Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN MENGAJAR PRASEKOLAH

Rancangan Mengajar Prasekolah Kelas : Prasekolah SKBE Bilangan Murid:25 orang Tema: Haiwan Subtema: Haiwan peliharaan Cadangan masa : 60 minit(1 jam) Tunjang Utama: Sains dan Teknologi (Awal Sains) Standard Pembelajaran Utama: 3.4.2 Mengecam bunyi yang biasa dijumpai 3.4.3 Memerhati dan meniru pergerakan haiwan Contoh pergerakan:terbang,melompat,merangkak,berjalan, menyusur,berenang Standard Pelajaran Lain Yang Disepadukan:KTI 2.1.3 Menyanyi dengan gerakan.(Muzik) B.M 3.7.2 Membaca ayat yang mudah(Bahasa Melayu) ST 13.2.1 Menggunakan perisian melukis(drawing painting software) untuk membuat gambar menggunakan bentuk asas dan warna(basic shapes and colour box).(Teknologi) KTI 1.1.5 Mewarna dalam ruang tertentu.(Lukisan) KTI 1.3.4 Menceritakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri.(Sosioemosi) Objektif Pelajaran: Pada akhir pengajaran murid : dapat mengenal bagaimana haiwan berbunyi dan bergerak. dapat mengenal warna. membaca dan mengeja nama-nama haiwan peliharaan .

Konsep Utama:Pergerakan dan bunyi Kosa Kata: Ayam,itik, arnab,kambing,kuda Alatan dan Bahan:CD,Komputer,lembaran warna,pensel warna Langkah Pengajaran: Set Induksi : 1. Guru memperdengarkan lagu bertemakan haiwan peliharaan bertajuk ayam bertelur . 2.Guru bersama murid menyanyikan lagu tersebut sambil membuat pergerakan kreatif. Langkah 1: 1.Guru memperdengarkan bunyi haiwan peliharaan ,contoh:kambing,itik,kuda,ayam,kucing dan lain-lain. 2.Murid meneka bunyi yang didengarnya. Langkah 2: 1.Guru bersoal jawab dengan murid bagaimana haiwan seperti kambing,itik,ayam,burung,kucing bergerak. 2.Guru menayangkan gambar menggunakan power point bagaimana haiwan tersebut bergerak. 3.Guru meminta murid melakon semula pergerakan yang dilihatnya sambil menyebut nama haiwan tersebut. Langkah 3: 1.Guru memperkenalkan bagaimana hendak mengeja nama haiwan yang dilihatnya,contoh kucing. 2.Murid diminta mengikut guru mengeja nama haiwan . Langkah 4: 1. Guru memperkenalkan gambar haiwan peliharaan iaitu kuda menggunakan perisian. 2. Guru memperkenalkan warna haiwan peliharaan iaitu kuda menggunakan perisian. 3.Setiap murid diterangkan mewarnai gambar tersebut. Penutup: Murid mempamerkan hasil kerja masing-masing

Anda mungkin juga menyukai