Anda di halaman 1dari 5

SK DATO’ WAN MOHAMAD SAMAN

BATU 3 TANDOP, ALOR SETAR


KEDAH

KERTAS KERJA PERTANDINGAN


BRIDGE BUILDING COMPETITION
KARNIVAL STEM 2023
PERINGKAT NEGERI KEDAH

TARIKH :
23 MEI 2023 – 20 JULAI 2023

ANJURAN :
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
1.0 PENGENALAN

Bridge Building Competition adalah pertandingan anjuran Bahagian Sukan,


Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini
merupakan platform dalam mengetengahkan serta mencungkil bakat, kreativiti dan
memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah tentang ilmu reka bentuk,
teori-teori dalam kejuruteraan fizik (konsep asas pembinaan) dan memupuk minat
murid dalam mata pelajaran sains serta reka bentuk dan teknologi. Pertandingan ini
juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam
menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian
masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan,
komunikasi, dan literasi digital.

2.0 OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada murid untuk meneroka pembelajaran di luar bilik


darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
2. Untuk meningkatkan kemahiran praktikal murid dan mendorong kreativiti
dalam menghasilkan projek binaan.
3. Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik konsep
binaan mengikut kaedah dan prosedur yang betul.
4. Memupuk minat murid dalam mata pelajaran Sains dan Rekabentuk &
Teknologi (RBT) berunsurkan STEM.
5. Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
6. Meningkatkan peratus penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dalam
bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
7. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses
pembangunan projek.
3.0 PENYERTAAN

 Pertandingan ini disertai oleh enam orang murid tahun 6 Dedikasi. Dua
kumpulan dibimbing oleh dua orang guru pembimbing. Nama-nama peserta
dan guru-guru pembimbing adalah seperti berikut:

Peserta:
Muhammad Aniq bin Muhamad Sukri
Muhammad Nuur ‘Aazim Azhar bin Norhaizam
Razin Zulfaqar bin Razman
Fariesha Husna binti Fairuz
Nur Irdina Alesya binti Nazarudin
Iris Arissa binti Mohd Fairuz

Guru Pembimbing:
Pn. Ameriani Laily binti Mohd Isira
Pn. Nur Izwani binti Abdul Wahab

4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL ITEM HARGA BILANGAN JUMLAH PERUNTUKAN


SEUNIT
(RM)
1. Ice cream stick 2.50 35 75.00 Panitia
114cmx10cm Matematik
2. Glue gun 60w 22.00 6 132.00 Panitia
Matematik
3. Glue stick 30cm 2.00 20 40.00 Panitia
Matematik
4. S-shape metal 5.00 10 50.00 Panitia Sains
5. Playar pemotong 15.00 2 30.00 Panitia Sains
6. Aluminium Tripod 90.00 1 90.00 Panitia Sains
7. Pelapik pemotong 18.00 2 36.00 Panitia Sains
JUMLAH RM 453.00
5.0 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN – SEPERTI DI LAMPIRAN

6.0 PENUTUP

Diharapkan pertandingan ini dapat memupuk minat murid dalam mata pelajaran
sains serta reka bentuk dan teknologi. Ia juga diharap dapat menggalakkan kreativiti
serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan
dalam kehidupan mereka seharian.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

…………………………………. ……………………………………
(AMERIANI LAILY BINTI MOHD ISIRA) (EN. JORA BIN SULAIMAN)
Guru Pembimbing Penolong Kanan Kokurikulum
Bridge Building Competition SK Dato’ Wan Mohd Saman
SK Dato’ Wan Mohd Saman

Diluluskan oleh:

...........................................................
(EN. MAHMUZIR BIN OSMAN)
Guru Besar
SK Dato’ Wan Mohd Saman

Anda mungkin juga menyukai