Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN PENOLONG KANAN KOKUM BERSEMPENA MAJLIS HARI CEMERLANG 2011 Bismillahirrahmannirrahim Yang Berusaha Encik Vejayabalan

Subramaniam,guru besar SMT Yang Dihormati Puan Puan Mary Lee, PK Kurikulum SMT Yang Dihormati En.Chai Hong Min PK HEM SMT Yang Dihormati Cik Angela Guru Penyelia Petang SMT AJK Induk Majlis Anugerah Cemerlang,ibubapa dan murid-murid yang disayangi sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh selamat Pagi,salam sejahtera dan salam satu Malaysia Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat b e r k u m p u l d i p a g i y a n g i n d a h i n i u n t u k s a m a s a m a m e m e r i a h k a n M a j l i s Anugerah Cemerlang SMT bagi tahun 2011 Terlebih dahulu,saya sebagai Pengerusi Penganjur majlis ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada barisan AJK induk kerana merancang dan melaksanakan acara ini.Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang dapat meluangkan masa hadir pada majlis hari ini. Pada kesempatan ini,saya ingin mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya mendapat anugerah pada tahun ini.Pihak sekolah akan sentiasa berusaha untuk mempastikan setiap pencapaian murid SMT mendapat pengiktirafan kerana murid-murid ini adalah aset yang amat bernilai kepada sekolah.Walau pun begitu,saya juga menyeru agar murid-murid lain turut berusaha dan bersaing supaya pada masa akan datang mereka juga berpeluang mendapat pengiktirafan sebegini. Sebelum mengakhiri ucapan saya ini,sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.Semoga tahun depan kita dapat bersama lagidalam majlis sebegini. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai