Anda di halaman 1dari 15

TAJUK 3.

1
DIMENSI MORAL
3.1.1 Penaakulan Moral
3.1.2 Perasaan Moral
3.1.3 Perlakuan Moral

Disediakan oleh Kumpulan 4:


Lai Leh Ping Leong Yong Rui Yip Shui Ling
Dimensi Moral

Penaakulan Moral Emosi Moral Tingkah Laku Moral

Pemikiran & pertimbangan moral Emosi & perasaan Tingkah laku & tindakan

- Rasional - Empati
- Bebas - Simpati
- Normatif - Murah hati - Bertanggungjawab
- Tepat - Kasih saying - Berdedikasi
- Tajam - Belas kasihan - Prihatin
Kreatif - Altruistik - Bekerjasama
- Inovatif - Sentimen
- Kritis - Berjiwa
I. Penaakulan moral
• Pertimbangan dan pemikiran secara rasional dan bebas (autonomi).
• Kebolehan untuk membuat pertimbangan dan keputusan moral
yang matang dan bebas dalam situasi moral tanpa dipengaruhi oleh
paksaan atau ketaatan membuta tuli.
Tidak mempunyai
prasangka perkauman.

Melakukan sesuatu
Melakukan tindakan yang betul
berdasarkan alasan yang
dengan alasan atau sebab yang
munasabah.
betul serta boleh meyakinkan
bahawa tindakan tersebut
adalah tindakan yang betul.

Insan
bermoral yang
mengamalkan
penaakulan
moral
II. Emosi moral
• Emosi moral - Kehalusan perasaan individu yang mengandungi
sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi,
altruistic, dan murah hati.
• Keupayaan dan kesanggupan mengalami emosi moral adalah
prasyarat untuk melahirkan individu bermoral.
• Emosi moral dianggap “pembekal tenaga” kepada perlakuan
(Samay, 1986). Perasaan bermoral akan membawa kepada sifat
kepedulian dan tindakan yang bermoral.
• Emosi moral adalah penting untuk mengawal perlakuan dan menghalang
seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat antisosial.
• Emosi moral mewujudkan perlakuan prososial seperti berasa malu,
takut, menyesal, dan bersalah apabila melakukan perbuatan yang tidak
wajar dari segi moral.
• Namun, kita tidak harus terlalu mengikut emosi kerana akan menjurus
kepada perlakuan tidak rasional. Misalnya, perasaan empati dan simpati
menyebabkan Aiman sentiasa membantu orang miskin atau cacat dari
segi kewangan tanpa mengira kepentingan diri sendiri walaupun Aiman
tidak berupaya menyara diri. Insan yang bermoral ialah individu yang
boleh menyeimbangkan antara penaakulan dan perasaan disamping
perlakuan moralnya.
Contoh emosi moral:
• Berasa sedih dengan mangsa-mangsa banjir di Terengganu.
• Kasih sayang terhadap ibu bapa.
• Marah kepada sesiapa sahaja yang membuat kejahatan.
• Bersimpati dengan nasib rakan-rakan yang ditimpa kematian saudara.
Individu kurang emosi moral:
• Dilihat kurang insani atau bersifat impersonal.
• Menurut Kupperman (1983), individu yang melakukan perbuatan tidak
bermoral tidak semestinya lebih bodoh atau lebih pandai berbanding orang
biasa. Namun, kebiasaanya individu yang tidak bermoral kurang perasaan
moralnya, iaitu tidak peka terhadap pengalaman dan penderitaan mangsanya.
• Menurut Ewing (1990), kelemahan moral dalam kalangan kanak-kanak yang
melakukan jenayah bukan disebabkan mereka tidak mengetahui bahawa
perkara yang dilakukan adalah salah tetapi berpunca daripada tiada perasaan
terhadap kebajikan orang lain.

Emosi moral penting untuk mengawal perlakuan dan menghalang individu


daripada melakukan sesuatu yang bersifat antisosial.
III. Tingkah Laku Moral
Tingkah laku moral - Perlakuan dan tindakan seseorang hasil
daripada sesuatu keputusan yang telah dibuat dengan penuh
bertanggungjawab dan mengikut kemampuan sendiri berlandaskan
penaakulan dan emosi moral.

• Tingkah laku moral adalah dimensi moral yang menterjemahkan


penaakulan dan emosi moral.
• Tingkah Laku yang baik dan buruk adalah hasil daripada bagaimana
seseorang itu menaakul dan menggunakan emosi moral dalam
tingkah lakunya.
Contoh perlakuan moral yang baik:
• Amad memulangkan dompet yang dijumpai di kantin
kepada guru bertugas dengan hati yang ikhlas.
• Amy memimpin orang buta menyeberang jalan.
• Aiman tidak terjebak dalam rasuah walaupun
pekerja-pekerja lain dalam unit tersebut
melakukannya kerana sedar bahawa rasuah akan
merosakkan sistem pekerjaan dan ditegah oleh
agama.
• Ibu tunggal yang mempunyai seorang anak cacat
iaitu tiada tangan dan kaki sanggup mendokong
anaknya pergi balik ke sekolah sejak Tahun 1 hingga
Tahun 6.
Pertalian antara Ketiga-tiga Dimensi Moral
 Ketiga-tiga dimensi moral akan menjadikan seseorang sentiasa berada dalam keadaan yang
berjaga-jaga supaya setiap perlakuannya mengikut kehendak normatif setempat.
 Contoh:
Seseorang yang melakukan kesalahan dan berasa menyesal dengan tindakannya serta
bertekad tidak akan melakukan kesalahan yang sama ( ketiga-tiga dimensi moral).
Penaakulan moral Tahu tentang perbuatannya yang salah.
Emosi moral Perasaan menyesal atau rasa bersalah.
Tingkah laku moral Perlakuan susulan (bertekad tidak akan mengulangi kesalahan).

 Penaakulan+Emosi+Tingkah laku moral perlu saling berinteraksi & mempengaruhi antara satu
sama lain  menghasilkan perlakuan moral.
 Apabila seseorang individu dapat menaakul secara bebas & rasional  perlakuan dalam bentuk
tingkah laku & tindakan akan terhasil.
 Perlakuan ini akan dipengaruhi oleh emosi & perasaan individu.
* Perlakuan yang bermoral secara semula jadi tanpa dipengaruhi oleh “perintah”/“peraturan”.
* Individu yang bermoral = Individu yang berautonomi, rasional & bebas dalam dimensi etika.
Pertalian antara Ketiga-tiga Dimensi Moral
 Individu perlu peka & memahami peraturan dalam komuniti.
 Tidak mentaati tanpa berfikir.
 Apabila berdepan dengan konflik/dilema moral:
 membuat pertimbangan & keputusan berdasarkan prinsip-prinsip moral yang berkaitan
dengan keadilan & kepedulian.
 tanpa mengetepikan situasi yang menimbulkan konflik.
 bertindak berdasarkan keputusan yang dibuat secara autonomi mengikut kemampuan.
 menyatukan penaakulan, perasaan & perlakuan moral dalam setiap tindakan.
Pertalian antara Ketiga-tiga Dimensi Moral
 Individu yang memiliki penaakulan moral mesti:
 memahami maksud nilai moral.
 mengenal pasti sesuatu/isu yang melibatkan moral.
 menimbang situasi/isu moral daripada perspektif orang lain (role-taking perspective).
 menyelesaikan isu/situasi moral secara objektif berdasarkan prinsip moral yang asas.
 Individu yang memiliki emosi moral perlu:
 menyedari & menghormati perasaan serta kebajikan orang lain.
 menyedari perasaan & rasa hormat diri.
 mempunyai motivasi & niat untuk bertindak.
 Individu yang memiliki tingkah laku moral perlu:
 bertindak secara autonomi berdasarkan prinsip moral yang asas.
 bertindak secara kebiasaan & konsisten dalam kehidupan.
 bertanggungjawab terhadap tindakan yang diambil.
 beriltizam untuk menjadikan nilai sebagai ciri perwatakan diri & dalam hubungan dengan
orang lain.
Pertalian antara Ketiga-tiga Dimensi Moral
 Kelemahan penghayatan moral dalam kalangan kanak-kanak yang melakukan jenayah:
 bukan disebabkan tidak tahu perkara tersebut salah.
 tetapi disebabkan tiada perasaan moral terhadap kebajikan orang lain.
 Individu yang mempunyai perasaan moral akan:
 bersifat altruistik, bertimbang rasa, belas kasihan, murah hati.
 sifat-sifat yang berkaitan dengan sifat kepedulian .
 mempunyai perasaan malu/bersalah apabila melakukan sesuatu yang tidak wajar.
 Insan bermoral tidak seharusnya terlalu mengikut emosi:
 mengelakkan daripada menjurus kepada perlakuan yang tidak rasional.
 menyeimbangkan antara penaakulan, perasaan & perlakuan moral.
 Perkembangan kognitif & pendedahan kepada pengalaman sosiomoral:
 menentukan kadar pencapaian perkembangan moral.
 perolehan tahap kognitif yang tinggi = satu syarat bagi perkembangan moral.
 pengalaman peribadi seseorang (cth: melakukan tanggungjawab moral, pergaulan, pendidikan,
penglibatan dalam aktiviti keagamaan)  meningkatkan tahap penguasaan moral.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai