Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA AKTIVITI ROBOTIK 2017

PERTANDINGAN ROBOTIK NEGERI PULAU PINANG (NRC 2017)


ANJURAN BERSAMA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA , SASBADI SDN
BHD, MOSTI DAN PUSAT SAINS NEGARA
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017

1.0 PENGENALAN
Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) merupakan salah satu aktiviti
kokurikulum di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberi
penekanan terhadap aspek kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar, melalui
pembelajaran berasaskan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. NRC
merupakan usaha berterusan kementerian dalam mempromosi inovasi serta
pendidikan dalam bidang sains dan teknologi di sekolah.

2.0 MATLAMAT
2.1 Menyediakan platform pembelajaran yang dapat membentuk pelajar yang
berkemahiran untuk mencapai kejayaan pada abad ke-21.

2.2 Membangunkan dan mengukuhkan pemikiran kreatif dan kritis serta


kemahiran sosial pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan
masa depan. Kemahiran ini termasuklah :

 Kemahiran menyelesaikan masalah


 Kemahiran pemikiran kreatif
 Kemahiran komunikasi interpersonal
 Kemahiran kerjasama berpasukan

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membantu pelajar membina satu asas yang kukuh dalam bidang
Matematik,Sains,Teknologi,Reka Bentuk serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) melalui pengalaman hands-on atau penyelidikan.
3.2 Melatih pelajar bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang
mencabar dalam semangat berpasukan.
3.3 Membolehkan pelajar membina pemikiran logik dan sistematik semasa
mereka merancang dan melaksanakan program melalui pemprograman
robot.
3.4 Meningkatkan kreativiti pelajar dalam menyelesaikan masalah dan
menyedarkan mereka bahawa terdapat banyak cara untuk memperoleh
keputusan yang diingini.
3.5 Menggalakkan pelajar sekolah di Malaysia menyertai pertandingan robotik
sebagai sesuatu aktiviti yang menyihatkan dan mengisi masa lapang.

4.0 SASARAN
20 orang pelajar yang berpotensi untuk diketengahkan.

5.0 TEMPAT, TARIKH DAN MASA

Bilik kommputer SJK(C) Han Chiang


Setiap Rabu (Januari – Mac) 1:30 tengah hari – 3:30 petang

6.0 PELAJAR DAN GURU YANG TERLIBAT


BIL. NAMA NO.K/P TINGKATAN/TAHUN

1
2
3
4
5
6
7.
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

GURU YANG TERLIBAT


1. Cik Ham Siew Keng
2. Pn. Cheah

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI KADAR x KUANTITI JUMLAH

1. Mounting board 4 unit RM 13.00 x 4 RM 52.00


2. Banner 1 unit RM 80.00 RM 80.00
3. Bateri Alkaline 12 pek RM 10.00 x 12 RM 120.00
4. World Robot Olympiad Brick 1 set RM 220 x 1 RM 220.00
JUMLAH RM 472.00

8.0 PENUTUP
Semoga pelajar dapat menggunakan peluang menyertai pertandingan tersebut
sebagai salah satu langkah bagi meningkatkan pengetahuan, penguasaan dan
kemahiran serta mencapai satu asas yang kukuh dan baik dalam bidang matematik ,
sains dan teknologi di samping mengecap kejayaan yang membanggakan dalam
pertandingan yang disertai. Adalah diharapkan juga pelajar yang terlibat mampu
memberikan persaingan sengit dalam kejohanan-kejohanan lain yang akan disertai.

Disediakan oleh,

……………………....................
(HAM SIEW KENG)
Guru Penasihat

Disokong oleh,

……………………....................
(CHEAH Y)

Disahkan oleh,

……………………....................
(LEE HONG CHOO)

Anda mungkin juga menyukai