Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN KEJOHANAN CATUR

MSSD PPD MACHANG 2017

TARIKH ;
02-03/05/2017

TEMPAT
DEWAN TERTUTUP SEKOLAH MENENGAH SAINS MACHANG

ANJURAN
JAWATANKUASA TEKNIK CATUR DAERAH
PPD MACHANG

KERJASAMA
SEKOLAH MENENGAH SAINS MACHANG

1.0.Pendahuluan
Catur adalah sejenis permainan berpapan, rekreasi dan berdayasaing yang
dimainkan di antara dua pemain. Bentuk permainan terkini timbul di Eropah semasa
separuh abad kedua pada abad yang ke-15 selepas ianya berubah daripada
permainan asal lamanya di India yang sama. Sekarang, permainan catur merupakan
permainan yang paling popular di dunia, dimainkan oleh jutaan manusia di seluruh
dunia semada di rumah, di kelab-kelab catur, dalam talian, surat menyurat, dan di
dalam pertandingan.

Para ulama berbeza pendapat mengenai permainan catur, dengan sebilangan


mereka mengatakan boleh dan sebilangan lagi mengatakan makruh dan sebilangan
lagi yang mengharamkannya. Ada yang menyatakan hadis-hadis berkaitan dengan
permainan catur tetapi apa yang nyata adalah permainan catur ini menular di
kalangan penganut agama Islam setelah pengislaman negara Parsi bermula dalam
637M iaitu selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. dalam tahun 632M. Dr.
Syeikh Yusuf al-Qaradawi beranggapan hadis-hadis yang disebutkan mengenai
permainan catur adalah hadis palsu kerana Rasulullah S.A.W. wafat sebelum
penaklukan negeri Parsi.

Khulafa al-Rasyidin sendiri berbeza pendapat mengenai permainan catur.


Khalifah Umar r.a. menganggapnya lebih melekakan daripada nard (backgammon)
sementara Saidina Ali r.a. melihatnya sebagai satu perjudian (kerana ada yang
bertaruh wang bermain catur).

Sahabat-sahabat lain dan ulama-ulama yang mengikut semasa dan selepas


Khulafa al-Rasyidin seperti Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Ibnu Sirin, Hisham bin Umrah,
dan Said ibn Al-Musayyib membenarkan permainan catur. Asas kebenaran adalah
catur tidak melibatkan pertaruhan nasib sebaliknya melibatkan kemahiran dan
strategi.

Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi berpandangan permainan catur dibolehkan di


dalam Islam, seperti mana permainan-permainan yang lain, selagi mana perkara-
perkara berikut dijaga oleh pengamalnya. 1) tidak dilekakan sehingga meninggalkan
solat dan 2) tidak melibatkan pertaruhan wang [1]
2.0.Objektif

2.1.Mencari bakat pemain catur mewakili PPD Machang di


Samping menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid
dalam menguasai teknik-teknik permainan catur.

2.2.Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang situasi perlawanan


catur

2.3.Memilih murid-murid yang layak mewakili PPD Machang

2.4.Membina jati diri dikalangan murid

2.5.Membantu meningkatkan program akademik

2.6.Membina sahsiah diri dan membentuk disiplin murid.

3.0 .Jumlah penyertaan

Kategori 12L = 132 orang


Kategori 12P = 78 orang
Kategori 15L = 23 orang
Kategori 15P = 34 orang
Kategori 18L = 22 orang
Kategori 18P = 42 orang

Jumlah Penyertaan =331 orang

4.0.Tarikh
02-03/05/2017

5.0.Tempat
Dewan Sekolah Menengah Sains Machang

6.0.Keputusan Kejohanan
( rujuk lampiran)
7.0.Laporan bergambar
Laporan disediakan oleh

..........................................

Anda mungkin juga menyukai