Anda di halaman 1dari 2

Langkah-Langkah Mengatasi Diskriminasi :-

a) Cuba untuk melupakan diskriminasi tersebut

Mangsa diskriminasi tentunya akan berasa sedih dan marah terhadap terhadap
diskriminasi yang telah diberikan oleh kawannya. Walau bagaimanapun, mangsa tersebut
tidak harus berasa sedih dengan diskriminasi tersebut sehingga mengalami kemurungan.
Mangsa tersebut harus cuba untuk melupakan diskriminasi yang telah diberikan. Dengan
cara ini, mangsa tersebut akan menjalankan kehidupannya dengan kehidupan yang bahagia
dan bukan berasa sedih atas diskriminasi yang diberikan kepadanya.

b) Menyertai dalam aktiviti yang berfaedah

Seperti yang kita tahu, setiap orang akan akan berasa lega dan santai apabila
mereka melakukan perkara atau aktiviti yang mereka sukai. Oleh itu, mangsa diskriminasi
digalakkan untuk meluangkan masa mereka dengan melakukan perkara yang disukai.
Sebagai contoh, mendengar lagu, mambaca buku, melukis dan lain-lain lagi. Apabila
mangsa ini sedang melakukan aktiviti yang mereka sukai, mereka akan menumpukan
perhatian kepada aktiviti tersebut sehingga mereka lupa tentang diskriminasi yang diberikan
kepada mereka.

c) Mengenal pasti kekuatan diri sendiri

Diskriminasi akan menyebabkan mangsa tersebut untuk hilang keyakinan dirinya.


Pada masa kini, kebanyakan orang lebih fokus dengan kelemahan mereka dan akan
merungut tentangnya. Sebaliknya, mereka boleh memberi fokus tentang kekuatan mereka.
Sebagai contoh, apabila seseorang pandai dalam memimpin rakan-rakan, seseorang itu
boleh menjadi ketua kelas atau pengawas untuk memimpin rakan-rakannya. Dengan cara
ini, pelaku diskriminasi akan berasa takut untuk mendiskriminasikan mereka kerana pelaku
mengangap mereka sebagai golongan yang bijak pandai. Hal ini demikian kerana pelaku
diskriminasi hanya akan membuli golongan yang lebih lemah dan pencapaian akademik
yang lebih lemah daripadanya.
d) Pandai menjaga diri sendiri

Mangsa diskriminasi juga menghadapi masalah fizikal. Sebagai contoh, kekurangan


tidur, mengalami kenaikan dan penurunan berat badan, dan juga tiada selera unutk makan.
Kegagalan menjaga fizikal diri sendiri akan menyebabkan masalah mental dan emosi. Oleh
itu, setiap orang haruslah mencintai dan juga pandai manjaga diri sendirinya. Dengan cara
ini, mereka tidak akan mudah berasa sedih atau mempunyai perasaan ingin membunuh diri
disebabkan diskriminasi apabila mereka mencintai diri sendirinya.

e) Mengamalkan amalan agama

Amalan agama seperti meditasi akan menenangkan fikiran dan minda seseorang.
Oleh itu, amalan agama seperti meditasi mrupakan amalan yang terbaik unutk
menenangkan fikiran dan minda apabila berasa sedih dan marah terhadap diskriminasi yang
dilalui. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang tersebut tidak mengamalkan amalan
meditasi, mereka juga bolehlah sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk menenangkan fikiran
dan minda mereka. Mereka boleh menceritakan masalah yang dihadapi dan lama-kelamaan
mereka akan lupa tentang diskriminasi yang dihadapi tersebut.

f) Mempunyai satu kumpulan kawan yang sentiasa menyokong anda

Sekumpulan kawan yang rapat atau ahli keluarga akan membantu untuk
menghilangkan perasaan kesepian dan kemurungan mangsa diskriminasi. Hal ini demikian
kerana mangsa diskriminasi tersebut dapat menceritakan ceritanya kepada kawan yang
rapat dan ahli keluarganya. Secara automatiknya, mereka akan membantu mereka untuk
mengatasi masalah diskriminasi bersama-sama. Dengan cara ini, mangsa tersebut tidak
akan berasa kemurungan kerana perlu menghadapi masalah diskriminasi berseorangan
sekurang-kurangnya kawan rapat dan ahli keluarga berada di sisi mereka untuk membantu
dan menceriakan mereka. Secara tidak langsung, mangsa diskriminasi dapat mengatasi
masalah mereka dengan mudah dan cepat dengan kewujudan kawan rapat dan ahli
keluarga.

Anda mungkin juga menyukai