Anda di halaman 1dari 1

BAHAGIAN C : PENUTUP

Apa yang saya belajar sebagai seorang penyelidik adalah membincangkan tentang tajuk
dengan lebih jelas supaya pembaca lebih memahami tentang apa maksud tajuk kajian yang dibuat.
Penulis membincangkan dengan terperinci tentang tajuk Perkembangan Profesional Ke Arah
Pembangunan Modal Insan Guru. Penulis menerangkan terlebih dahulu tentang apa itu professional
dan ciri guru yang professional. Penulis juga memberi gambarajah mudah untuk memberi lebih
kefahaman kepada pembaca tentang ciri guru yang profesional. Untuk memperkembang tajuk kea
rah yang dikehendaki, penulis menulis tentang cabarannya dari semua aspek. Walaupun seorang
guru, bukan hanya cabaran dari pihak sekolah dan murid,malah cabaran daripada jangkaan ibubapa
serta harapan negara juga menjadi cabaran dalam perkembangan profesional. Setelah
membincangkan tentang cabaran, barulah penulis menulis cadangan untuk memperkembang
professional berdasarkan cabaran yang ada. Sebagai penyelidik, apa yang saya belajar adalah semua
topik yang dibincangkan saling berkait antara satu sama lain.

Saya akan gunakan ilmu pengetahuan tersebut untuk menulis cara saya mengupas tentang
tajuk kajian yang saya lakukan. Hal ni kerana penerangan tentang tajuk adalah perkara paling
penting untuk pembaca tahu tentang apa yang saya ingin kupas dalam kajian. Selan itu, saya akan
memastikan apa yang saya bincagkan dalam kajian berkait antara satu sama lain supaya isi yang
dituis tidak lari daripada tajuk. Hal ini kerana potensi untuk menulis lari daripada tajuk adalah tinggi
jika tidak mengaitkan antara satu topik dengan topik yang lain dalam kajian. Saya juga kan
memberikan contoh yang banyak serta huraian yang lengkap supaya pembaca lebih faham tentang
kajian yang saya lakukan.

Perkara yang saya ingin ubah bagi meningkatkan kualiti kajian adalah mengupas dengan
lebih lanjut tentang apa itu pembangunan modal insan. Hal ini kerana tidak semua pembaca tahu
apa itu modal insan guru. Selain itu, mungkin saya boleh mencari tokoh guru sebagai contoh dalam
menjadi modal insan guru untuk menjadi panduan oleh guru lain.

Anda mungkin juga menyukai