Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL KO SARANGAPANY

JALAN PAYA BESAR, 09600 LUNAS KEDAH.

KERTAS KERJA
PROJEK SUDUT PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA

Nama program : Sudut PKJR


Tarikh : 23.09.2020 dan 30.09.2020
Masa : 2.00 pm – 4.00 pm

TUJUAN MENGEMUKAKAN KERTAS KERJA

Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kelulusan dan sokongan
kewangan bagi melaksanakan Projek Pendidikan Keselamatan Jalan Raya di SJK(T) Ko
Sarangapany, Lunas Kedah.

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) melibatkan pembelajaran tentang persekitaran


jalan raya (papan tanda, isyarat dan penanda jalan raya), kemahiran untuk menggunakan
persekitaran jalan raya dengan selamat dan undang-undang jalan raya. Ia juga melibatkan
pemahaman akibat dari pengambilan risiko di atau berdekatan jalan raya, bagaimana untuk
menghormati pengguna jalan raya yang lain, dan bagaimana untuk berkongsi persekitaran
jalan raya supaya semua orang selamat semasa melakukan perjalanan.

Semua pengguna jalan raya perlu menjadikan keselamatan jalan raya sebagai keutamaan.
PKJR ialah kunci untuk memastikan semua pengguna jalan raya memiliki sikap yang betul,
pengetahuan dan kemahiran untuk memastikan keselamatan diri sendiri dan orang lain serta
untuk mengelakkan risiko.

Program PKJR di sekolah bertujuan untuk mengajar kanak-kanak pengetahuan dan


kemahiran keselamatan serta membantu untuk membentuk sikap pengguna jalan raya yang
baik.

2.0 TUJUAN PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA

Tujuan PKJR di sekolah secara keseluruhannya ialah untuk membantu kanak-kanak dan ibu
bapa / penjaga untuk:

• memahami bahaya dan risiko yang terdapat di dalam persekitaran jalan raya.

• mempelajari dan menggunakan kemahiran keselamatan jalan raya untuk memastikan


keselamatan diri sendiri dan orang lain.

• menjadi pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang, sabar dan bertimbang
rasa.

• PKJR menyediakan asas dan proses untuk menguatkan dan menyemai perubahan
sikap pengguna jalan raya yang sesuai dari segi pengetahuan, kemahiran dan
kelakuan.

3.0 TUJUAN MENYEDIAKAN SUDUT PKJR

 PKJR menyediakan asas dan proses untuk menguatkan dan menyemai perubahan
sikap pengguna jalan raya yang sesuai dari segi pengetahuan, kemahiran dan
kelakuan.

 Menyediakan dan menghebahkan infromasi mengenai PKJR.

 Memberi pendidikan secara langsung dan tidak langsung kepada warga SJKT Ko
Sarangapany tentang PKJR.

 Mewujudkan satu sudut pendidikan yang berterusan.

4.0 SASARAN

Semua warga SJKT Ko Sarangapany dan Persekitaran.

5.0 LOKASI
Bawah tangga Bilik Guru.

6.0 PERBELANJAAN

Bil Peralatan Harga/Unit (RM)


1 Cat pelaka RM200
2 Cat minyak (hitam) RM100
3 Kertas warna A4 RM 25
4 Laminating paper RM 60
5 Tape hitam & kuning RM 70
6 Tali RM 10
Jumlah RM465.00

7.0 ORGANISASI JAWATANKUASA PROJEK

Penaung : Pn. Juliana a/p Perinayagam


Penasihat : En. Muniandy a/l Selvaraju
Pengerusi : Pn.Ambika a/p Sanggara Narayanan
Penyelaras : Pn.Logesvari a/p Marimuthu
Setiausaha : En.P.Mahandren a/l Perumal
Naib Setiausaha : Pn.Kogila Devi a/p Arumugam
Bendahari : Santhy a/p Ramudu

Organisasi Ahli Jawatankuasa Projek

AJK Peralatan : M.Thamarai Selvy a/p Muniandy


AJK Dokumentasi : Mageshwary a/p Mayakrishnan
AJK Jurugambar : Pn.Kanaga a/p Manickam

8.0 PENUTUP

Semoga dengan wujudnya sudut PKJR dapat membantu guru dalam menghebahkan
informasi tentang PKJR kepada warga sekolah khususnya murid sekolah ini disamping
memberi pendidikan secara langsung dan tidak langsung kepada warga SJKT Ko
Sarangapany tentang PKJR.

Disediakan oleh,

_____________________________________
(MAHANDREN A/L PERUMAL)
Setiausaha Projek Sudut PKJR
SJKT Ko Sarangapany

Disemak oleh,

______________________________________
(PN. LOGESVARI A/P MARIMUTHU)
Ketua Panitia Bahasa Melayu
SJKT Ko Sarangapany

Disahkan oleh,

______________________________________
(PN. JULIANA A/P PERINAYAGAM)
Guru Besar SJKT Ko Sarangapany

Anda mungkin juga menyukai