Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK

PROGRAM SEMARAK TEATER PERINGKAT NEGERI


SARAWAK
Terima kasih kepada saudara / saudari pengacara majlis.
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
Salam Sejahtera,
Salam 1 Malaysia,
Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak,
Fly Kenyalang Fly, Fly High
1. Yang Berusaha, Encik Ambrose Anak Jarit,
Ketua

Sektor,

Sektor

Pengurusan

Pembangunan

Kemanusiaan
2. Yang Dihormati, Dr Hazami Bin Jahari
Pengarah, Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan
Sarawak
3. Dr Sluhi Bin Haji Lamat
Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah
Kuching
4. Barisan Pengetua
5. Guru Besar-Guru Besar
6. Guru-guru
7. Para Peserta
8. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan puji dan


syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kita
dapat

bersama-sama

dalam

Majlis

Penutupan

Rasmi

Program Semarak Teater Peringkat Negeri Sarawak 2015.


Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur
kerana telah sudi mengundang saya untuk menyempurnakan
majlis

penutupan

rasmi

pertandingan

ini.

Saya

juga

mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur,


khususnya Pejabat Pendidikan Daerah Kuching dan Sekolah
Seni Malaysia Sarawak kerana buat pertama kalinya telah
berhasil menganjurkan suatu program yang cukup bermakna
untuk meningkatkan dan memperkenalkan Seni Teater dalam
kalangan murid di negeri Sarawak.
Saya amat pasti, tanpa usaha komitmen, pengorbanan
masa dan tenaga daripada mereka ini, program ini tidak akan
berjalan dengan lancar memandangkan kini kita berhadapan
dengan banyak cabaran dalam merealisasikan transformasi
yang ingin dicapai pada tahun ini.
Saya menyambut baik usaha seperti ini kerana dalam
meningkatkan kecintaan masyarakat, terutama generasi
muda terhadap seni teater. Anggota masyarakat perlu diberi
suntikan kesedaran yang berterusan tentang seni teater ini,
terutama dalam situasi dalam usaha memberi pendedahan
dan mencungkil bakal murid-murid dalam bidang ini.

Sebagai bangsa yang mempunyai jati diri, kita perlulah


memelihara budaya warisan tradisi nenek moyang yang telah
mencorakkan watak dan memberikan citra jati diri sehingga
kita dikenali oleh dunia. Kita harus kembali berpegang pada
nilai-nilai kebudayaan yang antaranya dicernakan dalam seni
teater. Kerana itu, tanggungjawab berat yang menanti kita
adalah untuk melahirkan bangsa yang berbudaya dan
berteknologi tinggi dan bangsa yang mempunyai kekuatan
dalaman yang kuat kerana tanpa kekuatan dalaman, tanpa
jati diri yang utuh, dan tanpa keperibadian yang luhur kita
akan tenggelam dalam nostalgia tradisi dan budaya kita
sendiri.
Program Semarak Teater ini, yang dirancang dan
dilaksanakan dengan baik akan memberikan impak positif
terhadap

pengembangan

kemampuan

mengolah

dan

memperoleh pengetahuan, serta mengkomunikasikannya


secara jelas, tepat dan berkesan. Oleh sebab kemampuan ini
amat bergantung pada penguasaan dan penggunaan bahasa
dan keyakinan diri, maka tanggungjawab kita semua adalah
untuk melakukan pembinaan bahasa terhadap generasi
muda ini. Sifat positif yang merupakan keutamaan dalam
pembinaan bahasa dan keyakinan ini perlu ditanamkan
seawal mungkin. Dengan penanaman sikap positif sejak awal
ini, rasa setia dan bangga terhadap seni teater khasnya akan
menjadi dasar dalam pembentukan jati diri mereka.

Kerana itu, saya amat berharap agar guru-guru, pihak


sekolah, dan seluruh anggota masyarakat menyambut baik
pelaksanaan program seperti ini. Penyertaan murid-murid
dalam

kegiatan-kegiatan

lain

yang

berkaitan,

seperti

persembahan muzik, deklamasi puisi, dan sebagainya harus


lebih digalakkan kerana hasil-hasil seni yang menyerlahkan
norma

kehidupan

sebenarnya

dan

mempunyai

pola

perlakuan

tempat

dan

manusia

peranan

ini

dalam

pendidikan.
Kita sering membaca dan mendengar berita yang
memaparkan pelbagai bentuk perilaku berupa kekerasan
atau keganasan yang melibatkan golongan muda, termasuk
murid. Beberapa kejadian atau kes serius yang melibatkan
golongan murid ini sudah pasti menggusarkan banyak pihak.
Sebagai pewaris peradaban bangsa dan negara, kita
pasti tidak mengingini generasi muda kita hanyut dalam
gejala negatif seperti ini. Keruntuhan nilai-nilai luhur yang
berlaku pada bangsa kita, terutama generasi muda ini
mungkin dapat dielakkan jika penanaman nilai-nilai luhur
dalam budaya kehidupan kita seperti kesopanan, ketertiban,
kejujuran, dan keimanan dalam pendidikan di sekolah dan di
rumah berlangsung seperti yang diharapkan.

Nilai-nilai atau ciri yang menjadi penggerak kemajuan


negara perlu ditanam dalam diri murid mengikut kaedah dan
prinsip

tertentu

kerana

kita

bukan

sahaja

ingin

membangunkan bangsa yang termurid melalui penguasaan


ilmu dan kemahiran, tetapi juga terdidik daripada segi sikap
dan nilai-nilai murni sejagat.
Kerana

itu,

sebarang

kegiatan

yang

dijalankan

hendaklah berupaya melahirkan generasi muda yang dapat


membina jati diri sehingga memiliki keperibadian yang
terpuji, wawasan yang teguh, dan pandangan yang jauh ke
hadapan.
Sebagai

mengakhiri

ucapan

ini,

sekali

lagi

saya

melahirkan harapan agar kita semua, dari semasa ke semasa,


akan

menggerakkan

pelbagai

usaha

yang

dapat

meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan seni


teater ini khasnya dalam pembentukan sahsiah murid dan
diharapkan dapat memantapkan sikap yang positif dalam
kalangan murid-murid kita.
Sekali lagi saya ingin merakam ucapan setinggi tahniah
dan

penghargaan

kepada

Pengerusi

dan

semua Ahli

Jawatankuasa Kerja Program Semarak Teater atas kejayaan


menganjurkan program yang sudah pasti akan banyak
memberi manfaat kepada kita semua terutama sekali kepada
murid-murid. Diharapkan murid-murid yang akan mewakili

negeri Sarawak ke Program Semarak Teater Peringkat


Kebangsaan di Negeri Sembilan pada bulan Mei nanti akan
melakukan yang terbaik dan mengharumkan nama Sarawak.
Sebagai menyuntik semangat semua, ayuh sama-sama kita
laungkan kata juang Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Fly
Kenyalang Fly, Fly High.
Dengan harapan ini dan semangat, dan dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya menutup
Program Semarak Teater Peringkat Negeri Sarawak ini
dengan rasminya. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai