Anda di halaman 1dari 2

LUAHAN RASA BUAT MURIDKU SEMUA

Aku mula bekerja sebagai guru seumur 21 tahun


Nun di tempatkan di ulu Kelantan di Kg Bahagia
Bertugas bersama ungas rimba yang menjadi kawanKU
Pergi dengan moto cabuk dan berjalan kaki untuk sampai destinasi

Orang kata kerja guru penat


Gaji tak seberapa kerja berlambak
Tapi tak pernah jemu tidak pernah meluat
Buat kerja juga walaupun meliat

Orang kata kerja guru rehat


Mengajar tak berapa tapi penuh berkat
Kerjanya sekerat-kerat tapi penuh sendat
Ilmu yang dicurahkan tidak dapat di sekat

Namun aku tak pernah jemu menjadi guru


Kerana itu impianku
Setiap saat itu aku kira ia adalah ilmu
Demi Mendidik anak anakmurid ku tanpa jemu

Aku bangun awal pagi dengan niat murni


Sesuci embun waktu pagi
Tak menghiraukan letih jiwa ini
Demi anak didikku yang dicintai

Adanya aku kerana guru


Adanya perdana menteri kerana guru
Adanya Bil gates kerana guru
Ada sesiapa saja di muka bumi ini pandai baca tulis kerana mu guru

Murid ku dengar sini


Cikgu sering di caci semua orang tidak ambil peduli
Cikgu sering di hina semua orang tidak ambil peduli
Cikgu sering di pukul semua orang tidak ambil peduli
Cikgu sering di saman oleh ibubapa semua orang tidak ambil peduli
Cikgu sering di salah ertikan

Muridku dengar sini


Cikgu korbankan masa untuk melatih kamu siang malam orang tak
pandang
Cikgu korbankan duit untuk sempurnakan semua program orang tak
pandang
Cikgu korbankan peluh keringat demi kamu semua orang tak pandang
Cikgu pendamkan perasaan ini ,simpan dalam hati.makan hati tiada siapa
yang tahu
Cikgu buat segala-galanya untuk kamu semua orang tak pandang pun
Malah sering dipersalahkan

Muridku dengar sini


Aku mengajar kamu menghormati kedua ibubapa ,mengenang jasa
ibubapa,berbakti kepada mereka,jangan bercakap kasar kepada
mereka,jangan biadap terhadap mereka
Tapi
Tidak ramai ibubapa ingatkan kepada anak-anaknya
Hormatilah kami semua,sayangilah mereka,bercakaplah dengan budi
bahasa yang baik

Muridku dengar sini


Ramai orang tidak tahu
Aku menitis air mata menerima pemberian sehelai kertas dari buku
lamanya ucapan selamat hari guru dari pelajar miskin yang tak mampu
membeli hadiah untukku
Aku menitis air mata menerima hadiah pencil patah dari murid ku yang
miskin
Aku menitis air mata kerana muridku mendengar kata
Aku menitis air mata kerana ramai murid telah berjaya
Aku ucapkan jutaan terima kasih buat semua anak-anak didikku yang
mendengar kata

Wahai kawan-kawanku
Biarkan apa orang nak kata
Biarkan apa orang nak cerca
Biarkan apa orang nak nista
Biarkan apa orang nak hina

Bukan pujian yang ku pinta


Bukan sanjungan yang ku dambakan
Bukan pangkat darjat yang ku puja
Bukan hadiah yang ku paksa
Ku berserah pada maha Esa
SEKALI AKU MENJADI CIKGU SELAMANYA AKU CIKGU
Selamat hari guru buat semua kawan-kawanku

Hasil Nukilan RUL BESUT SEORANG GURU

Anda mungkin juga menyukai