Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN KOMBO

SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH


PERINGKAT NEGERI 2015

Yang Dihormati Tuan Haji Amir Sharifuddin bin Ahmad


Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Yang Dihormati Tuan Mohd Radzi bin Omar
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan
Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Sazali bin Haji Sam D.T.M, A.N.S
Pengetua SMK Seri Ampangan
Selaku Pengerusi Pengelola Pertandingan Kombo Sekolah- sekolah Negeri Sembilan
Yang Dihormati En. Mohd Sah bin Zainal Abidin
Pegawai Pendidikan Daerah Seremban
Yang Dihormati Pn. Zainab bt Abu Kassim
Ketua Unit Kokurikulum
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Pengetua pengetua,
Guru guru besar,
Jawatankuasa Teknikal Negeri,
Para hakim,
Peserta peserta Pertandingan KOMBO, guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan sekalian
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
Terlebih dahulu marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t
kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapatlah kita bersama-sama di majlis
perasmian penutupan Pertandingan KOMBO sekolah-sekolah Rendah dan Menengah
Peringkat Negeri 2015 pada hari ini..
Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK
Seri Ampangan dan Jawatankuasanya sebagai tuan rumah dalam menganjurkan
pertandingan ini.

Tanpa usaha, komitmen, pengorbanan masa dan tenaga mereka ini,


pertandingan ini tidak mampu diadakan memandangkan terdapat banyak cabaran
dalam merealisasikan sesuatu pertandingan. Syabas dan tahniah kepada semua ahli
jawatankuasa pelaksana yang tekad dalam menjayakan pertandingan ini yang
sememangnya sangat signifikan dengan keperluan murid-murid pada masa ini.
Para hadirin sekalian,
Muzik amat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama
dalam mengekang gejala sosial khususnya dalam kalangan generasi muda.Tidak dapat
dinafikan muzik mampu membentuk kualiti diri dan sahsiah murid. Hal ini demikian
kerana muzik merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialis, estetika dan etika.
Muzik berfungsi sebagai penggerak minda murid-murid untuk berfikir dengan lebih jitu
dan padu ke arah peningkatan diri. Penglibatan murid dalam bidang muzik juga
memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi.
Sehubungan dengan itu, dengan adanya pertandingan seumpama ini, memberikan
mereka peluang dan ruang untuk belajar dan menguasai kemahiran muzik dengan lebih
mendalam. Fenomena ini merupakan satu motivasi dan inspirasi kepada mereka untuk
terus berusaha menjadi warganegara yang benar-benar berkualiti melalui penguasaan
ilmu dan kemahiran muzik di samping komunikasi yang berkesan melalui penyertaan
pertandingan KOMBO ini.
Saya secara peribadinya melihat pertandingan seperti ini, ia juga mampu menjadi
saluran kepada murid-murid untuk memperkembang minat dan kemahiran mengikut
kecenderungan bidang mereka. Pertandingan ini juga bertujuan untuk melahirkan
generasi yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjurus
kepada jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) di dalam aktiviti muzik yang sihat
dan bermoral. Muzik juga mampu menarik minat orang ramai amnya dan murid-murid
khasnya.
Selain itu penglibatan murid dalam bidang seni muzik ini akan menambah jumlah
penggiat seni di Malaysia kerana minat dan bakat mereka telah dipupuk sejak di
bangku sekolah.Penglibatan anak muda dalam bidang seni ini secara tidak langsung
akan menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni muzik mereka.
Seterusnya pertandingan seperti ini akan memberikan peluang dan ruang kepada
murid-murid untuk mengembangkan bakat seni yang bersemi di dalam jiwa mereka.
Saya berharap matlamat pertandingan ini untuk melahirkan murid yang seimbang
selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia akan tercapai.
Saya dimaklumkan terdapat 14 pasukan yang menyertai pertandingan ini iaitu 3
pasukan daripada sekolah rendah dan 11 pasukan daripada sekolah

menengah.Tahniah dan syabas kepada pasukan yang berjaya dan pasukan yang tidak
berjaya hari ini, teruslah berusaha sehingga kejayaan menjadi milik anda pula suatu
hari nanti.

Para hadirin sekalian,


. Sehubungan itu, sebagai langkah bagi membantu meletakkan murid-murid sentiasa
berada di landasan yang betul, pihak sekolah bersama dengan Jabatan Pendidikan
Negeri dan Kementerian Pendidikan akan terus menyokong pelbagai program yang
mengkhususkan kepada kemahiran insaniah para pelajar termasuklah programprogram seumpama ini. Pertandingan KOMBO ini merupakan suatu langkah permulaan
yang saya kira cukup baik.
Justeru, diharapkan dengan terlaksananya pertandingan seperti ini, murid-murid
akan memberikan respon yang baik dalam membudayakan kehidupan sebagai seorang
pelajar yang unggul serta peka dengan pelbagai isu semasa sama ada di dalam
mahupun di luar negara untuk menjana keunggulan ummah.
Para hadirin sekalian,
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas
dan tahniah kepada Tn. Haji Mohd Sazali bin Haji Sam, Pengetua SMK Seri Ampangan
dan seluruh jawatankuasa pelaksana kerana berjaya mengelolakan pertandingan ini
dengan lancar sekali. Sesungguhnya saya akan sentiasa menyokong penuh programprogram yang mampu memberikan impak terhadap pembangunan murid-murid.
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan penutupan
Pertandingan KOMBO Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri 2015.
Sekian, terima kasih...

Anda mungkin juga menyukai