Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN MENGAJAR AKTIVITI (RPA)

Tarikh / Hari
Masa
Umur 4 Tahun
Bilangan Kanak- 3 Orang
kanak
Tema Kemerdekaan
Tajuk Percikan Bunga Api
Bidang
Pembelajaran / Perkembangan Kreativiti dan Estetika (Seni)
Fokus
Pengetahuan Kanak-kanak sudah pernah melihat percikan bunga api
Sedia Ada
Objektif 1. Kanak-kanak boleh memilih warna bunga api yang diingini
dan menghasilkan percikan bunga api menggunakan teknik
percikan (PKE)
2. Kanak-kanak boleh mengetuk span untuk menghasilkan
percikan bunga api (PF)
3. Kanak-kanak boleh menceritakan semula aktiviti yang mereka
lakukan (PBKAL)

Senarai 1. Komputer riba


Bahan/Alat 2. 4 Keping kertas lukisan
3. 4 keping surat khabar
4. 12 mangkuk plastic
5. 12 span kecil
6. Warna air (merah, biru, hijau, kuning, ungu)
7. 4 sudip
8. 4 Apron

Tempat/Ruang Ruang Aktiviti


Aktiviti
Langkah-langkah 1. Kanak-kanak dibawa masuk ke ruang aktiviti.
pelaksanaan 2. Pendidik bermesra dengan kanak-kanak.
i. Siapa tidak hadir hari ini?

3. Pendidik bertanya soalan kepada kanak-kanak.


i. Siapa pernah tengok percikan bunga api?
ii. Dimana kamu pernah tengok percikan bunga api?

4. Kanak-kanak ditunjukkan video percikan bunga api yang


diletupkan.

5. Pendidik menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk


membuat percikan bunga api terlebih dahulu dan meletakkan
surat khabar di setiap ruang individu kanak-kanak tersebut.

6. Kanak-kanak diminta beri perhatian semasa pendidik


menunjukkan cara membuat percikan bunga api.

7. Pertama, pendidik memasukkan 3 span kecil ke dalam 3


mangkuk plastik yang berbeza. Kemudian memasukkan 3
jenis warna air yang dipilih ke dalam 3 mangkuk plastik yang
berbeza. (contoh: mangkuk A warna biru, mangkuk B warna
merah jambu dan mangkuk C warna hijau)

8. Terakhir, pendidik mengambil 3 span kecil di dalam mangkuk


plastik dan meletakkan di atas kertas lukisan. Kemudian
mengetuk 3 span kecil tersebut menggunakan sudip untuk
menghasilkan percikan bunga api.

9. Kanak-kanak dibimbing untuk memakai apron dan diberikan


bahan-bahan seperti kertas lukisan, mangkuk plastik dan
span. Kemudian minta kanak-kanak letakkan bahan tersebut
di atas surat khabar.

10. Kanak-kanak diberi peluang untuk membuat percikan bunga


api secara individu. Pertama, kanak-kanak digalakkan untuk
memasukkan 3 span kecil ke dalam mangkuk plastik yang
berbeza.

11. Pendidik menuangkan warna air ke dalam 3 mangkuk kanak-


kanak dengan memberikan kebebasan untuk mereka memilih
warna air yang diingini.

12. Selepas itu, kanak-kanak digalakkan untuk mengambil 3 span


kecil yang terdapat di dalam mangkuk, kemudian letak di atas
kertas lukisan dan ketuk span tersebut menggunakan sudip
untuk menghasilkan percikan bunga api.

13. Kanak-kanak digalakkan untuk menunjukkan hasil percikan


bunga api yang telah mereka buat kepada pendidik dan
rakan-rakan.

14. Pendidik membawa kanak-kanak ke luar kelas untuk


menjemur (keringkan) hasil percikan bunga api mereka dan
menggalakkan kanak-kanak membawa hasil kerja mereka
sendiri.

15. Jika kanak-kanak tidak boleh melakukan aktiviti percikan


bunga api, maka pendidik akan bimbing.

Jika boleh, maka pendidik akan meminta kanak-kanak


tersebut melakukan sendiri tapi dengan pemerhatian pendidik.
(Kontigensi)

16. Pendidik menanyakan soalan kepada kanak-kanak :


i. Apa yang kamu buat tadi?
ii. Warna apa bunga api kamu tadi?

17. Kanak-kanak digalakkan untuk mengucapkan terima kasih


dan mengemas ruang aktiviti bersama-sama.

18. Pendidik membawa kanak-kanak untuk mencuci tangan.

Perhatian:
Keselamatan :
i. Pastikan bahan yang digunakan tidak tajam
ii. Ruang aktiviti luas dan selesa
Kebersihan :
i. Bersihkan ruang aktiviti selepas digunakan
ii. Pastikan kanak-kanak memakai apron semasa melakukan
aktiviti.
iii. Pastikan pendidik membawa kanak-kanak mencuci tangan
selepas melakukan aktiviti.
Kesihatan :
i. Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti.

Refleksi

Anda mungkin juga menyukai