Anda di halaman 1dari 7

TAJUK KERTAS KERJA:

PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER JOM BERBENTO

TARIKH:

26 MAC 2021 - 03 APRIL 2021

TEMPAT:

KEDIAMAN MASING-MASING

ANJURAN:

UNIT BENTO IPGKTI
SUKARELAWAN ECO TEMENGGONG IBRAHIM (EVOLTI)
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR
1.0 Pengenalan

Unit Bento IPGKTI bersama-sama sukarelawan EVOLTI telah memilih Pertandingan


Mencipta Poster Jom Berbento untuk disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi
IPGKTI. Hal ini demikian kerana pertandingan ini amat bersesuaian dan menepati
keadaan para pelajar yang melanjutkan pelajaran dari rumah. Poster merupakan satu
bentuk rekaan grafik yang melibatkan warna, ilustrasi dan reka letak yang berupaya
berbagai-bagai rupa untuk menyampaikan maklumat yang bermakna tentang sesuatu
perkara secara mudah dan menarik. Penciptaan poster ini bertujuan untuk
mempromosi, berkempen dan sebagainya untuk mempamerkan kempen yang akan
dijalankan. Secara amnya, medium poster ini mampu menonjolkan keistimewaan
mesej yang akan disampaikan dan pengiklanan untuk ditonton dan diketahui oleh
orang ramai sebagai salah satu medium maklumat pemberitahuan kepada orang
ramai akan kewujudan kempen.

2.0 Rasional

Secara rasionalnya, pertandingan ini akan dapat dijalankan dengan jayanya mengikut
kesesuaian keadaan para pelajar yang belajar secara maya. Program Jom Berbento
ini dipilih untuk memenuhi aspek pengurusan dari segi kos dan memberi impak yang
besar terhadap warga IPGKTI. Penggunaan pembungkus makanan plastik, beg
plastik atau polisterin untuk makanan panas adalah amalan yang biasa dilakukan
dalam kalangan pengguna tidak kira di mana kita berada sama ada di kampus
mahupun di kedai makan di luar. Setiap hari, berjuta-juta bahan plastik digunakan
manusia dan akhirnya akan dibuang ke tapak pelupusan sampah atau hanyut ke laut.
bekas makanan yang mesra alam dan boleh digunakan semula akan menggantikan
bekas-bekas plastik pakai buang yang digunakan di kafeteria.  Langkah awal bagi
program ini adalah dengan memberi kesedaran warga kampus mengenai
penggunaan pembungkus makanan plastik boleh mengancam kualiti alam sekitar dan
menjejaskan kesihatan manusia. Pertandingan mencipta poster ini merupakan satu
langkah utama untuk menarik minat warga kampus untuk belajar mencintai alam kita
serta bertindak memelihara alam menerusi penyertaan mereka terhadap
pertandingan ini.

3.0 Objektif

3.1 Menggalakkan warga kampus bergiat aktif dalam pertandingan mencipta poster
ini.

3.2 Meningkatkan tahap kesedaran tingkah laku mesra alam sekitar iaitu dengan
tidak
menggunakan bekas plastik pakai buang dalam kalangan pelajar semasa
membungkus makanan di kafeteria.

3.3 Mewujudkan amalan mempraktikkan tingkah laku pemeliharaan alam sekitar


dengan cara membawa bekas makanan sendiri (berbento) dalam kalangan warga
IPGKTI sama ada di kafeteria mahupun di kedai makan yang berada di luar
kampus.

2
4.0 Tarikh & Masa

Pelancaran : 26 Mac 2021 (11.00 pagi - 12.00 tengah hari

5.0 Tempat

Kediaman masing-masing

6.0 Penyertaan

Terbuka kepada semua warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim

7.0 Sumber Kewangan

Unit/Panitia
Unit Bento : RM 30

8.0 Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH


1. Voucer Makanan 1 x RM 15 = RM15 RM 15
- Tempat pertama
2. Voucer Makanan 1 x RM 10 = RM 10 RM 10
- Tempat kedua
3. Voucer Makanan 1 x RM 5 = RM 5 RM 5
- Tempat Ketiga
JUMLAH RM 30

3
9.0 Jawatankuasa

9.1 Jawatankuasa Induk

PENAUNG                                     Tuan Hj Mohd Zain Bin Badui


Pengarah 
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
PENASIHAT 1 Dr Wan Noor Siah Binti Wan Abdullah
Timbalan Pengarah
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
PENASIHAT 2 Puan Hajah Halimah Binti Che Mat
Timbalan Pengarah
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
PENGERUSI                                  Dr. Mohd Zairi Bin Husain
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
PENYELARAS                              Puan Khalidah Binti Ahmad
Penyelaras JK Lestari
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
SETIAUSAHA Puan Hjh. Halina Binti Kasmani
Setiausaha JK Lestari
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
BENDAHARI Pn. Rabiatul Adawiyah Binti Rusley
Penolong Akauntan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
PENASIHAT PROGRAM                Erna Nabilah Binti Kamaruddin
KETUA PROGRAM Nur Alyaa Natasha Binti Mat Napi
PENOLONG KETUA PROGRAM   Nurasyiqin Binti Noor’adzam

SETIAUSAHA PROGRAM Athirah Nabilah Binti Mohd Saidi

PENOLONG SETIAUSAHA PROGRAM Nur Izzati Izzani Binti Abd Jabar

4
9.2 JAWATANKUASA KERJA

AJK SIJIL Nur Izzati Izzani Binti Abd Jabar

AJK CENDERAMATA Nurasyiqin Binti Noor’adzam

10.0 Penutup

Pertandingan Mencipta Poster Jom Berbento ini dapat memberi peluang kepada
warga IPGKTI untuk meneroka kemahiran dalam mencipta sebuah poster dan
mengasah kebolehan individu untuk menyampaikan idea atau mesej yang jelas
dengan menggunakan gambar, pilihan warna, dan tulisan kepada khalayak ramai.
Pada masa yang sama, bakal guru dapat sama-sama menyebarkan pengetahuan
mereka tentang berbento juga menyemai semangat kompetitif yang sihat antara
warga guru IPGKTI.

5
PENGESAHAN, SEMAKAN, SOKONGAN DAN KELULUSAN

A. Disediakan oleh:

(Athirah Nabilah Binti Mohd Saidi)

B. Disemak oleh:

_______________________________

C. Ulasan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar:

Tarikh: Tandatangan : ________________________

D. Ulasan Unit Kewangan:

Tarikh: Tandatangan : _________________________

E. Kelulusan oleh Pengarah/Timbalan Pengarah:


Kertas kerja/ Program/ Aktiviti ini diluluskan/ tidak diluluskan.

Tarikh: Tandatangan : _________________________

6
7

Anda mungkin juga menyukai