Anda di halaman 1dari 6

NSR GLOBAL SOLUTION

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)


KAP ONLINE SIRI 1/2022

NAMA PUSAT LATIHAN: NSR GLOBAL SOLUTION


BIDANG:…………………………………………………………………….…………………
Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik

Nama Peserta: Mohamad Redzuan Bin Hamisan

No. K/P: 870804-23-5091

Hari / Tarikh: 29 Februari 2022

Masa: 20 minit

Umur Kanak-
2 tahun
kanak:

Bil. Kanak-
2 orang
kanak:

Tema:

Tajuk: Comelnya Saya

Bidang
Perkembangan Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
/ Pembelajaran:

Pengetahuan
Kanak-kanak sudah boleh melihat diri mereka di dalam cermin
Sedia Ada:

1. Kanak-kanak boleh mengenalpasti bentuk wajah sendiri ketika


melihat ke dalam cermin (Perkembangan Awal Matematik dan
Pemikiran Logik, AMPL)

2. Kanak-kanak boleh menyebut anggota muka mereka (Perkembangan


Objektif
Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal, BKLA)

3. Kanak-kanak boleh merasa gembira ketika melihat wajah mereka di


dalam cermin (Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian,
SSEK)

Ruang Aktiviti: Di ruang permainan fizikal


i. 2 Cermin muka
Bahan-bahan:
ii. 2 “Flash card” anggota muka

Permulaan Pengajaran:

1. Pendidik mengambil kanak-kanak dari pengasuh taska dan bawa


kanak-kanak ke tempat aktiviti ruang permainan fizikal.
2. Pendidik memakaikan “sanitizer” pada setiap kanak-kanak yang
terlibat.
3. Pendidik meminta kanak-kanak untuk duduk di kerusi yang telah
disediakan.
4. Pendidik memulakan aktiviti dengan bermesra bersama kanak-
kanak sambil menyanyikan lagu berkaitan anggota muka (lagu:
“Muka Saya”)

(Lirik)
“Saya sentuh muka saya”
“Rambut dan telinga saya”
“Hidung saya”
“Bibir dan gigi saya”
“Pipi dan juga dagu saya”

5. Pendidik mengalakkan kanak-kanak menyanyi sambil memegang


anggota muka yang disebutkan dalam lagu
Langkah-langkah 6. Pendidik mengeluarkan cermin muka dan letak di hadapan kanak-
Perlaksanaan: kanak, kemudian meminta kanak-kanak melihat wajah mereka di
dalam cermin. Berikan kanak-kanak bermain dan melihat wajah
mereka secara bebas sebentar. (PSA)
7. Pendidik bertanya kepada kanak-kanak, “Siapa ni yang comel
sangat dalam cermin ni”
8. Puji kanak-kanak jika berjaya mengenal wajah mereka di dalam
cermin.

Kandungan Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Mencapai


Objektif:

9. Galakkan kanak-kanak mengenalpasti bentuk wajah mereka


ketika melihat ke dalam cermin. (Objektif 1)
i. Pendidik menunjukkan “flash card” gambar anggota muka
sambil menyebut nama anggota muka satu persatu.
ii. Sekali lagi galakkan kanak-kanak menyanyikan lagu “Muka
Saya” tadi dengan gembira sambil menunjukkan kepada
anggota muka yang disebutkan.
iii. Ulang semula menyanyikan lagu tersebut 3 atau 4 kali, jika
kanak-kanak berjaya mengenalpasti setiap betuk wajah
mereka di dalam cermin.
10. Beri pujian pada usaha kanak-kanak “Bagus adik boleh
mengenalpasti bentuk hidung, mulut, telinga, gigi, mata… adik-
adik sendiri”
11. Galakkan kanak-kanak menyebut setiap anggota muka mereka
dengan cara pendidik menyebut anggota muka dan meminta
kanak-kanak untuk tunjukkan serta menyebut anggota muka
tersebut. (Objektif 2)
12. Pendidik memberi galakkan dan dorongan untuk kanak-kanak
menyebut dengan menunjukkan “flash card” gambar anggota
muka.
13. Pendidik puji kanak-kanak jika mereka berjaya tunjuk dan sebut
anggota muka mereka dengan betul.
14. Pendidik boleh berulang kali menyanyikan lagu “Muka Saya” serta
galakkan kanak-kanak bermain di depan cermin dengan gembira
sambil melihat wajah mereka. (Objektif 3)
15. Puji kanak-kanak jika berjaya mengikut arahan yang diberikan dan
merasa gembira melihat wajah mereka di dalam cermin. “Suka
nya cikgu bila lihat adik gembira”

Plan Kontigensi:

16. Jika kanak-kanak berjaya berjalan mengenalpasti bentuk wajah


mereka ketika melihat ke dalam cermin, pendidik mengalakkan
kanak-kanak untuk mengira berapa jumlah anggota muka yang
mereka ada. “adik ada berapa telinga?” “adik ada berapa gigi?”
“adik ada berapa mata?” “Saaatu… Duuaaa..”
17. Jika tidak berjaya, pendidik harus membimbing dan menunjuk ajar
kanak-kanak sehingga berjaya.

Penutup:

18. Pendidik mengimbas semula aktiviti yang dilakukan tadi iaitu


mengenalpasti bentuk wajah mereka ketika melihat ke dalam
cermin.
i. “Adik buat apa tadi?”
ii. “Pandainya adik boleh tahu anggota muka adik sendiri”
iii. “Balik nanti adik boleh cerita kepada ibu bapa adik”
19. Pendidik mengalakkan kanak-kanak untuk membantu pendidik
mengemas semula ruang aktiviti fizikal dengan teratur. Masukkan
semula kerusi apabila sudah digunakan.
20. Pendidik puji kanak-kanak jika mereka berjaya mengemas dengan
teratur
i. “Terima kasih adik-adik sebab tolong cikgu kemas dengan
teratur”
ii. “Pandai adik-adik kemas, nanti di rumah kena rajin-rajin
tolong ibu bapa mengemas juga ya”

21. Cuci tangan kanak-kanak dan “senitizer” semula sebelum


dipulangkan kepada pengasuh.
22. Pendidik mengucapkan kata-kata yang baik dan murni sebagai
tanda perpisahan.
i. “Jumpa lagi”
ii. “Sayang adik semua”
iii. “Assalamualaikum”

Perhatian:

Keselamatan
i. Pastikan ruang permainan fizikal tidak licin dan selamat.
ii. Pastikan cermin muka dalam keadaan baik, tidak pecah, sompek dan
selamat.

Kebersihan
i. Pastikan kanak-kanak bersih dan selesa.
ii. Pastikan ruang permainan fizikal bersih.

Kesihatan
i. Pastikan kanak-kanak yang diambil sihat sebelum menjalankan
aktiviti.
ii. Pastikan kanak-kanak cergas.
iii. Pastikan kanak-kanak tidak mempunyai sebarang alahan atau
trauma.

Nama Jurulatih: ……..…………………………………………


Puan Wan Najmiyah Binti Wan Yussof

Tandatangan: ……………………………………………
MARKAH RPA ____________/30
Refleksi: Kanak-kanak

SKALA ULASAN
Penguasaan secara luar biasa dari segi kualiti
1 CEMERLANG
dan kreativiti.
Penguasaan secara konsisten yang kukuh,
2 BAIK
mengingati, ketepatan, terkawal dan berkualiti
Sederhana memahami kemahiran dan mahu
3 SEDERHANA mencuba untuk menguasai sesuatu kemahiran
atau konsep yang dipelajari
PERLU
4 Perlukan bimbingan dan perhatian lebih
PERHATIAN

SKALA KADAR PERMATA


NAMA SKOR
BIL. CATATAN
KANAK-KANAK 1 2 3 4

*sila gunakan kertas tambahan jika ruang tidak mencukupi


Pendidik

SKALA PENILAIAN KENDIRI PRESTASI PENDIDIK


SKOR
BIL. NAMA PENDIDIK CATATAN
1 2 3 4

ULASAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KANAK-KANAK SECARA


KESELURUHAN

TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN

Nama Fasilitator: _______________________________

Tandatangan: _______________________________

MARKAH KESELURUHAN ___________

Anda mungkin juga menyukai