Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Pengajaran Slot

Kelas : Prasekolah Inspira

Tarikh : 3 Ogos 2016

Hari : Selasa

Masa : 9.30 – 10.00 pagi (30 minit)

Bil. Kanak-kanak : 25 orang

Modul : Bertema

Tema : Bunga

Tunjang utama : Sains dan Teknologi

Kesepaduan tunjang : Tunjang Fizikal Dan Estetika

Tunjang / Standard Kandungan : (ST 3.3) Meneroka bahagian tumbuhan

Standard Pembelajaran : (ST 3.3.2) Membandingkan bunga berdasarkan ciri :

1) Saiz

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Membezakan antara saiz bunga.

2. Mengelaskan bunga mengikut saiz.

Pengetahuan Sedia Ada :

1. Murid pernah melihat pelbagai jenis bunga.

2. Murid telah menguasai kemahiran menampal.

Penerapan Nilai : Berdisiplin

Kosa kata : bunga raya, bunga mawar, bunga melur, bunga kemboja

Kemahiran berfikir : Mengenal pasti dan mengklasifikasi

Fokus M.I : Muzik

EMK : Pendidikan Alam Sekitar

Bahan Bantu Mengajar : bunga sebenar (bunga raya, bunga mawar, bunga melur, bunga
kemboja dan bunga matahari), kad cerita, butai, muzik, laptop, speaker, gam, kad gambar
bunga, pelekat bunga dan lirik lagu.
Langkah / Isi pelajaran Aktiviti p&p Catatan / BBM
masa

Set induksi Menyanyi bersama 1. Murid menyanyikan lagu  Lirik lagu


(2 minit) rakan-rakan “Ku Tanam Pokok
“Ku tanam pokok Bunga” dengan iringan  Muzik
bunga,
muzik.
Bunga mawar namanya,  Laptop
Ku siram dan ku baja,
Lama besar jadinya,  Lcd
Ku petik bunga mawar,
Ku letak di telinga,
Ku jalan sini sana
Harum wangi baunya.”

Langkah Menjalankan sesi  Butai


pertama bercerita yang bertajuk 1. Murid mengambil butai
(10 minit) “Kisah Benih Ajaib” dari meja guru dan  Kad cerita
menggunakan meletakkan di atas meja
kamishibai. di ruangan bercerita.
2. Guru akan memulakan
sesi cerita dengan
menggunakan kad cerita
dan butai.

Langkah 1. Murid diminta ke ruang


kedua Menerangkan tentang belajar.  Bunga
(5 minit) bunga yang berbeza 2. Guru akan menunjukkan mawar
saiz. bunga sebenar yang
mempunyai saiz yang  Bunga raya
berbeza.
3. Guru akan membuat  Bunga
penerangan tentang melur
perbezaan bunga dari
segi saiz, warna dan bau.  Bunga
kemboja

 Bunga
matahari
Langkah Mengelaskan kad  Mounting
ketiga imbasan bunga 1. Murid akan membentuk board
(10 minit) mengikut saiz dua kumpulan
2. Murid perempuan  Kad gambar
membuat satu kumpulan bunga
dan murid lelaki akan
membentuk satu  Pelekat
kumpulan.
bunga
3. Setiap kumpulan akan
mendapat satu mounting
board yang telah dibuat
pembahagi dan
ditandakan pada setiap
pembahagi dengan kecil
dan besar.
4. Murid akan menampal
kad gambar bunga yang
pelbagai saiz pada
ruangan yang telah
ditandakan kecil dan
besar mengikut saiz
gambar bunga tersebut.
5. Kumpulan yang berjaya
mengelaskan bunga
dengan betul akan
menerima pelekat bunga
untuk ditampalkan pada
baju sebagai token
penghargaan.

Penutup
(3 minit) 1. Murid menyanyikan lagu  Lirik lagu
“Ku Tanam Pokok
Bunga” sambil  Muzik
melakukan gaya
 Projektor
Menyanyikan lagu
sambil melakukan gaya
 Laptop

 Pembesar
suara

Anda mungkin juga menyukai