Anda di halaman 1dari 7

Mata Pelajaran Pendidikan Muzik

Kelas Tahun 2 AB

Bilangan Murid 26 orang

Tarikh 6 Ogos 2019

Masa 11.45 – 12.15 petang (30 minit)

Konsep Muzik Irama

Modul Modul 3 : Kreativiti dan Inovasi Seni

Standard Kandungan 3.2 Menghasilkan idea muzikal kreatif


3.2.1 Menghasilkan pelbagai bunyi menggunakan bahan
Standard Pembelajaran
improvisasi
Di akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Menghasilkan marakas dengan menggunakan botol
Objektif Eksplisit Pengajaran mineral, batu, kacang hijau, guli dan beras.
2. Memainkan alat improvisasi marakas mengikut corak
irama lagu ‘Selamat Pagi’.
Murid sudah mengenal alat perkusi marakas dan
Pengalaman Sedia Ada
mengetahui lagu ‘Selamat Pagi’
Carta lirik lagu ‘Selamat Pagi’, puzzle bahan improvisasi
(batu, pasir, botol mineral, tin kosong), botol mineral,
Bahan Bantu Mengajar (BBM) sticker, salatape bercorak, gunting, guli, beras, kacang
hijau, batu, botol kaca, garfu, tin kosong, chopstick, kotak
kosong

Penerapan Nilai Keyakinan, bertoleransi, bekerjasama, berdisiplin


Mengaplikasi, membuat gambaran, membanding beza,
Kemahiran Berfikir (KBAT)
mereka cipta
1. Kelestarian global – mengaplikasi pengetahuan
Elemen Merentas Kurikulum 2. Kreativiti dan Inovasi – mereka cipta alat muzik
improvisasi

Elemen Muzik / Pendekatan /


Langkah / Masa Aktiviti Muzikal / Aktiviti Pdp Kaedah / Strategi /
Tajuk Lagu BBM / EMK / KBAT
Set Induksi - Irama 1. Guru membahagikan KAEDAH :
(5 minit) - Aktiviti murid kepada 4 - Belajar melalui
melengkapkan kumpulan. 2 kumpulan bermain
puzzle bahan murid lelaki dan 2
improvisasi (botol kumpulan murid BBM :
mineral, batu, perempuan. - Puzzle bahan
pasir, tin kosong) 2. Murid diminta untuk improvisasi (botol
duduk dalam bulatan mineral, tin
mengikut kumpulan kosong, batu,
masing-masing. pasir)
3. Guru memberikan
puzzle bahan KBAT :
improvisasi (botol - Membuat
mineral, batu, pasir, tin gambaran
kosong) kepada setiap
kumpulan. NILAI :
4. Setiap kumpulan - Bekerjasama
mendapat puzzle yang
berlainan.
5. Murid diminta untuk
melengkapkan puzzle
tersebut dalam
kumpulan masing-
masing.
6. Murid diminta untuk
menyatakan gambar
yang terdapat pada
puzzle yang telah
mereka lengkapkan.

Langkah 1 - Irama 1. Guru menunjukkan KAEDAH :


(10 minit) - Aktiviti beberapa alat perkusi - Demonstrasi
menghasilkan improvisasi kepada
marakas dengan murid. BBM :
menggunakan 2. Guru menunjukkan - Botol mineral
botol mineral demonstrasi - Beras
menghasilkan alat - Batu
Pembahagian bahan: improvisasi marakas - Guli
 Batu – 80 biji dengan menggunakan - Kacang hijau
 Guli – 20 biji botol mineral. - Sticker

 Kacang hijau (ikut 3. Guru memberikan botol - Salatape bercorak

tanda pada botol) mineral, sticker dan - Gunting

 Beras (ikut tanda salatape bercorak - Botol kaca

pada botol) kepada setiap - Garfu


kumpulan. - Tin kosong
4. Murid diminta untuk - Chopstick
memasukkan bahan- - Kotak kosong
bahan (guli, beras,
batu, kacang hijau) ke KBAT :
dalam botol mineral - Mereka cipta
mengikut sukatan yang
telah ditetapkan oleh NILAI :
guru. Setiap kumpulan - Bertoleransi
mendapat bahan yang - Berdisiplin
berlainan.
5. Murid diminta untuk
menghias marakas
mereka dengan
menggunakan sticker
dan salatape bercorak.
Langkah 2 - Irama 1. Guru menunjukkan KAEDAH :
(10 minit) - Persembahan demonstrasi - Nyanyian
kumpulan memainkan alat
- Lagu ‘Selamat improvisasi marakas BBM :
Pagi’ mengikut corak irama - Alat improvisasi
lagu ‘Selamat Pagi’. marakas
2. Setiap kumpulan - Carta lirik lagu
diminta untuk membuat ‘Selamat Pagi’
persembahan di
KBAT :
hadapan kelas.
- Mengaplikasi
3. Murid diminta untuk
memainkan alat
NILAI :
improvisasi marakas
- Keyakinan
yang telah mereka
- Bekerjasama
hasilkan mengikut
corak irama lagu
‘Selamat Pagi’.

Penutup - Irama 1. Murid diminta untuk KAEDAH :


(5 minit) - Aktiviti bermain membunyikan marakas - Nyanyian
alat improvisasi yang telah mereka
marakas mengikut hasilkan. BBM :
corak irama lagu 2. Murid diminta untuk - Alat improvisasi
- Lagu ‘Selamat membezakan bunyi marakas
Pagi’ bagi setiap marakas - Carta lirik lagu
yang telah mereka ‘Selamat Pagi’
hasilkan.
KBAT :
3. Murid diminta untuk
- Mengaplikasi
memainkan marakas
- Membanding
yang telah mereka
beza
hasilkan mengikut
corak irama lagu
NILAI :
‘Selamat Pagi’ secara
- Keyakinan
serentak.
4. Guru dan murid
membuat kesimpulan
tentang pembelajaran
pada hari tersebut.

ULASAN PENSYARAH PEMBIMBING

………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………

ULASAN GURU PEMBIMBING

………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
Pentaksiran Murid ( Penilaian berterusan ) :

Indikator : Memainkan corak irama sendiri menggunakan alat perkusi

Standard Prestasi
Bil Nama Murid (SP) Catatan
1 2 3
1 Amir Haziq
2 Arifah Huda
3 Balqis Najwa
4 Emmelda Farisya
5 Nur Irdina
6 Firyal
7 Arryan
8 Danish Rifqi
9 Harith
10 Iman Mukhriz
11 Qayyim Afham
12 Wazif Afham
13 Azmirul Izzat
14 Aimiey Carissa
15 Nur Aina
16 Aisya Humaira
17 Aisyah Husna
18 Amni Delisha
19 Nur Fatihah
20 Husna Syuhada
21 Nur Raisya
22 Syarafana Alya
23 Nurhumaira Irdina
24 Putri Essabela
25 Tuan Adillatu
26 Arija Jannah
REFLEKSI PENGAJARAN

Sesi pengajaran kali ini saya telah melaksanakan dibawah standard kandungan 3.2
Menghasilkan idea muzikal kreatif dibawah modul Modul 3 : Kreativiti dan Inovasi Seni.
Manakala standard pembelajarannya ialah 3.2.1 Menghasilkan pelbagai bunyi menggunakan
bahan improvisasi. Objektif pembelajaran yang hendak dicapai dala sesi pengajaran kali ini
ialah murid dapat menghasilkan satu marakas dan memainkan marakas mengikut corak irama
lagu “Selamat Pagi”. Objektif pembelajaran berjaya dicapai kerana semua murid dapat
menghasilkan marakas dan memainkan marakas mengikut corak irama “Selamat Pagi” dengan
baik.

Kekuatan aktiviti kali ini ialah aktiviti menghasilkan marakas berjaya menarik minat murid
untuk mengikuti sesi pembelajaran dengan baik. Murid sangat teruja untuk menghasilkan
marakas mereka sendiri memandangkan sebelum ini mereka masih belum berpeluang untuk
memainkan alat muzik marakas sebenar kerana kekarangan kekurangan alatan. Dengan
melaksanakan aktiviti ini, Murid dapat menimba pengalaman untuk bermain marakas walaupun
marakas tersebt bukan marakas sebenar.

Kelemahan yang berjaya dikenalpasti semasa melaksanakan sesi pengajaran ini ialah
murid yang terlalu seronok menyebabkan keadaan kelas sukar dikawal. Murid terlalu teruja
untuk menghasilkan marakas mereka. Hal ini menyebabkan keadaan sedikit kelam kabut.
Tetapi masalah ini telah berjaya dikawal dengan menyatakan peraturan kepada murid
mengenai cara dan masa memainkan alat mereka.

Keseluruhannya, sesi pengajaran yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan baik.

Anda mungkin juga menyukai