abad ke 21.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada


seluruh warga SMK Seri Bemban dan mengucapkan selamat bersara
kepada Tuan Haji Safie bin Ibrahim. Semoga sekolah ini terus
menempa pelbagai kejayaan pada masa-masa akan datang.

Angka 60 menjelang tiba,


Tidak diundur biar seketika,
Sampai seru meletak pena,
Tiga dekad begitu lama.

Cahaya liput serata alam,


Anak didik membawa salam,
Ilmu disebar dengan kalam,
Kini Menjadi sejarah silam.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai